Showing posts with label Coin Lama. Show all posts
Showing posts with label Coin Lama. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

BRITISH NORTH BORNEO - 2 PCS 2 1/2 CENTS

DIPERBUAT DARI COPPER-NICKEL
DIKELUARKAN TAHUN 1903 DAN 1920 SAHAJA
 KELUARAN 1903H : 2,000,000 UNIT
KELUARAN 1920H  : 280,000 UNIT

Friday, October 21, 2011

Coin Straits Settlement


Coin Straits Settlement $1 (Satu Ringgit) King Edward VII keluaran tahun 1907.

Saturday, June 5, 2010

BRITISH NORTH BORNEO 2 1/2 CENTS

British North Borneo dengan nilai muka 2 1/2 cents ini hanya dikeluarkan pada tahun 1903 dan 1920. Mintage untuk 1903 adalah 2,000,000 unit dan 1920 adalah 280,000 unit. Diperbuat daripada Copper.Nickel.

Friday, April 16, 2010

Syiling Satu Ringgit King Edward VII 1903

Syiling satu ringgit King Edward VII tahun 1903 ini adalah duit syiling pertama yang aku simpan. Bermula dengan syiling inilah minat aku mengumpul duit-duit lama mula timbul. Walau pun nilainya tidak seberapa tetapi memberi nilai yang sangat besar kepadaku.

Keluaran tahun 1903B mintage 15,009,891 unit, diperbuat daripada silver .900 fine.

Monday, April 12, 2010

Duit Syiling Singapore Siri Pertama






Syiling seperti ini mula dikeluarkan tahun 1967, sama seperti Malaysia dan Brunei. Nilai muka dan saiz juga sama. Pada awal keluarannya sehingga pertengahan tahun 1970an, syiling ini sah laku digunakan di Malaysia dengan nilai yang sama dengan nilai wang Malaysia.

Tuesday, September 8, 2009

One Cent Sarawak

Keluaran tahun 1930. Jumlah tempaan pada tahun ini 3,000,000 unit.


Keluaran tahun 1927. Mintage 5,000,000

Monday, May 25, 2009

Syiling King George V.



Syiling 50 cent King George V keluaran tahun 1920.

Syiling King George VI




Koleksi Syiling King George VI.

Queen Elizabeth






Koleksi syiling Queen Elizabeth Malaya & British Borneo. Syiling 50 cent juga terbelah sama dengan duit 50 sen Malaysia tahun 1967 hingga 1969.

Thursday, May 7, 2009

Duit 1 cent Empat Segi sama





Aku anggap ini adalah siri pertama 1 cent jenis empat segi sama. Duit ini mula dikeluarkan tahun 1919 sebanyak 20,165,000 unit dengan gambar King George V dan diperbuat daripada gangsa. Tahun 1920 sebanyak 55,000,000 unit. Tiada pengeluaran tahun 1921 hingga 1925. Tahun 1926 dikeluarkan semula sebanyak 5,000,000 unit.

Koleksi di atas adalah bagi tahun 1919, 1920 dan 1926.

Duit 1 cent Segi empat sama





Aku kategorikan duit ini adalah siri ke 2 kerana ia menggunakan gambar George VI King Emperor. Duit seperti di atas dikeluarkan pada tahun 1939 (20,000,000 unit), 1940 (23,600,000 unit) dan tahun 1941 ( 33,620,000 unit). Koleksi di atas adalah bagi ketiga-tiga tahun tersebut.


Duit yang sama juga dikeluarkan semula tahun 1943 ( 50,000,000 unit) dan tahun 1945 (40,033,000 unit) seperti koleksi di atas.

Gambar Belangkas