Showing posts with label Waghih Saleh. Show all posts
Showing posts with label Waghih Saleh. Show all posts

Monday, June 9, 2014

PORT DICKSON - KELUARGA WAGHIH SALEH BERKUMPUL LAGI

Tahun 2014 ini, Keluarga Waghih Saleh memilih Port Dickson sebagai port untuk berkumpul. Walaupun dokek bona dongan ghumah den, tapi den suko. Biarlah orang kata air laut kat Port Dickson ni kotor ko, apo ko.. haku tak kesah. Yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama. Macam selalu, kami berkumpul untuk 3 hari 2 malam sahaja. Kitorang gi 30 May, balik 1 June 2014.

 Apo yang hepi bona tu, waghih?

Separuh je ada.. separuh lagi gi mana ntah..
Kitorang dah book rumah homestay (2 biji rumah teres 3 bilik bersebelahan) tapi last minute booking kami telah di kansel oleh tuan rumah. Jadi, terpaksalah kami terima seadanya apa sahaja penginapan yang ada di Port Dickson. Ajen berjaya mendapatkan 2 unit apartment yang bersebelahan di Marina World PD. Harganya RM200/night untuk apartment 2 bilik dan RM250/night untuk apartment 3 bilik. Okey..okey.. tak kesah la korang nak kata apartment ni berhantu ke, macam umah tinggal ke, banyak kemudahan yang rosak ke, ape ke.. den tak kesah. Sebab selama 2 malam kitorang kat situ alhamdulillah takda apa2 kes misteri berlaku. Semuanya baik-baik belaka.

 Posing kat tempat parking kereta di apartment

Cuma, part yang banyak kemudahan rosak tu memang sangat benar. Kitorang punya unit (kedua-duanya) mempunyai banyak kecacatan. Yang paling ketara ialah sinki dapur yang tersumbat, air keluar melimpah dari lubang air, dan TV kotak yang langsung tak kuar gambar (hado lagi TV cenggini rupanya di zaman moden ni.. huhu). Ohya, tiada peralatan memasak disediakan. So kitorang bawa segala tools memasak dari rumah.
Hari pertama sampai, kitorang lepak2 di apartment sahaja. Goreng keropok, bakar stik kambing, goreng sotong salut tepung dan wat air kopi O pokat untuk jamuan makan malam. Kemudian majlis makan-makan dan sembang-sembang semakin disemarakkan oleh keluarga Along yang tiba dengan hidangan tambahan seperti nasi dan sambal ayam. Yummy! Yang kanak-kanak2 pergi splashing kat swimming pool ditemani Ateh, Achik dan Busu sebagai lifeguards.

 Tak mainlah kiddies pool, dorang serang pool orang dewasa

Hari kedua, pagi-pagi lagi Uda dah sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Nasi lomak versi instant. Walaupon instant, sodap jugak rasanya. Lepas sarapan, kitorang pon bersiap ke pantai. Ajen yang ditugaskan mencari port berpiknik telah memilih Pantai Tanjung Biru. Masa sampai kat pantai baru kul 9 pagi, tapi pantai dah agak padat dengan pengunjung dan campers. Tapi alhamdulillah kitorang dapat port yang agak baik sebab port kitorang sentiasa teduh daripada pagi hingga ke petang. Port orang lain pagi je teduh, tapi petang panas.

 Konon-kononnya pepagi nak wat telematch. Tapi tak kesampaian sebab waghih yang junior dah tak sabar2 nak masuk dalam air. Boring main air, main pasair plak. So, layan....

Say 'peace'...

Amani wat istana apa tu?

Lompatan free-style siapakah yang paling unggul untuk tahun 2014 ni, Waghih?

Bunga Dahlia dan Lily sudah kepenatan...
Tidak sah Waghih Saleh berkumpul jika tidak wat BBQ. Chef tetap dan handalan tidak lain tidak bukan ialah Achik, Ateh dan Ajen, manakala Busu sebagai pembantu. Berpaket-paket sosej, berekor-ekor ikan dan berkilo-kilo ayam serta kambing telah berjaya dibakar. Sedap makan masa panas-panas begitu sambil sembang-sembang. Masa tu air laut dah surut, jauh dari pantai. So semua orang macam takde mood nak mandi lagi.. dah digantikan dengan mood makan plak.

 Chef2 sedang kusyuk dan fokus menyediakan BBQ

 Peace juga ke time makan, Kak Ija?

Nasib baik kak Ija tengah pegang henfon.. kalu tak, sure peace lagi.

eh... peace lagi, Kak Ija..
Dalam pukul 4.00pm barulah telematch dapat dijalankan. 5 games dipertandingkan. Peserta-peserta semuanya bersemangat sepanjang telematch berlangsung. Takde yang cuba menipu untuk menang. Tidak dinafikan keluarga Mak Long hebat-hebat sebab dorang dah besar2 belaka. Lain kali kena masuk group Alang plak, ok.. huhu..
 
 Hek eleh Busu... main ngan bebudak memang la bole menang...

Cari gula dalam tepung yang mencabar, namun peserta amat bersemangat. Tahniah Hafiz atas kemenangan. Tak sia-sia muka jadi chomel gitu..


Bukan kanak-kanak sahaja kena  bertele-match, yang dewasa juga tidak ketinggalan.Gigih nak transfer getah guna straw.

Selepas telematch, air laut kembali mendekati pantai. Semua orang kembali teruja nak mandi laut. Ada yang naik kayak 2-3 round. Yang kecik-kecik macam Ammar, Haziq dan Ery pon layan kayak juga, padahal tak cukup tinggi.


 Inilah wajah2 waghih junior yang berkayak di bawah panas matahari petang di pantai Port Dickson (Haziq tengah cari apa tu?)

 Apahal Ammar tu panjat ateh dari tadi?
Sehabis aktiviti di pantai, kitorang balik ke apartment. Yang bebudak sempat gak la pekena se-round dua kat playground. Tak sah kalu tak main kalau dah nampak playground.

Sebelum balik, pow aiskrim dulu ngan bapak2 sedara dulu.. huhu.. bijak korang!

Malam tu semua orang dah kepenatan dan tidur je. Takde apa2. Esoknya pepagi Maklong dah bangun masak nasi goreng, Uda beli kuih-muih dan Atok Saleh pula beli roti canai. Hmm...banyaknya juadah!

 Sambil bersarapan tu kita wat penyampaian hadiah telematch
Selesai sarapan, kitorang pon packing semula untuk balik ke rumah masing2. Sehingga berjumpa lagi di gathering tahun hadapan. Kat mana pula agaknya ye...?

P.S. : Keluarga Angah tak dapat join tahun ni sebab ada aral. Terasa gak kekurangan sebab Waghih Saleh tak lengkap. Seb baik sempat gak jumpa masa dah balik tu... terimalah saguhati sebagai tanda ingatan. Tahun dopan jangan ponteng laie yo..

Saturday, November 30, 2013

Lost World of Tambun - Family Gathering 'Waghih Saleh'

Setiap tahun adik-beradik saya akan berkumpul sama-sama. Tahun 2013 ni kami memilih Lost World of Tambun. Saya dan keluarga memang tak penah pergi, so kami memang agak teruja jugalah.

Inilah keluarga besar Waghih Saleh & Hatijah..

Kami menyewa 2biji rumah homestay yang bersebelahan dari puan Bibi (Homestay R&B). Rumahnya selesa, alhamdulillah. Muatlah untuk kami semua. T-shirt merah yang cantik itu di sponsor oleh adik si Baim. Terima kasih ye bro, next year leh buat lagi... huhu..


Generasi ketiga Waghih Saleh bergambar ceria di depan Homestay

Harga tiket masuk ke Lost World of Tambun amatlah mahal. Tapi tempat ni besar dan menyeronokkan, jadi berbaloilah dengan harga yang dibayar tu.

Dewasa : RM48/pax
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) : RM41/pax
Senior citizen (55tahun dan ke atas) : RM41/pax
Kanak-kanak di bawah 90cm boleh masuk percuma.

Kitorang beli online kat sini sebab murah sket berbanding beli di kaunter. Tiket dewasa jadi RM43.20 manakala kanak-kanak jadi RM36.90. Seratus lebih juga kami jimat bila beli online sebab kami ramai. Selain daripada itu, time cuti sekolah kena beratur panjang nak beli tiket, so sebaiknya beli online untuk menjimatkan masa.

Lost World of Tambun amat besar. Tujuan utama ke sana tentulah untuk bermain air. Cakap banyak pon tak guna, jom tengok gambo.

 Wah, kehadiran disambut bagai pahlawan

Anak-anak dara berposing manja ngan kucing Firaun berlatar-belakangkan Uda yang bergaya macam artis mendukung Dahlia.

Kucing ni memang ramai peminat.. memang tempat wajib sumer orang berposing..

Anak bujangku yang chicken pox nampak muram je sebab dia telah diberi larangan mandi oleh mamanya... siannya dia..


 Bincang-bincang nak wat ape dulu.. lepas tu ape.. ape lagi.. dan lagi..

Baby Hana juga tidak ketinggalan

 Tak tunggu lama2.. terus masuk air! Pelampong nombor 8 tu kena sewa ye.

 OK posing jap kat pelampong ni.

 Dia bukan terdampar lemas...

Posing bawah mushroom...

On the pirate ship...

Dibawa air dengan perlahan selepas menuruni water slide yang tinggi dan berpusing-pusing..
Untuk naik waterslide tu, wajib pakai swimming attire, atau sekurang-kurangnya tight panths..


Wah busu.. kejayaan apakah itu yang begitu mengujakan?

Ini pula water slide versi kecik

Makanan tak boleh dibawa masuk daripada luar. Jadi semuanya kena beli di dalam premis Lost World of Tambun ni. Lunch nasi ayam kali ini adalah dibelanja oleh Andak. Mekasih andak.. sok lusa sila belanja lagi. ngee...

Busu yang kepenatan take five sat kat bawah wakaf yang disediakan

Alamak bahaya! Achik digigit hippo!


Selain mandi-manda, kat sini juga ada Petting Zoo, permainan macam kat fun-fair dan macam2 lagilah. Tapi arini tak sempat, saya akan sambung di entry no. 2 ye..

Monday, August 6, 2012

Percutian Keluarga di Cameron Highlands

Cameron Highlands tidak memerlukan pengenalan sangat, sebab semua orang tahu di  mana ia terletak dan mengapa ramai pelancong suka ke sana. Saya dan keluarga ke sana untuk menikmati cuaca sejuk ala negara mat saleh. Lebih kurang 20 orang menyertai percutian kali ini. Seronok pergi bercuti begini, macam rombongan pula rasanya.

Percutian 3hari 2malam itu bermula dengan 6 biji kereta bertolak dari negeri tempat tinggal masing-masing ke Cameron Highlands. Perjalanan naik ke atas amat mudah kerana tiada kesesakan lalulintas yang biasa dialami sewaktu cuti umum atau cuti sekolah. Kami memang sengaja memilih hujung minggu biasa untuk mengelakkan kesesakan.

Untuk mendapatkan keselesaan maksimum, kami menyewa 2 biji apartment 3 bilik. Alhamdulillah, apartment ini amat selesa dan lengkap dengan kemudahan memasak. Bangunan apartment juga amat cantik, ala-ala bangunan Inggeris, gitu!
Posing di luar apartment yang disewa. Cantik, kan?

Tidak sah ke Cameron Highlands kalau tidak ke ladang teh. Kami ke Cameron Valley untuk melihat ladang teh yang besar. Kebetulan ketika itu hujan turun, jadi masa dihabiskan dengan minum teh dan makan scones di restoren yang terdapat di sana sambil menikmati pemandangan yang indah. Saya pilih teh halia madu...hm, memang best!!!

 Ladang teh yang hijau mata memandang

 Masa tu hujan rintik-rintik, sedap betul minum teh halia panas ni!

Hafiz posing ala pelakon Hindustan berlatar-belakangkan pokok-pokok teh menghijau

Strawberi adalah satu lagi tarikan di Cameron Highlands. Kami ke Mardi untuk menikmati Strawberi segar dan lain-lain tanaman seperti pelbagai jenis bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

 Antara bunga-bungaan yang mekar di Mardi


 Wah seronoknya main buaian sejuk-sejuk ni..

 Adakah dia jelmaan Superman? Tersesat di Cameron Highlands? Kami tidak pasti..

 Melihat bunga-bungaan yang mekar di Taman Mardi

Kami juga pergi ke Strawbery Valley, sebuah pusat tanaman strawberi organik untuk menikmati strawberi dan makanan-makanan berasaskan strawberi. Di sini kami berpeluang untuk memetik strawberi sendiri. Hanya RM25 sebakul. Semasa memetik, kita bebas untuk makan terus strawberi yang ada selagi mampu.
Di Strawberry Valley - seronoknya depa!

Lupakan misai tebalnya sebab beliau adalah rakyat Malaysia.. tu sedang memilih strawberi yang ingin di petik

 Gaya pro memetik strawberi

Kenapa dia macam geli semacam je pegang strawberi tu, penulis tidak pasti..

Di Cameron Highlands juga ada banyak jual sayur-sayuran di tepi-tepi jalan. Murah-murah plak tu. Seikat RM1 dalam genggaman besar leh dapat. Segar2 belaka. Memang kami borong belaka.

Semasa di sana, kami juga buat BBQ. Tapi maaf xde gambar nak share sebab gambar ntah kat dalam henfon siapa ntah, tak dapat dikesan. Memandangkan masa kami pergi cuaca amat sejuk ditambah pula dengan hujan, makan BBQ panas malam-malam bersama sanak-saudara memang menyeronokkan. Tuan rumah ada menyediakan BBQ pit, tapi kami dah siap2 bawa BBQ sendri.

Cameron Highlands memang menyeronokkan. Tips berikut akan memaksimumkan keseronokan anda ke sana;
1. Elakkan cuti umum dan cuti sekolah - kesesakan jalanraya sepanjang pendakian ke arah Cameron Highlands adalah suatu mimpi buruk pada waktu begitu. Jem dari pangkal kaki bukit. Tidak pelik untuk melihat kereta tersadai rosak di tepi jalan dek kerana enjin yang panas.
2. Elakkan pergi pada musim hujan sebab kebanyakan aktiviti adalah di luar. Hujan akan membataskan pergerakan dan cuaca juga menjadi amat sejuk.
3. Jangan lupa beli jangung rebus/bakar di sana. Jagung di sana amat segar dan sedap. Sebenarnya, makan terus tanpa di rebus/bakar/masak pon dah sedap sangat. Murah je.
4. Makan strawberi sepuas-puasnya!

Signed off!

Gambar Belangkas