Showing posts with label PALSU. Show all posts
Showing posts with label PALSU. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

AUTA TARIK WANG DARI ALAM JIN

Hanya kertas kosong yang dijumpai di dalam beg suspek.


Di Ampang seorang 'bomoh' warga Georgia mendakwa mampu menarik wang dari alam jin sebanyak 1.6 bilion.

Suspek juga mendakwa mampu berkomunikasi dengan mahluk dari alam ghaib untuk berurusan menyedut wang jenis dolar dari alam ghaib.

Pembohongan licik itu bagaimanapun dapat memperdaya seorang ahli perniagaan tempatan berusia 40an yang sanggup memberikan suspek wang tunai RM393,500.

Bomoh auta itu turut mengarahkan mangsa membeli sebentuk cincin sakti berharga RM2,000 kononnya sebagai 'kunci' untuk menarik wang daripada alam jin.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penipuan itu dikesan bermula selepas mangsa bertemu suspek di kawasan Pandan Indah, di sini, September lalu.

Monday, November 10, 2014

RAKSASA "LOCH NESS" MUNCUL KEMBALI


Seorang lelaki Scotland mendakwa beliau telah dapat merakam kemunculan seekor raksasa mitos 'Loch Ness' di perairan tasik itu dengan menggunakan iPhone beliau.


Lelaki tersebut, Richard Collis, 58, berkata, dia melihat satu objek pelik sedang terapung di permukaan tasik berkenaan ketika sedang memandu berhampiran kawasan itu pada minggu lalu.

“Saya melihat seperti ada seekor haiwan berleher panjang sedang terapung di permukaan tasik dan saya terus mengambil telefon bimbit untuk merakamkan gambar serta video.

“Saya yakin objek berkenaan adalah raksasa yang mendiami tasik ini sejak beratus-ratus tahun lalu,” katanya.

Tasik tersebut terkenal dengan legenda raksasa Loch Ness selepas seorang lelaki, Christian Spurling merakamkan gambar objek menyerupai seekor raksasa berleher panjang sedang berenang pada tahun 1993.

Sejak itu ramai individu mengaku berjaya merakamkan imej raksasa misteri tersebut di tasik berkenaan.Namun kesahihan dan bukti-bukti menunjukan kebanyakan rakaman adalah palsu dan dibuat-buat oleh individu-individu nakal dan tidak bertanggungjawab.

Gambar Belangkas