Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Kenali Warna Air Kencing Anda


2
Warna air kecing seringkali digunakan sebagai medium untuk diagnos pesakit. Warna, bau dan ketumpatan air kencing manusia boleh memberi pelbagai tanda.
Memetik dari entri di sebuah blog, disini disertakan warna air kencing dan apakah tandanya kepada seseorang itu.
1. Tidak Berwarna (Lutsinar) – Kandungan air dalam badan anda amat mencukupi(anda mengambil air terlalu banyak tetapi masih normal).
2
2. Warna Pucat jerami – Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup.
2
3. Kuning lutsinar – Anda masih lagi normal, cuma kuantiti air dalam badan agak berkurangan.


2
4. Kuning gelap – Normal, tetapi anda perlu minum lebih banyak air selepas ini.
2
5. Warna kuning madu – Anda kekurangan air, minum air sekarang.
2
6. Berwarna perang – Kemungkinan anda mengalami masalah hati(liver), sila rujuk kepada pakar atau doktor.
2
7. Warna Ungu – Gurau je, mana ada air kencing warna ungu.
2
8. Berbuih ataupun kabut – Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada organ dalam badan seperti ginjal. Segera berjumpa doktor.
2
Info ekstra:
2

Monday, July 25, 2011

Bila diserang Asma...

sumber : google

Asma ? bukan asmara yer...  lately deena kerap diserang asma terutama tengah malam. mungkin pemakanan atau cuaca kot, bila tetiba kena asma hanya 'Inhaler' penyelamat deena . dan jika masih takde perubahan terpaksa la ke klinik amik oksigen heee... buat masa ni cukup dah tu ngan inhaler jer :) Ada yang kata penyakit asma boleh pulih sepenuhnya tak pasti kesahihannya samada penyakit asma ni boleh baik sepenuh nyer atau tak.  dari kecik lagi deena dapat asma, truk gak kena dulu. Alhamdulillah bila dah matured ni * makin dewasa haa * ;) ada la kurang tak mcm dulu kerap di serang asma. Deena alah pada habuk, sejuk, dan asap rokok, so pada yang ada asma tu jangan ingat sakit ni takde risiko k, kena amik langkah berjaga-jaga dan tau macam mana cara mengatasi bila diserang asma.



sumber: google

Antara yang deena amalkan *ni klu kena kat umah atau tengah malam* bila kehabisan ubat (inhaler) tinggikan bantal atau kedudukan dada mesti ditinggikan, amik limau nipis belah dua diangkan atas api dalam 2 minit kemudian amik kapur sirih sapu dipermukaan limau dan gosokkan kat dada. Kaedah ni bleh buat pada anak kecil yg ada asma.  ataupun kalau ada daun inai rendamkan dalam air panas *dalam secawan , daun inai skit jer * sampai kekuningan dan minum, ulang lagi sehingga sesak dan rasa sempit di dada tu berkurangan..insyaallah.

Nak tau kita ada asma ke idak, dada akan rasa sempit,susah nak bernafas, batuk tengah malam dalam keadaan cuaca sejuk dan yang  paling truk nafas berbunyi macam ada wisel . seperkara lagi penyakit ni amat berisiko lebih-lebih lagi pada ibu-ibu mengandung dan waktu melahirkan. Ikut nasihat doktor, jaga pemakanan dan pastikan rehat yang cukup..



p/s: bila dah lega jer rasa buat segelas susu putih (panas) dan minum... 

Saturday, July 23, 2011

Minyak Zaitun mampu mencegah serangan jantung dan perut buncit !



Hujung minggu cenggini pasti semua amik kesempatan balas dendam rehat buat taik mata hehe... si anak plak celik mata dah tercongok depan tv layan kartun, si bapak nyer selagi tak tinggi matahari ngorokkkkk ! (dengkur) .Yang kita ni kaum-kaum ibu dari awal pagi membawak ke malam memang tak kering tangan buat itu ini, mana nak melayan si kecik lagi, yg sorang nak makan chicken chop laa.. haisshhh ! macam-macam karenah walau penat kita sebagai ibu takkan menghampakan permintaan anak-anak yer tak ?


Cer bab si bapak a.k.a en hubby nih, orang lelaki  bila tiba dorang demand nak makan sedap-sedap , semestinya masakan tadi ada lemak, dan berminyak kan ?  orang kita tak boleh lari dengan masakan lemak berkrim heee... Deena nak share apa kata tiap kali memasak masukkan dalam 2 sudu minyak zaitun tulen ke dalam masakan terutama masakan berlemak,berminyak, berkolestrol tinggi seperti kambing, lembu dan yang sewaktu dengan nyer.

sumber : google

Sebab nyerrr... dengan kekdah ni, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap dalam badan. dari segi perubatan minyak zaitun tulen ni jugak baik untuk  mengurangkan risiko sakit jantung (merendahkan kandungan kolesterol dalam darah) dan boleh juga mengurangkan lemak dibahagian perut.* sure en hubby tak boroi lagi pasnih  *   Sesape yang ada darah tinggi elok amalkan coz minyak zaitun tulen berfungsi menghalang darah dari melekit dan membeku. Ada banyak lagi kebaikan minyak zaitun ni sebenarnya dari segi kesihatan dan kecantikan haa....  So jika orang yang kita sayang ada penyakit-penyakit seperti diatas amalkan la tak banyak hanya 2 sudu ke dalam setiap masakan, atau nak minum macam tu jer pun boleh. (amalkan waktu pagi ). deena sarankan amik yang ada tertera di botol 'Extra Virgin'



p/s: dulu tau sapu kat prut waktu mengandung jer... * skang wajib ada kat dapur *

Saturday, June 25, 2011

Hidung tersumbat... komengaa... !


Haluuuu.... ! rasanyer waktu2 mcm ni nak plak malam minggu sure kengkawan tak tido lagi. Layan Fb dah tentu punya harusss gittew,  sambil tu jenjalan skodeng blog kan..kan..kan.... pada  yang tersinggah dan terjebak kat blog deena yang tak seberapa nih, mekasehhhh banyak2 =) coz sudi gak baca ntah ape2 dlm blog ni haa... kalau ada yang kengkawan nak tegur atau perbetulkan ape yang ada dalam blog ni cer bagitau ekk...

Yang sebenornyer deena nak cer pasal idong tersumbat,  pas dapat tau cik nurul miera  kita ni sesumbat trus dapat idea  . Sian kelemasan dia dek lobang idong tersombat heee..... " jgn mare nurul, bernas gak idea nurul tu kan.. " menjak akhir-akhir ni musim orang demam skali ngan pakej selsema haa... bila dah kena selsema musti idong ketat bak kata nurul..hehe.  okay deena memandangkan deena pun ada sinus sebelum ni, asalkan bangun pagi jer tros bersin siap berair mato den, tu blom lagi menyapu atau sejuk tak terkira satu hari teracium...aciummm ! hehe...

Bengkak kat bahagian tisu belakang hidunglah menyebabkan sesumbat :) dan doktor pernah nasihatkan deena agar jangan basah kepala bila mandi waktu malam, tu salah satu faktor penyebab gak.  Cer buat kekdah yang deena buat untuk membesorkan balik lobang idong tu yeww :-
http://www.emocutez.com

* Tutup sebelah lubang hidung dan tekan dgn ibu jari. hembus nafas perlahan-lahan. pastu ulang kekdah ni sebelah lagi sampai boleh bernafas.

* Lebihkan minum air masak terutama waktu siang

* Nak tido atau baring tinggikan skit pala. cara ni sesuwei untuk kanak-kanak.

* Gi farmasi cari pelekat untuk berdengkur tuh, ia bleh gak diguna pakai untuk idong tersombat haa...  coz mampu meluaskan rongga hidung kita.

* kekdah yang ni semua orang penah dan biasa dengar kot, titiskan minyak angin dalam semangkuk hayun.. heeeee... :) yang dah diisi ngan air panas pastu serkup pala ngan tuala dan hidu wap sauna minyak hangin tu tadi... insyaallah ada la kurang nnt..  p/s: nurul... cer buat ekkk... kalau tersombat gak gi klinik kasi sedut...


p/s: tgh layan citer peacemaker...

Friday, December 3, 2010

Info pemakanan semasa mengandung

Since pregnant ni mmg ada masalah terutama dr segi kesihatan deena. ( kencing manis )
dan tiap2 bulan jadi pengunjung setia di klinik utk ujian BSP dan perut. baru-baru ni deena
dinasihat kn oleh pakar pemakanan elakkan makanan yg berkabohidrat tinggi..

klu nak diikut byk yg deena xleh makan. xkan nak makan roti serat dan air tawar jer yer x ?
hmmmm... bkn x bleh makan nasi cuma perlu dikurangkan dlm sehari. seboleh2nyer cuba gak la ikut nasihat dorang kan..

nak share info ttg pemakanan semasa mengandung .

Mengapa pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
    • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
    • Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
    • berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
    • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyak yang perlu saya?
  • 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
  • 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
  • 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?
  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut kita lakukan?
  1. 'Lactose intolerance'
    • Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
    • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
    • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
    • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
  2. Loya (Morning Sickness)
    • Makan pada waktu makan yang teratur.
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
    • Minum banyak air.
  3. Sakit ulu hati (Heartburn)
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kunyah makanan dengan perlahan.
    • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
  4. Sembelit (Constipation)
    • Minum banyak air.
    • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

Deena : amal kan hingga bersalin.. :)

Gambar Belangkas