Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Pengantin Baru

Hari Ahad yang lalu kami sekeluarga telah ke Bukit Beruntung Golf and Country Resort di Bukit Beruntung untuk menghadiri perkahwinan anak saudara sepupu. 

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fikhair
Azalia & Mohd Izali

Sepupu sepapat yang hadir

Mak Ndak & Pak Ndak dan Abah serta sepupu
Kami singgah di SBPI Rawang untuk ambil Wafa' outing dan hantar semula selepas selesai majlis kahwin.
Bila tengok gambar ini baru perasan bahawa Wafa sudah sama tinggi dengan saya ..tak lama lagi mungkin dia akan potong pula saya ...
Mohon doakan untuk Wafa' kerana beliau akan menduduki peperiksaan besar SPM tidak lama lagi ...
Ameen

Saturday, December 11, 2010

Bunga Telur?

Hujung tahun, musim cuti sekolah, musim orang kahwin ...setiap hujung minggu ada jemputan kahwin..
Alhamdulillah, kebanyakannya adalah kawan-kawan semasa belajar dahulu, atau kawan anak-anak belajar... bermakna.... kita juga kena bersedia... mana tahu tiba-tiba salah seorang anak akan berkata, " Ummi..abi...saya nak kahwin!" 
Sudah bersediakan kami? 

.................

Malam semalam kami menghadiri kenduri kahwin anak kawan juga di Shah Alam..
besar-besaran juga walaupun anak lelaki...(hurm..selalu orang buat sebelah pihak lelaki tidak lah sehebat kenduri anak perempuan....)
tetapi yang saya tertarik adalah "bunga telur" yang diberi...
sebenarnya bukan telur..tetapi dapat coklat..!!! dan saya rasa lebih praktikal, daripada membeli bunga telur, nak rebus telur lagi (kalau orang Johor..selalu nak telur pindang...alaaa yang warna coklat tu..)...
 Coklat besar tu untuk ummi dan abi, anak-anak remaja dapat Toblerone, kanak-kanak (Hana' dan Zubair) dapat lollipop ...(hehehe..Hana' cakap...alaaaa..Hana nak Toblerone jugak!)
Hurmmm....agak-agak kalau anak saya kahwin nanti saya nak bagi apa ya sebagai "Door Gift"?? (kena tepuk poket, tanya budget...hehehe)

Saturday, November 27, 2010

Perjalanan jauh

Sabtu semalam hari yang sungguh bermakna. Perjalanan jauh dan pengalaman yang sungguh bermakna.
Awal pagi selepas subuh kami sudah bersiap-siap. Akan ke Johor Bahru menghadiri kenduri kahwin anak sepupuku. Pukul 8.30 pagi bertolak dari Shah Alam, sampai di Kempas jam 12.30 tghr. 
Sampai saja di rumah sepupu, terus masuk khemah kenduri...hurm..semua dah kelaparan...apalagi terus bersalam-salaman dengan sanak saudara yang hadir dan cari tempat duduk, ambil nasi dan lauk-pauk...
 
Alhamdulillah...kemudian duduk-duduk berborak dengan mak-mak saudara dan sepupu dan anak-anak saudara.
Namun yang paling kukenang ialah adegan jejak kasih, hurm..macam program Jejak Kasih TV3 pulak...
Memang betul lah... sebab sepupu saya ini dulu-dulu datukku ambil bela, dia anak orang Cina. Sebab tu muka dia putih melepak macam Cina. Selepas 50 tahun baru berjumpa kembali dengan emak dan adik-beradik dia..
Memang terharu sungguh, saya pula yang meleleh air-mata tengok...nanti kita cerita di lain entri ya..

Selepas menghadiri kenduri tu, kami terus bertolak balik ke Shah Alam. Dalam perjalanan ingat nak singgah rumah Cik Mat Gebu..tapi dia tak ada di rumah pula... CikMat ni rakan sehobi..kami sama-sama suka mengumpul pinggan mangkuk lama... kalau anda semua tengok hidangan masakan Cik Mat Gebu tu menggunakan pinggan mangkuk lama yang cantik-cantik kan...
 
Sampai di Shah ALam semula pukul 9 malam...penaatttttttttt 
12 jam marathon Shah Alam - JB - Shah Alam

Saturday, November 13, 2010

Kenduri Kahwin

Seperti semua sudah maklum, apabila bermula cuti sekolah akhir tahun, maka akan berduyun-duyunlah mendapat jemputan kenduri kahwin...
sebenarnya jemputan kenduri kahwin sudah bermula dari bulan lepas lagi...

Hari ini, jiran hadapan rumah membuat kenduri kahwin anak perempuannya. Besar-besaran nampaknya...bayangkan khemah makan telah dipasang sepanjang lorong sebanyak 11 buah khemah! Panjang sungguh...dan sudah semestinya ramai jemputan...maunya beribu-raban..
kenduri sudah bermula 2 malam lepas. Kenduri doa selamat. Malam semalam majlis akad nikah, kenduri lagi... tengahari ini majlis persandingan... tak tau malam ni ada lagi ke? 

Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin...

Gambar Belangkas