Showing posts with label KERANDA. Show all posts
Showing posts with label KERANDA. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

NENEK DI SAHKAN MATI NAMUN HIDUP SEMULA KETIKA UPACARA PENGKEBUMIAN BERLANGSUNG


Gelsenkirchen (Jerman): Seorang pengurus mayat pengsan kerana terperanjat apabila sebuah keranda terbuka dan kedengaran suara wanita tua di dalamnya bertanya: “Di mana saya?”


Wanita berusia 92 tahun itu diisytihar mati beberapa jam sebelum itu oleh doktor di sebuah rumah penjagaan orang tua di bandar Gelsenkirchen sebelum dibawa ke rumah pengurusan mayat Munstermann.

Apabila pengurus mayat itu tersedar dari pengsan, dia melihat wanita tua berkenaan masih dalam keranda dengan kedua-dua matanya terbuka.

Selepas memeriksa denyutan nadinya, pengurus itu menelefon ambulans yang kemudian membawa wanita itu ke hospital.

Keluarganya yang bersiap untuk upacara pengebumian juga terkejut.Polis sudah memulakan siasatan terhadap doktor yang mengesahkan kematian wanita itu Ahad lalu.

Wanita itu ditemui tidak lagi bernafas oleh seorang petugas rumah kebajikan. Doktor kemudian dipanggil dan dia mengesahkan wanita itu mati.

Pegawai rumah penjagaan orang tua itu Lother Burger berkata: “Kejadian itu memalukan dan sukar diterima. Kami dikritik hebat.”

Sunday, February 15, 2015

PERKAHWINAN PELIK DALAM KERANDA

SEPASANG pengantin baring dalam keranda, kononnya untuk memastikan kehidupan berumah tangga mereka direstui.

Bangkok: Ramai pasangan memikirkan hari perkahwinan mereka sebagai permulaan untuk hidup baru bersama.Beberapa pasangan Thai mengambil idea itu lebih serius dengan baring dalam keranda ketika melafazkan ikrar perkahwinan.


Upacara perkahwinan itu yang dijalankan oleh sami kononnya untuk membolehkan pasangan menyucikan diri daripada nasib malang dengan ‘dihidupkan semula’ dan ia dipercayai dapat membawa cinta sejati, kemewahan dan dilidungi daripada bahaya.

Seramai 10 pasangan mengambil bahagian dalam upacara besar-besaran yang luar biasa itu di sebuah kuil di pinggir bandar Bangkok, kelmarin.

Peserta melakukan upacara keagamaan di depan sami sebelum mengambil tempat mereka bersebelahan antara satu sama lain di dalam keranda merah jambu sambil memegang bunga rapat pada dada mereka.

Monday, December 15, 2014

KISAH KERANDA TERBANG DI SABAH MASIH MISTERI?

Imej yang di katakan keranda terbang di rakam oleh cctv KKIA Sabah

Kejadian ini berlaku pada tahun 2002. Imej yang berjaya ditangkap ini popular sekejap di akhbar tempatan dan pernah masuk Misteri Nusantara TV3 satu ketika dulu. Imej yang berjaya ditangkap oleh kamera pengawasan pihak lapangan terbang menunjukkan objek berkenaan berbentuk seperti keranda.


Keranda berkenaan terbang ke udara dari laut menuju ke terminal dengan kelajuan yang tinggi dan menghilang di sebalik bukit yang berdekatan. Semuanya berlaku dengan pantas. Beberapa orang pegawai lapangan terbang yang bertugas pada masa itu sempat menyaksikan sendiri keranda terbang ini dan pakcik sekuriti yang bertugas juga turut memberitahu yang beliau nampak keranda terbang ini. Apa yang pelik ialah radar tidak dapat mengesan objek ini.

Teori 

Banyak teori berkaitan dengan keranda terbang ini. Antaranya ialah Unidentical Flying Object aka UFO. Ada yang cakap lagi, ini cuma pembiasan cahaya antara cahaya spotlite, cahaya pesawat, cahaya lampu rumah dekat airport dan cahaya bulan. Keranda yang kita nampak ialah pesawat yang berlepas. Separuh imej pesawat hilang sebab biasan cahaya.

Namun setiap imej dan rakaman tentang imej ini telah di padam dan di rahsiakan.

Apapun objek yang terbang di airport itu, masih kekal misteri sehingga sekarang.

Gambar Belangkas