Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Sunday, May 3, 2015
Status Ahli Familiar MyVi Club Yang Menghina Pemandu Pajero
Status Ahli Familiar MyVi Club Yang Bikin Panas Orang Ramai | Seorang ahli daripada Familiar MyVi Club telah mengeluarkan komen yang sangat pedas kepada mangsa kemalangan maut di lebuhraya Duke malam semalam.
Status yang dikeluarkan itu sememangnya mengundang kontroversi kepada seluruh rakyat Malaysia secara umumnya yang mengecam.
Sunday, January 23, 2011
Pantang Maut Sebelum Ajal
Pantang Maut Sebelum Ajal
Penah dengar pepatah ini? Mungkin pernah mungkin tidak pernah...
Peristiwa ini berlaku semasa saya dan keluarga pergi melawat kakak saya yang sakit di hospital KPJ Seremban. Bukan...bukan mengenai cerita kakak saya yang sakit, tetapi peristiwa yang berlaku semasa dalam perjalanan ke sana...
Sejurus selepas kami exit tol Seremban, selepas trafik light yang pertama ...van kami pun bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bandar Seremban...kereta memang banyak kerana kami baru sahaja melepasi trafik light..kami berada di lane sebelah kiri. Waktu itu saya perasan ada seorang penunggang motorsikal di sebelah kanan van kami , kiranya dia berada di antara van kami dan kereta sebelah kanan.
Kami memang bergerak perlahan, oleh itu kereta di sebelah kanan dan penunggang motorsikal tersebut bergerak lebih laju dari kami, memotong kami dan sudah berada lebih ke hadapan dari kami. Tiba-tiba sahaja saya pun tak tahu bagaimana ia berlaku, mungkin motorsikal tersebut terlanggar cermin sisi kereta tersebut, lalu motorsikal tersebut hilang kawalan dan terus terpelanting ke sebelah kiri (bermakna jatuh ke laluan kami di sebelah kiri).
Saya terus terjerit menyuruh suami brek dengan cepat. Apalagi suami saya pun terus menekan brek dan van kami berhenti betul-betul hanya 1 inci SAHAJA di hadapan motorsikal yang jatuh menghempap penunggangnya !!!!
Ya Allah!!!! Syukur sekali.... Saya tak dapat bayang bagaimana jika suami tidak sempat brek dan melanggar penunggang tersebut yang sudah tersepit di bawah motor tersebut!!!! Dan kami dapati penunggang tersebut adalah seorang remaja PEREMPUAN!!! Ya Allahhhh...Syukur Alhamdulillah!!!!
....
Alhamdulillah penunggang tersebut selamat....boleh bangun dan terus duduk di sebelah kiri bahu jalan...
Ini lah yang ditakdirkan, bahawa penunggang ini terselamat ...
Pantang maut Sebelum Ajal.
Friday, January 14, 2011
Semakin pulih
Alhamdulillah, hari ke hari ingatan Zubair semakin pulih. Jika mula-mula dahulu, jika saya tanya siapa nama kawan-kawan dia...Zubair akan jawab, " Tak ingat lah ummi ...Zubair tak tahu"
Oleh itu saya pun menalipon emak kawan-kawan Zubair, agar membenarkan anak-anak mereka datang berjumpa Zubair jika mereka tiada kelas atau tidak sibuk...kemungkinan apabila Zubair melihat rakan2, ingatan beliau akan sedikit demi sedikit pulih kembali.
Maka petang tadi, 9 orang kawan-kawan Zubair pun datang, selepas sekolah...apabila ummi menjemput mereka masuk, Zubair pun turun, lalu saya bertanya kepada Zubair, "Zubair, ni semua kawan Zubair datang nak jumpa dan main dengan Zubair, ingat tak nama kawan-kawan Zubair ni?"
Zubair pun melihat seorang demi seorang rakan-rakan dia, lalu berkata,
"Ingat...ni Wazini, ni Aiman, ni Afiq, ni Wafi, .....(dan lain2 ...hehehe..ummi pun tak ingat semua nama tu)"
SYUKUR , ALHAMDULILLAH...hampir menitis air mata ku ....
semoga ingatan Zubair kembali pulih seperti biasa...
Tuesday, January 11, 2011
Menziarahi Orang Sakit Sunat Mu'akkad
Ketika sedang mencari maklumat, saya terjumpa satu kenyataan yang berikut:
"Menziarahi orang sakit hukumnya adalah Sunat Mu'akkad !
Dan ianya merupakan amalan yang disukai Allah Subhanahu Wataala dan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.
Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua bloggers, FBians atau bukan bloggers sekali pun, terimakasih di atas keprihatinan anda semua...samada telefon, sms, msg etc...
walaupun antara kita tidak pernah bertemu muka dan ada yang dipisahkan jauh beribu batu, tetapi masih tidak lupa menalipon saya bertanya tentang keadaan anak saya, Zubair yang kemalangan tempohari. Namun begitu sedih juga, ada saudara yang berada dekat namun sehingga kini tidak menelefon atau sudi bertandang menziarah...wallahu'alam...mungkin terlampau sibuk agaknya...
Thursday, January 6, 2011
Tidak Ingat Langsung!
Petang tadi anak saya, Zubair dah balik rumah. Sebenarnya doktor nak tahan sampai esok..sebab esok nak buka jahitan di kaki nya tu, tapi sejak pagi dia asyik nangis aje (mengikut kata Abang Ammar yang jaga Zubair sejak pagi) nangis nak balik rumah...boring katanya duduk di hospital...pusing-pusing wad nampak nurse dan doktor aje... bila bawa dia tengok kat tingkap wad (wad tingkat 7) ..terus nangis lagi kata " nak turun sana, nak turun sana" sambil tunjuk ke bawah....
dia nak balik rumah nak main dengan kawan-kawan...
bila tanya dia memang tak ingat langsung tentang kemalangan tersebut...
dia cuma ingat, dia naik basikal...lepas tu putih aja..kepas tu oren, lepas tu oren...
dia jawab bila abang Zaid tanya...
tadi sampai aje rumah, terus dia nak naik tingkat atas, cakap nak main komputer. Selepas dah penat main komputer, dia turun semula, lepas tu dia keluar ke depan rumah... bila tanya dia cakap, nak pergi rumah kawan dia nak main bola... dia tak ingat bahawa dia tu sakit baru balik hospital...
Ya Allah, aku berdoa agar Engkau sembuhkanlah anak ku sehingga kembali normal seperti sediakala...Amin
Wednesday, January 5, 2011
Syukur ALhamdulilah!
Perkembangn terkini anak saya, Zubair. Alhamdulillah dia sudah sedar dan sudah boleh bercakap. Namun begitu perlu selalu bercakap dan berbual-bual dengan dia agar ingatannya kembali pulih seperti sediakala.
Yang paling saya syukur sangat-sangat dia kenal saya sebagai umminya apabila ditanya..syukur Alhamdulillah.
Ini tatkala dia masih belum sedar sepenuhnya.
Ini pula ialah luka dan jahitan dikepala Zubair.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jazakumullahu khairan kathira, semoga Allah membalas kebaikan anda semua, yang tidak putus-putus tolong mendoakan agar anak saya kembali sembuh dan pulih seperti sediakala. Banyak panggilan dan sms (ada antaranya tidak dapat saya balas kerana waktu itu sedang menguruskan hal anak saya) yang saya terima. Begitu juga emel, komen dsbnya... tidak lupa kunjungan dan lawatan oleh jiran-jiran, kawan2 semua yang prihatin...sangat-sangat saya hargai.
Yang paling saya hargai, kakak saya yang saya panggil kak Long, dan anak-anak beliau yang sanggup datang dari Nilai, walaupun beliau penat baru balik kerja, tapi sanggup menunggu bersama-sama saya memberi sokongan moral di ER di Hospital Sg Buloh sehingga pukul 1 pagi. Begitu juga Abang Ngah dan kakak ipar sekeluarga yang datang dari Johor Bahru, membawa emak saya (nenek Zubair) datang melawat di hospital.
SilverSarina, atau sekarang sudah ada blog baru dan dikenali sebagai WanMommy, blogger pertama yang saya contact semasa di ER DEMC menunggu result CT Scan, memohon beliau maklumkan kepada rakan bloggers/FBians yang mengenali saya agar mendoakan kesihatan anak saya. Jazakillahu khaitan kathira Rina, sentiasa prihatin dan mengambil tahu perkembangan terkini anak saya, utk di update kepada rakan2 yang lain..
Yang paling saya terkejut dan tidak sangka, mendapat panggilan dari Simah, seorang blogger yang bermastautin di Turkey. Walaupun kami tidak pernah bertemu muka dan beliau sudah lama tidak update blog, tetapi kami masih berhubung di ruangan FB.
Begitu juga sms dari Kak Elle, dari Singapura, dan msg dari Neeza, nun jauh di Saudi. Babazahra' yang bekerja di Libya (tapi skrg sedang bercuti di tanahair), zlaa dan D dari UK,
Walaupun masing-masing dah tak aktif berlogging, tetapi masih berhubung di FB. Abang Long yang bersusah payah bersama anak-anak tahfiz bersolat hajat, ummi365, Kak Nong, Mulan , Kak Zakie, yang sentiasa tinggal komen di blog, bloggers dan juga rakan sekerja, Sevendrops, waterlily dan Dr Naimah, dan ramai lagi bloggers lain yang tidak sempat saya nak sebut satu-persatu nama-nama anda....(jangan kecil hati ya...you're always in my heart!)
Sesungguhnya ukhuwwah antara kita, bloggers dan FBians, walau di mana anda berada di muka bumi ini, sangat kuat... itulah kuasa dunia alam maya ini. Jika kita berkawan dengan ikhlas dan jujur, dan mengambil perkara yang baik-baik sahaja, InsyaAllah kita akan rasa kemanisannya..
p/s: Untuk mereka yang bukan bloggers, saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada anda semua. Tidak putus2 ada sahaja sahabat yang datang melawat setiap hari, baik saudara-mara, mu'allim/mu'allimah (guru sekolah), rakan sekerja, jiran, bloggers, FBians dan ibu bapa rakan-rakan Zubair yang datang melawat dll...
p/s: Untuk mereka yang bukan bloggers, saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada anda semua. Tidak putus2 ada sahaja sahabat yang datang melawat setiap hari, baik saudara-mara, mu'allim/mu'allimah (guru sekolah), rakan sekerja, jiran, bloggers, FBians dan ibu bapa rakan-rakan Zubair yang datang melawat dll...
Thursday, December 30, 2010
Alhamdulillah dah sihat!
Alhamdulillah, kereta saya yang masuk "hospital" tempohari telah "sihat".
Saya ada bercerita mengenai bagaimana kereta saya telah mendapat "ciuman" di jalanraya di sini.
Memancar-mancar kilat nya berbaju baru!
Sehingga nampak bayangan pokok dan langit!
Alhamdulillah dimurahkan rezeki dapat memulakan semester baru dengan kereta "baru" yang tidak baru!
Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa
kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.”
Friday, December 3, 2010
Satu kebetulan?
Adakah ini satu kebetulan?
selepas kejadian semalam (sila baca entri sebelum ini),
hari ini terfikir setelah teringat kata-kata seseorang suatu masa dulu (entah zaman batu bila dulu...) mengenai kereta ini lah.
Orang tu kata, kita jangan cakap apa-apa yang tak baik/elok pada kereta kita semasa kita sedang pakai kereta tu...nanti kereta tu "merajuk"..
hurmmm..?? kereta merajuk????
contohnya macam kes inilah...bukan lah saya cakap perkara tak elok pada kereta ni, cuma saya pernah bercakap kepada anak bongsu saya, yang saya sedang berfikir-fikir nak cat baru kereta ni dan nak jual dan tukar kereta baru. (Al-maklum lah "baju" yang dipakainya dah lusuh..nak bagi baju baru lah...)
Anak bongsu saya ni pulak pergi lah canang sana-sini pada abang2 dan kakak2 dia yang ummi nak tukar kereta baru... semasa di rumah, dalam kereta semasa nak gi kedai, nak gi airport hantar abi...diulang-ulangnya cerita tu...
tak lama lepas tu... jadilah kejadian semalam tu...pastu saya terfikirlah cerita orang tu berkenaan kereta "merajuk" ...
tapiiiiiiii...
semua ni kan dah suratan takdir... nak jadi-jadi lah...
bukan pasal "merajuk" pulak kan...
kalau kita percaya ni, macam percaya cerita tahyul aje...
heeee...na'uzubillahi minzalik...
tak mahulah termasuk mensyirikkan Allah pula...
Sunday, October 31, 2010
Pemandu bas tiada lesen memandu
Belum pun reda cerita mengenai kemalangan ngeri membabitkan bas ekspres di Melaka, satu lagi kemalangan melibatkan bas berlaku di Genting Sempah, Genting Highland...
lagi melibatkan nyawa manusia
kali ini 7 remaja menjadi mangsa, manakala 17 lagi parah..
Lebih mengejutkan ...pemandu bas yang berusia 40 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu..
setelah diselidiki, suatu masa dahulu pernah mempunyai lesen, tetapi telah disenarai hitamkan..
berita jam 8 malam tadi, mengatakan bahawa pemilik bas tersebut telah menghilangkan diri...
JENAZAH tujuh orang Belia 4B mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah dikebumikan dalam satu liang
di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Siang, Baling, Kedah, semalam.
– MINGGUAN/AZMAN MD. NOOR
Wednesday, October 13, 2010
Budaya Menuding Jari
Perkara sudah berlaku, nyawa sudah terkorban, ramai yang masih cedera samada parah atau ringan. Ramai yang terlibat tetapi selamat menyifatkannya ibarat mati hidup semula.
Setiap kali berlaku tragedi sebegini, maka perkara yang sama berlaku. Budaya tuding-menuding, salah menyalah. Dalam mencari punca nahas kemalangan ngeri yang melibatkan bas ekspres tempohari, pihak-pihak yang terlibat masing-masing kata-mengata, masing-masing bersikap defensif, masing-masing menafikan. Namun punca sebenar masih dalam siasatan.
1. Dakwaan Besi penghadang lebuhraya tidak cukup kuat
Kelmarin, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata besi penghadang lebuh raya tidak cukup kuat untuk menghalang kenderaan daripada memasuki ke laluan bertentangan. Datuk Ashfar berkata, rel penghadang tidak cukup kuat turut menyebabkan kemalangan bas ekspres di Kilometer 229 PLUS di Bukit Gantang, Perak, pada tahun 2007 sehingga meragut 20 nyawa.
Jawapan: Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata pemasangannya adalah mengikut spesifikasi dan piawaian ditetapkan serta mendapat kelulusan pihak berkuasa.
2. Dakwaan Angin Lintang
Dakwaan seorang pemandu bas persiaran berpengalaman lebih 10 tahun memandu di kawasan selatan lebuh raya PLUS, bahawa lokasi kemalangan bas ekspres yang meragut 12 nyawa itu adalah kawasan angin lintang.
Azmi Ibrahim, 47, mendakwa kebanyakan pemandu bas mengetahui kawasan itu berbahaya, kenderaan mudah hilang kawalan seperti rasa ditolak secara tiba-tiba dan stereng sangat berat untuk dipusing kembali ke arah dikehendaki.
Azmi yang pernah terbabit dalam kemalangan disebabkan angin lintang pada 2002 ketika memandu bas persiaran membawa pelancong Singapura, mengakui kejadian menimpa bas Ekspres Delima itu seolah-olah sama dengan pengalaman dilaluinya.
Seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi, Salimat Arifin, 44, yang sering berulang alik antara Kuala Lumpur-Melaka, turut mendakwa pernah ditolak angin lintang di tempat sama, dua tahun lalu.
Azmi Ibrahim, 47, mendakwa kebanyakan pemandu bas mengetahui kawasan itu berbahaya, kenderaan mudah hilang kawalan seperti rasa ditolak secara tiba-tiba dan stereng sangat berat untuk dipusing kembali ke arah dikehendaki.
Azmi yang pernah terbabit dalam kemalangan disebabkan angin lintang pada 2002 ketika memandu bas persiaran membawa pelancong Singapura, mengakui kejadian menimpa bas Ekspres Delima itu seolah-olah sama dengan pengalaman dilaluinya.
Seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi, Salimat Arifin, 44, yang sering berulang alik antara Kuala Lumpur-Melaka, turut mendakwa pernah ditolak angin lintang di tempat sama, dua tahun lalu.
Jawapan: Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata had kelajuan ditetapkan di kawasan itu adalah 110 km/jam berbanding kawasan angin lintang hanya 90km/jam.
Beliau berkata, mengikut Jabatan Keselamatan Trafik hanya satu kawasan saja di sepanjang laluan PLUS dikenal pasti sering berlaku fenomena itu, iaitu di antara Simpang Ampat/Alor Gajah menuju ke Ayer Keroh, Melaka
“Kawasan itu diletakkan papan tanda amaran supaya pengguna mengurangkan had laju kepada 90km/jam ketika melintasi jalan berkenaan.
“Justeru, saya mengesahkan kawasan itu bukan kawasan angin lintang seperti yang didakwa, bagaimanapun pemantauan akan dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya PLUS,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
“Justeru, saya mengesahkan kawasan itu bukan kawasan angin lintang seperti yang didakwa, bagaimanapun pemantauan akan dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya PLUS,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
3. Dakwaan Memandu Laju
Bagaimana pula dakwaan pemandu (salah seorang yang terkorban) memandu laju? dari petikan berita di TV, ada di kalangan penumpang yang terselamat mengatakan bas dipandu laju dan sedang dalam keadaan hendak memotong sebuah kenderaan sejurus sebelum kemalangan, apabila bas kelihatan terhoyong hayang sebelum melanggar pembahagi jalan dan menjunam ke arah yang bertentangan.
Jawapan: (Pembaca blog ini harap dapat memberi pendapat atau pengalaman anda sendiri menaiki bas ekspres di sepanjang lebuhraya )
Pengalaman saya sendiri melalui lebuhraya Utara-Selatan berulang-alik ke kampung saya di Johor, memang kebanyakan bas ekspres dipandu laju. Kadang-kadang pemandu bas ini seperti berlawan dgn kenderaan lain, pernah beberapa kali, apabila saya memotong bas ekspres ini, selang beberapa minit kemudian bas itu pula memotong saya. Bayangkan saya bawa kereta dengan kelajuan 110 km/j, jika bas itu memotong saya bermakna bas itu dipandu dengan kelajuan MELEBIHI 110 km.j !!! Sedangkan kita tahu bahawa bas ini sepatutnya dipandu HANYA dengan kelajuan 90km/j !!!
Kadang-kadang mahu saja saya mengambil no plet bas tersebut dan membuat aduan....
Lagi satu saya dapati kebanyakan bas-bas ekspres dipandu di lorong tengah dan juga lorong sebelah kanan... di mana sepatutnya bas ekspres ini HANYA DIBENARKAN DIPANDU DI LORONG SEBELAH KIRI SAHAJA!!!! Sama seperti kenderaan berat yang lain...
Sekarang ini apakah langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak yang berkenaan?
Memang kebanyakan kes-kes kemalangan yang melibatkan bas ekspres ada berpunca dari SIKAP PEMANDU bas itu sendiri.
Samada mereka ini:
- kurang pengalaman,
- Tidak mempunyai kelayakan yang sah utk memandu bas (kurang pemantauan dari pihak yang berkuasa)
- terlibat di bawah pengaruh dadah
- tidak diberi penerangan khas/kursus sebelum memulakan tugas sebagai pemandu bas ekspres (Syarikat bas ekspres main tangkap muat kerana kekurangan pemandu)
- bekerja lebih masa sehingga menjejaskan tahap pemanduan (mengantuk, penat. Semalam saya dengar di TV ada yang mengatakan sesetangah pemandu bas ini bekerja part-time, maksudnya mereka mempunyai tugas lain di siang hari, dan bertugas sebagai pemandu bas ekspres di malam hari! )
- ???
Marilah kita sama-sama berdoa ke atas mereka yang terkorban, dan semoga jalan penyelesaian yang terbaik akan tercapai untuk kebaikan semua pihak (terutama penumpang) ..Kita tidak mahu perkara ini hanya diambil berat APABILA SUDAH terjadi perkara yang tidak diingini...
Seperti suatu masa dahulu pihak berkuasa pernah mencadangkan penggunaan KOTAK HITAM (spt black box dlm kapalterbang) yang akan dipasang pada semua bas ekspres... tetapi selepas beberapa ketika, ianya hilang begitu sahaja...mungkin ada syarikat bas ekspres yang memasangnya (tapi tidak semua)..
Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga bagi kita semua,
silalah baca doa memulakan perjalanan sebelum anda memandu, atau menaiki kenderaan. Mohonlah agar Allah akan memelihara kita sepanjang perjalanan kita. Doa yang sangat pendek tetapi sangat bermenafaat dalam hidup kita:
Maksudnya: (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami , sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah , kami akan kembali )
sumber: http://www.darussyifa.org
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...