Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts
Thursday, July 24, 2014
Wednesday, July 10, 2013
Abah... pergi mu takkan kembali....
Salam Ramadhan Al-Mubarak pada sahabat semua, agak sunyi sepi blog aku berbanding sebelum ni, paling tidak seminggu sekali pasti ada entri.. malas tu dah tentu mood hilang entah kemana. Kali ni teramat lah besar dugaan aku bila ayah yg aku sayangi telah pergi mengadap Ilahi pada 2 Julai lepas akibat penyakit stroke.
Hingga ke hari ni aku masih merasakan arwah masih ada, terngiang-ngiang suara nya memanggil nama si kembar sebelum beliau jatuh sakit teruk . Luluh dan sayu hati bila teringat tiap kali bulan puasa macam-macam menu yang arwah minta dan teh tarik kegemaran abah mesti di hidang sekali... :(
Biarpun tidak terlihat dari zahir kesedihan yang aku pamirkan, jauh dilubuk hati hanya Allah yang tahu betapa lemah dan longlai jiwa aku... Aku rindu gelak tawa abah... rindu gurau senda abah... Ya Allah ampunilah dosa arwah dan tempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman, amin... Al fatihah...
Thursday, October 25, 2012
Hari Raya Aidil Adha 2012
Alhamdulillah, petang tadi dapat masak ketupat (segeralah ...bukan yg anyam pakai daun kelapa tu) + rendang ayam + sambal goreng Jawa ...ingat nak buat sambal kacang dgn lodeh tapi dah tak larat nak berdiri kat dapur...ini pun main telan Paracetamol ajer nak bagi hilang pening dan bisa-bisa badan ...kalau tak terus tak boleh bangun ... kesian pulak hari ni suami dan anak-anak ramai yang puasa ...nanti mereka nak makan buka puasa pulak ...
Buat pertama kali dalam sejarah hidup ku tak balik kampung berhari Raya pada Hari Raya pertama ... kali ini Hari Raya Aidil Adha ni kami sambut di Shah Alam sahaja ...sebab suami kata nak tunggu ibadah korban (since suami ada masuk satu bahagian) ... baru nak balik kampung... lepas tu hari Ahad nak kena balik Parit Raja juga sebab ada anak saudara kenduri kahwin ...
Nampaknya ramai anak-anak tak boleh balik kampung juga sebab mereka kena balik ke sekolah semula selewat-lewatnya pukul 6ptg pada Hari Ahad...takut tak sempat nak hantar mereka semula ke asrama..
Tapi kesian pula pada ayahanda dan bonda...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA @ HARI RAYA KORBAN ...
Monday, October 22, 2012
Pengantin Baru
Hari Ahad yang lalu kami sekeluarga telah ke Bukit Beruntung Golf and Country Resort di Bukit Beruntung untuk menghadiri perkahwinan anak saudara sepupu.
Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fikhair
Azalia & Mohd Izali
Sepupu sepapat yang hadir
Mak Ndak & Pak Ndak dan Abah serta sepupu
Kami singgah di SBPI Rawang untuk ambil Wafa' outing dan hantar semula selepas selesai majlis kahwin.
Bila tengok gambar ini baru perasan bahawa Wafa sudah sama tinggi dengan saya ..tak lama lagi mungkin dia akan potong pula saya ...
Mohon doakan untuk Wafa' kerana beliau akan menduduki peperiksaan besar SPM tidak lama lagi ...
Ameen
Thursday, September 13, 2012
Abah
Tatkala jari-jemari ini memetik-metik kekunci di papan kekunci ...terjumpa gambar-gambar ini di dalam "folder" gambar. Tiba-tiba hati merasa sayu. Sayu melihat wajah abah di dalam gambar ini. Ketika ini aku membawa abah ke hospital untuk membuat pemeriksaan mata abah. Abah sudah selalu menyatakan mata sebelah kanan abah sudah tak nampak sangat, semuanya kelihatan kabur.
Ketika menunggu untuk dibuat pemeriksaan, aku terpaku melihat abah seakan-akan termenung. Jauh renungannya, walaupun pemandangan abah sudah kabur, tetapi renungan itu seperti suatu renungan menerusi mata hati. Jauh menembusi dinding di hadapan abah. Mungkin abah memikirkan kos perbelanjaan jika doktor memutuskan abah perlu membuat pembedahan. Banyak kali abah seperti memujuk ku , "tak payah lah buat operation, abah rela begini. Jangan bazirkan duit..."
Sedih dan sayu rasa hati ...abah seperti tidak mengendahkan dirinya lagi semata-mata tidak mahu menyusahkan anak-anak. Namun, aku sedar, jasa abah tidak terbalas, hanya dengan kos rawatan yang aku perlu keluarkan ...
Dahulu, semasa kami anak-anak masih kecil, tangan abahlah yang memimpin kami ..tetapi kini, abah sudah tidak kuat hendak berjalan sendiri. Perlu dipapah, dan untu kberjalan jauh kami perlu tolak abah menggunakan kerusi roda...Ya Allah Ya ALlah ... Engkau Permudahkan urusan kami Ya Allah...Engkau sembuhkanlah sakit mata abahku Ya ALlah, kerana abah sudah rindu sekali hendak membaca Al-Quran....
Monday, September 3, 2012
Glaukoma
Mata, adalah anugerah Allah kepada manusia yang tidak ternilai...
Semalam, ambil cuti kerana hendak membawa ayahanda tersayang membuat pemeriksaan mata dengan Prof. Muhaya di Prince Court Medical Centre.
ayahanda sudah berumur 89 tahun ...
saya sudah tidak terkira bilangan nya berapa kali abah sudah khatam membaca Al-Quran ..kerana dahulu saya selalu lihat abah menulis dalam buku latihan (tarikh dan surah:ayat) ..abah tersangatlah terliti dan kemas orangnya...setiap perkara yang abah buat semua abah catatkan dalam buku latihan ...terdapat bertimbun-timbun buku latihan yang abah buat catatan...macam journal kehidupan ...
Temujanji dibuat agar dapat di kenal pasti masalah sebenar (kami sangkakan katarak sahaja) rupa-rupanya Prof Muhaya kata abah dapat Glaukoma ...pernah dengar/baca perkara ini suatu masa dahulu tapi tak ambil perhatian..sekarang baru tercari-cari apa sebenarnya glaukoma...
Glaukoma pula merupakan sekumpulan keadaan di mana tekanan di dalam mata menjadi terlalu tinggi yang seterusnya menjejaskan saraf optik di belakang mata. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kebutaan jika tidak dirawat segera, akibat sambungan mata ke otak (saraf optik) terputus.
Masalah mata ini juga dikenali sebagai ‘pencuri senyap penglihatan’ kerana mungkin tidak menunjukkan simptom jelas dan menyebabkan kehilangan penglihatan secara perlahan-lahan. Ujian saringan penting apabila melangkaui umur 40 tahun, terutamanya jika mempunyai sejarah keluarga dengan masalah tersebutSedang dibuat pemeriksaan mata
ALhamdulillah, Prof Muhaya bagi ubat untuk redakan tekanan dalam mata buat sementara waktu ...dalam masa sebulan lagi kami akan bawa abah sekali lagi untuk buat operation pula
Tetapi suatu perkara yang membuatkan saya sebak dan hampir menitiskan air mata di hadapan Prof Muhaya ...apabila abah berkata,
" Tak payah lah buat operation ni, abah dah tua, sudah sampai di penghujung kehidupan, biarkanlah jika abah menjadi buta pun. Pakai duit tu untuk tanggung anak-anak yg ramai tu, jangan bazirkan untuk abah seorang sahaja!"
Ya Allah..., hingga ke saat ini pun abah masih memikirkan tentang anak cucu...kami tahu abah susah hati, sebab memikirkan kos operation yang tinggi. tetapi kami anak-anak rela demi abah tersayang... apalah sangat jika dibandingkan dengan segala penat-lelah jerih payah abah sejak muda membesarkan kami anak2 tanpa mengira apa jua kesusahan yang datang melanda..bagilah kami pula membalas jasa2 abah itu..walaupun kami tahu kos operation ini sahaja masih tidak mampu hendak membalas segala jasa ayahanda ...
dan saya sangat-sangat tersentuh apabila Prof Muhaya berkata dengan lemah lembut kepada ayahanda,
"Pakcik, pakcik jangan sudah hati mengenai bayaran, pakcik doa banyak2 agar mata pakcik boleh sembuh dengan cepat dan pakcik dapat melihat semula dengan baik...dan yang penting pakcik InsyaAllah boleh mengaji Quran semula. Bila pakcik dapat mengaji Quran semula, pakcik dapat pahala, DAN anak-anak pakcik juga akan dapat pahala"
...Doakan yang terbaik buat ayahanda tersayang...Ameen.
Tetapi suatu perkara yang membuatkan saya sebak dan hampir menitiskan air mata di hadapan Prof Muhaya ...apabila abah berkata,
" Tak payah lah buat operation ni, abah dah tua, sudah sampai di penghujung kehidupan, biarkanlah jika abah menjadi buta pun. Pakai duit tu untuk tanggung anak-anak yg ramai tu, jangan bazirkan untuk abah seorang sahaja!"
Ya Allah..., hingga ke saat ini pun abah masih memikirkan tentang anak cucu...kami tahu abah susah hati, sebab memikirkan kos operation yang tinggi. tetapi kami anak-anak rela demi abah tersayang... apalah sangat jika dibandingkan dengan segala penat-lelah jerih payah abah sejak muda membesarkan kami anak2 tanpa mengira apa jua kesusahan yang datang melanda..bagilah kami pula membalas jasa2 abah itu..walaupun kami tahu kos operation ini sahaja masih tidak mampu hendak membalas segala jasa ayahanda ...
dan saya sangat-sangat tersentuh apabila Prof Muhaya berkata dengan lemah lembut kepada ayahanda,
"Pakcik, pakcik jangan sudah hati mengenai bayaran, pakcik doa banyak2 agar mata pakcik boleh sembuh dengan cepat dan pakcik dapat melihat semula dengan baik...dan yang penting pakcik InsyaAllah boleh mengaji Quran semula. Bila pakcik dapat mengaji Quran semula, pakcik dapat pahala, DAN anak-anak pakcik juga akan dapat pahala"
...Doakan yang terbaik buat ayahanda tersayang...Ameen.
Friday, August 24, 2012
Wan dan Atok
Saturday, July 28, 2012
89
89
itulah umur abah pada tanggal 27hb Julai 2012..
itulah umur abah pada tanggal 27hb Julai 2012..
sekarang abah sudah tidak kuat lagi..mata sudah kurang nampak, dan jalan juga perlukan tongkat dan berpapah ...Selamat Hari Lahir abah... walaupun ku tahu abah tidak perlukan ucapan itu. Abah lebih suka kita berdoa ke Hadrat Allah SWT agar abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...InsyaAllah..
namun kubisikan diangin lalu...
Abah...Uda sayang abah...
Wednesday, November 17, 2010
JUBLI EMAS
Hari ini saya bersiaran dari kampung. Setelah menolong ibuku memasak dari malam semalam. bangun pula pukul 4 pagi sambung memasak ...Alhamdulillah hampir 80% masakan sudah siap, tengahari hingga ke petang tinggal menunggu tetamu datang.
Kenduri ini di adakan sempena ulangtahun perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta yang ke - 50 tahun! kiranya sambutan JUBLI EMAS (Golden Anniversary) lah...
Ya Allah Syukur Alhamdulillah Engkau kurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik bagi kedua ayahanda dan bonda tercinta (sakit-sakit tua yang lain tu biasa lah kan..)
Alhamdulillah juga ayahanda dan bonda tercinta dapat mengharungi tribulasi perkahwinan dalam jangkamasa yang panjang sehingga 50 tahun ini.
Adat perkahwinan, perbezaan pendapat dapat diatasi dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri. Sifat Tolak ansur, timbang rasa dan persefahaman itu sangat diperlukan dalam sesebuah perkahwinan.
Walaupun perbezaan umur antara ayahanda dan bonda tercinta sangat jauh, 18 tahun
, namun Alhamdulillah ia tidak menjadi penghalang bagi ayahanda dan bonda dalam mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.
Ayahanda sudah berumur 87 tahun namun ALhamdulillah ayahanda masih lagi kuat ingatan dan tidak nyanyuk, kecuali keadaan fizikal ayahanda yang sudah tidak kuat lagi, perlukan memakai tongkat untuk berjalan. Mungkin ini berkat ayahanda yang tindak tinggal solat, walaupun dalam keadaan uzur, rajin mengerjakan solat tahajjud dan mengaji Al-Quran. Dalam setahun sudah berkali-kali beliau khatam Al-Quran! (ingatan kepada diriku juga... setahun hanya khatam sekali dalam bulan Rmadhan dan sekali lagi bulan-bulan yang lain!!)
SEMOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA KEPADA KEDUA AYAHANDA DAN BONDA KU, KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEMOGA ALLAH KURNIAKAN AKHIRAN YANG BAIK , KHUSNUL KHATIMAH, KEPADA KEDUA-DUA MEREKA. AMIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...