Showing posts with label blog tips petua kesihatan rambut cantik. Show all posts
Showing posts with label blog tips petua kesihatan rambut cantik. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

4 Petua Kecantikan Rambut Sihat & Lebat Cara Tradisional

Assalamua'laikum & selamat bertemu kembali dalam petua kesihatan. Kali ini, 4 petua kecantikan rambut akan dikongsi bersama anda. Rambut ibarat mahkota bagi wanita dan mungkin lambang keegoan seorang lelaki. Rambut yang sihat, tiada kelemumur, tidak kering dan berminyak, tidak bercabang merupakan ciri rambut yang diingini oleh setiap dari kita. Pelbagai produk kecantikan rambut yang ada dipasaran sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah sampingan selain harganya yang agak mahal malah mungkin juga diragui status bahan kimia dan kehalalannya.

Untuk itu, saya kongsikan 4 petua mengatasi masalah rambut gugur, petua menjadikan rambut lembut lagi harum, petua elak rambut berminyak dan petua mengatasi masalah rambut kering. Ayuh sama-sama kita membaca, semoga ada manfaat dan kebaikan bersama.


Petua Kecantikan Tradisional Rambut #1-Atasi Masalah Rambut Gugur

  • Bahan-bahannya ialah beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya.
  • Cara penyediaan: Ramas atau mesin bahan-bahan tadi.
  • Cara guna: Lumur kisaran daun bunga raya dan daun lidah buaya tadi atas kepala selama 1 jam dan bilas bersih.
  • Ulang langkah ini beberapa kali selama seminggu, inshaaAllah ada hasilnya. 
  • Kebaikan bunga raya ialah melembutkan rambut manakala kebaikan lidah buaya menyejukkan dan menyamankan kulit kepala. Sekaligus mampu mengelakkan masalah rambut gugur dan menjadi perapi rambut. 

 Petua Tradisional Untuk Rambut #2-Rambut Harum dan Lembut 

  • Bahan-bahannya ialah campuran air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya (bunga tahi ayam wangi tak?) 
  • Cara penyediaan: Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas.
  • Cara guna: Basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InshaaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur. 

 Petua Tradisional Kecantikan Rambut #3-Atasi Masalah Rambut Berminyak

  • Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut berminyak ialah syampu dan kuning telur.
  • Cara penyediaannya sangatlah mudah iaitu campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam.
  • Cara guna juga amat mudah dan senang iaitu cucilah rambut anda seperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. Jika tidak, pasti ada binatang liar yang akan mengerumuni rambut anda!
  • InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.

Petua Semulajadi Rambut Cantik #4-Atasi Masalah Rambut Kering 

  • Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut kering ialah minyak sayuran dan tuala bersih.
  • Cara penyediaan ialah panaskan minyak sayuran.
  • Cara penggunaannya pula ialah dengan melumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih.
  • InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik.
Selamat mencuba 4 petua untuk mendapatkan rambut yang cantik, lebat, harum dan sihat. Semuanya mudah disediakan dan mudah digunakan. Apa yang penting, ianya 100% halal dan suci serta hasil air tangan anda sendiri. Tiada bahan kimia terlarang kerana ianya 100% sumber alamsemulajadi.

Memiliki rambut yang cantik sihat menawan bukan lagi impian! Selamat mencuba dan selamat berjaya! 

"Sharing is Caring". Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, apa kata dikongsi bersama saudara dan rakan taulan dengan mengklik butang sosial di bawah. Terima kasih.

Gambar Belangkas