Showing posts with label keputusan PMR 2010. Show all posts
Showing posts with label keputusan PMR 2010. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

2011 PMR

PMR 2011
Tahniah ..Setinggi -tinggi tahniah kepada anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011.  Walaupun tahun ini saya tiada anak yang menduduki peperiksaan PMR, tetapi saya turut berasa gembira dengan kejayaan anak-anak rakan dan saudara terdekat....
Kepada yang tidak mendapat straight A's, jangan rasa rendah diri dan berdukacita. Anda telah buat sebaiknya dan itu rezeki yang Allah beri kepada anda semua. Percaya lah..PMR BUKAN penentu masa depan anda... satu lagi peperiksaan besar yang akan anda hadapi adalah SPM... dan berdasarkan kurikulum sekolah menengah sekarang, selepas PMR ini anda harus memikirkan apakah bidang yang hendak anda ceburi kelak. Samada hendak masuk ke aliran Sains Tulen, Sains Kejuruteraan, Sains Agama, dan sebagai nya...

Seperti kata seorang rakan blogger dan Fb saya (Pak Pin):

 Syabas...Ingatlah, it is not the A or B that will make the difference in life...it is our Values, Mindset, and Faith!

Friday, December 24, 2010

My Alma Mater

Setinggi -tinggi tahniah diucapkan kepada calon-calon PMR 2010 dari Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru ...
Keputusan PMR 2010 menyaksikan 129 dari 143 orang pelajar  yang menduduki peperiksaan telah mendapat straight A's, manakala 3 subjek, iaitu Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup dan Matematik pula mencatat keputusan terbaik dengan semua pelajar mendapat A!

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Wednesday, December 22, 2010

Keputusan PMR 2010 - TAHNIAH!

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Allah SWT di atas kejayaan anak ke-5, Wafa' dalam keputusan PMR 2010 yang baru diumumkan pagi tadi. 
Walaupun beliau agak sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang dijangka, namun boleh dikatakan masih baik. 
Wafa' mengambil 9 subjek kerana beliau berada di kelas KAA (Kelas Aliran Agama), tambahan 1 subjek Bahasa Arab. Itulah satu-satunya subjek beliau dapat B.  
Wbgmnpun saya bersyukur kerana keputusan yang lain masih cemerlang.  Setinggi-tinggi TAHNIAH ummi ucapkan buat wafa' .... kerana Wafa' sudah buktikan tanpa tuisyen pun Wafa' boleh mencapai keputusan yang cemerlang...
 Gurubesar sedang memulakan sedikit taklimat mengenai keputusan PMR 2010
 Pelajar-pelajar cemerlang tersenyum gembira
 Alhamdulillah syukur di atas kejayaan masing-masing...
 Sahabat sekelas yang mendapat keputusan cemerlang
 Kumbang yang menjadi rebutan! satu-satunya pelajar lelaki dari kelas KAA 3 Imtiyaz yang mendapat 9A
 Bersama Gurubesar sekolah

Keputusan PMR 2010

TINGGAL BEBERAPA JAM SAHAJA LAGI....

SIAPA YANG BELUM TIDUR LAGI TU?
SILA ANGKAT KEYBOARD...

DUP DAP DUP DAP DUP DAP...

Apa-apa pun, saya ingin mengambil kesempatan in iuntuk mengucapkan salamat maju jaya dalam kehidupan anda sebagai pelajar di masa akan datang... 
percaya lah...PMR ini hanyalah "warm-up" sahaja dalam kehidupan sebenar anda di dunia luar sana...
tiada apa-apa yang memudaratkan walau apa pun keputusan yang anda perolehi..
namun begitu PMR juga asas kepada yang seterusnya...
yang Paling Penting...Jangan lupa sentiasa berdoa kepada ALlah SWT...

Keputusan PMR 2010

Salam, lumrah kehidupan, kita tidak lepas diuji dan menguji.  Setiap orang yang bergelar pelajar pasti melalui proses pengujian di atas pemahaman mereka terhadap segala ilmu yang telah dipelajari dari guru mereka.  Samada ilmu yang disampaikan itu dapat dicerna dan difahami oleh pelajar akan dapat diketahui dari keputusan peperiksaan mereka.

Esok, Khamis, 23 Disember 2010. adalah tarikh keramat bagi calon-calon pelajar yang menduduki peperiksaan PMR 2010...
Mesti ramai di antara blogger juga yang terdiri dari pelajar tingkatan 3, sedang berdebar-debar tahap maksima (pinjam kata-kata anak saya) menunggu keputusan mereka diumumkan esok...
Sesiapa antara blogger tu silalah tinggalkan jejak anda di sini...

hurm...sedang countdown ke tu...? lagi berapa jam ek? 
Mesti malam ni tak tidur lena kan....

******************************
Pengalaman saya pula semasa SRP (zaman saya dahulu di sebut SRP - Sijil Rendah Pelajaran) bukan PMR.

Hari keputusan diumumkan, pagi-pagi lagi saya dah bersiap.  Debaran di hati ini rasanya macam bunyi drum.... semakin kuat dan laju... saya pergi ke sekolah saya (sekolah kampung aje nun di selatan tanahair) bersama-sama kakak sepupu.  
Sampai sahaja di sekolah, sudah kelihatan ramai pelajar-pelajar lain menunggu di hadapan papan kenyataan di luar bilik guru...semakin tidak tentu arah hati ini... namun secara zahirnya saya cuba kelihatan tenang.
Tidak saya sedari tiba-tiba diri ini sudah berada di hadpan papan kenyataan itu...satu-persatu nama yang tertera di baca.... sampai sahaja kepada senarai nama yang bermula dengan huruf 'N' semakin terasa debaran ini...
dah akhirnya ....kubaca namaku sendiri di dalam hati...dan anak mata ini terus melorot ke arah keputusan yang tertera di sebelah nama ku.....
Ya Allah.... betul ke itu keputusan ku? berkali-kali kubaca... akhirnya menyuruh kakak sepupu ku menyemak semula....dan dia mengangguk memberi isyarat kepadaku..

Ya Allah...Syukur keHadrat Mu Ya Allah...
di atas rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku...
diri ini tidak sabar hendak pulang ke rumah kerana ingin berkongsi kegembiraanku itu...(zaman itu manalah ada handphone nak telefon emak... nak guna telefon awam pula sudah ramai yang beratur menunggu giliran..)

Ada cerita di sebalik kejayaan saya itu.  Alhamdulillah sememangnya itu semua sudah tertulis dan takdir, tetapi perlu juga diiringi dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus ..

Sebenarnya sejak awal tahun semasa tingkatan 3 saya berazam hendak mencapai keputusan yang cemerlang dalam SRP.  Kerana apa?

1.  Saya hendak masuk sekolah berasrama penuh. 
Saya terlepas peluang semasa tingkatan 1 kerana mungkin tiada rezeki saya, walaupun keputusan penilaian darjah 5 saya sangat baik. (zaman saya tiada UPSR, hanya ada Ujian Penilaian darjah 5). Oleh itu saya sangat berharap dapat masuk ketika tingkatan 4.

2. Saya hendak membuktikan kepada keluarga dan sedara-mara saya, bahawa BUDAK KAMPUNG pun boleh dapat keputusan cemerlang.(Sebenarnya saya berazam untuk mencapai kelutusan yang lebih baik dari sepupu sebelah rumah saya yang bersekolah di MCKK!!! Masa itu memang terasa sangat kalau sedara mara cakap.."si polan anak si polan itu mesti dapat bagus sebab sekolah asrama , sekolah MCKK...ialah..sekolah paling top di Malaya!) 

The rest is history..................................

Wednesday, December 8, 2010

KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010

Debaran semakin terasa....

saya pasti ramai blogger yang terdiri dari pelajar sekolah menengah tingkatan 3 sekarang sudah mula berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan PMR mereka...

bilakan keputusan itu akan diumumkan????

........
..........
.............

23 Disember 2010...

bermakna dari tarikh hari ini, 8 Disember... tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi..

Bagi saya pula, kali ini anak ke-5 saya pula, Wafa',  yang berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan ini...
walau apapun keputusannya nanti, semuanya sudah tertulis... usaha dan do'a sahaja yang mampu mengubahnya....
Semoga Wafa' berjaya mendapat keputusan yang diharapkan...InsyaAllah..

Gambar Belangkas