Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

BAYI API


Seorang bayi berusia enam hari yang dikatakan terbakar tiba-tiba kini diperiksa oleh doktor di India.
Bayi itu dimasukkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk di Chennai selepas didakwa terbakar sendiri. Dia kini dipantau sepanjang masa oleh petugas perubatan.


Ibu bayi itu, K Rajeswari berkata, kaki anaknya tiba-tiba terbakar Khamis lalu, enam hari selepas dilahirkan.Sekumpulan doktor di hospital itu, termasuk pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar bedah plastik menjalankan pemeriksaan terhadak kanak-kanak berkenaan.

Dekan hospital Dr N Gunasekaran berkata: “Kami sudah mengambil sampel kecederaan untuk ujian makmal. Keputusannya diketahui beberapa hari lagi.”

Sementara itu, Rajeswari, 22, berkata, ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman itu. Pada 2013, anak sulungnya yang berusia tiga bulan ketika itu, juga terbakar tiba-tiba.Dia mendakwa anaknya mengalami kejadian itu empat kali.

Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak sulung Rajeswari merumuskan, dia tidak terbakar tiba-tiba.Mereka sebaliknya berkata, kanak-kanak itu mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang tidak disengajakan.

Dalam pada itu, beberapa saintis berkata, elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian seumpama itu.

Monday, November 14, 2011

Kebaikan Air Kosong

Assalamualaikum,

Lama tak berupdate. Sebenarnya kalau dulu kan, susah sangat nak minum air masak atau air kosong time-time masa terluang. Sebab air tu kan takde rasa apa, so rasa tak sedaplah kan. Tetapi, sejak bergelar ibu lebih kurang tiga tahun dulu, sampai sekarang, air masak atau air kosong ni memang dah jadi tabiat. Kat ofis, kalau masa terluang tu, ada je nak minum air. So, memang air masak lah jadi pilihan. Kang minum air manis banyak-banyak, penyakit lain pulak datang.



Sebaik saja bangun, kalau minum air kosong, boleh menghindarkan kita daripada penyakit. Persatuan Perubatan Jepun yang buat kajian ni. Kalau dorang tipu, salahlah fakta ni. Antara penyakit yang boleh dihindari adalah seperti sakit kepala, sistem jantung, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan (agaknya sebab tu orang Jepun tak ramai yang gemuk kot..), batuk kering, asma, bronkitis, buah pinggang, jangkitan urin, muntah, gastrik, kencing manis, penyakit mata, kanser, senggugut, sakit tekak, hidung dan mulut.

KAEDAHNYA:
  1. Minum air lebih kurang 4 x 160ml air sebelum menggosok gigi (sebabnya tidak diketahui)
  2. Gosok gigi dan bersihkan mulut, tetapi jangan makan atau minum selama 45 minit. Bolehlah mandi-mandi, bersiap diri nak pergi kerja.
  3. 15 minit selepas bersarapan, makan tengah hari dan makan malam, jangan mengambil apa-apa makanan atau minuman dalam tempoh masa 2 jam.
  4. Bagi yang menghadapi masalah dalam berusaha minum air 4 gelas sehari (terutamanya yang berusia, menghidap penyakit atau yang tidak mampu), boleh mulakan mengambil air sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah sepatutnya.
Ini antara kaedah yang dipercayai mampu menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Apa pun, kita hanya berusaha. Yang menentukan sakit atau tidak, hanya Dia yang satu.

admin: Bersama menjalani kehidupan yang sihat.

Sumber:majalah wanita

Monday, October 24, 2011

Kitaran Haid Tidak Teratur

Biasanya bagi wanita yang sudah baligh, kitaran haid biasanya berlaku sekali dalam sebulan. Namun, ada yang luar dari kitaran ini dan ia kurang normal, namun ramai yang mengalaminya.

Kitaran haid yang biasa digunakan oleh doctor ialah 28 hari, namun ia berbeza terhadap setiap individu, yang bervariasi dari 24 hingga 35 hari. Ianya turut berbeza setiap bulan terutamanya beberapa bulan selepas haid pertama.


 Kitaran haid adalah seperti berikut:
  1. Hari pertama: datang haid hari pertama. Sedikit atau banyak berbeza mengikut individu.
  2. Hari kelima – hari ketujuh: kelenjar pituari memerintahkan ovarium untuk melepaskan telur. Dinding uterus akan menebal sebagai persediaan sekiranya terdapat persenyawaan.
  3. Hari ke12- hari ke14: Telur yang sudah berkembang baik akan dilepaskan yang disebut proses ovulasi. Ia akan bergerak melalui tiub fallopio da ke uterus. Ketika ini jika ada persenyawaan, telur akan melekat di dinding uterus. Jika tidak, sel tersebut akan musnah, dan dalam masa dua minggu berikutnya, sel telur itu akan keluar dari uterus bersama-sama dinding uterus.

Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya tekanan (stress), perubahan berat badan, pengambilan ubatan, dan juga perubahan hormon. Ada juga berpendapat pengambilan kalori dalam kehidupan seharian turut memberi kesan.

Tanda-tanda haid tidak teratur:
  1. kejang pada punggung dan otot terasa tegang
  2. payudara lebih berat
  3. sakit kepala
  4. adanya jerawat
  5. waktu tidur yang tidak normal
  6. perubahan atau gangguan pada mood
  7. ada bengkakan pada badan
Beberapa individu yang kitaran haid tidak teratur disebabkan oleh pengeluaran banyak hormon androgen, yang meningkatkan penghasilan otot dan rambut pada badan.

Namun jika kitaran ini tidak teratur lebih dari tiga tahun, berjumpalah dengan doktor. Mungkin pil hormone atau pemeriksaan lain boleh dilakukan..


Sumber bacaan:
  1. sini 
  2. dan di sini

Thursday, August 11, 2011

Pelangsing Badan

Assalamualaikum,

Kadang-kadang rasa cemburu kan tengok ada orang yang kurus dan sli jer walaupun anak dah ramai. Beberapa tahun lepas semasa ke Korea, kebanyakan orang Korea ni kurus-kurus je, walau pun dah pangkat makcik.. Tengokla cerita Korea kalau tak percaya..


Kata mereka, satu amalan yang mereka buat ialah makan kimchi, sayur yang diperap bersama cili. Pernah gak try, ok la.. Boleh tahan pedasnya. Pedas itulah yang menjadi amalan setiap hari bagi mereka yang dipercayai mampu mengekalkan bentuk tubuh yang kurus. Mari kita tengok fakta cili sebagai pelangsing badan..


  • Cili selain membuat kita berselera makan (betul tu), ia juga terdapat kandungan capsaicin yang membuatkan cili itu pedas. Bahan ini dikatakan mampu melangsingkan badan.
  • Capsaicin mampu meningkatkan kadar metabolisme badan sehingga 30% selama beberapa jam setelah makan. Ini membantu pembakaran kalori yang lebih cepat dan mampu menguruangkan berat badan
  • Capsaicin juga membuatkan otak memberi maklumat supaya hormon endorphin dikeluarkan, timbul ras apuas dan senang sehingga tidak lagi mahu menambah makanan. (Tapi kalau orang suka makan pedas, lagi bertambah nasi rasanya...)
  • Disarankan memakan lima kali sehari makanan berunsur pedas. Ini bagi mempertahankan kadar metabolisme badan.
  • Bagi yang tidak gemar atau tidak makan makanan pedas, boleh cuba sedikit demi sedikit atau ambil makanan yang kurang pedas. Lama kelamaan badan akan terbiasa dan makan pedas menjadi satu amalan..
Jadi, agak-agaknya menjadi tak kalau selalu makan pedas ni? Tapi berhati-hati supaya perut tidak terkejut dan ada kesan lain pula. Mulakan dengan perlahan-lahan.. Sikit sikit, lama-lama jadi bukit, betul kan? Selamat mencuba.

Monday, March 2, 2009

pembentukan awan..

Nih de citer lagi..mase on the way balik kampung, kt highway lpt kan..jauh pemandangan.. nampak awan cantik jer.. huhu.. mase tu teringat time naik plane ke korea & dari korea.. uih, indahnye.. besar betul ciptaan Allah.. So, balik terus cari pasal awan.. sebab dalam keta asyik bincang cmner awan terbentuk..siap tanye lagi, pe bentuk awan tu.. mase tu mula la nampak cm ultraman la, cam penyu dari pandangan depan la, cam muka hyppo.. mcam2 la imaginasi.. huhu.. pas dah cari info, de la sket2.. jom kongsi bersama..Awan terbentuk apabila terdapat wap-wap air yang terkandung di udara. Air di laut yang tersejat juga akan mengewap (ye ke eja...) untuk menjadi titik-titik air. Apabila suhu yang lebih panas akan menyebabkan air tersejat dengan lebih cepat. Sampai di satu tahap, di mana suhu lebih rendah, berlaku proses kondensasi, di mana wap-wap air bertukar menjadi titisan air bersama-sama debu yang terdapat di udara. Titisan-titisan air inilah yang membentuk awan. Semakin lama semakin besar awan akan terbentuk. Apabila semakin besar, awan akan menjadi lebih berat dan perlaha-lahan tarikan bumi akan menariknya ke bawah. Sampailah di satu peringkat titik-titik itu akan jatuh dan terjadinya hujan.
Tetapi ada juga awan yang tidak turun sebagai hujan. Apabila terdapat udara yng lebih panas, air di dalam awan akan tersejat. Dengan tersejatnya air itu, maka lenyap atau hilanglah sebahagian awan itu. Ini lah juga sebab kenapa awan berubah bentuknya.
Terdapat awan yang berwarna putih dan lebih gelap. Ia berwarna putih kerana pantulan cahaya matahari. Sekiranya awan nipis, maka ia akan nampak warna putih. Keadaan sebaliknya terjadi; iaitu awan akan menjadi gelap sekiaranya ia tebal. Tidak semua cahaya akan menembusi awan, maka warna kelabu atau lebih gelap akan kelihatan pada awan.


Pernah tengok awan bergerak? Pergerakan awan terjadi kerana terdapat pergerakan angin. Angin itulah yang membawa awan mengikut pergerakannya.

Terdapat pelbagai jenis awan. Untuk mengetahuinya,
sila klik sini..

Okla..cukup-cukup la tu..semua informasi ini boleh dilihat dengan lebih teliti di wikipedia atau layari website dibawah...

Sumber dari:

  • http://en.wikipedia.org/wiki/Awan

  • http://www.weatherwizkids.com/cloud.htm

Monday, February 16, 2009

cold chain solution..

alop.. yesterday I went to BiotechCorp at Jalan Ampang for a half day seminar. It's about cold chain solution. The bruch talk (bruch= breakfast+lunch - maybe..HAHaahaA..) was given by people from World Courier.. It's on how your wanna sent your sample (mainly biological sample) either domestic or internationally.. Actually it's a kind of promoting their services..aiyoo.. so, the talk started at 10am until 12pm (finished before 12 actually). Quite ok, but still have some info that I don't know before.. Some info about this seminar...

If your sample is temperature vital; exe: cryogenics, the method to transit the sample is below -80 deg C, you have to use liquid nitrogen
If your sample is in deep freezing type, (-80 to -60 deg C) use dry ice
And if your sample is freezing type (-18 to 0 deg C), please just use gel packs.
It's because, if you use wrong preservation materials (PM), your product maybe will too hot or too cold - will effect the life of samples.

FACTORS TO CONSIDER WHEN TRANSIT THE SAMPLE
  • Transit time - make sure for preservation materials (dry ice, gel packs..) is enough for the time of sending to the destination. Need to change or top up if not enough at a certain time and place
  • Transit temperature - Be sure about the temperature of the sample origin place, transit, destination and during aircraft (temperature may change from malaysia to london exe..)
  • Product size - make sure the PM is enough for sample size; not too much or less
  • Refrigerant volume - always filled up any free space; for better temperature control and vandilation (Any filling material should be tested first for effectiveness)
NOTE:
  1. Never use papers (including newspaper) or bubble wrap to fill the space of box
  2. Use polystyrene pieces to fill the space
  3. No need to wrap the dry ice with any materials
  4. Can pack the material first before the pick up man came, but have to stored the packaging inside cold room.
  5. There's a method on how to distribute/ locate your sample, PM and fillers - need to go to seminar for further info..HIkhikhSS..
That's all for now.. Any question, contact me.. (Seems to be expert jer..yo yo oo...)- no lah, will be answered if realy sure...(and if get correct answer for the questions...ahahaaa..)

Thursday, January 8, 2009

STELLAR LAC..

Salam..Ni saje je..Info on what I'm dealing with my works.. In Stella Gen Sdn. Bhd., we are dealing with probiotic for poultry. The probiotic is Lactobacillus sp. There's 11 strains of differents Lactobacillus sp. in Stellar Lac (our main product). Stellar Lac is a growth promoter for animals which can replace the antibiotic uses in poultry.

Gambar Belangkas