Showing posts with label Mistik. Show all posts
Showing posts with label Mistik. Show all posts

Sunday, August 2, 2015

LELAKI DI TEMUI MATI SELEPAS `MENUNAIKAN HAJAT` DI BAHU JALAN


Seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan misteri ketika membuang air kecil di tepi jalan sebelum berlari ke hutan Semanju, Lubok Antu, di sini, Khamis lalu ditemui mati di dalam hutan itu, semalam.


Mayat Bong Sze Hiun, 47, dari Kampung Temudok, Sri Aman ditemui dalam keadaan terbaring tanpa sebarang kesan kecederaan oleh pasukan penyelamat bersama penduduk kampung jam 11 pagi.

Dalam kejadian jam 2.30 petang Khamis lalu, Bong menaiki lori bersama dua rakan dan dalam perjalanan pulang ke Sri Aman dari Lubok Antu.

Sumber berkata, lori berkenaan kemudian berhenti di tepi jalan sebelum Bong turun untuk membuang air kecil.

Selepas membuang air kecil, Bong yang turun dari lori berseorangan tiba-tiba berkelakuan pelik dengan berjalan kira-kira 150 meter ke jalan utama dan terus meniarap hingga hampir dilanggar kenderaan yang melalui kawasan itu.

Friday, July 31, 2015

JIWA KENTAL SI PEMBURU BELANGKAS DAN ALAM GHAIB


Pontian: Selain cabaran cuaca yang boleh berubah pada bila-bila masa serta selut yang dalam, penangkap belangkas di pesisir pantai di daerah ini juga perlu mempunyai keberanian dan kekentalan mental apabila berdepan dengan kejadian mistik ketika melakukan aktiviti itu di tengah malam atau awal pagi.


Itu yang dilalui Hashim Abd Manaf, 58, yang menjadikan aktiviti menangkap belangkas di pesisiran Pantai Rambah, di sini sebagai punca pendapatan utama sejak empat tahun lalu.

Menurut Hashim, kebiasaannya dia turun ke pantai yang terletak lima kilometer dari rumahnya di Kampung Haji Ashari, Telok Kerang, di sini untuk menangkap belangkas bermula tengah malam hingga awal pagi.

Menempuhi cuaca sejuk dan mengharungi selut yang dalam adalah perkara biasa dan boleh dihadapi kebanyakan penangkap belangkas, namun tidak ramai yang mampu berdepan perkara ghaib atau mistik yang menyeramkan.

Kadang-kadang kita sangka orang yang menyapa ketika dalam keadaan gelap itu rakan, tetapi sebenarnya ternyata tidak ada sesiapa berdekatan kita ketika itu.

Tuesday, November 8, 2011

Duit-duit Kerbau Bajak Yang Menghairankan.

 A1
 A2
 B1
 
B2 
 Cuba perhatikan gambar kerbau bajak A1, sama tak dengan kerbau dalam duit ni.


 Cuba perhatikan bahagian tepi kiri A1, sama tak dengan gambar bahagian tengah duit ni.


 Cuba tengok gambar belakang A2 dan B2 sama tak dengan gambar bahagian belakang duit ni.



 Yang ni memang ada dijual, tetapi tak tahu dari mana cetakannya.

INILAH ANTARA DUIT YANG MENJADI BURUAN SESETENGAH ORANG.




Monday, November 7, 2011

Betulkah Syiling 10 sen 1972 wujud?

 Gambar syiling 10 sen 1972.

Dakwaan kononya Syiling 10sen 1972 ini akan mengeluarkan warna seperti darah apabila diperahkan limau ke atasnya.

Aku tak ada pengalaman dan tak mahu komen tentang perkara ini. Terpulang kepada pembaca sekelian untuk membuat penilaian berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepercayaan sendiri.

Gambar Belangkas