Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

IMEJ KAABAH DI BATU AKIK


Jakarta: Penduduk di Parigi Moutong di Sulawesi Tengah gempar selepas menemui batu akik yang didakwa mempunyai imej Kaabah dan orang tawaf.


Imej itu ditemui sekumpulan penduduk yang memotong satu batu akik jenis King Marantale yang ditemui mereka Jumaat lalu.

Pegawai daerah Parigi Moutong, Samsurizal Tombolotutu berkata, selepas batu akik itu dibelah penduduk terkejut melihat imej Kaabah berkenaan.

“Ada yang menangis sambil mengucapkan Allahu Akbar beberapa kali apabila melihat imej di dalam batu akik berkenaan,” katanya.

Ujarnya, batu akik itu telah dibawa ke pejabat daerah di Kota Parigi untuk disimpan.

“Saya berharap dengan penemuan batu akik ini akan menambahkan keimanan penduduk kepada Allah,” jelasnya.

Menurutnya, batu akik itu akan dipamerkan dalam festival pada September depan yang akan dihadiri Presiden Joko Widodo.

Festival itu akan mempamerkan produk tempatan termasuk batu akik yang menjadi produk utama wilayah berkenaan.

Tuesday, June 30, 2015

VIDEO [DUNIA] PANAS!!! Rakaman Amatur Dari Penduduk Tempatan... C130 Terhempas Di Medan, Indonesia... #SahabatSMB


Sebuah pesawat jenis Hercules C130 milik tentera Indonesia (TNI) telah terhempas di Medan, Indonesia... pesawat tersebut membawa lebih dari 130 orang penumpang...
 


C130 terhempas...


Menurut saksi, pesawat tersebut meletup di udara dan membentuk seperti bebola api yang besar sebelum terhempas di kawasan kediaman sekitar Medan...



Jom kita tonton rakaman video amatur yang sempat dirakam oleh seorang penduduk tempatan yang kebetulan berada di tempat kejadian... video ini dirakam sejurus sebaik sahaja pesawat itu terhempas...
 
Sorry... terlupa rotate

Setakat ini, lebih 100 mangsa yang terdiri daripada penumpang pesawat dikhuatiri terkorban... manakala 3 orang penduduk tempatan disahkan maut...

Wednesday, June 10, 2015

KISAH ANEH REMAJA LELAKI BERTELUR


Gowa, Indonesia: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas seorang remaja lelaki berusia 12 tahun mendakwa mengeluarkan telur melalui duburnya.


Remaja yang dikenali sebagai Akmal itu mendakwa sudah mengeluarkan tujuh biji objek seperti telur ayam sejak beberapa hari lalu.

Keluarga Akmal yang berasal dari Desa Mengempang dekat sini yang bimbang dengan keadaan anaknya membawa remaja itu ke hospital untuk rawatan lanjut.

Doktor di Hospital Syech Yusuf Sungguminasa yang merawat Akmal semalam membuat imbasan X-ray dan terkejut apabila mendapati ada satu objek seperti telur di bahagian dubur remaja itu.

Tidak lama selepas dimasukkan ke hospital itu, Akmal sekali lagi mengeluarkan objek seperti telur ayam berkenaan.

Akmal berkata, telur itu mula keluar dari duburnya selepas dia tiba-tiba sakit perut sejak beberapa hari lalu.

“Sebelum telur ini keluar saya akan sakit perut sebelum tiba-tiba telur ini keluar dari dubur saya,” katanya.

Katanya, sehingga semalam dia sudah mengeluarkan tujuh objek yang menyerupai telur ayam.

“Bapa saya memecahkan sebiji telur itu dan mendapati dalamnya sama seperti telur ayam,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Ferliyani berkata, pasukan perubatan masih bingung bagaimana objek asing itu boleh berada di dalam tubuh remaja berkenaan.

“Kami masih memantau keadaan Akmal dan telur yang dikeluarkan remaja itu sedang dianalisis,” katanya.

Wednesday, April 15, 2015

SANGGUP CURI BATU AKIK HINGGA KE TANAH PERKUBURAN.


JOGJAKARTA: Demam batu akik yang melanda sebahagian masyarakat Indonesia kini tidak terkawal lagi.


Nilai ekonomi batu berkenaan yang kian melambung mendorong sebahagian penduduk negara itu tidak dapat berfikir secara rasional.

Kerana ingin meraih keuntungan segera, mereka sanggup menceroboh tanah perkuburan untuk mencuri batu nisan yang dibuat daripada batu itu seperti yang berlaku pada kubur seniman Sapto Hudoyo dan Bagong Kussudiardja di daerah Bantul.

Perbuatan mencuri batu nisan di kubur Bagong di sedari anaknya Djaduk Ferianto kelmarin, sehari selepas kehilangan batu itu di kubur Sapto.

“Sebaik mendengar berita mengenai kehilangan batu nisan Sapto, saya ke kubur bapa saya. Jelas, batu nisan bapa saya juga hilang selepas dicungkil pencuri,” kata Djaduk.

Menurutnya, batu itu dibeli bapanya di Pacitan sebelum meninggal dunia dengan harga Rp5 juta (RM1,427).

“Bapa saya berpesan supaya batu itu dijadikan nisannya apabila dia meninggal dunia,” kata Djaduk.
Sementara itu, kehilangan batu akik di kubur Sapto Hudoyo disedari penjaga tanah perkuburan di Desa Imogiri, Djamhari.

Menurutnya, terdapat dua batu akik jenis kecubung berukuran sebesar buah kelapa diletakkan di kubur bekas seniman itu.

“Saya sedari batu itu tidak ada lagi di kubur Sapto. Saya tidak tahu jenisnya. Selepas melaporkan kehilangan batu nisan itu, ada orang memberitahu saya tahu ia akik jenis kecubung,” katanya.

PENJAGA tanah perkuburan menunjukkan keadaan kubur Sapto selepas batu nisannya dicuri.

Gambar ini dipercayai tempat penjualan batu akik curi.

Wednesday, April 8, 2015

KISAH MISTERI BATU PUTIH DI SEBUAH KAMPUNG


SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG BATU PUTEH. Kampung Batu Puteh telah dibuka pada tahun 1876 oleh sekumpulan peneroka datang dari Kendal, Jawa Tengah, Indonesia yang diketuai oleh Haji Senawi. 


Mereka membuka kebun untuk bercucuk tanam dengan tanaman makanan seperti ubi kayu, pisang, keladi dan sebagainya. Tujuan asal mereka datang ialah untuk mengembangkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. 

Mereka mendirikan masjid dan rumah-rumah kediaman dan pada awalnya kampung ini dinamakan Kampung Haji sempena nama ketua kumpulan yang mula-mula meneroka tetapi setelah penduduk bertemu dengan longgokan batu berwarna putih berkilauan disatu kawasan mereka sepakat menamakan kampung ini dengan nama Kampung Batu Puteh.

Catatan Sejarah oleh mantan Ketua kampung
Allahyarham Haji Sulaiman Bin Onn




Kisah Batu Putih di sebuah kampung melayu yang terletak di sebelah kanan jalan dari Simpang Lima ke Parit Sulong. Seluas lebih kurang setengah ekar.  Tumbuh bertaburan warna batu itu putih berkilau-kilauan beserta tiap-tiap sebuah batu lebih kurang dibandingkan dengan gajah.  Dua ekor gajah sama sebuah batu. Tingginya lebih kurang ada yang dua depa  dan yang ada kurang dari itu. Tetapi pada masa sekarang batu itu berwarna kelabu tidak seperti dulukala.

Kampung batu putih ini diteroka oleh beberapa orang yang datang dari Jawa Tengah yang diketuai oleh Haji Sanawi pada tahun 1876.  Diteroka dari tepi sungai Simpang Kiri hingga jejak ke Parit Kuda tengah Mukim 1, Lubuk. Pada mulanya kampung ini hendak dinamakan kampung Parit Haji Sanawi tetapi oleh kerana terjumpanya batu tersebut sebulat suara menamakan kampung Batu Putih hinggalah sekarang.

Batu-batu yang pecah di sekeliling batu besar tidak boleh diambil sembarangan. Barangsiapa yang mengambilnya terpaksa terkena pulangkan. Ini telah berlaku beberapa orang yang mengambilnya terpaksalah memulangkan semula ke tempat asal mereka mengambilnya kerana malam tidak dapat tidur badanya terlalu panas seperti ada orang yang mengacaunya.

Pada tahun 1905, pada malam isnin, sedang beberapa orang penduduk situ mengadakan maulud di masjid tempat yang ada sekarang ini seorang daripadanya yang bernama Wak Naim telah ternampak di kawasan batu putih itu terbakar sebesar-besarnya api menjulang ke langit lebih kurang dua puluh depa tingginya.  Yang menjadi anehnya orang – orang yang ada di dalam masjid itu tidak ternampak kawasan batu itu terbakar.

Hanya Wak Naim seorang sahaja yang nampak. Tetapi apabila Wak Naim memegang tangan kawan-kawannya baharulah semua nampak. Pada keesokkan harinya ramai-ramai pergi mendapatkan (menghampiri)  di kawasan batu putih itu untuk menyaksikan peristiwa malam tadi. Apabila dilihatnya di kawasan itu masing-masing tercengang-cengang kerana tidak ada pun ranting atau daun-daun kayu yang terbakar. Pokok-pokok kayu hidup seperti biasa.

Pada Tahun 1924 berlaku satu lagi peristiwa iaitu angin puting beliung dari kawasan batu putih menuju bangunan masjid yang ada sekarang. Di lain-lain kawasan yang berdekatan tidak terjejas. Waktunya dalam pukul tiga petang.  

Dengar cerita  orang tua-tua situ mengatakan orang yang bertapa di Batu Putih telah keluar perkara ini memang berlaku. Setahu saya  pada tiap-tiap awal muaharan hinggalah 10 muharam ada orang yang bertapa dalam tempoh 10 hari tetapi semenjak kebelakangan ini sudah tidak ada lagi.

Pada tahun 1958 berlaku satu lagi perkara ganjil iaitu seorang hamba Allah balik dari bekerja kebun berhenti penat di kawasan batu Putih lebih kurang dalam pukul 11 pagi ternampak beberapa pandangan aneh. Pada pandangan-pandangannya di kawasan Batu Putih itu seperti bandar. 

Ada beberapa buah kereta, lori, bas dan motosikal berjalan menuju hal dan masing ada orang menyidai kain, ada orang berjalan-jalan dan ada orang membeli belah hinggalah pukul satu tengahari. Isterinya menunggu-nunggu di rumah . 

Biasanya pukul 11 pagi sudah balik. Ini pukul satu belum lagi balik. Jiran-jiran sekeliling yang turut mencari di kebun tempat mereka bekerja pun tidak jumpa. Seorang hamba Allah bernama Mokhsin mengatakan tadi dalam pukul 11 beliau sudah balik lalu di belakang rumah saya. 

Apabila diturut di belakang rumah Mokhsin terjumpa hamba allah tersebut sedang duduk  dengan memegang sebilah parang panjang.  Kemudian di tanya oleh orang ramai “mengapa wak ada sini ?”. Jawabnya seperti yang dia nampak tadi.

Tidak berapa lama daripada berlakunya seperti yang di atas, pemuda tempatan tak payah di sebutkan namanya masa hendak pergi main bola tangkis di sebelah kampung tersebut lalu di jalan itu terdengar beberapa suara wanita berbual-bual dan ketawa mengilai-ngilai.

Kemudian pemuda itu berhenti dan mengendap. Apabila dilihatnya beberapa wanita muda-muda belaka sedang mandi bersiram-siram antara satu sama lain. Kemudian pemuda tadi mengundurkan diri terus memberitahu kepada kawan-kawanya untuk menyaksikan kejadian yang berlaku. Apabila sampai ke tempat tersebut didapati tempat itu semak samun tidak ada sebarang bekas pun.

Dengar cerita dongeng, Batu Putih itu asalnya daripada Tanah Jawa. Dilemparkan oleh seorang wali ketempat tersebut kerana untuk menindihkan sebilah keris yang bernama Sitruku Mabtar (kalau tak silap eja lah). Keris ini menjadi rebutan oleh orang-orang Jawa. 

Kononnya barang siapa yang dapat menyimpan keris tersebut orang itu menjadi mulia hidupnya dan boleh memerintah. Dengar lagi satu cerita mengatakan keris tersebut telah dibawah oleh orang yang bertapa semasa kejadian ribut puting beliung berlaku.

Monday, March 2, 2015

LELAKI INDONESIA MENGAKU BERKAHWIN DENGAN WANITA ALAM GHAIB?


Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada tanggal 8/10/2014 lalu bersama makhluk halus.Entah apa lah dibenak fikirannya hingga beliau ingin mengahwini makhluk halus itu.


Bagus Kodok Ibnu Sukodok, 63 mendakwa makhluk halus yang menjadi isterinya itu bernama Roro Setyowati telah bertemu lima tahun lalu ketika Kodok memasuki sebuah hutan di Jawa Timur.Katanya saat pertama bertemu Roro ,makhluk halus itu mengenakan penampilan pakaian adat Jawa dan hanya berparas biasa.

Selepas kejadian itu, beliau tidak lagi berjumpa Roro tetapi makhluk itu sentiasa mendekati beliau dengan hanya menggunakan suara.Awalnya takut, bau wangi, mendengar suara, tetapi lama-lama biasa.” Kata Pak Kodok.

Uniknya, menurut Pak Kodok makhluk itu sentiasa membisikkan kepadanya dengan menasihati supaya melakukan perkara-perkara yang positif.Sehingga Pak Kodok mengaku dirinya semakin berubah ke arah kebaikan kerana sering dinasihati oleh Roro.

Kerana berharap dapat melihat Roro lagi, Pak Kodok turut meminta bantuan pengamal paranormal tetapi tidak berjaya dan dia hanya mendengar suara Roro sahaja.Siapa sangka majlis perkahwinan Pak Kodok bersama makhluk halus itu berjalan lancar hinggakan majlis itu menjadi pesta budaya di daerahnya.

Majlis itu turut disempurnakan oleh pengamal paranormal dan disaksikan oleh ribuan penonton termasuk pihak berkuasa pemerintahan Ngawi bagi melihat acara yang dianggap unik ini.Pelik sungguh mendengar kisah percintaan Pak Kodok ini, percaya atau tidak terpulanglah.


Monday, January 5, 2015

10 USTAZ MENJEJAKI AIRASIA INDONESIA QZ8501


Pangkalan Bun: Pencarian baki mayat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan dengan bantuan lapan ustaz yang diterbangkan menggunakan helikopter Super Puma ke lokasi dipercayai terletaknya bangkai pesawat berkenaan di Laut Jawa, pagi ini.


Komandan Lapangan Terbang Iskandar Letkol Jhonson Simatupang berkata, mereka membaca doa sebagai ikhtiar untuk memudahkan usaha penemuan mayat mangsa dan serpihan pesawat.

"Mereka berada di dalam helikopter untuk berdoa. Lokasinya (berdoa adalah) di kawasan sektor 1 dan 5," katanya.

Salah seorang ustaz, Muhammad Ali berkata, mereka berdoa supaya proses pencarian berjalan lancar dan baki 125 mayat mangsa dapat ditemui segera.

"Kami sebenarnya dalam hati sudah lama berdoa, sebelum ada inisiatif dari pimpinan kami (dibawa ke sini). Bagaimanapun, kita manusia masih ada kelemahan," katanya.

Tinjauan di lapangan terbang berkenaan mendapati, lapan ustaz yang memakai pakaian serba putih itu berjalan memasuki helikopter sekitar jam 6.50 pagi.

Wednesday, November 27, 2013

MELAWAT ANIMAL SAFARI DI BUKIT TINGGI, BOGOR, JAKARTA

Semasa melancong ke Jakarta (boleh lihat entry sebelum ini di sini), saya dan keluarga sempat ke Animal Safari yang glamer tu di Bukit Tinggi. Kami pergi balik hari, iaitu bertolak pepagi dan balik semula ke Jakarta pada hari yang sama. Dari Hotel Aston Marina Ancol, kami menaiki Suzuki APV yang di charter dari Pak Asim dengan harga Rp1 juta untuk trip ke Safari tu. Kami bertolak pada pukul 7.00am, dengan perjalanan melalui highway dan jalan susur keluar ke Bogor yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sebelum masuk ke Safari, kami berhenti di salah sebuah Indomaret untuk membeli makanan-makanan ringan. Supir kami kata harga makanan di dalam Safari amat mahal, jadi lebih baik bawa coklat, air, roti atau apa2 yang patut dari luar. Lepas tu kami beli lobak pula dalam 3 ikat pada harga Rp20k. Lobak ini amat penting, sebab kat dalam Safari tu nanti nak bagi haiwan makan.

Penjual jajan di jalan raya adalah pemandangan biasa di sini.. kalu kena ngan selera, bolehlah beli.. yg ni dia jual tauhu goreng kalu tak silap.

Untuk masuk, kena bayar tiket masuk yang berharga Rp250k seorang untuk warga bukan Indonesia yang berumur 1tahun dan ke atas. Kereta yang dibawa masuk juga kena bayar, tapi saya lupa berapa.

Masuk2 safari tu, kehadiran kami disambut oleh kuda belang yang bersepah di sana-sini. Mereka bebas untuk bergerak ke mana-mana; tiada sangkar, tembok atau reban yang membataskan pergerakan mereka. Inilah yang menjadikan safari ni amat best. Bukan kuda belang saja yang lepas-bebas, haiwan2 lain pon begitu juga.

 "Selamat datang" mungkin itulah yang diperkatakannya

 Sesi menyuap carrot bermula!

Suap sambil posing, senyum Cik Bad. Click! Click!!

 Alala.. manjanye..!!


Haiwan-haiwan kat sini mesra pelancong. Kalu xmesra, xdapat carrot, wey! So kenalah mesra hokey!!

 Mereka mengendap dan mengekori kami sepanjang perjalanan..

 Mereka ni nak datang ke arah kereta kami sebab nak carrot gaks!

 "OKlah..oklah.. nah makan carrot" Ammar pon sorong sebiji carrot untuk salah seekor gajah tu..

Semuanya nak carrot.. hippo pon nganga nak makan carrot (baru saya tahu yang hippo pon makan carrot). follow, jangan tak follow.. ngeh2..


 Tapi brader2 tu duk relax jer.. xminat pon carrot..huhu..

Bila nak masuk ke habitat haiwan-haiwan liar plak, kami melalui double gate untuk pastikan haiwan-haiwan liar yang lepas-bebas tu tak masuk kawasan haiwan2 herbivor dan makan dorang. Kat kandang karnivor ni cermin tingkap kereta tak boleh diturunkan. Tapi kalau nak turunkan juga, jangan menyesal kalu rimau atau singa gigit tangan korang. Heheh!

Eh! Tapi nape ade herbivor kat sini? Macam nak kena jadi lauk jer..

Disebabkan cermin tingkap kena naikkan, dapat amik gambo dari dalam kete je la.. Cik rimau pon macam tak berminat je ngan kitorang. Tengah kenyang la tu.

Masa tengok2 harimau, kami pon terserempak ngan sekor rimau yang sedang bergurau senda dengan kawannya. Harimau A terhendap2 selama beberapa minit, slow-slow naik pangkin dan kacau kawannya yang sedang tidur. Lepas kacau tu dia pon blah dengan muka selamba. It was really abeautiful sight! Saya cuba nak upload video tu tapi xleh.. xtau la ape masalah blogspot ni. Tapi saya try amik babak2 yang ada dan cantum2 untuk tatapan korang..

Comel sangat2 aksi dorang ni..


Lepas selesai ronda-ronda di safari bermesra dengan haiwan liar, kami diturunkan di carnival park. Kat sini ada macam-macam permainan macam kat funfair, but with better quality dan safety. Anak-anak paling seronok sekali bila masuk sini sebab macam-macam boleh main.

Ni clown train untuk bebudak

Selain permainan, ada juga baby zoo (trekking dalam sangkar haiwan-haiwan kecil), pertunjukan haiwan seperti gajah, dolphin, harimau dan burung, pertunjukan motosikal, pertunjukan cowboy, dan macam-macam pertunjukan lagilah. Sanggup atau tak sanggup je korang menapak kat dalam kawasan yang mega luas tu.

Sesi beramah-mesra dengan penguin

Kalu lapar, kat dalam tu ada banyak tempat makan. Harga macam biasalah agak mahal sket daripada luar. Kalu nak solat pon ada ruangan solat disediakan. Toilet amat bersih dan percuma (mungkin dah termasuk dalam caj masuk safari tadi).

Secara keseluruhannya, Animal Safari di Puncak ini saya bagi 5 bintang daripada 5 bintang. Memang marvelos!

Sedikit tips daripada saya agar percutian anda dan keluarga tersayang lebih menarik dan menyeronokkan di sini :
1. Pergilah pada hari biasa, bukan hujung minggu (sabtu/ahad) atau cuti umum Indonesia. Sebab jalanraya akan macet tahap tertinggi pada hari cuti memandangkan warga Indonesia juga beramai-ramai ke tempat libur begini.
2. Pergilah dari awal pagi, masuk Safari sebaik sahaja safari di buka. Ini adalah kerana safari ini amatlah besar; anda memerlukan berjam-jam di sini. Kami masuk pagi keluar petang hokey.. tu pon ada gak yang kitorang termissed tak dapat buat/tengok.
3. Masuk awal juga adalah untuk memastikan haiwan-haiwan mesra alam kat dalam itu masih dalam keadaan lapar. Bila lapar, mereka akan manja-manja minta carrot. Kalu masuk lambat, dorang dah kenyang, dorang takmo layan korang dah... kan ke rugi gitu..
4. Bawalah makanan seadanya dari luar, seperti air mineral, biskut, coklat dan lain-lain. Sambil meronda dalam safari tu, boleh juga kunyah-kunyah apa yang patut. Perlu diingatkan bahawa makanan di dalam safari adalah agak mahal.
5. Pakailah kasut yang sesuai untuk berjalan. Jangan pakai high heels ye puan-puan, sebab anda akan menderita sakit kaki pula sekembali dari safari ni nanti.

Semoga entry ini memberi gambaran dan panduan untuk anda yang nak ke sana. Bagi yang pon ke sana, leh kasi pendapat dan tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen. Saya akan ke blog anda juga :-)

Tuesday, November 26, 2013

PENGALAMAN PERCUTIAN KELUARGA DI JAKARTA (KAEDAH REDAH TANPA KAJIAN)

Ramai yang kata Jakarta best. Syurga beli-belah. So sebagai perempuan, wajiblah saya berkeinginan untuk ke sana juga. Huhu...


Pada 3 Nov 2013, kami sekeluarga ke Jakarta. Kami ke sana dengan kapal terbang tambang paling murah iaitu Air Asia la kan... manade airlines lain yg bole celen kemurahan airasia ni. Trip kali ni bawa anak-anak, so macam bese kami tak akan ambil pakej untuk percutian bersama keluarga. Leceh ikut pakej yang masa perjalanan yang ketat.

Ammar excited betul dapat naik flight. Inilah keindahan bercuti dengan keluarga... Seronok tengok anak2 seronok.

Mendarat saje di Soekarno Hatta Airport, Jakarta, kami kena naik bas transit untuk ke arrival hall. 

 Turun je flight, terus naik bas. Bas Airasia dah tunggu dah standby kat situ.

 Ammar kalu posing memang akan angkat 2 jari.. peace gitu...

Urusan kastam dan imigresen di airport ni amat mudah. Sekejap je dah setel. Bila dah selesai urusan kastam dan imigresen, kitorangpon cari kaunter Blue Bird Group untuk sewa kereta. Jenama ni je yang boleh dipercayai di Indonesia. Yang lain tu ada keraguan sket. Under Blue Bird Group ni ada Blue Bird (Taxi), Silver Bird (kereta sewa) dan Golden Bird (Kereta sewa eksekutif - yg ni Merz E200 hokey!!). Kitorang amik yg Silver Bird tu.

Owh ye, lupa nak bagitau yang kitorang tak book supir siap2 dari Malaysia. Kitorang main redah je kat airport tu. Bayar Rp 650,000 untuk satu hari punya trip termasuk bayaran supir. Kononnya nak pakai supir tu sampai lewat malam.. nak pegi shopping di malam hari kat Plaza2 yang grand2 di Jakarta tu. Tapi hampeh... sebab anak2 dah mengantuk belaka. Lepas pusing2 kota Jakarta, lepak sekejap di Monas dan ronda2 Plaza Indonesia, kitorangpon balik ke hotel.

 En. Hubby tengah tanya itu-ini-begitu-begini kat kaunter Silver Bird


Inilah Monas di malam hari. Untuk pengetahuan, waktu malam Monas dah jadi macam Pasar Lambak. Sebab ramai sangat yang berniaga bentang kat tanah je.. Nak cari t-shirt sebagai souvenir pon harga boleh runding2 sampai jadi di sini

Kami memilih Aston Marina Hotel di Ancol sebagai tempat menginap selama di Jakarta. Book kat Agoda jer, sebab senang nak book, dan senang nak komen kalu ade tak puas hati. Biasanye hotel2 akan jaga kita bebaik bila book dari Agoda sebab dia tahu kalu kita tak puas hati dan tulis testimoni negatif tentang hotel dia kat Agoda atau Tripadvisor, memang satu dunia boleh baca dan bisnes dorang boleh hancus.
 Ruang tamu yang luas untuk anak-anak bermain dan berkejaran

Ruang dapur untuk masak sket2 (e.g. maggi) dan makan2..

Aston Marina Hotel menjadi pilihan sebab dia ada apartment-style room. Kami perlukan 2-bedroom apartment pada harga mampu milik. Hasil dari kajian di internet, Aston Marina adalah pilihan terbaik. Alhamdulillah, tidak mengecewakan. Biliknya bersih, saiz agak selesa, ada ruang tamu, meja makan dan ruang masak. Sarapan pon sedap2. Suami suka makan pancake dengan sos coklat dan ditabur strawberi. Saya pilih untuk rasa makanan tempatan seperti bubur ayam, nasi dan bakso.Anak-anak macam biasa suka telur, sosej dan koko krunch. Untuk Aston Marina 4hari 3malam ni, kami membayar RM1,120.00 kepada Agoda. Rasa macam dah murah dah tu..


Esoknya kami gunakan khidmat supir yang ada di hotel Aston Marina. Namanya Pak Asim. Baik orangnya. Dia charge Rp 650k untuk 1 hari Jakarta (takde had masa, termasuk tol dan parking) dan Rp 1juta untuk trip ke Safari di Puncak, Bogor. Setakat nak hantar ke aiport pula dia charge Rp200k. Tak tahulah murah ke tidak.. hahaha... rasa macam murah, tapi disebabkan tak study siap2 sebelum pergi, so kitorang redha jer ngan kos tu.

 Kakak Nina posing manja dalam Suzuki APV dan Bad interfrem kat belakang..ngeh2..

Kami mulakan perjalanan kul 7am. Perjalanan ke Safari mengambil masa 2 jam lebih. Memula tu ikut highway, so smooth je perjalanan. Tapi bila dah kuar tol terus macet sampai la ke Puncak. Sampai kat Safari, beli tiket (Rp250,000/pax bagi non-Indonesian yang berumur 1 tahun ke atas) dan terus masuk safari. Pukul 3.30pm barulah kitorang keluar dari Safari tu. Safari ni adalah safari terbaik yang saya pernah pergi. Best sangat2. Disebabkan best sangat, saya buka entry baru just untuk ceritakan pasal Safari ni (cerita pasal safari sila klik di sini). semoga menjadi panduan berguna untuk yang nak ke sana ye..

 Aktiviti kasi hewan makan adalah aktiviti wajib di sini ye.. jangan lupa beli karot yang ada jual kat tepi2 jalan sebelum masuk ke dalam Safari!


Hari ke-3 kami khaskan untuk membeli-belah. Tak sah la pergi indon kalu tak shopping, kan... Ramai yang kata rugi kalu tak beli pakaian dan barangan2 tekstil kat Jakarta ni. Ada yang suuh pegi Tanah Abang, Mangga Dua, Pasar Senin, dan mcm-mcm lah. Cuma yang menjadi masalah ialah kami tak pasti yang mana paling best. So, sebagai wanita tertua dalam rombongan kami, saya pon membuat keputusan untuk ke ITC Mangga Dua dulu. Suami lebih cenderung untuk ke Tanah Abang, tapi of-course dlm hal shopping2 ni, saya memang selalu overrule. Heheh.. So kitorang masuk ITC Mangga Dua tu dan pusing2 dlm tu dari pukul 9am sampai kul 11.30am. 

Kesimpulan saya tentang ITC Mangga Dua:
1. Tempatnya besar, ada blok A sampai blok D
2. Serabut, tak teratur, ruang untuk shoppers nak berjalan pon kecik jer.. dah la kitorang bawa si kecik naik stroller, mmg tersangkut2 langgar orang.
3. Barang2 yang dijualpon langsung tak best.. balik2 nampak baju tidur, baju tidur, baju tidur..
4. Rasa tak selamat; nak kuarkan duit pon takut sebab orang ramai dan berhimpit2 di kawasan yang sempit so takut kot ade penyeluk saku atau perampok..

Lepas tu kitorang keluar dari situ (walaupon kecewa, tapi tetapi mendapat beberapa hasil tangkapan..huhu..), dan suh Supir bawa ke Tanah Abang. Perjalanan yang mengecewakan sebab jalanraya macet. 2jam stuck dlm jem tu barulah sampai kat Tanah Abang. Menci jalan raya di Jakarta!!



Tanah Abang memang terbaek! Menyesal pergi ITC Mangga Dua tu. Kenapa Tanah Abang terbaek?
1. Tempatnya super-duper besar; dari blok A sampai blok G kalu tak silap. Setiap blok tu setinggi 5-6 tingkat
2. Teratur.. barang2 disusun ikut jenis. Nak kain pasang gi tingkat bawah skali, atas sket t-shirt bola, atas lagi barangan muslim, atas lagi barangan wanita.. gitu aar lebih kurang..
3. Barangan yang dijual nampak lebih berkualiti dan harga super-duper murah. (Aritu beli baju renang anak-anak 3 orang habis RM300++ kat Jusco Melaka. Tapi kat Tanah Abang tu leh dapat RM30-40 sahaja sepasang)
4. Rasa lebih selamat. Ada pak guard. Ruang berjalan yang agak luas dan selesa. 
5. Tips : Tanah Abang mula beroperasi dari pukul 5am sampai 5pm. Tapi dalam kul 4pm tu dorang dah mula bungkus2 tutup kedai dah..

Hari ke-4 adalah hari untuk pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Jakarta. Kalu panjang umur dan murah rezeki, inshaAllah akan ke sana lagi.


Wednesday, November 24, 2010

Gunung Bromo, Indonesia

Selepas Gunung Merapi  memuntahkan laharnya beberapa minggu lepas, kini tiba pula giliran sebuah lagi Gunung berapi aktif yang dijangka akan memuntahkan laharnya tidak lama lagi.  

Gunung tersebut yang terletak di Pulau Jawa Timur, adalah Gunung Bromo.
Satu amaran paling tinggi, "red alert" telah dikeluarkan pada petang semalam.

Gunung Bromo telah mula mengeluarkan asap tebal dan beberapa siri gegaran kecil sejak 8 Nov yang lalu.
Sesiapa dalam jarak 3 km di sekitar Gunung Bromo dikehendaki berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Jarak Gunung Bromo ke Surabaya adalah 120km. Letupan terakhir adalah pada tahun 2004.

(sumber: The Star Wed 24 Nov 2010)


Gambar Belangkas