Showing posts with label David Teo. Show all posts
Showing posts with label David Teo. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

David Teoh ke Villa Nabilla???


Siapa tak kenal dengan beliau.Pelopor filem tempatan yang bernama David Teoh.Filem terbarunya iaitu Highland Tower masih hangat diperkatakan.Kita dapat lihat dari segi kepuasan penonton di panggung boleh dikatakan 50-50 kerana kualiti filem bergenre dokumentari seram itu masih jauh ketinggalan dari cara rakaman, segi editingnya dan special efeknya.Begitu juga ayat yang di gunakan oleh pihak produksi beliau iaitu RAKAMAN SEBENAR atau orang puteh kata THE REAL FOOTAGE.Ada sebilangan pengkritik filem mengatakan kita tidak harus menggunakan kaedah ayat sebegitu rupa untuk mengubah atau `manipulate` pemikiran penonton dan itu akan dianggap sebagai satu penipuan kepada orang ramai tentang ketulinan rakaman terbabit dan kesannya terhadap orang ramai.Bukankah cerita Penunggu Istana sebelum ini juga telah dikritik hebat kerana menggunakan kaedah sebegitu.Bagi kami sebagai pengkaji paranormal di Malaysia, kami amat menyokong filem tempatan lebih-lebih lagi filem bergenre seperti ini.Kami tahu bukan mudah melakukannya seperti mulut yang pandai berbicara.Tapi sebagai Pengarah atau Produser yang mempunyai alat yang cukup untuk membuat filem, biarlah filem itu betul-betul berkualiti dan menepati citarasa orang Malaysia.Para pengarah dan pelakon harus lebih mengkaji dan mendalami apa itu dokumentari dan apa itu paranormal.Jangan main tangkap muat jer.Nanti orang `pening` nak tengok.Kini beliau cuba pula ingin membuktikan filem bergenre seram di lokasi terkenal di Johor Bahru iaitu banglo `puaka` Villa Nabila.Dengan harapan..moga sukses menerbitkan filem terbabit.

Tabik Springg sama David Teoh..hahaha

Gambar Belangkas