Kelmarin ada awok naikkan entri video kenangan Fam Trip Eco Tour - Royal Belum dan Gopeng 2013 yang lalu...
dan kebetulan dalam video tu ada intro perjalanan program tu yang diberikan oleh Encik Muhammad Zukni Mohamed Yusof....
Encik Muhammad Zukni Mohamed Yusof adalah seorang Pemandu Pelancong yang dah lama terlibat dalam bidang pelancongan ni....
dalam masa yang sama juga... beliau mempunyai sebuah syarikat agensi pelancongan...
iaitu Zuk Travel & Tours Sdn Bhd......
dari seorang yang tidak ada latar belakang pelancongan kerana beliau terlebih dahulu terlibat dalam bidang penulisan.....
dan pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat akhbar terulung di Malaysia...
selain itu beliau juga pernah terlibat dalam bidang perhotelan.....
sebelum menceburi bidang Pelancongan sebagai Pemandu Pelancong.....
berkat usaha beliau, beliau akhirnya mempunyai sebuah syarikat agensi pelancongan.....
yang kini berpengkalan di Kamunting, Perak Darul Ridzuan....
sesiapa yang pernah mengikut lawatan menggunakan khidmat beliau....
pasti terhibur dan dalam masa yang sama tertarik dengan info2 berkaitan pelancongan yang diberikan oleh beliau...
kemuncak kerjaya beliau apabila beliau telah dipilih menjadi sebagai Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak 2013....
di majlis Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2013 yang telah diadakan di Casuarina@Meru pada 30 Disember 2013 yang lalu....
Encik Zuk...Tahniah sekali lagi!!!
Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Perak dan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak.... |
Macam biasa.... awok mesti nak enterframe sekali.... hihihihihi... |
Penerima anugerah bergambar beramai2 diatas pentas dengan MB serta Exco Pelancongan Negeri Perak.... |