Showing posts with label ular. Show all posts
Showing posts with label ular. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

JUMPA ANAK ULAR TEDUNG BERKEPALA DUA


Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.


Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkepala dua berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama kerana masih tidak makan atau minum sejak dilahirkan.

Katanya, demi keselamatan ular itu, dia menyerahkannya kepada zoo di Nanning yang diharapkan dapat menjaga haiwan itu dengan baik.

Pegawai zoo, Li Keqi berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ular itu akan hidup lebih lama walaupun keadaannya stabil ketika ini.

Penemuan anak ular berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini, tetapi kebanyakannya mati tidak lama selepas dilahirkan.

Friday, April 15, 2011

Ular pun dah pandai duk kat apartment

dalam palang bah tengah atas gril tu la anak2 ular tinggal

Sebenar nya takut terserempak ngan anak ular kt umah siang tadi dan hari2 sebelum ni tak ilang lagi , klu nak tau deena jumpa cik 'u'  menjak ngandung kan arwah yasmin lagi. Masa tu tengah duk bersila dgn selamba nya kt lantai tetiba rasa ada benda menjalar, aper lagi mengelupur la deena lompat bila tau  cik 'u' rupa nya . kira ok lagi dimaafkan.. pastu makin menjadi-jadi lak. Kalau tak silap sebelum arwah meninggal ari tu, deena jumpa cik 'u' tengah menjalar kt tepi sofa, dah la kita tengah berpantang, sedih lagi tingat arwah kt hospital , sampai deena terlentang la jatuh punya la terkejut sangat. 

Tengahari tadi anak ular ni masuk lagi, nauzubillah..! terjerit-jerit la deena panggil abang. kitorang tak bunuh pun sbb org tua-tua kata tak baik bunuh, pas buang jauh2 lega la konon.. tak lama pastu ada lagi cik 'u' ni kat ruang tamu menjalar naik ke katil arwah.. aduhhhh tak tau nak kata apa lagi, deena siap berdiri atas kerusi menggigil. dah la kita sorang waktu tu, pas abang dan kawan ( abg karim ) goncang katil dan sembur dgn Aerosol baru kuar cik 'u' tadi dr dalam tiang katil. masa tu takda maaf lagi dah dorang terus bunuh. nak kata lega blom lagi rasa nya coz kitorang terpikir mungkin ada sarang atau tempat dia duk bertangga kat mana-mana. 


ada bran pegang ular ni ?

Sedang abang, abg karim dan sorang lagi kawan duk mundar mandir kt balkoni, deena nampak lagi sekor kt atas pintu sliding door.. !!! nak senyum pun ada bila tengok gelagat encik-encik yang macho ni mengelabah sampai ada yg dah panjat pagar.. sabor jer la kan.. yang paling bran abg karim la, dia siap amik dan tenyeh dgn tangan jer.. so baru la tau dari mana keluar nya anak2 ular tadi ni, rupa nya cik 'u' n the gang ni duk kt dalam sliding door bahagian atas tuh ada ruang seperti lubang kecil penuh dengan sarung2 anak ular baru pas salin kulit gamak nya.

Tak terpikir langsung apartment yang deena duk ni tingkat 2, cik 'u' bleh panjat dan siap duk bertangga kt situ,  Rasa-rasa nya umah orang lain pun ada gak kot cuma dorang tak perasan jer. buat sementara ni abang dah spray aerosol dan sumbat lubang-lubang tempat anak2 ular tadi keluar masuk dan tabur daun limau purut. cuak gak rasa hati ibu menate ni mesti ada tapi tak tau kat mana, samada tengah malam ia buat lawatan :)  atau sebalik nya.. 

p/s: memang nak kena pindah gak pasni...

Gambar Belangkas