Showing posts with label melancong ke filipina. Show all posts
Showing posts with label melancong ke filipina. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

3 wartawan dibunuh dalam masa 9 hari


Manila: Tiga wartawan mati ditembak dalam tempoh beberapa hari, lapor kumpulan akhbar semalam yang turut memberi amaran kemungkinan lebih ramai berdepan bahaya jika kerajaan tidak bertindak segera.

Negara dengan 100 juta penduduk itu sudah lama dikenali sebagai tempat paling berbahaya untuk wartawan dan golongan berpengaruh dilihat boleh membunuh pengkritik mereka kerana jarang sekali dikenakan hukuman.

Wakil kanan Asia Tenggara bagi Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) Shawn Crispin berkata: “Kami mendesak Presiden Benigno Aquino menjadikan penyelesaian kes ini sebagai satu keutamaan.

“Selagi Aquino tidak menunjukkan kerajaannya serius menangani isu ini, lebih banyak pembunuhan akan berlaku.”

Polis dan CPJ berkata, wartawan terbaru yang mati dibunuh ialah pengulas radio Cosme Maestrado, 46, yang ditembak mati di khalayak ramai di sebuah pasar di Ozamiz, 27 Ogos lalu.

Sebelum itu, pada 19 Ogos lalu wartawan radio Teodoro Escanilla, 57, juga ditembak mati di rumahnya di perkampungan nelayan di wilayah Sorsogon.

Sehari sebelum itu, wartawan akhbar yang juga ketua pertubuhan akhbar di Tagum, Gregory Ybanez, 67, ditembak mati di depan rumahnya di bandar itu.

Ini bermakna 29 wartawan mati dibunuh sejak Aquino memerintah pada 2010, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan Filipina (NUJP).

Daripada 168 kes pembunuhan wartawan sejak 1986, hanya 13 suspek disabitkan dan dihukum, kata pengarah NUJP Sonny Fernandez. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 10:40 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74678#sthash.hFCeKFmR.dpuf


travel to philipines , like or not

Gambar Belangkas