Showing posts with label Mumia. Show all posts
Showing posts with label Mumia. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

SALAI MAYAT DI PUNCAK GUNUNG


Gua gelap terletak ribuan kaki di sisi Gunung Timbac di lokasi terpencil di Filipina menjadi tempat persemadian akhir Ibaloi. Bagi upacara pengebumian mereka, orang Ibaloi menyalai mayat selama beberapa bulan untuk menjadikannya mumia yang digelar 'mumia api' sebelum diletakkan di dalam gua berkenaan.


Amalan pengebumian puak itu dilakukan sehingga penjajahan Sepanyol, 400 tahun lalu malah ada antara mumia disimpan di situ sejak lebih 1,000 tahun lalu tanpa diusik atau dirosak­kan sehingga kurun ke-19.

Sayangnya, walaupun hanya beberapa gua dibuka kepada orang ramai, kebanyakannya menjadi sasaran penjarah dan vandalisme sejak beberapa tahun kebelaka­ngan ini.

Dipercayai hanya beberapa orang tua Ibaloi mengetahui lokasi khusus 80 gua yang dianggap suci itu, malah pelbagai ritual kuno masih dilakukan di lokasi berkenaan sehingga hari ini.

Edgar Alan Zeta-Yep, 31, sanggup mendaki Gunung Timbac untuk merakamkan gambar mumia api berkenaan, dua dekad selepas melihat salah satu mumia berkenaan dipamerkan di muzium di Bangoiu.

"Mumia ini sungguh mempesonakan. Perasaan bercampur-baur ketika merangkak di dalam gua untuk mengambil gambarnya, tidak dinafikan terasa juga seram dan ngeri.

"Selepas membaca mantera, pemandu Ibaloi kami mengangkat kain yang menutup mumia itu. Semuanya terbaring dalam keadaan meringkuk di dalam keranda kayu, malah ada yang tangannya dilihat menutup muka seolah-olah silau dengan lampu suluh kami.

"Mumia ini diawet dengan baik sehingga kami dapat melihat tatu yang masih melekat pada tangan serta kaki," katanya.




Sunday, December 21, 2014

TANAH PERKUBURAN SEJUTA MUMIA DI TEMUI DI MESIR!!


Satu tanah perkuburan mengandungi lebih sejuta mumia ditemui di tengah Mesir, menurut arkeologi.Setakat ini saintis sudah mengeluarkan lebih 1,700 mumia yang dalam keadaan baik kerana dilindungi cuaca gurun yang panas dan kering di wilayah Faiyun, kira-kira 96 kilometer ke selatan Kaherah.


Bagaimanapun, pakar percaya mungkin ada sehingga sejuta lagi mumia seumpama itu tertanam dalam batu kapur yang sedalam 22.9 meter.

Mumia itu dipercayai ditanam di situ 1,500 tahun lalu antara kurun pertama dan ketujuh Masihi ketika Mesir dijajah Empayar Rom serta Byzantine.

Bagaimanapun mumia berkenaan dipercayai orang awam kerana ditanam di dalam kubur besar-besaran tanpa barangan peribadi atau keranda, berbeza dengan golongan bangsawan atau orang penting yang disemadikan di dalam piramid atau makam.

Satu lagi perbezaan, organ dalaman mumia ini juga tidak dibuang.

Mumia ditemui itu mengelirukan pakar kerana pekan yang mungkin pernah terletak di situ terlalu kecil manakala bandar terdekat, Philadelphia-yang dinamakan sempena Raja Ptolemy II-mempunyai tanah kuburnya sendiri.

Ada juga antara mumia berkenaan yang pelik, termasuk satu dipercayai lelaki setinggi lebih 2.13 meter, malah ada juga yang dikebumi di lokasi tertentu berdasarkan warna rambut mereka.

Pengarah projek, Profesor Kerry Muhlestein dari Universiti Brigham Young berkata, satu lagi ciri pelik mumia berkenaan ialah gigi mereka hampir semua elok.

Mumia seorang budak dipercayai perempuan berusia 18 bulan juga ditemui masih memakai gelang pada lengannya.

"Mumia ini dibalut elok dan mereka cuba melakukan proses mumia lengkap kerana organ seperti otak dan lidahnya diawet elok. Nyata dia amat disayangi keluarganya," kata Muhlestein.

Sunday, September 14, 2014

PENGGALI KUBUR BER-SELFIE DENGAN MAYAT DI GANTUNG KERJA

Sepanyol: Seorang "penggali kubur" sempat ber-selfie bersama mumia seorang lelaki yang mati 23 tahun lalu digantung kerja, semalam.

Dalam sekeping gambar, Celestino Reyna dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula. Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu.

Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura.

Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.

Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.


Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.

“Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya,” katanya.

Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan.

Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu.

“Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati,” katanya.
Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen.

CELESTINO (kanan) bersama anak saudara si mati ber’selfie’ dengan mayat.

Thursday, November 22, 2012

Mumia Kanank-kanak Yang Di Gelar 'Sleeping Beauty'


Rosalia Lombardo merupakan seorang gadis Sicily yang meninggal dunia ketika berusia dua tahun akibat radang paru-paru pada tahun 1920.




Walaupun telah lama meninggal dunia, namun jasadnya masih utuh seperti baru semalam dikebumikan. Rosalia turut dikenali sebagai 'Sleeping Beauty'. Mayatnya sentiasa tidur di dalam keranda kaca di Capuchin Catacombs of Palermo, Itali.

Ada yang menganggap

Gambar Belangkas