Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Keputusan peperiksaan SPM 2012

Syukur Syukur Syukur Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan rezeki ini kepada kami sekeluarga dan anak ku Wafa' khususnya.

Sebenarnya saya tidaklah menaruh harapan yang tinggi buat anak ku, Wafa' untuk mencapai keputusan yang cemerlang ..tetapi sememang rezeki Allah itu sangat luas, bukan sahaja terdiri dari wang ringgit malahan seperti ini juga, keputusan peperiksaan SPM 2012.

Seperti entri yang lepas, saya tulis sewaktu hendak ke sekolah Wafa'... sebenarnya dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa berdebar-debarnya hati ...tapi kena tunjuk cool saja kepada anak ... nampak dia relaks sahaja semasa nak pergi sekolah ...tapi dalam hati siapa yang tahu kan... mesti tuan punya badan lagilah berdebar2...
Persiapan pentas di SEPINTAR untuk majlis penyerahan keputusan SPM 2012
 Sampai sekolah dalam pukul 10:30pg...sudah nampak beberapa buah kereta ibu bapa sudah sampai, tapi tak banyak .. terus ke dewan sekolah ... menunggu hingga ke jam 11pg, tiada nampak tanda2 gurubesar nak datang umumkan ... kemudian baru dimaklumkan bahawa keputusan akan diumumkan pada jam 12 tghr...
Jadinya saya dan Wafa keluar dewan dahulu dan pergi ke kereta mengambil bekal makanan yang kami bawa...kerana perut sudah berkeroncong minta diisi ... ambil makanan dan duduk di wakaf di tepi padang sambil makan ...Alhamdulillah ...
Pengetua baru bersama penolong pengetua

Tepat jam 12 tghr kami masuk semula ke dalam dewan dan menanti kedatangan gurubesar sekolah yang baru... (hujung tahun lepas pengetua lama sudah pencen)
Pengetua mengumumkan result keseluruhan sekolah ...menurun! tapi Alhamdulillah seramai 40 orang pelajar mendapat straight A's ... tahun lepas seramai 62 orang pelajar...
Hati sudah  berdebar-debar ... adakah anakku termasuk dalam senarai 40 orang itu!

Penolong pengetua mula mengumunkan seorang demi seorang nama mereka yg mendapat straight A's...naik ke atas pentas menerima sijil dan hadiah mereka ...
Bermula dengan pelajar aliran Sains Agama ...diikuti dengan pelajar Aliran Sains Tulen ..dan akhirnya ..........................inilah yg dinantikan kerana anakku Wafa' aliran Teknikal - ...sudah 37 orang nama di panggil ..ini bermakna hanya tinggal 3 orang lagi dari aliran teknikal...
nama pertama : pelajar lelaki
nama kedua : pelajar lelaki
(aku sudah pasrah ...mungkin Wafa tiada rezeki nak dapat straight A's)
apabila penolong pengetua menyebut :
"dannnnn pelajar terakhir dari aliran teknikal adalah ...."
(aku sudah macam antara dengar atau tidak..)
WAFA' BINTI MOHD HASLAN!!
Wafa' Binti Mohd Haslan

Ya Allah...Betulkah apa yang aku dengar ini???

Tahniah anak ku!!
Wafa' diraikan oleh rakan sekelas

The ONLY GIRL dari aliran teknikal mendapat straight A's ..
Bergambar beramai-ramai

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Saturday, March 16, 2013

SPM 2013

Kesibukan kerja, hari demi hari berlalu tanpa kusedari ...tiba-tiba saat daku membaca fb dan blog anakku, baru ku tersedar bahawa keputusan peperiksaan SPM 2013 anak ke-5 ku akan diumumkan pada minggu hadapan ! Tidak confirm lagi bila tarikh sebenarnya, samada 20hb Mac atau 21 hb Mac 2013?
Ya Allah....3 bulan berlalu begitu sekejap kurasakan ...
Allahu Akbar ..Allahu Akbar ... .. 

Semoga Allah memberikan keputusan yang cemerlang buat anak ku Wafa'...Ameen

Sunday, November 4, 2012

SPM 2012

InsyaAllah beberapa minit lagi anak ke-5 saya, Wafa' akan mula memasuki medan perjuangan yang sebenardi alam persekolahan, iaitu menghadapi Peperiksaan Besar SPM ...baru sebentar tadi beliau menalipon saya dan suami, memohon restu dan do'a, Semoga diPermudahkan dan semoga beliau diberi ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dalam menjawab soalan peperiksaan..
InsyaAllah Wafa''..ummi, abi dan adik beradik akan sentiasa mendoakan kejayaan Wafa'...
Apa yang penting ..selama ini Wafa sudah berhempas-pulas berusaha ..kini tiba masanya semuanya hanya kita serahkan kepada Allah dan bertawakkal kepadaNYA .. mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh ...semoga sepanjang peperiksaan berlangsung Wafa diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dan di Berkati segala ilmu yang Wafa sudah pelajari selama ini...
InsyaAllah ...

Saturday, September 22, 2012

SPM 2012 - lagi 42 hari

Pagi ini sewaktu sedang berkemas-kemas barang-barang yang hendak dibawa ke sekolah Wafa' di Rawang, teringat hendak check berapa hari lagi peperiksaan SPM 2012 akan berlangsung. Wafa' anak saya ke-5 akan menduduki peperiksaan SPM 2012.

Terus tanya Mr. Google.. tiba-tiba berdebar rasa hati ...(macamlah saya pulak nak menduduki peperiksaan SPM kan...hehehe) 
Lagi 42 hari! 

ok...Insyaallah saya akan update semula entri ini...nak pergi melawat Wafa' di sekolahnya...

Tuesday, March 20, 2012

SPM 2011

Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH buat anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM 2011 yang lalu...hari ini adalah hari yang sangat bermakna bagi mereka kerana keputusan SPM 2011 bakal diumumkan tidak lama lagi..hanya beberapa jam sahaja lagi...
Mesti berdebar-debarkan ....berdoalah dan tawakkal lalh kepada Allah..Anda semua sudah buat yang terbaik...hari ini adalah untuk melihat hasilnya...
Tahniah juga kepada semua ibu bapa yang ada anak-anak yang akan mengambil keputusan SPM nanti...

Sunday, November 13, 2011

SPM 2011

Esok Isnin 14hb November 2011 akan bermulah peperiksaan besar dalam sistem akademik sekolah menengah iaitu SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau lebih dikenali dengan SPM sahaja.
Tahun ini saya tiada anak yang akan menduduki peperiksaan ini, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Salamat Maju Jaya kepada semua calon-calon SPM dan mendoakan agar mereka, terutamanya anak2 saudara-mara, sahabat-handai dan rakan bloggers yang mungkin juga ada yang terdiri dari kalangan pelajar Tingkatan Lima ...nasihat auntie, bacalah doa penerang hati, mohonlah kepada Allah kerana sekarang tiada masa lagi bagi anda untuk membuat persiapan, sekarang hanyalah masa untuk anda membuktikan segala persiapan yang telah dilakukan selama ini...
SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN MENJAWAB SOALAN DAN MELAPANGKAN DADA DAN FIKIRAN DARI PERASAAN KUSUT, DAN DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN FIKIRAN YANG TERBUKA DAN LAPANG.SEMOGA ALLAH JUGA MELANCARKAN SEGALANYA.
AMEEN.

Thursday, December 16, 2010

SPM 2010 selesai ! Yahoooo.......

Siapa antara rakan-rakan blogger ni pelajar Tingkatan 5? atau yang ada anak Tingkatan 5? Angkat keyboard cepat!!!

Petang tadi anak ke-3 saya sudah selamat sampai di rumah dari asrama selepas selesai menduduki peperiksaan SPM...
Penuh bonet kereta dengan barang-barang yang di bawa balik.... mana tidaknya... kiranya 7 tahun anak saya bersekolah di situ. Mungkin anda hairan? 7 tahun? 
Anak ke-3 saya masuk Tahfiz 2 tahun + 5 tahun sekolah menengah (akademik) maka jadilah 7 tahun... memang dia kira senior 2 tahun dari rakan2 yang lain... 
 tetapi ALhamdulillah dia juga sudah Al-Hafiz...

Mulai saat ini, bercuti lah dia selama beberapa bulan...
perlu perancangan rapi... hendak buat apa semasa cuti ni? 
Takkan nak duduk makan baring tidur main aje kan...

Mungkin dia nak cari kerja sementara .... seperti anak2 saya yang lain , mereka pernah bekerja sebagai cashier di stesyen minyak Petronas berhampiran rumah saya. Ada yang pernah kerja di restoran ...boleh lah juga buat tambah duit poket mereka sendiri...
di samping simpan duit nak bayar yuran belajar memandu...

bukannya murah nak belajar lesen memandu ni... Rata-rata saya dah survey di sekitar kawasan saya ni yurannya di antara RM700 - RM 900!!
Huh! Mahal tu....itu untuk seorang sahaja...
bayangkan sudah 4 orang anak saya ada lesen memandu! (anda kan semua pandai matematik..darab lah sendiri...)
saya ingat dulu saya belajar dan ambil lesen memandu di USA hanya perlu bayar tak sampai pun USD20 (tukar matawang Malaysia pun tak sampai RM100!)
 tapi bila cakap dengan anak-anak...

mesti dia orang kata,

"Ummi...itu duluuuuuu....... "

Apa-apa pun...saya sangat gembira sekarang, bersyukur ke Hadrat Allah SWT..
kerana rumah saya dari subuh hingga larut malam sentiasa riuh...!!!

Monday, November 29, 2010

SPM 2010

Post ini akan kekal di atas sehingga peperiksaan SPM tamat. Sila skrol ke bawah untuk entri post yang baru.
 
Dua hari lagi peperiksaan yang penting dalam hidup seorang pelajar sekolah menengah di Malaysia akan bermula, Sijil Pelajaran Malaysia, atau lebih dikenali dengan SPM.
Anak ke-3 saya, Ammar Al-Hafiz, juga akan memulakan perjuangan beliau hari Selasa ini. Begitu juga dengan beberapa ribu orang pelajar tingkatan 5 yang lain di Malaysia.
Ummi dan abi serta adik-beradik Ammar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

SELAMAT MAJU JAYA, SEMOGA ALLAH SWT KURNIAKAN KETENANGAN FIKIRAN DAN KELANCARAN DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN BAIK DAN CEMERLANG, SEMOGA ALLAH SWT HILANGKAN PERASAAN GUGUP SEMASA HENDAK MENJAWAB SOALAN, SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
INSYAALLAH. AMIN. 

P/S: JANGAN LUPA SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT, BANGUN LAH SEPERTIGA MALAM UNTUK  BERSOLAT TAHAJJUD DAN SOLAT HAJAT SETIAP MALAM. MOHON LAH KE HADRAT ALLAH SWT, ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH  MAHA BESAR.

Gambar Belangkas