Baru-baru ni ikut suami outstation di Paka, Terengganu. Kami menetap di The Qamar Resort. Hotel ni sebenarnya dulu dikenali sebagai Residence Paka, sekarang dah tukar nama di bawah pengurusan baru iaitu RHR Management.
Ni pandangan dari arah laut
Dari pengamatan saya, dah banyak improvement sekarang ni. Dah takde dah bau hapak karpet, lorong-lorong gelap dan bilik old design. Masuk-masuk kat receptionist tu dah nampak ada gaya sket, lift pon dah renovated nampak cantik dan lorong nak ke bilik juga dah banyak lampu sorasa terang dan selamat. Dinding juga dah di cat semula.
Kami ambil bilik deluxe suite sebab bawa anak-anak, kena ada ruang besar. Biliknya agak memuaskan. Bilik air adalah improvement yang paling ketara sebab nampak bersih dan selesa. Walaupun hotel ni bertaraf 3 bintang sahaja, namun kemudahan yang ada agak memuaskan hati. Maaf, takde gambo bilik nak share sebab tak sempat nak amik gambo, anak-anak dah tunggang-langgangkan bilik tu. Huhu..
Disebabkan percutian ni sekadar ikut abah sesaja abiskan masa, so kami banyak spent masa kat luar bilik jer... layan anak2 main pasir dan swimming pool.
Memerhatikan anak-anak main adalah terapi stress yang amat mujarab. Tengok dorang main sama-sama dah rasa tenang satu badan. Walaupon kekadang memeningkan kepala, tapi bila kita bertenang, kita akan dapat ketenangan itu bersama anak-anak.
Disebabkan percutian ni sekadar ikut abah sesaja abiskan masa, so kami banyak spent masa kat luar bilik jer... layan anak2 main pasir dan swimming pool.
Kakak gigih buat castle..
Abang punya castle siap ada decoration lagik..
Dorang amik air laut untuk lembutkan pasir agar castle tu terbentuk cantik dan tak luruh. Kaka tolong kutip kulit kerang. Hmm... xde la cantik sangat, tapi bole laa... huhu..
Melihatkan abang dan kakak leka cari kulit-kulit kerang, adikpon tidak melepaskan peluang!
Habis dirobohnya castle kakak dan abang. Memang mengamuklah abang dan kakak nampaknya!!
Memerhatikan anak-anak main adalah terapi stress yang amat mujarab. Tengok dorang main sama-sama dah rasa tenang satu badan. Walaupon kekadang memeningkan kepala, tapi bila kita bertenang, kita akan dapat ketenangan itu bersama anak-anak.
Swimming pool orang dewasa agak besar dan dalam. So anak-anak den main kat pool kanak-kanak jer la. Mamanya tak reti berenang... huhu..
Selama 4 hari di sini, ini sajalah aktiviti kami. Walaupon sama, rasa tak boring. Kalu keje, sure dah boring giler ulang mende yang sama.. hahaha....