Friday, October 22, 2010

Panjang Umur

Bila tiba hari lahir, apakah kata-kata yang selalu diucapkan? 
"Selamat hari Jadi, semoga Panjang Umur dan murah rezeki"
Itulah ucapan yang lazimnya diucapkan kepada kita.

Mengapakah kita selalu memohon agar Allah panjangkan umur kita? 

Adakah kerana kita hendak menikmati hidup ini, supaya kita dapat lihat anak kita membesar hingga lah kita mendapat cucu, cicit.? kerana tidak puas hidup lagi? tak puas enjoy lagi? nak kerja lebih lama lagi dan nak kumpul duit banyak-banyak ? Sebab nak rasa beli rumah sendiri? nak beli kereta sendiri? belum puas makan itu dan ini? belum puas melaram lagi? 

Cuba perhatikan... semua sebab-sebab yang kita berikan selalunya adalah bersifat duniawi...jarang sekali kita berfikir mengapa kita hendak panjang umur...adakah panjang umur dari segi kiraan tahun ? atau yang sebenarnya yang kita cari adalah 

KUALITI UMUR ..

bukan

KUANTITI UMUR

Tiada siapa yang tahu bila ajal kita akan tiba..semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Ia adalah titik noktah yang tidak boleh dianjak ke depan atau ke belakang.

Sepatutnya setiap kali tibanya Hari Lahir, kita patut ucapkan 

SELAMAT PENDEK UMUR..

maksudnya umur kita yang tinggal.. sehingga saat nyawa  kita di ambil telah menjadi semakin pendek setahun..

dengan itu kita akan sentiasa mengingati bahawa hidup kita yang tinggal telah berkurangan dan kita akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki KUALITI hidup kita.
Apa guna jka hayat panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia. Ada yang umurnya pendek tetapi  pencapaian hidupnya sangat baik menyamai orang yang hidup lama..

FIKIR-FIKIRKAN LAH..
 

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas