Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

Maut motosikal langgar tiang elektrik.

ceritaejoy

Maut motosikal langgar tiang elektrik|Takziah kepada majikan aku yang kehilangan anak beliau di dalam kemalangan maut semalam. Suatu berita yang mengemparkan kami di kalangan pekerja. Awalnya, kami diberitahu oleh rakan-rakan lain melalui application whatsapp, memang susah la nak percaya kan. Takut juga kalau-kalau berita palsu, tapi selepas mereka yang "berpangkat besar" mengatakan hal yang sama. Haruslah kami percaya. Takkanlah beliau nak menipu kan?

Dah sampai ajalnya semacam itu. Kita yang hidup ni, tak tahulah macamana ajal kita nanti. Cuma yang membuatkan aku dan beberapa rakan lain terkilan adalah, bila ada segelintir kecil rakan-rakan lain, menyebarkan gambar kemalangan di dalam whatsapp. Tindakan semacam ini, seperti tidak menghormati keluarga mangsa. Tak usah cakap kes kemalangan ini lah, mana-mana kemalangan pun, ada yang suka sharekan gambar-gambar kemalangan tanpa kaburkan muka atau keadaan mangsa.

Ada 1 kes kemalangan motosikal berkuasa tinggi di pahang. Isteri mangsa yang mengandung, merayu-rayu minta dipadamkan gambar arwah suami dia, yang disebarkan di laman media sosial. Aku naik simpati baca komen dia. Tapi apa yang aku boleh buatkan? Untuk kes semalam, kami dah cakap elok-elok dengan mereka yang sebarkan gambar tu. Mujurlah dia dengar kata kan? Kalau tak dengar kata, kita ramai-ramai ikat dia dekat basket. huh.

Apapun, dah sampai ajal dia macam tu. Bagi yang beragama islam, marilah kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah, semoga rohnya di cucuri rahmat. Al-Fatihah..

Baca lanjut di sini: Harian Metro

Haffizul Iskandar.

Sunday, March 8, 2015

Punca Sebenar Arwah Harun Salim Bachik Meninggal Dunia.



BUKIT MERAH - Pelakon dan pelawak tanah air, Harun Salim Bachik, 55‎, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol sebentar tadi.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.

Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.

Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.

Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. ‎

Thursday, February 12, 2015

Perginya Seorang Tokoh Agama : Nik Aziz

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka, di sini.

Berita pemergian tokoh agama dan politik itu dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat Allahyarham.
Terdahulu, bekas Menteri Besar Kelantan dibawa pulang ke rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira 8.55 malam tadi selepas berada di HUSM sejak 19 Januari lalu kerana kanser prostat.

Beliau dilihat diusung dengan menggunakan katil dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bantuan oksigen.

Difahamkan Nik Abdul Aziz keluar daripada wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira 8.40 malam.

Kelihatan orang ramai mula membanjiri perkarangan kediaman sejak 8 malam tadi.

Perginya Seorang Tokoh Agama : Nik Aziz


Gambar Belangkas