Showing posts with label SYURGA. Show all posts
Showing posts with label SYURGA. Show all posts

Monday, April 6, 2015

MUKA ANEH PERANGAI PUN ANEH!


Sepasang suami isteri Tito dan Amanda Watts ditahan kelmarin kerana menjual ‘tiket emas ke syurga’ kepada beratus-ratus orang.Pasangan berkenaan yang menjual tiket itu dengan harga AS$99.99 (RM362) setiap satu memberitahu pembeli tiket berkenaan dibuat daripada emas padu dan setiap tiket itu melayakkan pembelinya satu tempat di dalam syurga.


Mereka hanya perlu menunjukkan tiket itu untuk memasukinya.Seorang jurucakap polis Jacksonville, Florida berkata: “Semua orang boleh menjual tiket ke syurga. Tetapi apa yang dilakukan pasangan Watts itu ialah mereka memutar belit produk yang mereka jual.Tiket itu hanya kayu yang disembur dengan warna emas lengkap dengan kata-kata ‘Tiket ke Syurga - Untuk Seorang.’

Anda tidak boleh menjual sesuatu dengan berkata ia emas sedangkan ia sebenarnya bukan emas.”Dalam kenyataannya kepada polis, Tito berkata: Saya tidak peduli apa yang polis cakap. Tiket itu emas padu. Saya tidak menyembur cat padanya. Jesus yang memberinya kepada saya di belakang restoran KFC dan memberitahu saya boleh menjualnya supaya saya boleh pergi ke angkasa lepas.

Saya bertemu seorang makhluk asing bernama Stevie yang berkata jika saya sudah mempunyai wang secukupnya, dia akan membawa saya dan isteri terbang ke planetnya dan menghisap dadah.“Kami boleh hisap seberapa banyak dadah yang kami mahu dan ia percuma.

Kami tidak bersalah jangan cuba masukkan kami dalam penjara kerana kamu akan terima padahnya nanti. Saya bersedia untuk perangkap Jesus jika kamu mahu kami lakukannya.”Isterinya, Amanda pula memberitahu polis: “Kami hanya mahu meninggalkan bumi ini, pergi ke angkasa lepas dan hisap dadah. 

Saya tak mahu apa-apa lagi. Tito jual tiket itu. Saya hanya memerhatikannya.Polis merampas wang tunai berjumlah lebih AS$10,000 (RM36,200), tiga paip ganja dan seekor anak buaya daripada pasangan itu.

Monday, November 17, 2014

WAHAI "SI BURUNG KAYANGAN" ..



Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.

Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.

Kepercayaan masyarakat nusantara
Merurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, makan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan kecantikan burung kayangan ini.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Ia juga berupaya untuk menghalang pemilik dari dikenakan hantaran santau.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.



Gambar Belangkas