Showing posts with label Travelling. Show all posts
Showing posts with label Travelling. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Legoland Malaysia



Assalammualaikum...ada kata umah kami takde internet kan... Laaaa ni, berkuatkuasa semalam, kami laki bini decide nak try P1 Wimax ForHome, yang boleh sharing up to 4 devices, sekarang ada promotion tok bulan pertama-kelima kami kena bayar RM114.54. Bulan yang keenam dan ke atas just bayar RM104.94. Ada kontrak 2 tahun, Tapi kalo tak silap bulan pertama tu ada tambahan cikit la... 

Okkaip, abeh pasal Pi Wimax tuh, so sebelum pape, nak bagitau la yang kesah kami p Legoland ni adalah kisah basi hujung tahun lepas (2014) punya cita. Disebabkan dah basi, maka Mrs. Yan takmo banyak menaip sebab nak up entry lain skali kalo boleh :) Jadinya Mrs. Yan akan letak gambo tok jadi korang punya halwa mata... Tapi seriously berbaloi pi sana sebab bagi kami laki bini ni, kami kagum la dengan apa yang derang dah buat, maksudnya, derang amik masa untuk buat satu-satu model yang ada dekat Legoland tuh... Ktorang rasa relax giler kot p sne... 

Legoland terletak di Nusajaya, Johor. Kalo korang nak tau detail pasal parking, ticket masuk, korang boleh klik http://www.legoland.com.my/. Semua detail ada kat website tuh. Mrs Yan nak cite lebih pun benda da tak berapa ingat. Aiseyyy, sori la korang ea... Tapi macam kami, hari tuh, kami beli tiket kat kaunter, sebab boleh pakai Maybank Debit Card. Satu Maybank Debit Card tu boleh beli maksimum 4 keping tiket. Harga guna Debit Card lagi murah dari kita tunjukkan IC. Kami dapat tiket dewasa RM113.00/pax untuk water & dry park... Berbaloi-baloi :) Tapi rasenyer promotion tuh da abehhh... Opssss, korang still boleh guna MyKad tok diskaun. Makesure p pagi ea... sebab al kesah tersebutlah kesahnye, korang kena beratoq panjang tok beli tiket. Gambaq tiket lak Mrs. Yan cari-cari tapi tak jumpa, so kalo nak tengok ghupe tiket tuh, korang kena p Legoland dulu ekk... (tetibe kan, macam tak boleh tengok kat blog lain... Hahaha)

Ok, jom tengok gambo... Nak cerita sangat pun da tak berapa nak ingat :p



Lego sana, lego sini :)

Hat Project X nieh, Mr. Aid sorang je naik, iolsss jadi Safety Officer dari bawah je :p


Boat Acedemy


Restaurant pun banyak kat sini, tapi rege tuh standard Lego la jugak gamaknye :)

Heksited nak tunggu naik train. Penat jalan kita naik train pulak

View sepanjang dalam train

View sepanjang dalam train

Driving School pun ada. Tapi tok budak kecik jela... Bapak ngan mak budak duduk kat luar je


Rescue Academy - Kenderaan ni boleh bergerak, pastu kita kena pancut air kat api sampai kuar gambar orang, pastu patah balik.

Hat ni best... Lenjun weyhhh






Menara Taming Sari pun ada kat sini, Boleh la tengok view Legoland dari atas. Ujan lebat lak time nieh.


Ha... yang nieh menara Lego... Korang buat la tinggi mana pun, nanti da siap, korang boleh test kestabilan dia... Kat bawah tu ada vibrator. Nanti korang boleh try.

Lepas buat keta, korang boleh test kat sini
















Penutup untuk hari tuhhh...

Kagum tak tengok model bangunan dengan Star Wars yang derang buat. Siap ada model yang boleh bergerak lagi. No wonder la harga tiket dia buat kita tersedak. Sangat-sangat detail. Kedai souvenir memang banyak and of course Lego banyak giler jual kat sini. Sediakan duit jela ekkk...

Overall memang best p sini. Tapi kalo panas memang berbahang la. Time ktorang p tu siang bukan men panas berdenting, Bila petang hujan lebat pulak. Nak berteduh pun susah. Make sure korang beli disposable raincoat siap-siap kat luar. Tapi kalo teringin nak beli raincoat yang ada tulis Legoland pun boleh, takde masalah... Duit sendiri kan... Hahahaha... Tok yang ada anak kecik tu, walaupun da boleh berjalan, korang bawaklah stroller sebab kawasan dia memang besar nak mampuih... Ermmm, apa lagi nak pesan ekkkk... Air kosong boleh bawak. Kalo asik nak beli yang kat dalam tu je, larap la jugak kan... Lepas tuh, Kalo korang beli combo ticket, make sure korang p waterpark dulu sebab kalo petang tetibe hujan,takut derang tutup, tsk bagi korang main. Bila pikir-pikir balik, masa kat Legoland tu kitorang buat macam umah sendiri je sebabnye, pakai tracksuit ngan jersi je. Orang lain bukan men sebelum masuk, pakai molek-molek, lepas tu tukar. Tapi kami TIDAK... Hahahaha... otak ni nak main jerrr... Hahaha...

Pisttt : Sori ekkk takde gambo masa kat water park sebab henpon semua dah simpan. Tapi siyes, water park dia kecik je. Tak best kalo datang p water park j. Kena amik combo gak... 

Bye...

-Thanks for reading-

Wednesday, September 24, 2014

Lost World Tambun, Ipoh Perak

24 September 2014

Assalammualaikum...

Entry terakhir sepanjang perjalanan Mrs. Yan ke Lost World Tambun nieh. Hahahaha... Ini lah kemuncaknye deknon... Dah takde dah. Makanan kat sini pun Mrs. Yan taktau apa yang sedap sangat. Lepas balik dari Lost World ktorang g makan satay ngan popia, tapi macam tak excited pun masa makan. Kot la sebab da penat kan... Esoknye sebelum balik PJ, ktorang singgah p makan kat Nasi Kandar Vanggey tuh pun Mrs. Yan macam tak selera nak makan... Ikut la tekak orang macam mana... Ada yang kata sedap, bagi Mrs. Yan bese jer. Hahahaha... Dan disebabkan semua makanan yang menerjah masuk ke mulut ni semua macam tak kena selera jer, so Mrs. Yan malas nak update pasal makanan sepanjang Mrs. Yan kat sana... Opppsss... Ada 1 makanan yang best. Makan roti cicah kat dalam sup kambing. RM10.00 kat dalam Lost World tuh.. Hahahaha... Ok STOP!!! Kita start cita pasal Lost World Tambun :)

Lepas check in kat Golden Roof Hotel, ktorang terus ke Lost World yang jarak dia lebih kurang 15 minit perjalanan dari hotel.

 Depan pintu masuk Lost World of Tambun

 Kaunter tiket. Dewasa = RM50, Kanak-kanak = RM43, bawah 90cm free

 Locker RM10. Jakun jap nak guna locker dia. Pastu bukan semua yang boleh guna lak tuh. Nanti kita pilih locker no berapa yang kita nak, masukkan 6 nombor pin. Kalo locker yang kita pilih tuh kosong, nanti pintu locker automatik terbukak. Kalo tak, korang try la masukkan no locker lain lak ea :)






 Puas mandi boleh bawak anak tengok haiwan lak. Dia ada zoo kat sini.

 Ni lah roti cicah sup kambing yang sedap tuh :)


 Ni part yang Mrs. Yan tunggu sebenarnye. Masuk dalam air panas.


 Bila pelepasan dugong secara tak terkawal, ni lah jadinyer... Penjaga dugong tengah syok kena sembur air ngan pak singa.




Tu jela yang best kat sana. Takde la ape sangat pun. Walaupun Sunway yang buat tempat ni, dia takde lah se gah Sunway Lagoon. Ikut la berapa ringgit je kita bayar nak masuk sini kan. Tapi kalo nak merasa pergi, boleh je. 

Sebab seronok nak main air, so takde la amik gamba sangat ea. Tapi korang kalo nak g, tak payah la try yang konon-konon air yang ada ombak tuh. Ingatkan ombak dia kuat, rupenyerrr ciss... Hahahaha... Pastu ada gelongsor. Kitorang pun excited la tergedik-gedik la nak main gelongsor tuh. Skali kena sound tak boleh pakai seluar yang ade zip. Derang takut zip tu boleh tercucuk kat pelampung kot. Bahaya la nanti. So korang kalo nak g sana pakai seluar yang takde zip okkaip... 

Ok, kalo korang nak g sini, Mrs. Yan tulis kat bawah ni waktu operasi dia kayh:

Lost World 

- Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat = 11 pagi - 6 petang

- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum = 10 pagi - 6 petang

- Lost World Hot Spring & Spa = 6 petang - 11 malam

- Crystal Spa = 3 petang - 11 malam

- Selasa tutup kecuali masa cuti sekolah & cuti umum

Alamat :
Sunway Lost World of Tambun
No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, 
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 - 542 8888

-Thanks for reading-

Gambar Belangkas