Showing posts with label petua hamil. Show all posts
Showing posts with label petua hamil. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Petua Mudah Hamil Tips Senang Hamil Anak Pertama

Petua Mudah Hamil. Tips Senang Hamil Anak Pertama. Hamil/mengandung/pregnancy adalah antara anugerah tak ternilai dalam kehidupan seorang wanita. Malah, tempoh kehamilan yang dilalui bersama pasangan adalah antara kenangan terindah dalam sebuah rumahtangga.

petua mudah hamil tips senang hamil anak pertama
Nak mudah hamil? Sedikit tips senang hamil untuk anda.

Apa petua untuk mudah hamil?

Antara perkara terpenting yang perlu difahami dalam soal kehamilan atau mengandung ni ialah soal rezeki yang telah Allah tetapkan dalam kehidupan kita. Ini penting. Lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim yang beriman kepada Qada' dan Qadar Allah, hamil dan melahirkan anak adalah termasuk di dalam perkara yang perlu kita yakin kepada ketentuan Allah.

Kita lihat sekeliling, ada pasangan yang tidak bersedia untuk menimang cahayamata akan tetapi Allah itu lebih Maha Mengetahui. Allah kurniakan kepada pasangan ini cahayamata.

Ada pasangan yang sudah bertahun-tahun berusaha untuk hamil dan menimang cahayamata, akan tetapi Allah masih belum lagi mengurniakan seorang bayi kepada pasangan ini. Jangan mudah mengalah yer wahai sahabat-sahabatku sekalian.

Percayalah bahawa pasti perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan.

Maka, petua untuk mudah hamil haruslah bermula dengan keyakinan bahawa segala usaha yang kita lakukan adalah tertakluk sepenuhnya kepada perancangan Allah jua. Berusahalah dan terus berusaha. Jangan mudah putus asa untuk hamil. Teruskan berusaha mencari jalan untuk hamil.

Tambahkan ilmu, tambahkan doa dan kuatkan usaha untuk terus mengharap rahmat Allah. Sesungguhnya, rahmat Allah sangatlah besar bagi mereka yang benar-benar mengharap dan berdoa kepadaNYA.

Tips Pengiraan Kesuburan Isteri untuk Mudah Hamil?

Mengikut kajian, hubungan kelamin suami isteri secara rawak hanya menyumbang 24% kepada peratusan kadar isteri hamil. Maka, penting untuk belajar dan tahu 'timing' tepat untuk melakukan hubungan suami isteri.

Jika ingat tahu lebih lanjut tentang cara kiraan ini, saya ada berkongsi lagi petua mudah hamil di artikel berikut. Klik untuk teruskan bacaan dan usaha anda untuk dikurnikaan seorang cahayamata yang sihat!

Perlukan Panduan & Petua Lebih Lengkap untuk Mudah Hamil?

Saya boleh cadangkan satu ebook yang bagus untuk anda buat sebagai ulangkaji dan melihat kembali sebarang masalah yang mungkin anda terlepas pandang selama ini. Contohnya;
  1. 4 faktor ketidaksuburan isteri
  2. Panduan untuk suami lebih subur
  3. Cara nak tahu hari subur isteri
  4. dan banyak lagi tips petua penting untuk mudah hamil
Ini antara perkara yang bakal anda perolehi dalam ebook ini. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, terus klik pautan/banner di bawah. Semoga panduan ini mampu membantu anda. InsyaAllah.

Klik sini --> Dapatkan Panduan Lengkap Tips Mudah Hamil

Monday, November 5, 2012

Tips & Petua Saat Ibu Hamil

Tips & Petua Saat Ibu Hamil 

Assalamua'laikum dan Salam 1 Malaysia. Saat mengetahui keputusan ujian kehamilan adalah antara saat yang begitu mendebarkan dan mengujakan bagi setiap pasangan terutamanya pasangan yang baru menimang cahaya mata. Keputusan positif hamil pastinya memberikan satu berita gembira yang teramat besar ertinya buat seorang isteri yang bakal bergelar ibu dalam jangka masa 9 bulan 10 hari dan juga kepada seorang suami yang bakal menjadi seorang bapa kelak. Persediaan rapi selalunya bakal dipersiapkan untuk isteri yang hamil. Pelbagai tips dan petua ibu hamil pastinya menjadi santapan seharian seorang isteri.

Tips & Petua Ibu Hamil Kekal Sihat
Tips dan petua untuk ibu hamil yang ingin dikongsikan kali ini ialah 5 senaman waktu hamil tanpa berpeluh yang berlebihan. Kita sedia maklum, seorang isteri yang hamil amat perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan demi menjaga kesihatan kandungan. Lebih-lebih lagi di awal kandungan dan jika si isteri pernah mengalami dugaan keguguran waktu kehamilan lalu. Ayuh kita ikuti senaman mudah untuk ibu hamil;
  1. Senaman Ibu Hamil - Berjalan perlahan-lahan. Aktiviti berjalan mampu membantu memperbaiki aliran darah dan mengurangkan risiko urat timbul (varicose vein).
  2. Senaman Ibu Hamil - Yoga. Senaman ini bagus untuk melatih kita bernafas dengan teknik yang betul. Ianya amat penting terutamanya bila saat kelahiran tiba.
  3. Senaman Ibu Hamil - Berenang. Aktiviti berenang juga amat baik untuk seorang ibu hamil. Pastikan saat ibu hamil berenang ditemani oleh suami ataupun saudara terdekat.
  4. Senaman Ibu Hamil - Pilates. Sangat berfaedah untuk bahagian perut dan pelvik yang semakin longgar ketika hamil.
  5. Senaman Ibu Hamil - Menari. Bergerak secara perlahan mengikut rentak lagu kegemaran anda pastinya memberi dan mengekalkan ibu hamil dalam keadaan tenang. Ia juga mampu meregangkan otot-otot tubuh seorang ibu hamil.
Itu sahaja tips dan petua ibu hamil agar kekal sihat dan ceria. Keceriaan seorang ibu hamil amatlah penting dalam melahirkan emosi dan persekitaran yang terbaik untuk anak dalam kandungan. Buat para suami, layanlah isteri yang hamil bak seorang permaisuri. Isteri/ibu yang hamil mengorbankan seluruh jiwa dan raganya demi melahirkan zuriat anda berdua! Ibu hamil sememangnya layak untuk menerima layanan seorang permaisuri!

Gambar Belangkas