Showing posts with label Emas Pulau Nangka. Show all posts
Showing posts with label Emas Pulau Nangka. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

SYILING EMAS ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI TEMUI DI PULAU NANGKA?


MELAKA: Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.


Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.


Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.

“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.

Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.

Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.

Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.

Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan.


SEBELUM INI..Lapor Akhbar Sinar Harian

Perzim nafi kewujudan gua harta karun



Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menafikan kewujudan gua yang dikatakan mempunyai harta karun berbilion ringgit di Pulau Nangka, di sini seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan, semalam.

Pengurus Besarnya, Datuk Khamis Abas berkata, setakat ini pihaknya tidak menemui gua yang berada kira-kira 17 kilometer dari daratan seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

“Dari mata kasar, tiada gua yang dimaksudkan. Boleh dikatakan ia cuma bayangan bahawa harta karun tu dipercayai disimpan.

“Namun hingga saat ini pintu gua tersebut belum lagi dijumpai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Khamis bagaimanapun tidak menafikan kisah mengenai pencarian harta karun itu sudah bermula lebih sedekad lalu oleh pihak yang taksub.

“Namun, saya difahamkan buat masa ni ada dua syarikat berminat dalam pencarian tersebut, syarikat pertama masa yang diberi hingga 30 April ini. Selepas itu, sebuah lagi syarikat lain akan masuk mulai 1 Mei depan,” katanya.


PAGparanormal..

Melalui sumber, syiling emas yang ditemui itu berada di dalam bongkah batu besar.Yang hairannya bagaimana ianya berada di dalam bongkah batu tersebut??Adakah harta karun itu telah di tanam oleh seseorang yang hebat dalam ilmu (sihir) kebomohan??Pernah juga kita terdengar tentang kisah bomoh yang mampu menarik harta karun dari perut bumi.Adakah ini semuanya cerita rekaan semata-mata atau ianya benar-benar berlaku?Wallahu a’lam...

Gambar Belangkas