Showing posts with label MEXICO. Show all posts
Showing posts with label MEXICO. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

MISTERI PENEMUAN GUA KRISTAL NAICA DI MEXICO

GUA Kristal Naica, terletak 300 meter di bawah tanah dan sepanjang 27 meter.

Ia ditemui pada tahun 2000 oleh sekumpulan pelombong ketika melakukan kerja-kerja mengorek terowong dan mengepam air bagi mengelakkan kawasan perlombongan Naica ditenggelami air.

Pada mulanya, kumpulan pelombong menemui beberapa batu yang kelihatan seperti kristal sebelum meneruskan operasi menggali dan menemui gua kristal gergasi.

Gua istimewa itu turut menyaksikan penemuan kristal yang mempunyai ukuran diameter sebesar empat meter, panjang 12 meter dan berat 55 tan, sekali gus mungkin menjadi kristal terbesar pernah ditemui.

Monday, May 11, 2015

BENARKAH IA (ALIEN) WUJUD ATAU SEKADAR REKAAN?


NEW MEXICO 11 Mei - Dua keping gambar yang diambil oleh seorang ahli geologi, menjadi bahan bukti penting menyatakan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas di Roswell, di sini pada tahun 1940-an, dinaiki oleh makhluk asing.


Laman web Inquisitr melaporkan, gambar yang memaparkan sebahagian daripada bentuk badan makhluk asing itu diambil oleh Bernard Ray sekitar tahun 1947 hingga 1949 dengan menggunakan filem Kodachrome.

Pakar UFO mengesahkan, gambar tersebut tulen dan tidak wujud sebarang unsur penipuan selepas menjalankan kajian selama lima tahun.

“Kami percaya gambar ber­kenaan adalah tulen kerana pada masa itu lakaran makhluk asing masih belum wujud dan tidak mungkin manusia boleh memikirkan cara menghasilkan model sedemikian.

“Ini jelas menunjukkan memang wujud perhubungan antara makhluk asing dengan Bumi sejak dahulu lagi,” kata pakar UFO Mexico, Jaime Maussan ketika menjadi pengacara dalam rancangan Be A Witness, yang memaparkan imej makhluk asing berkenaan kepada umum buat pertama kali di National Auditorium, baru-baru ini.

Kata Maussan, gambar tersebut dijumpai di dalam kotak yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama di rumah loteng milik Ray di Arizona, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pengkaji dan penulis buku UFO terkenal, Richard Dolan tidak setuju dengan keputusan kajian berkenaan dengan berkata, foto tersebut perlu dianalisis dengan lebih mendalam kerana bukti bergambar tidak memberi maklumat yang jelas.

Wednesday, January 14, 2015

MINUM AIR PERAM MAYAT


Mexico City: Mayat seorang wanita ditemui di dalam tangki air di sebuah bangunan apartmen tempat dia tinggal, setahun selepas dilaporkan hilang.


Graduan psikologi Carmen Yarira Noriega Esparza (gambar), 27, dilapor hilang Februari tahun lalu. Rakan dan anggota keluarganya sebelum ini mengesyaki dia diculik dan dijual untuk dijadikan hamba seks.

Mayat Carmen yang sudah reput ditemui dalam tangki itu selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh.Polis berkata, mayat Carmen mungkin berada dalam tangki itu sejak dia hilang.

Carmen yang bercita-cita menjadi pelakon dilihat kali terakhir ketika meninggalkan sebuah gimnasium di Mexico City, Februari lalu.

Rakan dan anggota keluarga menubuhkan kempen media sosial untuk mengesan dan mencarinya, termasuk menampal gambar pada tiang lampu di jalan raya.Rakannya, Pal Javier Paz, 30, berkata, Carmen berbakat dan cantik, bercita-cita menjadi pelakon.

“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia kerja, kami menyangka dia diculik dan dijual untuk dijadikan pelacur.“Mungkin selama ini mayatnya berada dalam tangki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis kini menumpukan siasatan mereka terhadap bekas teman lelaki Carmen, ahli perniagaan kaya yang membayar sewa apartmen itu untuknya.

Carmen kemudian memutuskan hubungan mereka selepas berkenalan dengan seorang peguam kaya dan hilang seminggu sebelum dia keluar dari rumah itu.

Penemuan berkenaan mengejutkan penduduk apartmen itu.Kini baru mereka sedar mengapa air yang mereka minum rasa aneh.

Seorang jurucakap polis semalam berkata: “Pegawai bandar raya dipanggil memeriksa tangki berkenaan dan apabila membukanya, mereka menemui mayat reput itu.”

Thursday, October 30, 2014

KISAH MISTERI "DOLLS ISLAND" DI MEXICO

Sebuah kisah di satu pulau yang suram lagi menyeramkan, paya paya di daerah Xochimico berhampiran Mexico City telah menjadi tarikan pelancong yang paling menakutkan. Walau bagaimanapun , pulau seram ini tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi perhentian pada jadual perjalanan percutian pelancong. Pulau Anak Patung yang didedikasikan khas untuk seorang gadis kecil yang malang.

Dolls Island (Isla de las Mangaburu ) yang terletak di terusan selatan Mexico City merupakan sebuah rumah yang menakutkan sejak dahulu lagi.Jika melalui berhampirannya kita boleh melihat anak-anak patung yang menyeramkan digantung berhampiran rumah terbabit. Kelihatan anggota badan mereka dicerai-ceraikan dan dipancung kepala menghiasi pokok, pagar dan hampir setiap permukaan.Suasana di situ boleh dikatakan amat menyeramkan - kata pelancong.

Tidak menghairankan, asal-usul pulau itu mempunyai tragedi yang amat sadis.Kisahnya - Don Julian Santana, telah menemui mayat seorang kanak-kanak lemas dalam terusan sekitar 50 tahun yang lalu. Sehingga kini ia dihantui oleh kematian itu, dan setiap kali apabila dia melihat anak patung terapung di terusan, ia diambil dan digantung di pohon untuk membantu roh gadis itu. Beliau berharap dapat menenangkan roh yang terseksa dan melindungi pulau dari kejahatan.

FOTO-FOTO YANG MENYERAMKAN DI SEKITAR "DOLLS ISLAND" MEXICO






GHOST ADVENTURES NEW SEASONS

Gambar Belangkas