Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Besan dan Menantu

Assalamu'alaikum wrt wbt.  Bercakap mengenai topik ini, membuatkan ku tersedar ! detik-detik masa berlalu terasa begitu cepat... perasaan masih terasa muda seolah-olah 20an ..namun hakikatnya anak-anak sudah semakin membesar, mereka bukan lagi anak-anak kecil yang perlu dimandi dan dipakaikan baju, tidak perlu lagi menyuap mereka makan ... Rupa-rupanya mereka sudah sampai ke fasa kehidupan di mana masing-masing hendak membina keluarga sendiri pula!!! dan rupa-rupa kehidupanku di dunia ini sudah hendak masuk setengah abad!

Semalam kami menerima tetamu dari jauh ... mereka adalah bakal besan dan bakal menantu ku ...
Sewaktu anak ketiga ku Ammar menyatakan hasrat mereka hendak berkunjung, hati menjadi berdebar-debar! hahha..apataknya ... dalam kepala sudah memikirkan apa yang hendak ku jamu... Ialah mereka hendak datang waktu malam, waktu makan, takkan nak hidang hidangan ringan ..sampai waktu makan kena lah jamu makan ye tak? Inilah kali pertama aku hendak menerima kunjungan bakal besan ke rumah ... Alhamdulillah semalam cuti, pagi-pagi sudah ke pasar membeli lauk dan sayur yang hendak di masak ...

Seperti dalam entri yang lepas, aku akhirnya mengambil keputusan untuk memasak menu kampung... orang Johor kan..so asam pedas Johor tak boleh tinggal ... Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar dan makanan yang ku masak juga hampir habis di makan ...Alhamdulillah, tiada rezeki terbuang ..
Selepas selesai makan ... Sebelum makan tak sempat ambil gambar ...
 tukang ambil gambar pula tak fokus betul2... so, gambar ni blur saja lah...

gambar ni clear sikit, duduk berborak2 selepas makan

Bakal besan...anak mereka juga 8 orang .... tapi bakal menantu ku anak bongsu ...
nampaknya 2 orang bakal menantu ku anak bongsu ..

Bakal menantu

Last sekali appetizer ...sebelum mereka pulang, kami jamu dengan Apple Pie ...fresh from the oven ...

Alhamdulillah ..semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar...

Masa Lapang Sebelum Masa Sibuk

Assalamu'alaikum wrt wbt wahai sahabat di alam maya semua... Lama sudah tidak menulis di sini.  Rindu untuk menulis datang bertamu di hati, tatkala diri sedang sibuk hendak menyediakan juadah buat bakal besan yang akan berkunjung malam ini ...Take a break! kaki ku sakit berdiri lama di dapur... ambil nafas dan pabila keringat sudah kering, akan terus mengambil wudhuk dan solat Asar sebentar lagi.  Selepas itu akan menyambung kembali memasak...

Apa menu malam ini? Aku mengambil keputusan untuk memasak emnu kampung sahaja, Ikan tenggiri masak asam pedas ala Johor, Ikan siakap akan ku masak "steam",  sayur KaiLan ikan masin, sambal belacan dan sedikit ulaman ... dimakan bersama nasi putih ...
ok ..got to go now... nanti saya update lagi selepas tetamu pulang ..

Bye ...

p/s: jari jemari laju sahaja menekan keyboard tatkala diri sangat sibuk ... I think I can manage time more meaningfully when I'm busy... bila banyak masa lapang rasa tak ada apa yang dicapai ... bermalas-malasan ... (alasannnn .... hehe)


Saturday, November 24, 2012

TAHNIAH Liyana & Azwan

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan anak saudara sepupu ku LIYANA HASNUL & AZWAN BIDIN... Tahniah, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu ... Semoga Allah SWT melimpahkan Keberkatan dan Kerahmatan ke atas kehidupan kalian berdua sehingga ke akhir nya... Ameen.


Malam semalam mereka berdua dinikahkan di Masjid Negeri Shah Alam ..

Senangkan nikah kat Mesjid Negeri ni...pentas dan pelamin dah siap ...caterer pun dah di sediakan ...kita sediakan $$$$ aje...
Alhamdulillah semua dah selesai dengan selamat.

Monday, October 22, 2012

Pengantin Baru

Hari Ahad yang lalu kami sekeluarga telah ke Bukit Beruntung Golf and Country Resort di Bukit Beruntung untuk menghadiri perkahwinan anak saudara sepupu. 

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fikhair
Azalia & Mohd Izali

Sepupu sepapat yang hadir

Mak Ndak & Pak Ndak dan Abah serta sepupu
Kami singgah di SBPI Rawang untuk ambil Wafa' outing dan hantar semula selepas selesai majlis kahwin.
Bila tengok gambar ini baru perasan bahawa Wafa sudah sama tinggi dengan saya ..tak lama lagi mungkin dia akan potong pula saya ...
Mohon doakan untuk Wafa' kerana beliau akan menduduki peperiksaan besar SPM tidak lama lagi ...
Ameen

Thursday, October 7, 2010

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN

 Semasa melayari website Ustaz Hasrizal (atau lebih dikenali sebagai Abu Saif @ Saifulislam.Com), terjumpa artikel ini yang sangat menarik perhatian saya, sebagai panduan diri sendiri dan juga anak-anak yang bakal mendirikan rumahtangga. 


TUJUAN BERUMAHTANGGA

Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, ‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.
Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.

Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.

Nasihat itu saya pegang hingga hari ini.

*** Baca lebih lanjut ***
*** artikel di atas di petik dari Saifulislam.Com ***

Gambar Belangkas