Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

AWIE DI SIHIR ISTERI?


Pelbagai barangan syirik dan khurafat seperti botol berisi cecair, patung kemaluan lelaki bersalut emas, patung sami diperbuat logam berserta tangkal ditemui penyanyi rock Awie di rumahnya yang disyaki milik isterinya, Rozana Misbun.


Peguam syarie Awie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa penemuan tersebut merupakan antara lapan sebab Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, memfailkan permohonan hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lalu.

Menurut Zaidi, Awie mempercayai isterinya mengamalkan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul ekoran barangan terbabit ditemui disorok di bawah tilam, dalam almari pakaian, tertanam dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barangan perhiasan di rumah mereka.

“Barangan itu ditemui selepas Awie berubat dengan seorang ustaz setelah mengalami sakit misteri pada 1 Jun 2014 sebelum ustaz itu memberitahu Awie terkena sihir disyaki dilakukan oleh orang yang sangat hampir dengannya,” kata Mohd. Zaidi.

Mohd. Zaidi berkata demikian semasa memberi hujahan lisan ketika kes permohonan ubah perintah sebelah pihak (ex-parte) bagi hak penjagaan anak pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain yang dimohon Rozana, 37.

Friday, June 20, 2014

Tanggungjawab ayah, suami

Ayah bertanggungjawab terhadap ank2nya.   Ank2 wajib patuh dan menjaga diri supaya tidak mengheret bapa serta sedara lelakinya yg lain masuk neraka kerana dosa yg dilakukan. Apabila ank perempuan berkahwin, maka lepaslah tanggungan ayahnya. Suami nya pula mengambil alih tanggungjawab tersebut.

Isteri wajib patuh kpd suami lebih dr ibu bapa kandungnya selagi ia tdk diarah melanggar syarak. Sedangkan suami bkn sj bertanggjngjawab memberi nafkah kpd isteri ttpi turut bertanggungjawab ke atas kedua org tuanya. Sdgkan isteri perlu lebih utamakan keluarga mentua.....melainkan dgn izin suaminya utk menjaga ibu bapanya.

Berat tanggungjawab sbg seorg lelaki baik sbg suami ataupun ayah. Sebg seorg anak perlu diingat, jika melakukan dosa...maka bkn dia sj akan disoal ttpi yg bertanggungjawab ke atasnya juga akan turut disoal. Sbb UAI kata, kalu syg ayah atau suami, sdh tentu kita x kan buat dosa yg membolehkan mereka turut terlibat sama. Bkn stkt bg kek wish hepi besday sj sbg tanda syg. 

Wallahua'lam.......




Sent from Samsung Mobile

Gambar Belangkas