Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Bakar Ferrari kerana sudah bosan

 Keadaan kereta Ferrari 458 Italia yang dibakar.

AUGSBURG - JERMAN. Seorang lelaki didenda 20,865 Pound (RM130,748.28) kerana membakar Ferari miliknya dalam rancangan untuk menipu pihak insurans untuk membeli kereta baharu.

Menurut laporan Dailymail, lelaki tersebut yang tidak dinamakan, berusia 20 tahun yang memiliki 15 lagi kenderaan mewah telah merasa bosan dengan Ferrari 458 Italia miliknya.

Beliau kemudian didakwa merancang dan berkomplot bersama tiga orang lagi rakan untuk menjayakan penipuan tersebut.

Hakim menjatuhkan hukuman 22 bulan pengawasan dan denda manakala tiga orang rakannya tersebut pengawasan selama 14 hingga 16 bulan.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga merupakan seorang anak usahawan Zurich telah dinasihatkan oleh pengilang kereta tempatan untuk melakukan jenayah tersebut.



Sumber: Sinar Harian

Friday, June 26, 2015

Gorila kacak tarik perhatian wanita Jepun

Shabani, gorila yang kini popular di zoo Higashimaya, Jepun

NAGOYA - JEPUN. Seekor gorila digelar 'ikemen' yang bermaksud 'lelaki kacak' selepas menarik perhatian warga tempatan dan laman sosial, baru-baru ini.

Menurut Dailymail, gorila tersebut yang bernama Shabani itu berasal dari Zoo Taronga, Australia dan telah dipindahkan ke Jepun pada 2007.

Jurucakap Zoo Taronga memberitahu, Shabani merupakan antara gorila terawal yang diperkenalkan di zoo Higashimaya.

Difahamkan, jumlah pengunjung wanita ke zoo tersebut juga bertambah, baru-baru ini.

Foto-foto Shabani juga dikongsi ke laman sosial, antaranya kelakuan haiwan tersebut 'menunjuk otot', bermain dengan gorila muda dan termenung.

Tinjauan Sinar Online mendapati, rata-rata pengguna laman mikro Twitter yang berasal dari Jepun memuji 'ketampanan' Shabani.

"Dia terlalu kacak," kata Ikumi.

"Saya sudah pergi ke Zoo Higashimaya. Orang ramai kata Shabani kacak, dan dia terbukti kacak!," kata Natsu.

"Sya pergi ke zoo semata-mata untuk melihat Shabani. Dia memang sangat popular kini," kata pengguna Twitter, Yellow.



Sumber: Sinar Harian

Wanita Bunuh 8 Orang Bayi Yang Dilahirkan Hasil Hubungan Sulit Dengan Bapa Sendiri


Paris: Seorang wanita dari bandaraya ini telah dibicarakan di mahkamah Douai, selatan Perancis, atas dakwaan membunuh selepas dia dilaporkan telah membunuh 8 orang bayi yang dilahirkannya hasil hubungan sulit dengan bapa sendiri.

Dia dikatakan telah mencekik semua bayi-bayi berkenaan setelah 8 kali melahirkan anak kerana bimbang diketahui oleh suaminya dan orang laini.

Dominique Cottrez, 51, kini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Kes ini telah emnggemparkan Perancis selaepas semua rangka mayat anak-anaknya yang dibunuh itu telah dijumpai  di kampung asal Cottrez pada 2010.

Ibu kepada dua anak perempuan itu yang berbadan gemuk menyebabkan dia senang menyorok kehamilannya tanda disedari oleh suami, jiran dan doktor hi hospital tempat dia bekerja.

Dia yang bekerja sebagai jururawat memberitahu kejadian bermula selepas telah dirogol oleh bapanya ketika berusa lapan tahun dan kejadian berkenaan berterusan sehingga selepas kawin.

Apa yang mengejutkan dia memberitahu bahawa dia lebih menyintai bapanya daripada suami menyebabkan rela melakukan hubungan terlarang .

Bagaimanapun bapanya telah meninggal dunia pada 2007.

Leonard Meriaux adalah merupakan saksi utama selepas dia yang membuatkan perkara ini terbongkar selepas menjumpai mayat pertama. Pihak polis yang dihubungi telah menjalakan sasatan dan kemudian menemui tujuh lagi mayat, termasuk enam dalam garaj.



Sumber: siakapkeli.my

Thursday, June 25, 2015

Lelaki Ketagih Ramas, Cium Bau Seluar Dalam Wanita Ditahan

Longgokan coli dan seluar dalam wanita ditemui di kediaman Liang.

LINYI (China): Penemuan lebih 150 coli dan seluar dalam wanita di kediaman seorang lelaki bujang membawa padah apabila dia disiasat polis.

Lelaki berusia 44 tahun dan dikenali sebagai Liang itu ditahan selepas pelakuannya mencuri pakaian dalam wanita dirakam  di luar sebuah kedai.

Rakaman itu menunjukkan Liang melintasi kedai berkenaan yang menjemur pakaian dalam wanita dan memberhentikan vannya sebelum mengambil beberapa pasang pakaian itu dan kemudian bergegas melarikan diri.

Pemilik kedai menyerahkan pita rakaman itu kepada polis yang kemudian menjejaki Liang.

Mereka menemui longgokan coli dan seluar dalam ketika menyerbu kediamannya.

Jurucakap polis berkata, Liang mengaku mencuri pakaian itu.

“Saya tidak boleh tidur tanpa meramas dan mencium bau seluar dalam yang saya curi,” katanya.

Dia mengaku mencuri pakaian dalam itu sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun kerugian dari segi kewangan tidak banyak, tetapi perbuatannya menyebabkan wanita di bandar ini trauma,” kata polis.



Sumber: mstar.com.my

Thursday, June 11, 2015

Lelaki maut selepas cuba makan tablet

 Gambar hiasan

SAINT PETERSBURG - RUSIA. Seorang lelaki maut selepas cuba memakan peranti elektroniknya, sebuat tablet pada Isnin lepas.

Menurut Sputnik News, laporan polis dibuat selepas seorang lelaki didakwa menimbulkan kekacauan dan kekecohan di sebuah kawasan perumahan di Partnas.

Polis mendakwa lelaki berumur 41 tahun tersebut membaling objek, termasuk perabot ke luar rumahnya.

"Lelaki tersebut yang tidak bekerja telah menentang polis dan berterusan berkelakuan tidak sopan dan cuba memakan cawan yang pecah dan peranti tablet miliknya," dipetik dari kenyataan polis tempatan.

"Pegawai polis di tempat kejadian terpaksa menghentikan tindakan lelaki tersebut.

"Lelaki tersebut pengsan dan maut sebelum ketibaan pegawai perubatan," jelas kenyataan berkenaan.

Jenis peranti tablet tersebut tidak dapat dipastikan dan polis masih menyiasat kejadian tersebut.



Sumber: Sinar Harian

Tuesday, June 9, 2015

Pertandingan selfie bulu ketiak di China


Satu pertandingan selfie bulu ketiak telah diadakan di China  melalui laman Weibo pada 26 Mei dan berakhir pada 26 Jun ini hanya untuk perempuan sahaja.

Hashtag #WomensArmpitHairCompetition ini telah menarik minat lebih daripada satu juta netizens.


 Pertandingan bulu ketiak ini dimulakan oleh aktivis feminis Xiao Yue. Perempuan berusia 26 tahun itu ingin mengubah pandangan selama ini bahawa perempuan cantik adalah yang tidak berbulu. Hadiah akan diberikan bagi wanita yang mempunyai bulu ketiak cantik dan percaya diri ketika foto selfienya dipaparkan di dunia maya.


Menurut Xiao, konsep bulu ketiak perempuan dianggap tidak beradab adalah pandangan barat. Mereka sengaja menyebarkan pandangan ini melalui media dan pengiklan untuk mempromosikan konsumerisme dan krim pencukur.

Pertandingan yang dianjur Xiao ini bukan kali pertama kerana konsep sama pernah diadakan musim panas tahun lalu yang mengajak wanita menyiarkan foto bulu ketiak mereka di Weibo. Pertandingan ini menarik lebih 28.5 juta netizen dan beribu-ribu orang mendaftar hanya dalam masa lima hari.




Sumber: Tribunnews.com

Monday, June 8, 2015

Wanita ini dakwa dirinya pemilik matahari dan menjualnya di eBay

Foto: Allvoices.com

Matahari adalah ciptaan Tuhan dan setiap orang berhak memanfaatkannya secara percuma. Namun wanita asal Sepanyol ini rupanya mempunyai pemikiran berbeza.

Wanita bernama Maria Duran ini mendakwa bahawa dirinya adalah pemilik matahari. Bukan hanya itu, dia akan meminta bayaran daripada semua orang atas segala pemanfaatan matahari.

Kelakuan Maria tidak berhenti di situ. Baru-baru ini, dia menawarkan 1 Euro bagi satu meter persegi  plot di permukaan matahari di laman jual beli eBay.

Namun malangnya, pihak eBay menganggap tindakan Maria menjual plot di matahari itu sebagai penipuan. Perempuan berusia 55 tahun ini tidak dapat menerima apabila eBay menyekat akaunnya.

Maria kemudiannya mengheret eBay ke mahkamah dan meminta mereka membayar 10 ribu Euro. Maria menganggap eBay telah mengambil komisen darinya, namun tak membenarkan dia menerima bayaran daripada mereka yang membeli benda angkasa yang dia jual.

Pihak eBay berusaha menyelesaikan masalah ini di luar mahkamah namun Maria enggan. Mahkamah di Bandar Madrid menyatakan Maria berhak mengheret eBay ke mahkamah.

Maria mengaku telah menjadi pemilik rasmi matahari berdasarkan undang-undang sejak 2010. "Saya tidak bodoh. Saya tahu undang-undang," ujar Maria ketika itu.

Perjanjian angkasa menyatakan bahawa tidak ada negara yang boleh mendakwa benda di langit sebagai milik mereka. Hal ini dimanfaatkan oleh Maria kerana dirinya tak termasuk dalam perjanjian itu, sebab dia bukan sebuah negara.

Sebelum akaunnya disekat eBay, Maria mendakwa mendapat 600 pesanan dengan nilai 1,200 Euro. Namun, ramai yang mengabaikannya kerana manusia tidak mungkin tinggal di Matahari. Selain letaknya yang sangat jauh, manusia juga pasti akan cair kerana terbakar.



Sumber: WowKeren

Tuesday, June 2, 2015

Wartawan mabuk ketum, cuba temu bual mayat


SEORANG wartawan melakukan tindakan pelik apabila cuba menemu bual seorang lelaki yang telah mati di Brazil.

Dalam kejadian itu, wartawan berkenaan dilapor telah tiba di satu lokasi kes rompak untuk membuat liputan bagi sebuah siaran televisyen.

Sebaik sahaja tiba, wartawan itu meluru kepada dua lelaki yang diikat tangan dalam keadaan tertiarap dan bertanyakan sesuatu.

Tidak cukup dengan itu, dia bertindak menghampiri seorang lelaki yang turut tertiarap serta tidak diikat tangan.

Wartawan itu mengajukan beberapa soalan kepada lelaki yang telah mati selain cuba mengoyangkan bandannya.

Akibat tidak mendapat sebarang tindak balas, wartawan berkenaan kemudian bangun sambil berkata," peliknya, saya cuba menemu bual lelaki yang telah mati sebentar tadi."



Kredit: mstar.com.my

Monday, June 1, 2015

Gara-gara diraba monyet, wanita Inggeris buat laporan polis


Seorang wanita Inggeris, Melissa Hart, 24 tahun, diserang dan diganggu monyet semasa lawatan sehari ke Gibraltar. Wanita dari Macclesfield itu diserbu sekumpulan monyet ketika melawat Pulau Barbary dengan memakai bikini.

Melissa tiba-tiba dikepung beberapa ekor monyet. Dua di antara mereka menarik-narik pakaian dan rambut Melissa.

 "Saya benar-benar tak berdaya saat kedua monyet itu menyentuh alat sulit," ujarnya seperti dipetik dari Dailymail, 30 Mei 2015. "Seekor monyet menarik bikini saya."

Adegan itu membuatkan pelancong lain tertawa.

"Saya benar-benar mengalami gangguan seksual, tapi orang lain menganggapnya sebagai jenaka," kata Melissa.

Dia kemudian melaporkan dua monyet itu kepada seorang polis wanita di sana. Tapi polis itu menyatakan monyet tidak boleh didakwa melakukan jenayah.



Sumber: Tempo.co

Lelaki iklan diri sendiri untuk cari pasangan

Ji dilihat mengiklankan iklan tersebut dengan berdiri bersama sekeping kad di sebuah kampus.

HUBEI - CHINA. Sibuk dengan kerja sehingga menghalangnya untuk mencari teman hidup mendorong seorang lelaki mengiklankan diri sendiri untuk mencari teman wanita.

Lelaki yang dikenali sebagai Ji, 23 tahun bertindak mengiklankan diri sendiri dengan berdiri bersama sekeping kad di kampus Huazhong University of Science and Technology di Wuhan, Hubei.

Tindakan beraninya itu menjadi perhatian pengguna Internet selepas gambarnya yang berpakaian kemas bersama dengan senarai ciri-ciri wanita yang diingininya tersebar di China.

Ji dilihat menyenaraikan beberapa syarat yang dikehendakinya dalam mencari teman wanita seperti umur, berat, taraf pendidikan malah turut memberi tempoh sebulan percubaan untuk melihat sejauh mana kejayaan terhadap perhubungan itu.

" Wanita yang materialistik tidak akan dilayan" kata dipetik China Daily

Tambah Ji, sebelum ini, bekas teman wanitanya adalah pelajar universiti itu dan tindakannya untuk mengiklankan diri di universiti berkenaan adalah dengan harapan bakal teman wanitanya juga akan ditemui di situ.

Berdasarkan laporan beberapa media, setakat ini tiada wanita berminat dengan tawaran lelaki itu.



Kredit: Sinar Harian

Sunday, May 31, 2015

Isteri terkejut suaminya yang dikahwini selama 2 tahun sebenarnya seorang wanita


Maros (Indonesia): Seorang isteri terkejut dan membuat laporan polis selepas mendapati suaminya yang dikahwini selama dua tahun sebenarnya wanita.

Nurhayati, 24, membuat laporan polis kerana berasa tertipu selepas ‘suaminya’ yang dikenali sebagai Iwan, 39, sebenarnya perempuan.

Ketua jabatan jenayah polis Maros di Sulawesi Selatan, Yusrizal berkata, identiti ‘suami’ wanita itu terbongkar pada Rabu lalu selepas keluarga kedua-dua belah pihak bertemu.

Katanya, Iwan atau nama sebenarnya Juma pergi ke rumah Nurhayati di sini dengan membawa surat keterangan pernikahan.

“Juma memberitahu keluarga Nurhayati bahawa mereka sudah bernikah pada September 2013 dan perkara itu menyebabkan keluarga wanita itu berang.

“Pertengkaran yang tercetus menyebabkan Juma akhirnya mengaku dia sebenarnya wanita,” katanya.

Nurhayati yang terkejut dengan pengakuan ‘suaminya’ itu bertindak membuat laporan polis dan mendakwa Juma menipu serta memburukkan nama baik keluarganya.

“Juma turut membuat laporan polis mendakwa keluarga Nurhayati cuba menyerangnya.

“Kami menahan Juma untuk soal siasat dan pemeriksaan doktor mengesahkan suspek wanita,” katanya.

Nurhayati memberitahu dia tidak mengetahui ‘suaminya’ wanita kerana sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak pernah melakukan seks. - Agensi

Lelaki tua cari amah yang sanggup kerja sambil bo*el

Iklan yang dipasang John

Seorang pesara lelaki berusia 69 tahun dari Bristol, United Kingdom, mencari seorang wanita untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Lelaki ini bersedia membayar upah di atas harga pasaran asalkan wanita tersebut bersedia bekerja di rumahnya tanpa mengenakan pakaian.

Lelaki yang bernama John ini memasang iklan untuk mencari pembantu rumah tersebut di sebuah kedai surat khabar tempatan. wanita itu nantinya hanya bekerja mencuci pinggan, menyapu rumah, dan mengemas seluruh rumah sambil telanjang.

Bagi mereka yang bersedia, John akan memberi upah 20 poundsterling per jam.  John yang menceraikan isterinya 24 tahun lalu itu merasa tak ada yang salah dengan keinginan itu.

"Saya tak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Saya tak menyakiti siapa pun. Saya hanya suka melihat perempuan telanjang," ujar John.


John berkata, idea untuk mencari pembantu telanjang muncul selepas sebuah perbincangan dengan seorang kawannya di London beberapa waktu lalu. Selepas pulang ke Bristol lalu dia merancang memasang iklan di kedai surat khabar tempatan. Pada awalnya, dia ragu-ragu sama ada dia dibenarkan memasang iklan seperti itu.

"Ternyata, pemilik kedai mengizinkannya. Dalam seminggu, saya mendapat 11 jawapan. Saya lalu menelefon mereka dan menapis sehingga tinggal empat orang sebelum bertemu dan menemuramah mereka," kata John.

Akhirnya, John memilih seorang wanita berusia 35 tahun dan wanita itu bekerja untuk John selama 18 bulan. Namun, wanita itu berhenti kerja setelah suaminya perlu meninggalkan Bristol kerana mendapat pekerjaan baru.

John lalu mencari penggantinya dan mendapat pembantu baru, kali ini seorang guru. Namun, guru itu tak lama bekerja di kediamannya kerana mendengar kes seorang guru yang dipecat kerana bekerja sampingan di industri seks.

"Ternyata, bukan wang yang menjadi pertimbangan para wanita itu. Mereka seolah-olah mencari pengembaraan dan keseronokan untuk kedua-dua pihak. Saya ingin mereka melakukan ini bukan semata kerana wang," ujar John.

Setakat ini, John berkata tidak akan menghentikan hobinya mencari pembantu telanjang.

"Saya memang suka melihat perempuan telanjang, itu saya akui. Namun, saya tak melakukan perkara haram. Saya tak memaksa mereka melakukan sesuatu," kata John.

"Dua pembantu saya yang pertama  masih menghubungi saya sekadar bertanya khabar. Jika ada yang mencari pembantu rumah, saya akan mengesyorkan mereka," kata John.



Sumber: Kompas.com

Guru telan hamster hidup-hidup depan murid-murid

 
Guru Makan Hamster Mahu Ajar Murid Tentang 'Nilai Hidup'

SEORANG guru ditahan kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan berikutan laporan yang mendakwanya memakan hamster semata-mata mahu memberi pengajaran kepada murid-murid yang salah laku.

Murid-muridnya terkejut menyaksikan kejadian itu apabila guru berkenaan mengambil haiwan perliharaan tersebut dari sangkar di kelas dan kemudian menelannya hidup-hidup.

Guru berkenaan berkata, dia mahu mengajar murid-muridnya supaya menghormati hak asasi haiwan.

Susulan insiden mengejutkan itu, guru tersebut ditahan kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Media Rocket 24 melaporkan bahawa sekolah itu pada awalnya cuba merahsiakan insiden yang berlaku di Korea Selatan awal bulan ini.

Bagaimanapun, beberapa murid memberitahu ibu bapa mereka dan polis dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum guru berkenaan terpaksa membuat pengakuan.

Kata guru itu, dia memakan hamster kerana dia percaya kanak-kanak boleh berlaku kejam kepada haiwan dan tidak memahami nilai kehidupan.

Tambahnya: "Saya mengumpulkan kekuatan saya dan menelan hamster hidup-hidup untuk cuba menyampaikan dengan cara yang berbeza mengenai mengapa kita perlu menyayanyi haiwan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai pertuduhan yang dihadapi guru tersebut. - MIRROR



Sumber: mstar.com.my

Thursday, May 28, 2015

‘Panggil syaitan’ jadi viral

Gambar hiasan

SUATU cabaran baharu yang dikenali sebagai 'Charlie Charlie Challenge' yang viral di laman mikro Twitter pada akhir minggu lalu menyaksikan ramai pelayar teruja untuk mencubanya.

Menurut Mirror, dua batang pensel dan kertas yang ditulis dengan 'ya' dan 'tidak' diperlukan untuk memanggil syaitan yang dikenali sebagai 'Charlie'.

Cabaran tersebut yang hampir menyerupai pemujaan menggunakan papan permainan Ouija dikatakan menakutkan beratus-ratus pelayar yang bertindak merakam aksi mereka 'memanggil syaitan'.

Beberapa gangguan seperti jeritan dan bisikan halus, cermin pecah dikatakan mengganggu mereka yang mencuba cabaran ini.

Bagaimanapun, cabaran ini dianggap palsu dan hanya wujud untuk menakutkan pelayar-pelayar laman sosial.

Menurut seorang pakar paranormal, Neil Dagnall berkata, 'memanggil syaitan' bukan satu perkara baharu.

"Ianya pelik, dan bukan jenis pemujaan yang saya pernah ketahui. Ia variasi dari pemujaan menggunakan papan Ouija," jelasnya.

"Pelayar saksikan perkara ini berlaku di internet, dan mereka mahukan sesuatu terjadi.

"Bila kita mahu ia terjadi, kita mula mengaitkan perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan pemujaan tersebut," katanya yang berasal dari Manchester Metropolitan University.

Menurutnya lagi, Charlie Charlie Challenge hanyalah 'mainan akal'.

"Cabaran ini menjadi popular kerana media sosial," akhiri beliau.



Sumber: Sinar Harian

Wednesday, May 27, 2015

Lelaki ini rantai tunangnya seperti anjing


Nathan Riely, 30, mempunyai seorang tunang yang kini dikenali dengan nama "Xena anjing Nathan". Gadis 21 tahun itu digelar demikian kerana dia rela diperlakukan seperti anjing peliharaan oleh Nathan.

Mereka sering kelihatan berjalan-jalan di sekitar kota New York ketika petang atau pagi hari. Nathan kelihatan memegang dua rantai, satu rantai milik Scout, anjing Nathan, satu lagi milik Xena.

Kemana Nathan pergi, dengan setia Xena mengikutinya. Dia bahkan mengenakan kalung anjing sebagai pengikat di rantai tersebut.


"Rantai dan kalung anjing itu sebenarnya sebuah simbol. Jika orang-orang biasanya menggunakan cincin sebagai tanda pertunangan, saya menggunakan kalung anjing," ujar Nathan seperti dilapor akhbar Mirror, Selasa (26/5).

Menurut mereka, semua yang dilakukan tidak melanggar peraturan yang ada.

"Semuanya benar, tidak ada yang salah," lanjut beliau.

"Semasa saya bersama dengan tunangan saya, tidak ada satupun yang membuat saya tidak bahagia," ujar si pemandu lori itu.




Sumber: Merdeka.com

Saturday, May 23, 2015

Mangsa Rompakan Terselamat Kerana 'Miskin'

 De Boeck dibawa perompak ke ATM untuk mengeluarkan wang menggunakan kad kreditnya tetapi tidak berhasil.

HANYA kerana dianggap miskin selepas gagal mendapatkan sebarang habuan, seorang pelajar terselamat dalam kejadian rompakan bersenjata yang berlaku bukan di satu lokasi malahan berlarutan hingga ke empat ATM dan sebuah kedai runcit.

Mangsa, Levi de Boeck, 23, diacukan pistol dan dirampas telefon bimbit serta dompetnya oleh perompak yang memakai jaket berhud sebelum dibawa ATM untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak £200 (RM1,115) tetapi tidak berjaya.

De Boeck kemudiannya dibawa ke tiga lagi ATM di Antwerp, Belgium dengan tujuan sama, di mana secara kebetulan aksi perompak tersebut dirakam di salah satu mesin ATM menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 De Boeck lega apabila dilepaskan perompak walaupun terpaksa ke beberapa lokasi untuk mengeluarkan wang.

Cubaan mengeluarkan wang tidak berjaya di kesemua ATM disebabkan mangsa tidak mempunyai simpanan mencukupi di dalam akaun bank.

Bagi memastikan dia tetap memperoleh sesuatu daripada mangsa, perompak itu membeli rokok di sebuah kedai runcit menggunakan kad kredit mangsa.

"Saya minta maaf tetapi awak lebih miskin daripada saya," kata perompak tersebut kepada De Boeck selepas memeluknya.

Perompak tersebut turut memulangkan kembali dompet serta telefon bimbit milik De Boeck dan melarikan diri serta merta.

Pihak polis kini sedang memburu perompak tersebut yang dipercayai kerap melakukan rompakan, cuma sebelum ini dia berjanggut.


Sumber: mstar.com.my

Friday, May 22, 2015

Bomoh bangang paksa bayi umur 2 hari berjalan bagi sembuhkan demam

 Rakaman bomoh memaksa bayi berjalan.

ASSAM - INDIA. Seorang bayi yang baru berumur dua hari dipaksa berjalan oleh seorang bomoh dalam usaha menyembuhkan demam panas bayi tersebut, Isnin lepas.

Agensi berita tempatan, NDTV memberitahu, bayi tersebut yang menderita demam panas sejak dilahirkan dibawa berjumpa seorang bomoh wanita berusia 50-an di sebuah kampung.

Bomoh tersebut kemudian memaksa bayi tersebut 'berjalan' sambil memegangnya di bahagian leher.

Seorang saksi kemudian bertindak merakam 'upacara' tersebut dan memberikannya kepada pihak polis.

Kampung tersebut yang terletak di Marigaon kemudian diserbu polis dan menahan dua orang wanita dan bomoh tersebut.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berhampiran.

Pegawai polis, Rakesh Kumar memberitahu bahawa upacara 'bomoh mistik' mempengaruhi orang ramai untuk tidak peduli keadaan bayi tersebut yang baru lahir.

"Bayi tersebut memang demam panas, tapi sekarang sudah sihat. Kita perlukan kempen tentang cara-cara penjagaan bayi baru lahir dan ibu baru bersalin," kata Rakesh.


Sumber: Sinar Harian

Monday, May 18, 2015

Pelancong wanita tak berpakaian buat terjunam bungee cetus kemarahan


 Tindakan sebuah pusat rekreasi di Thailand membenarkan seorang gadis Hong Kong membuat terjunan bungee tanpa berpakaian mendatangkan padah kepada mereka selepas pusat tersebut telah didenda.

Tindakan gadis tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk Chiang Mai kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat setempat.

Sebaik video terjunan bungee itu tersebar, pihak berkuasa Chiang Mai terus bergegas ke tempat kejadian.


Menurut Pengurus pusat berkenaan, dia tidak menyangka kejadian tersebut menimbulkan kemarahan penduduk.

Bancha berkata pelancong yang tidak dikenali telah melawat tempatnya yang pada 6 Mei, dengan mendakwa dia adalah seorang model dan perlu berbogel untuk merekodkan terjunan bungeenya itu.

Dia yang tidak menjangkakan video itu akan menjadi viral berjanji tidak akan mengulangi perkara sedemikian pada masa akan datang.


 Bancha kini telah ditahan oleh pihak polis tapi kemudiannya dibebaskan selepas membayar denda sebanyak 1,000 bhat (RM107).

Pihak polis cuba mengesan gadis tersebut untuk meminta beliau untuk tidak menyebarkan gambar kerana Chiang Mai adalah "bandar budaya,".

Bagaimanapun gidis tersebut dikatakan sudah berada di negaranya menyebabkan pihak Thailand terpaksa menghubungi dutanya di Hong Kong untuk menghubungi gadis berkenaan.



Sunday, May 17, 2015

'Abang Serius' beli bintang porno RM28 juta

 Rola Misaki 

Seorang bilionair China dikhabarkan sanggup membayar £5 juta (RM28 juta) untuk membeli khidmat eksklusif bintang porno popular Jepun, Rola Misaki bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Perbuatan tak ubah seperti filem popular 1990-an ‘Pretty Woman’ ahli perniagaan misteri itu hadir bersama Rola, 22, dengan memakai topeng pada satu acara di Beijing, baru-baru ini.

Rola yang berdarah campuran Jepun dan Russia juga dipercayai mendapat kontrak lakonan dengan ‘Abang Serius’ selama 15 tahun bagi memperkembangkan kerjaya lakonannya selain menjadi pembantu peribadi.

Namun, keintiman ditunjukkan pasangan itu pada acara berkenaan membuatkan ramai menganggarkan kontrak terbabit merangkumi ‘klausa keintiman,’

Mengikut spekulasi media, dia dipercayai taikun bergelar ‘Abang Serius’ yang terkenal dalam industri hiburan sebagai bilionair yang tidak kisah berbelanja.

Rola yang mula mendapat perhatian melalui video di YouTube tidak begitu popular di negara asal namun, mempunyai ramai peminat di China dengan lebih 4.8 juta pengikut di Weibo.

Dia juga mendapat gelaran seperti ‘Dewi Lelaki Nombor 1.’

Pembelian khidmatnya itu tidak diterima baik peminatnya malah, seorang berkata, di Weibo: “Dia antara yang terbaik. Tak percaya dia kini dimiliki lelaki itu.” – Agensi

Thursday, May 14, 2015

lelaki ditangkap ketika sedang makan najis di tandas wanita


Seorang lelaki berusia 20-an dari Kota Jiangmen, Wilayah Guandong, China ditangkap pengawal keselamatan ketika sedang melakukan perkara yang menjijikkan iaitu makan najis di tandas wanita di sebuah pusat membeli belah terbesar di bandar itu.

Kes ini menggemparkan penduduk Jiangmen. Kemungkinan besar, lelaki itu mengalami gangguan mental. Bagaimanapun, hospital mental tempatan mendakwa tidak menemui data yang menunjukkan lelaki itu pernah dirawat. Pemilik pusat membeli-belah itu berharap kerajaan boleh memberikan rawatan terhadap lelaki muda tersebut, agar pengunjung tidak lari kerana tindakannya.

Wartawan GDTV sempat menemubual lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu. Dia ditanya kenapa makan najis dan mengapa di tandas wanita.

"Kerana di tandas wanita rasanya lebih enak," jawabnya sambil tersenyum.




Sumber: Merdeka.com

Gambar Belangkas