Showing posts with label siput. Show all posts
Showing posts with label siput. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Biskut siput berkrim


Raya dah nak abis, ada ker lagi orang nak buat kuih raya ekk ?? sebenor nyer resipi ni aku dapat dari kakak (Roslaili ) sehari sebelum raya., Lama dah dapat resepi cuma cara nak membuat asik gagal. bila dah bertentang mata baru berjaya gak aku buat biskut siput berkrim ni. cer layan ape bahan-bahan dan cara :-

Bahan untuk doh
# 5 1/4 tepung gandum
# 1 1/2 cawan gula aising ( klu nk manis lg boleh tambah )
#  2 cawan margerin
# 1 biji telur
# 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan utk krim ( perasa vanila )
# 1 1/2 cawan gula aising
#  3/4 cawan margerin
 # 1 sudu kecil esen vanilla
** semua bahan di kacau sehingga kembang dan ringan. masukkan ke dalam piping bag.

Cara untuk membuat doh:-
Pukul gula dan margerin sampai ringan, masukkan esen vanila dan telur kacau rata.
kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum kacau sehingga menjadi doh. Doh jgn terlalu keras susah nak menggulung nanti. kalau terkeras tambah margerin skit.


Okay step pertama yang perlu kita buat :-
No 1 ~ Bentukkan aluminium foil tu spt kon. ( aluminium foil di gunting 4 segi dan bentukkan spt kon )
No 2~ tepung di canai nipis di belah dlm anggaran 6 cm dan terbalikkan adunan tadi
supaya senang utk menggulung. ( gunakan spatula yang panjang utk memotong )
No 3~ Selepas dah gulung spt dlm gambar , sapu skit ngan kuning telor dan bakor
pada suhu 130C selama 20 minit.
No 4,5 & 6~ Bila dah siap keluarkan acuan bentuk kon dan boleh lah diisi dengan krim vanilla
dan tabur dgn manik warna warni.



 
p/s: budak-budak suka makan biskut nih.. :)

Gambar Belangkas