Showing posts with label petua mudah mengandung hamil. Show all posts
Showing posts with label petua mudah mengandung hamil. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

5 Cara & Tips Mudah Untuk Hamil | Petua Mudah Hamil

Assalamua'laikum.
5 Cara & Tips Mudah Untuk Hamil | Petua Mudah Hamil. Mengandung atau hamil adalah antara istilah biasa yang akan didengari malah diimpikan oleh seluruh para isteri dan suami. Sebaik sahaja menjadi pasangan suami isteri yang sah, pastinya memiliki anak-anak yang comel lagi sihat menjadi impian setiap pasangan. Anak menjadi lambang cinta sepasang suami isteri. Tanpa anak, sebuah rumahtangga dirasakan tidak lengkap dan tidak berseri. Namun kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Ada pasangan yang sudah hampir setahun (ada yang bertahun) mendirikan rumahtangga, tapi masih lagi belum dikurniakan anak. Pelbagai petua dan cara serta tips mudah hamil akan dicari oleh pasangan yang inginkan anak. Saya kongsikan beberapa petua dan cara untuk cepat hamil. Moga-moga ada kebaikan untuk anda.
Dapatkan Panduan Rahsia Mudah Hamil -  Tips Kesuburan untuk Wanita
1. Cara Agar Mudah Hamil - Tentukan Masa Subur Isteri
  1. Mengikut kajian, jima' secara rawak hanya mencapai 24% untuk si isteri hamil. Jadi, amat penting untuk tahu dan faham masa yang benar-benar subur seorang isteri.
  2. Bila waktu subur supaya isteri mudah hamil? Bagi isteri yang kitaran haidnya normal (28 hari), waktu suburnya ialah antara hari ke 10 dan ke 15 dari hari pertama isteri didatangi haid.
  3. Bagaimana kalau kitaran haid isteri tak teratur? Kaedah paling mudah untuk tahu waktu subur ialah dengan menggunakan alat ujian air kencing. Alat ni boleh ukur kadar kenaikan tiba-tiba hormon LH dalam jangka masa 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi (hormon ni terlibat dalam proses pengeluaran telur). Kalau ujian ni positif, hubungan kelamin hendaklah dilakukan pada malamnya untuk meningkatkan kadar kehamilan. Alat OPK (Ovulation Predictor Kits) ni boleh dibeli difarmasi dengan harga lebih kurang RM20. Sila baca dengan teliti arahan yang disertakan. Boleh baca penerangan beliau di Cara Guna Alat OPK
Bacaan untuk suami --> Petua Isteri Mudah Hamil khas untuk Para Suami
    2. Tangani Tekanan (Stress) Dengan Baik Agar Cepat Hamil
    1. Apakah tekanan mampu menyebabkan kita gagal hamil? Jawapannya ialah ya. Tekanan yang tidak mampu ditanggung oleh minda akan mengganggu hormon yang terlibat dalam proses ovulasi. Tiada ovulasi bermakna tiada ovum. Tiada ovum/telur bemaksud peluang untuk hamil adalah amat rendah.
    2. Tekanan yang secara tiba-tiba biasanya akan menyebabkan gangguan pada kitaran haid seterusnya memberi kesan terhadap proses ovulasi.
    3. Tahap tekanan juga berbeza bagi setiap wanita. Makan setiap tekanan harus ditangani secara baik dan tenang supaya impian untuk mudah hamil dan memiliki anak akan dipermudahkan Allah.
    4. Download Panduan Rahsia Mudah Hamil -  Tips Kesuburan untuk Wanita
    3. Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat Sebagai Petua Asas Untuk Hamil
    1. Gaya hidup yang sihat adalah asas segalanya. Tidak merokok, rajin bersenam dan sentiasa tenang menghadapi ujian bakal menyediakan badan dan hormon seorang isteri mudah hamil.
    2. Faktor pemakanan juga haruslah diambil berat. Jangan sewenang-wenangnya mengambil sebarang ubat mudah hamil tanpa sebarang nasihat doktor pakar. Penting untuk dapatkan nasihat dan pandangan seorang dokor yang bertauliah dalam bidang ini. Ada kes yang mengalami mandul kekal akibat tersalah makan ubat. Awas yer rakan-rakan!
    4. Ada petua, panduan, tips atau cara lain untuk mudah hamil/mengandung?
    1. Jika anda berminat, boleh beli satu e-book (dalam bentuk pdf) Panduan Senang Hamil. Ianya ditulis oleh Puan Fatina Aziz. Beliau juga pernah alami saat-saat sukar untuk hamil dan beliau berkongsi pengalaman beliau di dalam ebook di bawah nanti.
     5. Jangan malu untuk bertanya dan bertemu pakar perubatan untuk urusan kehamilan.

    Akhir kata, jangan lupa untuk sentiasa berdoa pada Allah, kerana kita hanya mampu berusaha. Allah jua yang memberi rezekinya untuk kita. InshaaAllah, orang yang berusaha akan mendapat ganjarannya. Selamat berusaha untuk hamil, mudah-mudahan usaha anda untuk menimang cahayamata dipermudahkan Allah jua. 

    KLIK SINI --> Download Panduan Senang Hamil Sekarang!

    Anda juga boleh melayari blog Dr Zubaidi. Beliau sungguh aktif dalam membantu dan menjawab sebarang permasalah berkaitan kesukaran untuk hamil. InshaaAllah, banyak sekali panduan dan ilmu yang beliau kongsikan di blog beliau. Layari di sini --> Blog Dr. Zubaidi   

    Selamat berusaha dan usaha dan usaha. Jangan lupa berdoa. Moga dikurnia cahayamata. Ameen.

    Gambar Belangkas