Showing posts with label Pemimpin. Show all posts
Showing posts with label Pemimpin. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Ciri-ciri kepimpinan Islam - 1

Seorang pemimpin sangat besar peranan dan kedudukannya dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya individu yang diamanahkan sebagai pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan yang ditunjangai pula dengan keikhlasan dengan semata-mata mencari mardhatillah.

Tarbiah diri, mensyuarat, doa, tawakkal dan muhasabah perlulah dijadikan agenda penting dalam melaksanakan amanah kepimpinan ini. Semoga amanah kepimpinan yang dipegang dapat menjadi amal soleh yang akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.

Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri.

Firman Allah :Maksudnya :

 “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. (al Baqarah : 30) Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam.

 Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.

 
Rasulullah pernah menegaskan : “ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith) 

Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah. 

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.

Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi.

 Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firmannya :

Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran : 19)


sumber:

Gambar Belangkas