Showing posts with label Sempadan Malaysia- Thailand. Show all posts
Showing posts with label Sempadan Malaysia- Thailand. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Batu Sempadan Malaysia - Thailand


Siapa kata batu tak boleh dijadikan tarikan pelancongan?
batu pun boleh jadi tanda kepada kekuasaan sesebuah negara itu...
contoh termudah..... hahaha...
awok masih nak merujuk kepada lawatan awok ke Pengkalan Hulu baru2 ni....
harap kome jangan muntah la ye...... banyak entri Pengkalan Hulu yang keluo....

Selagi batu sempadan ni tak diubah...
Insyallah kat situ le letaknya sampei bila2.....


Batu Sempadan kat gambo diatas entri awok ni...
sebenonye merupakan batu sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu
disebelah Malaysia.....


dan di kawasan Betong di sebelah Thailand....

dan sebelum sampai ke kawasan Batu Sempadan Malaysia-Thailand ni...
kita perlu melalui pemeriksaan kastam, Imigresen dan Polis......
pada yang ber kad pengenalan 08... bolehlah buat border pass...
pada yang idak jangan lupa bawak passport kome...
ehhh.... itu cerita kalo nak menyeberang ke Betong la......
hehehee... maklumla ada yang kaki urut kan?? kan???....

oh ye... ada satu kompleks Zon Bebas Cukai dan kawasan 'bazar' untuk kome yang kaki shopping


Disini kome boleh beli bermacam2 buah....
dan bermacam baju dengan harga murah....

Kenangan program!






Sekadar  Selingan

Awok sedih sebenonye....
ye... batu sempadan ni merupakan garisan yang membezakan sesebuah kawasan itu dibawah naungan sesebuah negara....
apa yang awok sayu kan ...sebab pembahagian itulah yang membuatkan orang Melayu terpisah....
kalo kome tengok balik Sejarah.....
Betong, Pattani, Narathiwat dan beberapa lagi daerah di Thailand yang ramai orang Melayu....
kebanyakkan nya merupakan kerajaan Melayu....

idak..idak..awok bukannya rasis....
cuma sekadar mengimbas sejarah......

Monday, April 14, 2014

Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail

Sebagaimana yang awok janjikan .....
awok akan kembali bersiaran pada hari Selasa ni...

Alhamdulillah...
awok baru sahaja menjelajah daerah kecil Pengkalan Hulu yang terletak di Daerah Hulu Perak......
program Fam Trip - Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail ini  dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Pejabat Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Pengkalan Hulu......
bermula dari 12 - 14 April yang lalu...
disertai oleh pihak media, blogger dan agensi pelancongan...
bertujuan untuk menyelongkar keindahan dan kawasan berpontesi untuk pelancongan di Pengkalan Hulu yang berada jauh dipenghujung negeri Perak.....

Sebelum tahun 1909 ....
Pengkalan Hulu adalah sebuah daerah dibawah jajahan Kerajaan Reman dari Siam....
hanya pada tahun 1909 barulah Pengkalan Hulu ataupun nama lamanya Kroh diserahkan kepada Kerajaan Negeri Perak pada masa itu....

Untuk makluman kome juga ...
Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh sehingga tahun 1984...
dan dituko oleh Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II)..
kenapa Pengkalan Hulu dikenali sebagi Kroh sebelum 1984 akan awok ceritakan dalam entri awok akan datang......

dibawah awok sertakan dahulu gambo2 untuk tatapan kome...
sebelum entri sebenonya keluar nanti..
errr...awok tak habis pening lagi ni....


Pengkalan Hulu
Singgah makan tengahari di Restoran Tasek Raban, Lenggong pada 12 April 2014...

Pengkalan Hulu
Melawat Lombong Bijih Timah terbesar di Malaysia...

Pengkalan Hulu
Pesta Songkhran di Kg Tasek, Pengkalan Hulu...

Pengkalan Hulu
Batu Sempadan Malaysia - Thailand...
yang berada di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dibahagian Malaysia...
dan di kawasan Betong dibahagian Thailand...

Pengkalan Hulu
Pintu Gerbang masuk ke Thailand...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang dan Gua Itik...
Awesome!!!!

Pengkalan Hulu
Antara Blogger dan Media serta Agensi Pelancongan yang terlibat...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang!!

Pengkalan Hulu
Bergambar di Pintu Keluar di Gua Gendang!

Pengkalan Hulu
Nasi Buluh Kalatia

Gambar Belangkas