Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

Monday, April 13, 2015

KEWUJUDAN HAIWAN FANTASI DI ALAM MANUSIA


Artis seni fantasi - WoodSplitter Lee telah mencipta arca-arca haiwan fantasi tanpa menggunakan mana-mana bangkai haiwan mati . Asas bentuk setiap haiwan ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti kayu , tanah liat dan kawat ayam, dan kemudian dibungkus dalam pelapik lembut. Selain itu , beliau menambah bulu tiruan untuk menyerlahkan warna pada haiwan fantasi beliau. Hasilnya begitu menabjubkan dan menjadikan haiwan itu seolah olah wujud di alam nyata.

FOTO-FOTO HAIWAN FANTASI








Thursday, April 2, 2015

EMPAT BULAN BURU HAIWAN ANEH INI..AKHIRNYA JUMPA JUA


Selepas empat bulan diburu, beruang matahari yang ditemui pekerja ladang sawit dalam keadaan kekurangan zat berjaya diselamatkan semalam.

Beruang matahari atau nama saintifiknya ‘Helarctos Malayanus’ diselamatkan pekerja selepas terserempak haiwan berkenaan di ladang sawit berdekatan Jalan Bintangor-Sibu, di Sibu, dekat sini, sekitar jam 9 pagi.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, sekumpulan pekerja ladang terjumpa haiwan itu ketika mahu memulakan kerja di ladang berkenaan.

“Disebabkan keadaan kesihatan beruang matahari semakin menurun, pekerja ladang menangkap haiwan itu sebelum menghubungi SFC.

“Susulan itu, SFC menghantar wakil ke Sibu dan beruang matahari terbabit dibawa pulang dan akan ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini.

“Sebaik tiba, kami akan menjalankan pemeriksaan ke atas haiwan untuk mengenal pasti punca penyakit dan memberi rawatan sebaik mungkin,” katanya.

Sebelum ini, SFC mengesahkan haiwan misteri ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, 28 Januari lalu, adalah beruang matahari.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari.

Haiwan terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

Pasukan SFC berusaha menyelamatkan haiwan, namun mereka dilaporkan tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagian kawasan itu masih ditenggelami air akibat banjir.

Monday, October 27, 2014

HAIWAN ANEH DIJUMPAI DI JEDDAH

ARAB SAUDI: Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.

Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.

“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.



Saturday, September 6, 2014

TRIP KE ZOO MELAKA PADA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah yang pendek kali ini kami ke Zoo Melaka. Ini adalah untuk memenuhi permintaan Ammar yang mahu ke sana. Kebetulan baru je belikan mereka buku bergambar tentang haiwan, jadi Zoo adalah pilihan terbaik untuk memberikan mereka gambaran yang lebih jelas tentang rupa-paras haiwan-haiwan yang tertera dalam buku tu.



Kami tiba di Zoo dalam pukul 10am, dan masa tu parking dah hampir penuh. Inilah penangan cuti sekolah kepada tempat-tempat lawatan di Melaka. Memang susah nak cari parking. Sementara En. Suami cari parking, saya pergi beli tiket. Kos tiket masuk ialah RM15/adult dan RM6/child. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk free. Masuk tak boleh bawa makanan atau minimum dari luar. Dorang check beg satu persatu (tapi saya berjaya juga smuggle 1 botol air mineral.. huhu..)

Masuk-masuk je terus nampak burung kakak tua. Sebelah kanan ada playground. Bebudak pon terus jadi tak keruan, sebab dorang memang pantang nampak playground mesti nak pergi main. Tapi alhamdulillah saya berjaya beri macam-macam alasan dan mereka meneruskan pengembaraan tanpa bantahan atau tunjuk perasaan.


Pengembaraan mengenali haiwan pon di teruskan... let the pictures tell all la ek..

 Di kandang haiwan berleher paling panjang di dunia..

Tanduk seladang yang besar dan kuat

 "Apa pandang-pandang?" mungkin itulah yang dikatakan mamat ni..

Brader ni tak peduli kat orang..

Zoo Melaka punya layout agak mesra pelawat. Ia direka agar sekali round kita dah boleh cover semua. Tak perlu nak patah balik atau pusing-pusing. Ada tram disediakan jika tak larat nak jalan. RM5/pax. Boleh turun di mana-mana pon dan naik semula bila-bila masa. Tapi untuk memaksimumkan pembelajaran, sebaiknya jalan kaki lah. Kami memang habiskan ronda dengan berjalan kaki.

Tram Zoo Melaka bermotifkan harimau belang

Antara haiwan yang menarik perhatian anak-anak ialah harimau, singa dan gajah. Tapi biasalah haiwan-haiwan kat zoo langsung tak menunjukkan keghairahan mereka dikunjungi ramai. Dorang duk terlepek je kat situ. Dah boring kot.. hari-hari tengok orang datang tengok depa. Dah takde feel.. huhu...

Harimau bintang kelihatan gelisah ~ mundar-mandir sepanjang kami berada di kandangnya.

Kesimpulannya, worth it la bawa budak2 yang baru nak mengenal dunia ke sini. Dorang memang enjoy. Seronok aper, tengok haiwan-haiwan secara live. Selama ni tengok kat dalam buku dan TV jer. Mana sama dengan tengok depan mata.

Thursday, January 31, 2013

Jom bantu WWF Menjaga Alam Sekitar

Entri kali ni ade kena-mengena sket2 jer dengan percutian keluarga, tapi saya rasa ianya perlu. Sebagai ahli WWF (walaupun tak aktif), saya rasa saya bertanggungjawab untuk menyebarkan perkara ini. Yang berminat, bolehlah baca, kalau tak minat xde masalah (^_^).

Digi (syarikat telekomunikasi yang kaler kuning tu..) sedang mengumpulkan data sambil menderma. Caranya mudah saja, korang jawab soklan2 kat website Digi ni, dan Digi akan derma RM1 kepada WWF Malaysia.

Well, ok.. bagi yang tak tau WWF tu ape... sebenarnya ia adalah World Wildlife Foundation (bukan world wrestling foundation k..), satu badan NGO antarabangsa yang objektif penubuhannya ialah untuk membela nasib hidupan liar supaya tak pupus. So setiap kali ada sukarelawan jawab soklan survey DIGI tu, dapatlah WWF RM1 untuk membantu perjuangan mereka.

Untuk tahu lebih lanjut, klik sini : DIGI SURVEY.

Signed off!

Gambar Belangkas