Showing posts with label Info Dunia. Show all posts
Showing posts with label Info Dunia. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Harimau terlepas dari Disneyland Paris

PARIS: Kelibat seekor harimau yang merayau-rayau di sekitar daerah Seine-et-Marne menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan penduduk kawasan itu.

Haiwan itu dipercayai terlepas dari Disneyland Paris yang terletak tidak jauh dari situ.
Kehadiran sang belang itu dikesan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya, sebelum merakam pergerakan haiwan itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, polis dan pasukan bomba Perancis terpaksa dikerah untuk menjejaki haiwan itu, termasuk menggunakan helikopter.

Penduduk bandar Montevrain kemudiannya memaklumkan pada laman Facebook mereka bahawa harimau itu dikesan berada di situ.

"Haiwan itu ada di dalam belukar di belakang gelanggang tenis dan padang bola yang terletak hanya sembilan kilometer dari taman tema itu," katanya.

Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan berkata, polis dan pasukan penyelamat sudah berada di lokasi dan membuat kepungan menutup kawasan tersebut dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan tersebut. - AFP


Disney Tampil Selamatkan Krisis Ekonomi Paris Disneyland

PARIS: Euro Disney, pengendali Paris Disneyland yang merupakan salah satu tarikan utama di Eropah, pada Isnin mengumumkan ia menerima pakej pembiayaan semula berjumlah satu bilion euro (RM4.1 bilion) bagi menangani krisis selepas berhadapan dengan penurunan mendadak dalam bilangan pengunjung.

Pelan kewangan itu didedahkan dalam satu mesyuarat krisis pada awal Isnin sebelum pasaran saham dibuka, turut melibatkan suntikan wang berjumlah 420 juta euro (RM1.7 bilion) oleh syarikat induk Disyney di Amerika Syarikat (AS) dan penukaran hutang 600 juta euro (RM2.5 bilion) kepada Disney sebagai ekuiti.

Presiden Euro Disney, Tom Wolber menyatakan bahawa punca krisis disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang sukar di Eropah.

"Paris Disneyland merupakan destinasi pelancongan nombor satu di Eropah, tetapi cabaran ekonomi yang sedang berlaku di Eropah dan beban hutang kita telah mengakibatkan penyusutan dalam perolehan dan kecairan kewangan dalam operasi," katanya dalam satu kenyataan.

Wolber berkata, pelan kecemasan itu adalah penting untuk memperbaiki keadaan kewangan dan membolehkan syarikat itu terus melakukan pelaburan di resort itu yang menambahbaik pengalaman yang menarik buat para pengunjung.

Paris Disneyland dibuka pada 1992 di timur pinggir Paris. - mStar Online

Sejarah Baru Tercipta Manusia Mendaratkan Modul Dipermukaan Komet

DARMSTADT (Jerman): Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mencatatkan satu sejarah baru kemanusiaan apabila berjaya mendaratkan robot angkasa yang dinamakan Philae di atas permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko yang dipercayai berusia 4.5 bilion tahun pada lewat Rabu.

Ia adalah kejayaan yang pertama seumpamanya. Belum pernah sebuah modul buatan manusia mendarat di atas mana-mana permukaan komet.

Komet adalah objek yang berterbangan di ruang angkasa yang mengembara mengelilingi matahari dan merupakan serpihan daripada saki baki pembentukan planet di dalam Sistem Suria kita.

Sistem Suria kita mempunyai 8 planet.

Philae dilancarkan dari sebuah kapal angkasa kecil tanpa manusia bernama  Rosetta yang telah mengembara sejauh 6.4 bilion kilometer di ruang angkasa selama 10 tahun mengejar Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko dalam misi bersejarah ini. Rosetta dilancarkan pada Mac 2004.

Kos melancarkan misi ini bernilai £1 bilion (RM5.24 bilion).

Selepas 10 tahun di ruang angkasa Rosetta berjaya menghampiri Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko pada jarak 100 kilometer pada 6 Ogos lalu. Sejak itu Rosetta mengobit komet berkenaan.

Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko bergerak pada kelajuan 55,000km/jam (atau 15km sesaat) dan ia kini berada pada jarak 510 juta kilometer dari Bumi.

Ia dijadualkan berada paling hampir dengan matahari menjelang Ogos tahun depan. Pada waktu ini permukaannya akan menjadi tersangat panas dan mencairkan debu ais yang menutupi permukaannya.

Fakta Mengenai Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko:

1. Pertama kali ditemui pada 1969 oleh dua orang ahli kaji bintang Klim Churyumov dan Svetlana Gerasimenko.
2. Komet ini mengelilingi matahari dan membuat satu pusingan lengkap setiap 6.5 tahun.
3. Mengembara antara orbit Planet Jupiter dan Bumi.
4.  Mempunyai kelebaran seluas 4km.
5. Mempunyai rupabentuk seperti seekor itik plastik.
6. Suhu permukaan sekitar -70 darjah Selsius.
7. Kandungan komet ini terdiri daripada batu, debu dan ais.
8. Membuat putaran lengkap setiap 12.4 jam.
9. Kepadatannya sekitar 10 bilion tan.

Pada Rabu, 12 November Rosetta menghampiri komet tersebut pada jarak 1km dan melepaskan Philae yang hanya bersaiz sebuah peti sejuk.

Philae mengambil masa tujuh jam untuk mendarat.

Sebaik sahaja ia menghampiri permukaan komet, Philae menembak dua bilah lembing besar atau harpoon yang berfungsi sebagai sauh untuk memastikan ia tidak kembali terapung memandangkan daya graviti yang lemah di atas permukaan komet tersebut.

Malangnya laporan terbaru yang diterima oleh ESA bagaimanapun menunjukkan tembakan harpoon itu tidak berjaya sepenuhnya.

ESA masih menunggu isyarat daripada Rosetta mengenai nasib Philae pada masa berita ini dimuat naikkan.

Pengurus Pendaratan Philae di ESA, Dr Stephan Ulamec dipetik oleh BBC sebagai berkata: "Ada kemungkinan robot Philae tidak mendarat sekali tetapi dua kali kerana selepas harpoon yang bertindak sebagai sauh gagal berfungsi dengan sempurna Philae melambung ke ruang angkasa sekali lagi sebelum kembali mendarat atas tarikan gaya graviti."

ESA yakin Philae berada dalam keadaan stabil berdasarkan isyarat yang ia hantar ke kapal angkasa Rosetta buat masa ini.

Ketua Pengarah ESA, Jean-Jacques Dordain menyifatkan kejayaan mereka mendaratkan modul di atas permukaan komet itu sebagai satu kejayaan besar dan bersejarah dalam ketamadunan manusia.

Ini kerana buat pertama kalinya manusia dapat mengkaji secara langsung usia pembentukan Sistem Suria yang selama ini dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun.

Planet yang terbentuk di sekeliling matahari telah melalui pelbagai proses kematangan dan perubahan fizikal sejak kewujudannya tetapi komet yang bertaburan dan berjumlah berbilion buah itu di ruang angkasa dipercayai kekal dalam bentuk asalnya sebaik sahaja Sistem Suria terbentuk.

Sebab itulah ia dianggap sangat penting untuk kajian bagi mengenalpasti berapakah usia Sistem Suria kita dalam Galaksi Bima Sakti.

Saintis juga selama ini percaya kepada teori yang kewujudan air di atas permukaan Bumi sebenarnya berasal dari serpihan komet. Ini kerana komet membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak disebabkan pengembaraannya yang jauh dari matahari di dalam Sistem Suria dan ais itu mula mencair menjadi air ketika ia menghampiri matahari.

Jika salah satu daripada berbilion buah komet yang terdapat di ruang angkasa terhempas di atas permukaan Bumi berbilion tahun dahulu, sudah pastinya ia akan membawa bersama-samanya kandungan ais yang banyak sekaligus membentuk lautan kecil.

Bersama air, datang kehidupan yang lain.

Jika segalanya berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang kerosakan besar, Philae dijadualkan untuk terus berfungsi selama setahun di permukaan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko.

Ujiannya yang terbesar ialah sejauh manakah ia mampu bertahan pada suhu permukaan melebihi 500 darjah Selsius sebaik sahaja komet ini menghampiri matahari pada jarak yang paling dekat menjelang Ogos 2015. - mStar Online

Kapal angkasa Rosetta mengambil selfie dengan berlatarbelakangkan Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko ketika ia menghampiri komet itu sejurus sebelum melancarkan robot kecil bersaiz sebuah peti sejuk ke permukaan komet. Inilah pertama kalinya manusia berjaya mendaratkan sebuah modul di atas permukaan sebuah komet yang bergerak pada kelajuan 15km sesaat di angkasa lepas.

Philae mendarat di permukaan komet berkeluasan 4 kilometer.

Keadaan permukaan komet yang berjaya dirakamkan semasa pendaratan Philae.

13 wanita maut selepas doktor guna alatan bedah kotor

NEW DELHI: Seorang doktor yang melakukan lebih 50,000 pembedahan pemandulan ditahan kerana didakwa menyebabkan kematian akibat cuai.

Doktor yang pernah menerima anugerah kira-kira 10 tahun lalu itu didakwa menyebabkan kematian pesakitnya kerana menggunakan peralatan kotor dan berkarat.

Pembedahan berkenaan dilakukan dalam bilik kotor di hospital swasta yang tidak digunakan di perkampungan Pandari, wilayah Chhattisgarh.

Baru-baru ini, Dr R K Gupta dikatakan melakukan pembedahan pemandulan 83 wanita dalam tempoh kurang tiga jam sehingga mengakibatkan beberapa kematian.

Sekurang-kurangnya 14 wanita maut setakat ini, manakala puluhan lain masih mendapat rawatan, termasuk dalam keadaan  kritikal.

Bagaimanapun, doktor itu menafikan dia cuai dan kerajaan yang patut bertanggungjawab atas kejadian itu kerana peralatan dan ubat dibekalkan kerajaan untuk prosedur berkenaan adalah punca tragedi itu.

Malahan, dia juga membidas kerajaan supaya mengawal jumlah pesakit yang datang ke ‘kem’ perancang keluarga yang dikendalikannya.

“Pentadbiran kerajaan sepatutnya menetapkan bilangan wanita yang boleh melalui prosedur ini.

“Jika mereka beri saya 83 orang, saya perlu melakukan pembedahan ke atas mereka dan saya pasti dicemuh jika menolak,” katanya.

Doktor itu juga mendakwa pekerja kesihatan memberi antibiotik dan ubat penahan sakit kepada semua pesakit selepas pembedahan. - Reuters



Lelaki saman hospital £90,000 sebabkan kemaluan pendek tiga sentimeter

SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.

Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.

Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun. - forexbrokers.my

Wednesday, September 3, 2014

Berbaris Lihat Janggut Nabi Muhammad SAW


DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.

Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.

Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad SAW itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Nabi Muhammad SAW wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi

Dilema gadis memiliki buah dada asli yang besar


Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.

Namun berbeza Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.

Stephanie, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.

Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.

“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.

“Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.

“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.

Menurut Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.

“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.

“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.

Stephanie menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.

“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu. Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.

Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan cinta sejati.

Bagaimanapun saiz buah dada Stephanie adalah agak kecil berbanding buah dada Norma Stitz yang memiliki saiz buah dada sebenar 102ZZZ yang mencipta rekod sebagai saiz buah dada tulen terbesar di dunia.

Tuesday, September 2, 2014

Pasangan ‘melekat’ macam belangkas dalam MRT



Pasangan ‘melekat’ macam belangkas dalam komuter | Seorang pelayar web Stomp.sg, David telah merakamkan aksi sepasang remaja yang dalam keadaan memalukan ketika menaiki MRT pada malam Jumaat lepas. Kedudukan mereka semacam belangkas apabila kedua-duanya menyilang kaki antara satu sama lain.

Dalam perbualan telefon dengan wakil Stomp, David berkata:

“Ketika saya menaiki MRT untuk pulang dari Politeknik Singapura dalam pukul 10 malam Jumaat (4 Okt) yang lalu, saya terlihat pasangan remaja seperti belangkas ini sedang duduk di kerusi.

“Saya rasa amat malu kerana mereka lakukannya di hadapan umum. Boleh ke berkelakuan demikian di tempat awam? - berita-harian.net


Friday, September 20, 2013

(Gambar) Tengkorak mahluk asing ditemui di Mexico


BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. – Agensi

Lelaki diceraikan isteri kerana kemaluan kecil


CHINA - Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.

Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.

Zhang, 25, menyelar suaminya, Zhou, 30, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.

Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.

Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.
Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu

Bayi ditikam 90 kali selepas gigit puting payudara ibu


Seorang bayi di China yang berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting akibat menggigit puting ibunya ketika menyusu.

Xiao Bao ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh bapa saudaranya dan dikejarkan ke hospital.

Bayi terselamat dan doktor terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan.

Ibunya kemudian mengaku telah mencucuk bayinya itu.

Sunday, September 15, 2013

Hanya mampu baring kerana payudara terlalu besar


IBU kepada empat orang anak telah hanya terbaring di katilnya selama enam bulan kerana buah dadanya yang terlalu besar.

Payudara Julia Manihuari mula membesar hingga ke saiz N selepas kelahiran anak lelaki ketiganya tujuh tahun yang lalu – menyebabkan ia tidak dapat bergerak bebas.

Wanita 29 tahun ini berkata: “Ia sangat siksa. Jika saya cuba membangunkan diri saya akan menjadi lemah dan terasa akan pitam kerana payudara saya sungguh berat.”
Isteri seorang petani kecil yang tinggal di Peru utara, akhirnya dapat dibantu apabila media tempatan membayarkan tambang untuk satu perjalanan bot selama tiga hari untuk ke bandar terdekat bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Doktor yang mendiagnosisnya mendapati wanita malang ini mengalami Bilateral Gynecomastia – satu penyakit di mana kelenjar susunya terus membesar.

Mereka terpaksa membuang 15kg lebih daripada daging payudara Julia kerana ia berkemungkinan boleh menghempap paru-paru lalu membunuhnya.

Julia muncul semula dengan payudara bersaiz cawan 34B selepas pembedahan selama enam jam.

“Sebelum pembedahan itu saya tidak dapat lakukan sebarang kerja, saya terpaksa hidup dengannya, ia menjadi begitu buruk sehinggakan payudara saya bersentuhan dengan kaki saya. “Saya mempunyai satu susuk badan yang kecil, dan ianya memberikan tekanan pada keseluruhan badan saya dan sangat menyiksakan.”

Dia menambah: “Payudara saya semakin membesar dari hari ke hari. Saya tidak boleh bergerak kerana payudara saya dan perut sama besar. Buah dada saya menjadi sangat besar dan mula berkudis, malah saya turut mempunyai masalah untuk bernafas.” - mynewshub

Pelajar sekolah dirogol tujuh lelaki


Pontianak – Polis semalam menangkap beberapa lelaki yang dipercayai merogol seorang pelajar berusia 16 tahun secara bergilir-gilir.

Jurucakap polis, Edy berkata, pelajar sekolah menengah atas itu diperkosa enam lelaki dan seorang remaja di Kota Mempawah, Kalimantan Barat selepas diperdaya oleh seorang remaja, rakan rapatnya yang turut menjadi suspek dalam jenayah itu.

“Suspek membawa mangsa dengan motosikal ke kawasan gelap dan sunyi. Di situ, enam remaja lain menunggu.

“Mereka menekap mulut mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.” kata Edy.

Gadis itu kemudian ditinggal di tempat kejadian dengan keadaan separuh bogel. sebelum ditemui beberapa penduduk kampung.

Polis percaya kejadian itu dirancang Polis berjaya menahan sebahagian daripada suspek kes rogol berkenaan. – Agensi

Miss World Uzbekistan penipu?


Jakarta – Pertandingan ratu cantik Miss World 2013 di Indonesia menjadi kontroversi dengan penyertaan seorang gadis misteri, yang menyamar sebagai Miss Uzbekistan.

Tiada siapa yang mengenali Rakhima Ganieva, 18, malah negaranya sendiri tidak mengiktiraf penyertaannya kerana Uzbekistan, iaitu sebuah negara Islam tidak pernah menganjurkan pertandingan ratu cantik.

Di sebalik portfolionya, tiada siapa yang tahu siapa dia sebenarnya, malah Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Wanita Uzbekistan memaklumkan bahawa sesiapa yang mengaku dirinya adalah Miss Uzbekistan, maka dia adalah penipu.

Tiada siapa yang tahu bagaimana Ganieva memasuki pertandingan itu di Indonesia.

Wakil penganjurkan Miss World di London sendiri tidak dapat memberikan penjelasan.

Ganieva sebelum ini mengaku bahawa dia berasal dari Tashkent dan turut memuat naik gambar dia bersama Miss Georgia, Miss Russia dan Miss Ukraine ketika mereka bersiap sedia untuk acara kemuncak Miss World 2013 pada 28 September ini.

Dalam pada itu, agensi model di Tashkent, Pro Model memaklumkan bahawa Ganieva tidak pernah lulus mana-mana proses pemilihan untuk menyertai pertandingan Miss World di Uzbekistan.

“Jika ada proses bagi pertandingan itu pun, kita pasti akan menghantar model yang lebih cantik. Maaf saya katakan di sini bahawa Ganieva membina kariernya atas penipuan,’’ kata jurucakap Pro Model. - mynewshub

Sepasang kekasih lakukan hubungan seks dalam keretapi


Sepasang pasangan kekasih Taiwan telah dirakam melakukan seks dalam keretapi yang bergerak menuju ke Taitong pada Sabtu petang yang lepas lapor China Times.

Individu yang memuat naik gambar tersebut memaklumkan pasangan tersebut langsung tidak mempedulikan penumpang lain. Dan lebih menjijikkan , seluar panjang lelaki dan seluar dalamnya sudah dilondehkan pada paras buku lali tanpa segan silu menyembunyikan perbuatannya.

Pihak polis menahan pasangan tersebut untuk disoal siasat di stesen keretapi Taitong. Pihak polis mendakwa pasangan ini mempunyai masalah mental.

Doktor conteng muka pesakit disaman


LOS ANGELES – Seorang pesakit yang tidak sedarkan diri menjadi mangsa seorang doktor ketika pembedahan dijalankan ke atasnya apabila doktor terbabit telah melekatkan sticker di mukanya.

Sticker itu berupa pelekat air mata dan misai.

Kejadian itu yang berlaku pada 2011 telah terbongkar selepas seorang jurugambar merakamkan gambar pesakit berkenaan.

Sehubungan itu, doktor terbabit telah disiasat dan tindakan saman turut dikemukakan oleh pesakit berkenaan ke atas Pusat Perubatan Torrance Memorial kerana melanggar privasi perubatan.

Doktor tersebut, Dr. Patrick Yang telah dikenakan tindakan disiplin oleh pusat perubatan berkenaan manakala kakitangan lain yang terlibat dalam insiden berkenaan turut dikenakan tindakan sama.

Namun mereka semua tidak dipecat.

Ketika mempertahankan diri, Dr. Patrick memberitahu, dia melekatkan sticker dan mewarnakannya pada muka mangsa, kerana menyangka ia sesuatu yang lucu dan mangsa yang juga pekerja di hospital  itu iaitu Veronica Valdez akan menyukainya.

Sementara jururawat Patricia Gomes pula merakamkan gambar Valdez.

Dia menjelaskan gambar itu tidak pernah tersebar kerana dia tidak pernah mengirim emel atau memuat naik di mana-mana tempat.

Malah kata Gomez, dia memadamkan imej tersebut selepas menunjukkannya kepada Valdez.

Dalam pada itu, pengasas Hak Privasi Pesakit, Dr. Deborah Peel mengecam tindakan merakamkan gambar pesakit.

“Ia merupakan idea yang gila, apabila anda membawa masuk telefon bimbit ke dalam bilik pembedahan.

“Ia jelas melanggar aspek keselamatan dan sensitivity pesakit,’ katanya. - mynewshub

Sanggup beratur 10 hari awal demi iPhone 5S


MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti.

Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi antara orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti.

Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store.

Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca.

Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup dilakukan.

Sumber: mynewshub


Friday, September 13, 2013

Lelaki beli 55,000 gaun isteri sepanjang 56 tahun kahwin


Los Angeles: Seorang lelaki romantik menghadiahkan isteri kesayangannya 55,000 pasang gaun sepanjang 56 tahun perkahwinan mereka. Paul Brockmann, 78, mahu Margot, 76, mempunyai gaun berbeza setiap kali mereka menghadiri majlis tari-menari.

Bagaimanapun, ekoran keadaan kesihatan yang kurang baik dan kos penyimpanan yang mahal, pasangan dari Los Angeles itu kini menjual koleksi gaun berkenaan.

Brockmann yang dilahirkan di Jerman dan juga kontraktor umum mula menari pada usia 13 tahun dan sejak itu meminati hobi berkenaan.

Dia bertemu Margot pada satu majlis tari-menari dan berkata, wanita itu mengubah hidupnya selepas mereka jatuh cinta.

Brockmann menulis di laman webnya: “Margot ialah kekasih hati saya sejak dulu hingga kini. Saya mengikutinya ke Amerika Syarikat walaupun disisihkan keluarga sendiri kerana bertindak demikian pada tahun 50-an.

“Saya suka melihatnya menari dan mula mengumpul gaun untuknya. Saya akan membayangkan dia menari dengan gaun itu, membayangkan penampilannya ketika memakainya dan membeli gaun demi gaun untuk dipakai Margot ketika kami menari.” Gaun sebanyak 55,000 itu dibeli selama lima dekad, tetapi gaya tahun 50-an yang paling digemari Brockmann.

“Saya kagum dengan gaun tahun 50-an. Kain dalam dan skirtnya yang kembang membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lemah lembut. Dan itulah yang paling saya suka. Apabila saya melihat seorang gadis dengan gaun sedemikian, saya ingin membawanya ke lantai tarian,” katanya.

Sumber: Harian Metro




Kecewa isteri tiada dara, lelaki rogol 2 anak saudara


Asuruan: Polis semalam menangkap seorang lelaki yang memperkosa anak saudara isterinya berulang kali sejak empat tahun lalu.

Ketika disoalsiasat mengenai tindakannya itu, buruh ladang berkenaan berkata, dia bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap isterinya yang sudah tidak mempunyai dara apabila mereka berkahwin.

“Saya dendam keluarga isteri saya kerana dia bukan lagi perawan ketika saya mengahwininya,” kata seorang anggota polis memetik kata-kata lelaki terbabit. Menurut polis, kedua-dua mangsa berusia 14 dan 17 tahun ketika mula diperkosa. Selain mengancam membunuh kedua-dua mangsa jika mereka mendedahkan perbuatannya, lelaki itu juga mengugut akan menyebarkan video pemerkosaannya ke atas mereka yang dirakam menerusi telefon bimbitnya.

Jurucakap polis Pasuruan AKP Supriyono Kamis berkata, lelaki itu memperkosa mangsa pada siang hari ketika ibu bapa mereka keluar bekerja.

Perbuatannya hanya terbongkar selepas mangsa memberitahu ibu bapa mereka mengenainya minggu lalu.

Menurut Supriyono, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

Amah campur Clorox dalam susu bayi


Riyadh: Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.

Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu. Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.

Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - Agensi

Sumber: Harian Metro

Gambar Belangkas