Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Saturday, August 30, 2014

MANDI-MANDA DI BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Cuti Raya Aidilfitri yang lalu macam biasa kami sekeluarga balik Penang. Dah lama tak jumpa sanak-saudara sebelah suami di sana. Sambil beraya, sempat juga kitorang gi mandi-manda di Bukit Merah Laketown Resort. Jaraknya hanya lebih kurang 1.5jam dari rumah mak mertua.

 Bukit Merah Lake Town Resort, Ipoh, Perak.


Harga tiket dewasa sebenarnya RM68/pax dan kanak-kanak yang tingginya 90cm ke atas berharga RM50. Tapi masa kitorang pergi ni ada harga diskaun, so dapatlah kami berjimat :-)

Jadual harga promosi (sekarang tak tahulah dorang extend lagi atau tidak)

Inilah ahli keluarga mertua saya.... (Anak2 saya memang suka tanda peace, yo!)

Tempat ni buka sampai kul 7.00pm, tapi dalam kul 6.30pm dah kena keluar dah. Kitorang duk sana sampai kul 6.00pm jugalah. Lama gak tuu berendam dan bermain.. 5jam lebih! Jangan risau pasal solat sebab kat sana disediakan surau. Kalau bawak beg/barang berharga boleh disimpan kat loker yang banyak disediakan di sana. Cuma loker tu kena sewa dengan sedikit bayaran.


Kitorang ke sini semata-mata untuk main air, so mende2 lain memang tak pandang pon. Pulau orang utan atau Eco Park (aka mini zoo) dorang kat mana letaknya pon kitorang tak ambil pusing. Hahaha... memang nak main air saja! Sebenarnya tiket tu dah termasuk ngan Eco Park sekali, so memang rugi kalau nak diikutkan. Untuk ke pulau orang utan, kena bayar RM10/pax kalau tak salah.

Gambar kat bawah menunjukkan antara permainan air yang ada. Anak-anak saya enjoy di no. 3 dan no. 5. Ammar suka kat no. 8 gak. Yang paling ngeri ialah no. 11 - Boomerang. 45% punya slide. Itu si abahnya je yang try. Kitorang sumer takmo.

 Kat sana dorang ada tunjukkan map kawasan ni untuk memudahkan pelawat

Sebelum masuk, selfie dulu!

Segala macam peralatan mainan ada dijual di pintu masuk. Pantaulah anak-anak anda, sebab dorang konfem berkenan.

Walaupun kitorang sampai di sana sewaktu matahari tegak di atas kepala, anak2 (dan mak-bapak mereka) tetap terus tukar baju dan terus masuk air! Memang takleh tahan tengok orang ramai dah berendam.

Sewa pelampong dulu..


Kami sewa pelampung nombor 8 tu sebab ia diperlukan untuk main slide dan lepak2 dalam air nanti. Harga sekali sewa ialah RM20 dan kena bayar tambahan RM10 deposit, so total kena kuarkan duit ialah RM30 untuk 1pc pelampong (Mahal berdengung!) Dorang akan pulangkan RM10 deposit tu bila kita pulangkan pelampong. Jangan lupa untuk pulangkan wristband yang dorang bagi semasa kita sewa pelampung, sebab kalau takde wristband ni dorang takkan pulangkan deposit tu. So simpan bebaik, ok.


Memula main air kat kolam berombak (wave pool). Adik Amir suka main slide kecik di sini. Abah kena main sekali la nampaknya. Takkan nak biarkan adik sorang2.. kot jatuh tergelincir ke ape ke..


 Enjoying the wave pool.. kuat gak wave nya..



Kemudian bermalas-malasan di Lazy River. Duk bergayut kat pelampong dibawa arus mengelilingi sebuah kolam besar.


Muiz selfie sendiri ke ni..?

Ammar berulang-ulang pergi naik tube slide. Seronok katanya. Saya yang dah besor ni pon teruja juga meluncur turun. Slide ni kena bawa pelampung nombor 8 tu ye.

Masa kitorang pegi ni hanya 1 slide ni yang in-operation. Yang 2 lagi tu ditutup. Tak tahulah sebab rosak/under maintenance atau saja ditutup sebab masa tu tak berapa ramai orang.


Ada satu lagi slide yang menarik iaitu body slide, tapi yang tu Ammar takleh main sebab tak cukup tinggi (kena 120cm ke atas je). Owh ye, hanya yang berpakaian sesuai je dibenarkan masuk, i.e. kena pakai short atau tights, takleh pakai seluar tracksuit sebab dikhuatiri zip diseluar boleh menyebabkan kita luka semasa sliding laju tu.

Inilah body slide tu. Kitorang semua takleh naik sebab seluar berzip. Uhuk..uhuk..

Yang paling menggerunkan ialah Boomerang Slide. Sliding 45 darjah! Tengok pon dah ngeri. Yang ni abah je naik. Kitorang tak berani, manakala Ammar plak tak cukup tinggi.

 Boomerang.. yg ni very steep! tengok pon dah gerun!!

Lagi satu yang nampak menarik (tapi kitorang xleh main gak sebab seluar berzip) ialah mushroom ni.  Nak naik atas tu kena tarik tali ke atas. Turun nanti slide je ke bawah. Nampak best. Tapi takpelah.. xde rezeki. Huhu..

 Macam best jer....

Tak rasa sangat 5jam berlalu sebab kitorang memang enjoy sakan. Biasalah, bila sekeluarga berkumpul, memang terus tak perasan masa bergerak. Tahu-tahu dah petang nak kena balik dah. Apa yang penting, semua orang hepi.

Ipar-ipar I walking in the water.. macam catwalk, gitu!

Abang Wan dah merengkuk kesejukan.

Cuma yang sedikit tak best ialah kamera yang dihadiahkan En. Suami sempena birthday aritu kena masuk air masa seronok2 amik gambo kat sini. Hadoi! Apalah nasib. Nasib baik kamera tu baik lagi, dan gambar-gambar ni semua masih boleh di access. Cuma memory card reader dah rosak. Nak kena anto repair nampaknya.

Begitulah kesah percutian kami kali ini. Memang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah..!


Saturday, November 30, 2013

Lost World of Tambun - Family Gathering 'Waghih Saleh'

Setiap tahun adik-beradik saya akan berkumpul sama-sama. Tahun 2013 ni kami memilih Lost World of Tambun. Saya dan keluarga memang tak penah pergi, so kami memang agak teruja jugalah.

Inilah keluarga besar Waghih Saleh & Hatijah..

Kami menyewa 2biji rumah homestay yang bersebelahan dari puan Bibi (Homestay R&B). Rumahnya selesa, alhamdulillah. Muatlah untuk kami semua. T-shirt merah yang cantik itu di sponsor oleh adik si Baim. Terima kasih ye bro, next year leh buat lagi... huhu..


Generasi ketiga Waghih Saleh bergambar ceria di depan Homestay

Harga tiket masuk ke Lost World of Tambun amatlah mahal. Tapi tempat ni besar dan menyeronokkan, jadi berbaloilah dengan harga yang dibayar tu.

Dewasa : RM48/pax
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) : RM41/pax
Senior citizen (55tahun dan ke atas) : RM41/pax
Kanak-kanak di bawah 90cm boleh masuk percuma.

Kitorang beli online kat sini sebab murah sket berbanding beli di kaunter. Tiket dewasa jadi RM43.20 manakala kanak-kanak jadi RM36.90. Seratus lebih juga kami jimat bila beli online sebab kami ramai. Selain daripada itu, time cuti sekolah kena beratur panjang nak beli tiket, so sebaiknya beli online untuk menjimatkan masa.

Lost World of Tambun amat besar. Tujuan utama ke sana tentulah untuk bermain air. Cakap banyak pon tak guna, jom tengok gambo.

 Wah, kehadiran disambut bagai pahlawan

Anak-anak dara berposing manja ngan kucing Firaun berlatar-belakangkan Uda yang bergaya macam artis mendukung Dahlia.

Kucing ni memang ramai peminat.. memang tempat wajib sumer orang berposing..

Anak bujangku yang chicken pox nampak muram je sebab dia telah diberi larangan mandi oleh mamanya... siannya dia..


 Bincang-bincang nak wat ape dulu.. lepas tu ape.. ape lagi.. dan lagi..

Baby Hana juga tidak ketinggalan

 Tak tunggu lama2.. terus masuk air! Pelampong nombor 8 tu kena sewa ye.

 OK posing jap kat pelampong ni.

 Dia bukan terdampar lemas...

Posing bawah mushroom...

On the pirate ship...

Dibawa air dengan perlahan selepas menuruni water slide yang tinggi dan berpusing-pusing..
Untuk naik waterslide tu, wajib pakai swimming attire, atau sekurang-kurangnya tight panths..


Wah busu.. kejayaan apakah itu yang begitu mengujakan?

Ini pula water slide versi kecik

Makanan tak boleh dibawa masuk daripada luar. Jadi semuanya kena beli di dalam premis Lost World of Tambun ni. Lunch nasi ayam kali ini adalah dibelanja oleh Andak. Mekasih andak.. sok lusa sila belanja lagi. ngee...

Busu yang kepenatan take five sat kat bawah wakaf yang disediakan

Alamak bahaya! Achik digigit hippo!


Selain mandi-manda, kat sini juga ada Petting Zoo, permainan macam kat fun-fair dan macam2 lagilah. Tapi arini tak sempat, saya akan sambung di entry no. 2 ye..

Gambar Belangkas