Showing posts with label Cape Rachado. Show all posts
Showing posts with label Cape Rachado. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Tanjung Tuan @ Cape Rachado - Part 2

 Masing2 sedang meninjau ke bawah....bakal menempuh satu laluan menurun bukit yang mencabar...apatah lagi pendakian semula naik...memang cabaran yang menguji badan dan kaki..... bagi tuan punya blog....rasanya daku tidak sanggup "menyiksa" kaki dan lutut ku... 

cukup lah hanya bergambar sahaja di sign board rumah api tersebut....
 Apatah lagi saya kena menemankan Prof Dekan yang sudah pasti TIDAK akan turun dan mendaki semula naik ke atas memandangkan beliau baharu sahaja menjalani operation lutut beliau...
 Prof Dekan dengan tongkat ajaibnya! hehehe
Kami hanya turun sehingga Pit Stop ke 2 dan berpatah balik....
 Dalam perjalanan pulang...kami berdua berjalan santai ... sambil belajar mengenali flora dan fauna yang terdapat di sepanjang trail tersebut...melalui seorang pekerja Rumah Api tersebut yang sama-sama berjalan turun kerana beliau hendak keluar membeli makanan.
 Pokok Tembusu ~ struktur kulit dan batang nya yang unik

 Species mamalia yang terdapat di hutan simpan ini... 
suspen jugak...nasib baik tak berjumpa binatang2 ni di tengah jalan...hehehe...
 Sampai semula ke Rumah Api Cape Rachado, kami berjalan mengelilingi sambil menikmati pemandangan Selat Melaka yang sayup..
kelihatan kapal-kapal dagang sayup mata memandang sedang melintasi Selat Melaka...
namapak tak? hurmm...kalau tak nampak....???? hehehe
 DI antara pohon-pohon renek yang terdapat di situ..

 Pokok Meranti Tembaga yang sangatttttttttttt besaaaaarrrrrrr dan tingggiiiiiiiiiiiiiiiii
 Pekerja tu memaklumkan bahawa umur pokok ini sudah melebihi 100 tahun!
 Beliau juga memaklumkan bahawa umur kayu ini yang dahulunya adalah tiang pagar ke rumah api itu sudah melebihi 200 tahun!
Hurmmm...dah tak ingat nama pokok ni...sejenis pohon Meranti juga...(kalau tidak silap)

Alhamdulillah..akhirnya kami selamat tiba ke kaki bukit  dan meneruskan penerokaan kami ke tepi pantai pula...

Sunday, February 13, 2011

Tanjung Tuan @ Cape Rachado

Tanjung Tuan @ Cape Rachado (nama yang diberikan oleh Portugis) , terletak dihujung tanjung di sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka..di hujung tanjung terdiri sebuah rumah api yang menghadap Selat Melaka.  
Sekitar 1606, pantai Tanjung Tuan terkenal sebagai kawasan pertempuran tentera laut.  Selepas penaklukan Portugis ke atas Melaka pada 1511, Portugis merancang membina sebuah rumah api untuk mengawal kapal-kapal yang melalui Tanjung Tuan.  Rumah api Cape Rachado di bina sekitar tahun 1528-1529.  
Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641, kemudian kepada pihak British pada tahun 1824,  struktur rumah api berkenaan berpindah milik kepada mereka.
Pada tahun 1921, kawasan Tanjung Tuan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dengan keluasan 80.97 hektar dikenali sebagai Hutan Simpan Cape Rachado.
Tanjung Tuan adalah lokasi strategik bagi penggemar burung untuk melihat burung terutama ketika musim penghijrahan dari Hemisfera Selatan ke utara apabila musim sejuk menghampiri penghujungnya.  Burung2 ini akan singgah di sini dalam perjalanan pulang mereka yang melebihi 10,000km ke Siberia, China, Mongolia, Korea, Japan dan India, terutama burung Honey Buzzards, black baza, Japanese sparrowhawk, Chinese goshawk and grey-faced buzzard.
(sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Melaka)
Pada cuti CNY tempohari, saya bersama sekumpulan rakan sekerja telah berkampung di sana selama 3 hari di atas suatu tugasan.  Kesempatan yang ada telah kami ambil untuk meneroka hutan rekreasi Tanjung Tuan.
Penerokaan bermula di sini.
Pendakian yang memerlukan stamina....aduissshhhh semput juga daku...dah lama tak exercise...semputtt!!!
semakin jauh ditinggalkan rakan-rakan....
Saya suka tengok gambar ni, good perspective....and lots of greens....sooo cooling....
Akhirnya...........sampai juga kami ke Rumah Api Cape Rachado...
Alamak!....hurmmm...banyak lagi anak tangga yang perlu ku daki....!
Rumah Api Cape Rachado...

Dari sudut yang berbeza....
(to be continued............)

Gambar Belangkas