Showing posts with label tahyul. Show all posts
Showing posts with label tahyul. Show all posts

Monday, September 22, 2014

TENGOK BOLEH, PERCAYA JANGAN


Supernatural ialah siri televisyen seram dan drama Amerika rekaan Eric Kripke, yang mula ditayangkan pada 13 September, 2005 di WB, dan kini sebahagian CW. Dibintangi Jared Padalecki sebagai Sam Winchester dan Jensen Ackles sebagai Dean Winchester, siri ini mengisahkan dua beradik memburu syaitan sehingga ke neraka dan memohon bantuan dari syurga.


Apa yang admin cuba kupaskan ialah mengenai jalan cerita dan skrip yang boleh membantu memesongkan akidah lebih-lebih lagi buat umat Islam.Mengapa dan kenapa?Sebabnya, penceritaannya amat detail dan memerlukan fokus yang serius untuk memahami plot-plot drama bersiri tersebut.Bayangkan jika kekuatan iman seseorang muslim itu tidak kuat, maka dengan mudah seseorang muslim itu menerima dan mempercayai setiap lafaz skrip yang di lakonkan.So berhati-hatilah ketika memonton.

Pesanan - TENGOK BOLEH, PERCAYA JANGAN..

Sunday, September 14, 2014

MENGAPA SUSUK ITU HARAM?


"Susuk" adalah sesuatu perkara yang salah di sisi Islam. Kerana ia boleh membawa kita ke lembah kesyirikan ( menyekutukan Allah ).


Sebab apa? Kesimpulan mudahnya adalah, kita seolah – seolah meminta bantuan sesuatu yang lain dari Allah, dan menganggap ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah S.W.T. Nazubillahi min dzalik. Sepatutnya, kita wajib meng-Esakan Allah, dan hanya Dialah selayak-layak tempat untuk kita memohon pertolongan.
   
Seterusnya kita berikhtiar ( berusaha ) untuk mendapatkannya. Selebihnya kita bertawakal ( berserah ) kepada Allah agar mengizinkan perkara tersebut berlaku. Dan apabila kita perlukan bantuan di dalam kesulitan dan inginkan sesuatu, seharusnya kita hanya memohon doa kepadaNya.




Surah Al-Fatihah – Ayat 4:

“Hanya kepada Engkau tempat kami menyembah dan memohon pertolongan”

Tetapi kita juga harus pastikan niat, tujuan dan keinginan kita itu benar-benar suci lagi baik di sisi Allah S.W.T.

Di antara keburukan susuk:
1. Menjadi syirik(menyekutukan Allah).
2. Solat dan amal ibadah tidak diterima selama 40 hari.
3. Pengguna susuk selalu bermimpi yang buruk-buruk sewaktu tidur.
Dan susuk ada jenis-jenis kategorinya:
1. Susuk biasa, iaitu susuk luaran seperti pembedahan plastik, botox dll.
2. Susuk luar biasa(susuk yang syirik), seperti susuk yang memasukkan sesuatu ke dalam muka atau tubuh dan ianya menggunakan Jin sebagai khadam.
Tapi sama ada anda percaya atau tidak, di zaman IT ini ada lagi satu jenis susuk yang canggih, iaitu ‘Susuk Digital’.

Susuk tersebut, membuat sesuatu foto digital boleh disunting menjadi macam-macam rupa menggunakan perisian seperti ‘Adobe Photoshop’.
Contohnya:

1. Seseorang yang kurang cantik, boleh menjadi bertambah cantik di dalam foto berkenaan dengan menggunakan kesan khas tertentu.

2. Ianya mungkin boleh di salah guna oleh segelintir wanita yang menyunting foto tersebut di dalam internet, bagi menipu lelaki demi mendapatkan sesuatu yang diingini dari pihak lelaki.

3. Lalu si lelaki tertipu/terpikat dengan kecantikan yang palsu itu.

4. Maka ianya memudahkan si lelaki yang ingin mencari pasangan hidup itu tertipu dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga melanggar batas-batas agama demi mendapatkan wanita berkenaan.

Apa yang aku ingin maksudkan adalah, sekiranya perkara sebegitu rupa berlaku, ia adalah kesalahan akhlak oleh kedua-kedua pihak yang menyalah guna teknologi IT dengan perbuatan yang diharamkan agama.

Kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak:
1. Si wanita melakukan penipuan dengan foto beliau sendiri.

2. Si lelaki terlalu mudah ditipu dan terpukau dengan kecantikan yang sementara sehingga melakukan pergaulan yang tidak sihat di alam maya(internet).

Mencari jodoh itu wajib, kerana perkahwinan itu sunnah Rasulullah S.A.W. Tetapi caranya juga mestilah halal mengikut syarak.

Ciri-ciri jodoh yang paling ditekankan oleh Baginda:
1. Agamanya.
2. Keturunannnya.
3. Hartanya.

Di dalam Islam beberapa perkara telah digariskan di dalam pergaulan. Pergaulan bebas adalah haram sama sekali.

Jadi kerana itulah Islam melarang berpasang-berpasangan sebelum bernikah.
Mungkin demi menghalalkan berpasangan sebelum nikah, ada juga orang yang memberikan alasan,

“Apa salahnya berpasangan sebelum nikah, kerana kami tidak buat apa-apa”
Tetapi bagi saya, jika kita berpasangan sebelum bernikah, macam-macam perkara tidak diingini boleh berlaku. Risiko ke lembah zina amatlah tinggi.
Cuba anda lihat, kes-kes kejadian buang bayi semakin berleluasa di kala ini. Semuanya jelas berpunca dari kejadian zina. Punca zina pula, akibat daripada pergaulan bebas yakni berpasangan sebelum nikah.

Surah Al-Zalzalah – Ayat 7 & 8:
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya”
“Barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya juga”

Kesimpulannya: ‘Susuk Digital’ juga benar-benar berbahaya, sungguh pun ia tidak menyebabkan kesyirikan. Kerana ianya membuat lelaki lebih mudah tertarik untuk melihatnya. Seterusnya ia juga boleh menyebabkan berlakunya zina, iaitu zina mata.

Sungguh pun begitu, ia tidak sepenuhnya berpunca dari ‘Susuk Digital’. Ia juga boleh berpunca oleh keaslian kecantikan seseorang wanita itu. Oleh itu, para wanita yang mempunyai paras rupa menawan, jangan terlalu mudah memaparkan foto-foto mereka di laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Kerana ianya juga boleh mengundang sesuatu perkara yang tidak ingini.

Friday, December 3, 2010

Satu kebetulan?

Adakah ini satu kebetulan?
selepas kejadian semalam (sila baca entri sebelum ini), 
hari ini terfikir setelah teringat kata-kata seseorang suatu masa dulu (entah zaman batu bila dulu...) mengenai kereta ini lah. 

Orang tu kata, kita jangan cakap apa-apa yang tak baik/elok pada kereta kita semasa kita sedang pakai kereta tu...nanti kereta tu "merajuk"..

hurmmm..?? kereta merajuk???? 

contohnya macam kes inilah...bukan lah saya cakap perkara tak elok pada kereta ni, cuma saya pernah bercakap kepada anak bongsu saya, yang saya sedang berfikir-fikir nak cat baru kereta ni dan nak jual dan tukar kereta baru.  (Al-maklum lah "baju" yang dipakainya dah lusuh..nak bagi baju baru lah...)

Anak bongsu saya ni pulak pergi lah canang sana-sini pada abang2 dan kakak2 dia yang ummi nak tukar kereta baru... semasa di rumah, dalam kereta semasa nak gi kedai, nak gi airport hantar abi...diulang-ulangnya cerita tu...

tak lama lepas tu... jadilah kejadian semalam tu...pastu saya terfikirlah cerita orang tu berkenaan kereta "merajuk" ...

tapiiiiiiii...

semua ni kan dah suratan takdir... nak jadi-jadi lah...

bukan pasal "merajuk" pulak kan...

 kalau kita percaya ni, macam percaya cerita tahyul aje...

heeee...na'uzubillahi minzalik...

tak mahulah termasuk mensyirikkan Allah pula...

Gambar Belangkas