Showing posts with label diskaun. Show all posts
Showing posts with label diskaun. Show all posts

Thursday, March 26, 2015

Proton Tawar Diskaun Hingga 50 Peratus




PROTON Holdings Berhad (Proton) akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus terhadap pembelian alat ganti tulen terpilih sempena Karnival Alami Proton yang dianjurkan di Angsana Mall, di Johor Bahru, ‎mulai 2 hingga 5 April depan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini berkata, pihaknya turut memberi potongan sehingga 20 peratus terhadap pembelian barangan R3 dan 30 peratus untuk barangan jenama Proton Lifestyle, sepanjang karnival tersebut.

"Selain itu, pengunjung karnival juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan keselamatan kenderaan secara percuma, memandu uji pelbagai model kereta Proton khususnya Iriz dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik termasuk 'gymkhana', demonstrasi pasukan Proton R3, pameran interaktif, pertunjukan kereta dan acara hiburan," katanya.

Karnival itu yang dibuka percuma kepada umum dari pukul 10 pagi hingga 7 petang, dianjurkan secara usahasama antara Proton, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia. 

Thursday, July 26, 2012

Buat Stok....


stok pampers


stok susu




















Bukan nak promot susu ke pampers. Cuma nak bagi tau, bila ada sale jer kat supermarket, diskaun 2-3 hinggit, beli la berlambak-lambat buat stok. Boleh jimat sampai 2-30hinggit gak. Wow .....banyak tu, jimat giler ni. Pastikan susu ngan pampers sama kaler. Heheheh.....

Pengasuh anak aku pun bila dia balik kg, kalau ada sale dia tolong beli kan, 10 packet tu.........baru jimat byk katanya. Berapa ratus aku nk kena keluarkan.

Gambar Belangkas