Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu

Maybe it's too late, already half past three, I'm only manage to wish ALL mothers A very Happy Mothers day or SELAMAT HARI IBU ...
Anyway, BETTER LATE THAN NEVER...right? 
 Have been receiving lots and lots of Mother's Day wishes in the whassup groups since last night ..
Thank You to ALL my family and friends ...for all those beutiful words etc ..
Anyway, hopefully our appreciation and thankfulness to our mom should not be celebrated on this day ONLY... it should be celebrated ALL year round, every day... every second...

Alhamdulillah masih ada abah dan mak di kampung, abah sudah berumur 93 tahun, semua mesti dibantu, abah sudah tidak kuat lagi ... perlu mandikan, perlu disuap makan dan minum kerana mata abah sudah tidak nampak sangat, perlu pakai pampers kerana abah sudah tidak dapat mengawal apabila hendak buang air kecil atau air besar, perlu ditolak mengguna kerusi roda, abah sudah tidak kuat lagi hendak berjalan sendiri ..pendek kata kitaran kehidupan telah lengkap dan abah seperti bayi yang perlukan perhatian. Namun Syukur Alhamdulillah kerana abah masih belum nyanyuk lagi..Ingatan abah masih baik walau kadang-kala ada yang abah lupa ..
Syukur mak masih ada, walapun umur mak sudah menjangkau 70lebih, mak masih kuat semangat ..tapi kudrat mak juga kadang-kadang sudah berkurangan...mak tidak kuat hendak mengangkat abah turun naik kerusi roda semasa hendak memandikan abah ... perlu ada cucu mak yang menolong mak membersihkan abah...kadang-kala aku kasihan melihat mak ...namun itulah kasih seorang isteri..
Sehingga kini, walaupun aku dan abang serta kakak ku sudah melewati separuh abad, dan kami sendiri sudah mempunyai cucu sendiri,  tapi mak masih tidak lupa anak-anak mak...mak masih menunjukkan keprihatinan mak atas sesuatu perkara ..mak akan menalipon kami dan menasihatkan kami seperti dulu ... seperti kami masih lagi anak-anak mak yang kecil ...
Itulah ibu...walau kita sudah dewasa, tetapi di mata ibu kita, sebenarnya kita masih lagi anak kecil ibu ..sebab itu dalam Islam sangat menitik-beratkan tentang ketaatan kita kepada ibu ..dan bapa

Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.   
(Hadis Riwayat Tirmizi)
.

Monday, December 20, 2010

Tangan yang Menghayun Buaian Itu .....

Semalam sejak pagi sudah membawa membawa ibuku ke PPUM untuk rawatan susulan, mengambil alat bantuan pendengaran yang telah ditempah di situ. Kiranya sudah kali ke-4 berulang-alik ke PPUM membawa ibu mendapatkan rawatan telinganya.  

Ibu menghadapi masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu, mungkin kesan daripada penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ibu sejak sekian lama.  Semakin hari semakin teruk masalah pendengaran ibu, sehinggakan kadangkala kami terpaksa meninggikan suara untuk bercakap dengan ibu, kerana ibu tidak dengar.  Mungkin jika orang yang tidak tahu masalah ini mendengar cara kami bercakap dengan ibu, akan mengatakan kami ini seperti tidak beradap, bercakap dengan nada suara yang tinggi kepada ibu kami. Masalahnya jika kami bercakap seperti biasa, memang ibu tidak akan dengar, dan kami terpaksa mengulang beberapa kali. 

Lalu saya mengambil keputusan membawa ibu ke PPUM untuk mendapatkan rawatan, ia juga saranan dari seorang saudara yang pernah mendapatkan rawatan telinga di situ juga.
Kali pertama berjumpa doktor pakar, hanya diuji sedikit untuk mengetahui masalah sebenar.  Doktor arahkan untuk datang kali kedua untuk membuat ujian pendengaran.  Ujian ini untuk menentukan tahap masalah dan pendengaran ibu.  Selepas itu, datang sekali lagi untuk menguji apakah jenis alat bantuan pendengaran yang sesuai dengan ibu.   Alhamdulillah abah adalah seorang pesara kerajaan, oleh itu semua rawatan dan alat bantu pendengaran itu semuanya dibayar oleh JPA (setelah mengisi pelbagai jenis borang..) 
Alat sekecil itu tapi harganya di antara RM5K - 7K.

 Jenis-jenis alat bantu dengar 
(gambar ihsan internet http://www.mayoclinic.com/health/medical/IM02886)

Namun apa yang hendak saya ceritakan sebenarnya di sini ialah hatiku sangat-sangat tersentuh dan hampir mengalirkan air mata tatkala sesi pengujian alat tersebut semalam.  Setelah alat itu yang siap ditempah ada di PPUM, Audiologis tersebut menalipon saya untuk datang membawa ibu untuk diajar cara-cara pemakaian dan penjagaan alat bantu dengar tersebut.  Semasa beliau mengarahkan ibu untuk cuba memakai dan menanggalkan alat tersebut sendiri, barulah kelihatan bahawa di hujung jari-jari ibu sudah tidak dapat memegang dan merasa lagi dengan baik, ibarat kalau kita rasa kebas dihujung jari, pegang apapun tidak rasa apa-apa.  Cuba bayangkan kalau hujung jari anda kebas dan anda cuba hendak memegang sebatang jarum.... apa yang pasti sudah tentu anda tidak dapat memegang jarum tersebut, dan jarum itu sudah pasti jatuh...

Ibu kelihatan terkial-kial hendak membuka dan memasang alat bantu dengar tersebut .  
Saya menahan air mata dari tumpah di hadapan audiologis tersebut!  

Ya Allah....tangan itu suatu masa dahulu menjaga ku, mendodoikan ku dalam buaian, memasak untuk kami sekeluarga..mengambil upah menjahit baju demi membantu abah mencari sesuap nasi untuk kami adik-beradik...ibu yang tidak pernah menolak jika aku meminta hendak makan masakan kegemaranku...dan  dan dan......

(saya tidak dapat meneruskan penulisan ini kerana air mata sudah mengalir tanpa henti...)

Wednesday, November 17, 2010

JUBLI EMAS

Hari ini saya bersiaran dari kampung. Setelah menolong ibuku memasak dari malam semalam. bangun pula pukul 4 pagi sambung memasak ...Alhamdulillah hampir 80% masakan sudah siap, tengahari hingga ke petang tinggal menunggu tetamu datang. 

Kenduri ini di adakan sempena ulangtahun perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta yang ke - 50 tahun! kiranya sambutan JUBLI EMAS (Golden Anniversary) lah... 
Ya Allah Syukur Alhamdulillah Engkau kurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik bagi kedua ayahanda dan bonda tercinta (sakit-sakit tua yang lain tu biasa lah kan..) 
Alhamdulillah juga ayahanda dan bonda tercinta dapat mengharungi tribulasi perkahwinan dalam jangkamasa yang panjang sehingga 50 tahun ini. 

Adat perkahwinan, perbezaan pendapat dapat diatasi dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri.  Sifat Tolak ansur, timbang rasa dan persefahaman itu sangat diperlukan dalam sesebuah perkahwinan.

Walaupun perbezaan umur antara ayahanda dan bonda tercinta sangat jauh, 18 tahun
 , namun Alhamdulillah ia tidak menjadi penghalang bagi ayahanda dan bonda dalam mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.

Ayahanda sudah berumur 87 tahun namun ALhamdulillah ayahanda masih lagi kuat ingatan  dan tidak nyanyuk, kecuali keadaan fizikal ayahanda yang sudah tidak kuat lagi, perlukan memakai tongkat untuk berjalan. Mungkin ini berkat ayahanda yang tindak tinggal solat, walaupun dalam keadaan uzur, rajin mengerjakan solat tahajjud dan mengaji Al-Quran. Dalam setahun sudah berkali-kali beliau khatam Al-Quran! (ingatan kepada diriku juga... setahun hanya khatam sekali dalam bulan Rmadhan dan sekali lagi bulan-bulan yang lain!!)


SEMOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA KEPADA KEDUA AYAHANDA DAN BONDA KU, KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEMOGA ALLAH KURNIAKAN AKHIRAN YANG BAIK , KHUSNUL KHATIMAH, KEPADA KEDUA-DUA MEREKA. AMIN.

Friday, October 22, 2010

Panjang Umur

Bila tiba hari lahir, apakah kata-kata yang selalu diucapkan? 
"Selamat hari Jadi, semoga Panjang Umur dan murah rezeki"
Itulah ucapan yang lazimnya diucapkan kepada kita.

Mengapakah kita selalu memohon agar Allah panjangkan umur kita? 

Adakah kerana kita hendak menikmati hidup ini, supaya kita dapat lihat anak kita membesar hingga lah kita mendapat cucu, cicit.? kerana tidak puas hidup lagi? tak puas enjoy lagi? nak kerja lebih lama lagi dan nak kumpul duit banyak-banyak ? Sebab nak rasa beli rumah sendiri? nak beli kereta sendiri? belum puas makan itu dan ini? belum puas melaram lagi? 

Cuba perhatikan... semua sebab-sebab yang kita berikan selalunya adalah bersifat duniawi...jarang sekali kita berfikir mengapa kita hendak panjang umur...adakah panjang umur dari segi kiraan tahun ? atau yang sebenarnya yang kita cari adalah 

KUALITI UMUR ..

bukan

KUANTITI UMUR

Tiada siapa yang tahu bila ajal kita akan tiba..semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Ia adalah titik noktah yang tidak boleh dianjak ke depan atau ke belakang.

Sepatutnya setiap kali tibanya Hari Lahir, kita patut ucapkan 

SELAMAT PENDEK UMUR..

maksudnya umur kita yang tinggal.. sehingga saat nyawa  kita di ambil telah menjadi semakin pendek setahun..

dengan itu kita akan sentiasa mengingati bahawa hidup kita yang tinggal telah berkurangan dan kita akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki KUALITI hidup kita.
Apa guna jka hayat panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia. Ada yang umurnya pendek tetapi  pencapaian hidupnya sangat baik menyamai orang yang hidup lama..

FIKIR-FIKIRKAN LAH..
 

Gambar Belangkas