Showing posts with label abi. Show all posts
Showing posts with label abi. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Abah

Tatkala jari-jemari ini memetik-metik kekunci di papan kekunci  ...terjumpa gambar-gambar ini di dalam "folder" gambar. Tiba-tiba hati merasa sayu. Sayu melihat wajah abah di dalam gambar ini.  Ketika ini aku membawa abah ke hospital untuk membuat pemeriksaan mata abah.  Abah sudah selalu menyatakan mata sebelah kanan abah sudah tak nampak sangat, semuanya kelihatan kabur.

 Ketika menunggu untuk dibuat pemeriksaan, aku terpaku melihat abah seakan-akan termenung. Jauh renungannya, walaupun pemandangan abah sudah kabur, tetapi renungan itu seperti suatu renungan menerusi mata hati. Jauh menembusi dinding di hadapan abah.  Mungkin abah memikirkan kos perbelanjaan jika doktor memutuskan abah perlu membuat pembedahan. Banyak kali abah seperti memujuk ku , "tak payah lah buat operation, abah rela begini. Jangan bazirkan duit..." 
Sedih dan sayu rasa hati ...abah seperti tidak mengendahkan dirinya lagi semata-mata tidak mahu menyusahkan anak-anak. Namun, aku sedar, jasa abah tidak terbalas, hanya dengan kos rawatan yang aku perlu keluarkan ...

  Dahulu, semasa kami anak-anak masih kecil, tangan abahlah yang memimpin kami ..tetapi kini, abah sudah tidak kuat hendak berjalan sendiri. Perlu dipapah, dan untu kberjalan jauh kami perlu tolak abah menggunakan kerusi roda...Ya Allah Ya ALlah ... Engkau Permudahkan urusan kami Ya Allah...Engkau sembuhkanlah sakit mata abahku Ya ALlah, kerana abah sudah rindu sekali hendak membaca Al-Quran....

Sunday, November 27, 2011

Pak Haji berbasikal

Sejak 2 tahun yang lalu, abi telah memulakan hobi baru iaitu berbasikal ..abi telah naik basikal dari rumah ke stesyen komuter di Shah Alam, atau Padang Jawa... sudah 2 kali juga basikal abi hilang dicuri orang di stesyen komuter...(walaupun telah di kunci) ..tapi abi tidak putus asa... beli lagi basikal baru ...
sekarang semakin jauh abi berbasikal..bukan lagi ke stesyen Padang Jawa atau Shah Alam, tetapi hingga ke Batu 3, Subang Jaya dan hingga ke Asia Jaya...
paling jauh sekali tu abi pernah naik basikal hingga ke KUALA LUMPUR!!!!
Pak Haji nak pergi solat Aidil Adha naik basikal ..huhu

Di antara basikal-basikal abi: 

Dah tinggal rangka sahaja...
basikal ini lahyang dinaiki Zubair semasa Zubair kemalangan awal tahun ini...

Abi masih meneruskan hobinya ini, tidak kira panas atau hujan...
Alhamdulillah abi sangat fit...(TIADA Perut "boroi"!!! hehehe) berbanding ummi ...(hurmm..nampaknya kena pergi Gym semula lah macam ni... malu aje jalan sebelah abi, sebab perut nampak macam orang mengandung 5 bulan!!)

Gambar Belangkas