Awok baru je balik dari aktiviti memancing laut dalam di perairan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak...
pada yang tak tau.....
Pulau Sembilan dan Pulau Jarak ni terletak di ateh lagi dari Pulau Pangkor...
tapi memandangkan jarak pulau2 ni yang jauh...
dan takde penempatan di kawasan sini.....
jarang orang akan kesini...
kecuali yang kaki menyelam..
dan kaki memancing....
Aktiviti awok kali ni disertai oleh para media seperti Joran-Berita Harian, Majalah Umpan, Majalah Libur, Majalah Santai, MyTourismTv.com dan Majalah Gaya Travel selaku media rasmi program ni....
serta agensi2 pelancongan yang dijemput khas untuk merasai pengalaman memancing di laut dalam.......
perjalanan kami bermula pada haghi Senayan (Isnin) 22/04/2013...
dan rombongan akan menaiki bot dari Jeti LKIM Kg Acheh, Sitiawan......
3 buah bot menanti rombongan kami di Jeti LKIM Kg Acheh ...
dibawha ni salah satu bot nya.... bot Seagull....
dalam perjalanan nanti rombongan akan berhenti makan tengahari di Jeti Sg Nipah, Pulau Pangkor.....
dan menu nye memang best le...
maklum le lauk segar.....
ni kat Jeti Sg Nipah le ni... makan mabeles... maklumle.... tepi laut... lauk pun freshhhh
Suasana dalam bot....
Tepat Jam 4.00 petang rombongan tiba di perairan Pulau Sembilan / Pulau Jarak...
di unjam ni memule nya rombongan memancing secara appolo....
memang mewah le dengan ikan Selar Kuning, tongkoi (sesetengah manggei ikan kayu) dan ikan kembung nya.....
Tapi bila memandangkan ramai yang nak ikan beso....
tekong dan awak2 tuko rancangan....
dan teknik pemancingan secara 'bottom' digunakan...
dan kompem le ikan yang naik beso2 semuanya...
Jenahak, Kerapu, Ikan Tanda, Gerot, Merah Celoreng, Merah Tanda, Barracuda pun ada......
Suasana senja di tengah laut...
Waktu malamnye pulak......sambil2 memancing ikan beso....
ada yang casting sotong pulak.... ini sambil2 jugak ni....
sotong tu kalaupun tak dimasak....
dibuat umpan ikan Jenahak.....
Besoknya Selasa 23/04/2013 ... dengan hasil tangkapan ikan beso...
ikan yang kecik penuh le tong ais tu......
ini tong ais yang paling beso tu, bukan yang kecik...
Diantara media, agensi pelancongan dan urusetia yang terlibat sepanjang program ni dilangsungkan....
Seperti biasa, jika ada yang berminat nak memancing laut dalam di perairan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak...
awok sertakan nama orang yang boleh dihubungi jika kome berminat:-
Mizi : 012-450 3283
P/S: Awok udah tak sabo nak turun laut lagi.......