Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Chiang Mai ~ part 2

Assalammualaikum...

Jom sambung jalan-jalan
 ;)


Destinasi pertama, Doi Pui. Nak ke sini kena meredah bukit, jalan agak pening, tambah-tambah pening bila kena tukar daripada naik bas, kena naik pick up siam tu. Mula-mula naik tu ceria je semua, lepas 5-6 minit, semua diam. Pening! Tapi naik pick up tu dalam 15-20 minit je.

Kat sini cuaca dingin sangat. Rasa macam kat Cameron Highland je. 
Pemandangan cantik. Sini macam kebun diaorang la. Siap ada air pancut.
 

Masa sibuk-sibuk bergambaq tu, ada satu ada la sekeluarga ni yang pakai baju tradisional orang sini. Saya pun sibuklah nak bergambar dengan diaorang ni. Yela, saya nak sewa pakai pun, baju seksi je semua.


suka la tu pakai skirt kembang!

 Sini kalau nak shopping memang best! Harga murah, tapi kena pandai tawar la. Barang yang dijual pun semua yang diaorang buat sendiri. Bag jahit sendiri, kasut jahit sendiri, gelang-gelang ni tak payah cakap la. Sarung bantal pun banyak. Saya syorkan kalau gi sini, beli je, murah!!! Saya  menyesal tak beli banyak-banyak kat sini tau!

pilih...pilih..
tengok!! lepak bukan sebarang lepak, lepak sambil buat bag tau!  

 Pastu...pastu...pastu...
Kami dibawa ke Kilang batu permata. Gilesssss!!! Depa ingat saya bawa 5juta kot!! Bawa gi shopping kat kilang batu permata! Berpinaq biji mata!! Tapi bagus la, dapat la tau macam mana susahnya nak cari segala batu-batu yang bernilai tu. Patu dapat tengok cara diaorang buat cincin. Live tau. Tapi semua tukang tua je, yang muda dah tak berapa minat kot. Renyah betul. 

Yang tak bestnya, NO FOTO ye. Tak dapat la nak kongsi.
 


Show room dia...Besaqqqqqqq baq hang! Serius tak tau nak start mana dulu. Rasa macam nak belek satu-satu. Well...perempuan ngan permata memang tak dapat dipisahkan. Last-last, saya tanya, mana tempat cincin yang paaaaaaaling murah!! 
Baru senang saya nak pilih. 
;)








Jeng












jeng
















jeng








 
 
Ni je cincin yang saya mampu beli, silver yang disaluti oleh emas putih. Batu tu bukan batu sebenar, diaorang buat dari bahan kiama, tapi dijamin lebih berkilat dari diamond. Ni la cincin paling murah! Tapi takpe la kan, sebab memang bekenan. Suka sangat!




Pastu...pastu...pastu...


Serbu kilang madu la pulak. Kat sini madu 1kg dalam RM96. Madu asli tau. Tengok pun yakin la. Tapi tu la.. bukan tujuanku kesini nak membeli madu.. So, saya tengok-tengok je la. Orang lain, shopping sakan!



Pastu...pastu..pastu..


Kilang payung & kipas. Kira hari tu kami semua layan kilang je. Kedai-kedai ni tak main arrr.. ;)
Sama gak, satu-satu cara penghasilan dibentangkan depan mata. Laju betul akak-akak ni buat payung. Cayalah!!

stedy makcik!!

aihhh...pandainya!!

marilah kita bergambar bersama payung ;)



Pastu...pastu..pastu..

Pastu malam la.

Lapaq oooo..

Tapi dari tadi Pak Kasim si pemandu pelancong yang sangat sabar tu dok canang cita, menu kita malam ni istimewa ya kak, sepesieeeeeeel bangat.Dia cakam melayu + indon + siam petani. Cakap la gaya camna pun, janji kami faham ye pak!

Okey.
Saya memang tak sabaq nak makan malam, lapaq tau! 

Bila sampai tu kami semua dah

 waaaahhhhhhhhhhh.....
cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkknya....

 
 Yang paling best, tuan kedai ni hias kedai dia macam dulu-dulu punya kedai runcit. Barang-barang deko pun semua barang lama. Rasanya la kan, dulu atok dia buka pasaraya kot, pastu banyak barang tak habis, dia pun buat la deko kedia dia ni. Terbaikkk arrr!!


kan dah cakap...banyak sangat2!!



 Lepas makan, kami dihiburkan dengan tari menari ni. Ok la.. Tapi semua orang dah penat, masa ni bantal kat hotel lagi menarik. 

 So, kami tengok separuh je persembahan ni. Semua ngantuk nak balik.


ada tebu!! sedap. sorry, gambar makanan lain tak sempat nak ambil, lapaq!


 tamat hari ke-2

Monday, October 7, 2013

Aktiviti paling sihat untuk tahun ni : kayuh 'gerek'

Assalammualaikum...

Semangat nak cerita ni..
Al-kisahnya, pejabat buat 'offer' siapa yang nak beli basikal, boleh buat loan dan bayar bulan. Sebabnya, pejabat akan buat aktiviti kayuh mengayuh ni, so..kalau tak ada basikal, macam mana nak join aktiviti kan? Ramai la yang beli. Saya tak beli, sebab dalam kepala otak nak pinjam yang ayah mertua punya. Saya sebagai menantu, taknak lah  bagi ayah mertuaku membazir, beli basikal, pastu simpan...Sayang ooooo.. So, sebagai menantu BERTUAH, dengan senang hatinya saya rembat basikal tu..hehe.. Pinjam ye ayah.. Takpa, ayu jaga basikal ni elok-elok... 2-3 tahun lagi baru ayu pulangkan tau! muhahahahaaaa.....;)


Lama gak ayah beli basikal ni, tapi sebab tak dan nak kayuh, tersadai la dalam store tu. Elok sangat-sangat lagi basikal ni, tak ada cacat cela pun. Lepas basuh, macam baru kot! Lepas je basuh, Mat Fariq suruh kayuh pusing taman, biasakan diri ngan basikal tu katanya, memang semput arrrr.. Lama kot tak kayuh basikal ni. Dolu-dolu saya memang tersangat la pakar. Setakat lepas tengan sambil layan selekoh tu biasa aarrr... tapi doooluuu la.. sekarang tidak lagi. Malam tu tidur dengan kaki yang  lenguh okey!!



Petang Jumaat lepas, sesi kayuhan bermula..Lokasinya Padang Besaq nuuu... Kami taklah kayuh dari Kangaq ke sana, mau tercabut lutut kalau buat macam tu. Basikal kami ada lori angkut, kami pulak naik kereta. Kebetulan la cuaca sangat baik. Baru lepas hujan... memang tak panas la.. dingin je..

Geng perempuan masing-masing memang dah lama tak kayuh basikal, semua main lawan pandang je. Nak tukar gear pun tak reti tau. Main redah je. Nasib baik Mat Fariq suruh naik basikal tu semalam, kalau tak memang gelabah la. TQ abang! Jasamu ku kenang. ;)


Peserta semua dalam 27 orang, mula-mula, kena la merenggangkan otot-otot yang dah lama tidak direnggangkan ye. Saya memang warming up betul-betul, sebab kalau buat main-main, mau lenguh seminggu dik...


Geng perempuan semua kena di depan. Saya mula-mula la depan, pastu dok belakang je la.. hehehe.. Bukan tak larat, tapi malas lah nak tunjuk bakat. ;D


Ni hero-hero.. Rupanya depa semua ni memang dok kayuh basikal. Kira pro dah depa ni. Patut la relex je.. tak penat langsung!! Masa tengah kayuh pun boleh dok rancang nak kayuh lagi malam tu. Gilessss!! I jeles tau, mana uols dapat tenaga macam tu?? Dasyat!!

Yang baju hijau ni Kak Jas! Semangat dia fuuuuhhhhhhhh!!! Dasyat!! Tabik la Kak Jas. Malu kot kalau kalah ngan akak ni, so...saya buat-buat la kuat. Kugagahi jua!


Tengok!!! Kak Jas tu dok depan tau!! Terus rasa nak sembunyi muka! Kak Jas, slow la sikit, kan dah janji nak kayuh pelan-pelan je.. ;P


Tengok pemandangan!!! Ladang tebu okey. Ya Allah... Rasa tenag sangat sampai lupa yang saya ni tengah penat kayuh basikal. Serius rasa free otak ni.

 
 Ni kami berhenti minum. 2 botol air saya rembat. Haaahahaa.. rakus tak? Dahaga tahap gaban! Teserlah muka bahagia diriku bila jumpa air! haha.

Okey..okey..okey... ni gambar yang paling saya suka. Nampak macam saya kayuh basikal tu laju gila kan? kan? kan? Nampak macam tangkas gila diriku! kan? kan? kan? Tapi hakikatnya TIDAK!! Abang yang tangkap gambar ni yang laju sebenarnya! Hehehe...


Ni kereta yang mengekori kami sepanjang perjalanan. Masa lepas rehat, saya memang rasa macam nak naik keta ja... Lutut dah menggigil. Tapi macam malu pulak. hehe..


Yeaaaaaaa sampai dah!! Berjaya!! Masa ni lutut dah ke kiri ke kanan dah. Lembik dah!!


Baru nak relex, panggil untuk warming down la pulak! saya masa ni kepala ingat nasi kandaq ja. Lapaq oooo. Kalau uols tengok betul-betul gambar ni kan, uols akan nampak saya tengah terlioq tengok kuih tu! ha..cari..cari.. ;)


Daripada apps MOVE kat fon saya, nilah masa yang kami ambil untuk kayuhan ni.Jarak dalam 13km. Macam pro kan? hahaha.

Sikit la info yang saya boleh kongsi, info ni pun dari kawan-kawan yang dah pro, katanya, kalau tak nak lenguh kaki, selain daripada warming up & down, pastikan kaki kita lurus masa kita kayuh. Tempat duduk tu kena tinggi.Macam gambar kat bawah ni. Lurus je kaki. Dan alhamdulilah, memang kaki saya tak lenguh pun besoknya tu. ;)




mamat-mamat ni semua balik ke kangar naik basikal. ishh...jauh okey!

Lupa nak bagitau awal-awal, gerek tu ialah basikal. Tu bahasa kebangsaan perlis. ;)

Sunday, August 18, 2013

Kerja Semula

Setelah genap 2 minggu bercuti, sebelum Syawal, cuti Hari Raya Aidil Fitri dan post-Raya ... kini kembali ke pejabat semula. 
Actually I really deserved the holidays since work was very hectic the last 6 months since early of the year, specifically since I took this admin post in January 2013. So this holiday was really looking forward to..and besides celebrating 'Eid, I just lazily resting at home.  

So, today, back to work again! Rindu lah pulak nak tengok pejabat semula...Apa jadi kat pokok-pokok depan pejabat tu? Mudah-mudahan cleaner yg sapu-sapu rajin lah  menjirus nya , kalau idak harus dah layu kekuningan semua pokok tu ...

ok..bye..Off to work now..Wassallam.

Monday, July 22, 2013

Sayalah budak kedai Foto & Kasut

Assalammualaikum..

Hari ni saja-saja je nak bercerita.

Saya ambil SPM tahun 2001. Lepas habis SPM, saya duduk rumah 1 minggu je. Bosan sangat!! Saya pun keluarlah mencari la kerja kat kangaq yang penuh pancaroba tu. Sorang-sorang okey. Saya ni memang jenis relex je.. Saya boleh je jejalan sorang diri, shopping sorang diri.. kira koboi je.

 Satu kedai satu kedai saya tanya. 'ada kerja kosong tak?'  Malu tau sebenarnya, tapi nak kerja punya pasal kan..

Nak dijadikan rezeki, saya dapat kerja kat kedai gambar. Kedai mualaf. Kedai tu uncle bahagikan dengan isteri dia, so...sebelah kedai gambar, sebelah kedai emas. Tingkat atas salon, auntie punya gak. Tingkat atas sekali, rumah depa la.

Gaji RM350 sebulan. Kerja 9 pagi - 6 petang. Saya pergi kerja dengan ayah, awal la.. kul 8 pagi dah sampai kangaq, lepak dalam kereta 45minit, pastu baru jalan gi kedai. Best tau suasana pagi. Tenang je.

Selalunya saya akan sampai awal, uncle tak buka kedai lagi. Soo..jadilah saya penunggu setia, bertinggong depan kedai. ;) Bila uncle buka, saya pun mula la, kemas kedai, sapu sampah, lap cermin-cermin tempat simpan emas tu, susun-susun apa yang patut. Saya suka kerja tu sebenarnya.

Uncle pulak ada 2 orang anak perempuan. Dua-dua baik.

Waktu paling best, 2 minggu sebelum raya. Meriah sangat-sangat!! Orang ramai sangat!! Tambah pulak blok kedai saya kerja ni kedai kasut, borong din, bank... memang jadi tumpuan la. Best tau!!

Tapi...ada satu kejadian yang saya takan lupa. Masa tu saya berdiri kat depan kedai..saja la tengok orang lalu lalang. Sekali tu, sorang makcik ni yang tengah jalan dengan anak lelaki dia, pusing belakang, tarik budak perempuan yang baru selisih dengan dia, zassssss.....zasssssss....zassss......budak tu kena tampaq dengan makcik tu. bertubi-tubi. Ternganga saya. Pastu makcik tu maki-maki sampil pukul-pukul. Anak lelaki dia yang kat sebelah tu mula-mula biar, tapi bila dia tengok mak dia 'naik hantu' baru la dia tarik mak dia. Dari apa yang makcik tu maki, saya dapat tangkap la yang perempuan tu rampas suami dia. Tapi kan..perempuan tu muda sangat, macam belajar lagi je. Anak lelaki makcik tu siap cakap, 'kita jumpa kat mahkamah'. Bayangkan orang tengah ramai masa tu. Kesian...tapi mesti ada hikmah Allah nak bagi depa tu berjumpa kan?

Lagi satu, masa kerja kat kedai tu, saya dah macam jadi geng dengan 'orang-orang istimewa' yang selalu tadah tangan minta duit tu. Tiap-tiap hari depa akan mai minta duit. Saya bagi sebulan sekali je, masa dapat gaji. Ada la satu hari tu, salah sorang mai minta duit, saya cakap la tak ada duit. Dia terus keluarkan duit dalam poket dia, pastu baling, bagi melayang-layang atas muka dia. Lawak!! Tu nak menunjuk la yang dia banyak duit! Pastu auntie buat gaya macam nak terkam ambil duit dia, laju je kutip balik & lari sambil buat muka marah. Haahahhaaa.. lawak tau.

gambar ni uncle yang ambilkan.. ;)
Disebabkan lama kerja kat situ, saya rapat la dengan kakak kedai kasut. Haaa....'kakak' tu merujuk kepada tokey kedai kasut tu ye, dia berbangsa cina, tapi semua orang panggil dia kakak. Sempoi je. 2 minggu sebelum puasa, saya kerja part time kat kedai kasut. Habis kerja kat kedai gambaq kul6, terus je sambung kat kedai kasut. Pastu rehat untuk berbuka. habis kerja kul10 malam. Gaji RM35/hari.

Kat sini pun best. Kiranya kerja kat sini kan, jumpa habis adik beradik, jiran-jiran, kawan-kawan. Semua mai beli kat kedai ni. Seminggu sebelum raya tu, orang teramat la ramai. Sangat ramai, jalan memang bahu bertemu bahu. Ala...kat perlis masa tu memang tu je la kedai kasut yang okey pun.hehe..

Masa mula-mula memang kekok nak tunduk-tunduk bagi & pakaikan orang kasut, tapi bila dah ramai sangat orang, pastu nak cepat, rasa okey je tunduk-tunduk pakaikan orang kasut, picit-picit kat depan kasut nak tengok ketat ke tak. Buang ego la kiranya. Rasanya sebab tu la sekarang ni saya akan rasa okey je bila kena merendahkan diri, tak kisah la apa situasinya. Ala..kalau kita meninggi diri dapat paha ok gak, ni tak dapat apa pun, so biasa-biasa sudah. Ni tak cita lagi kalau stok kasut sampai. Bersila tepi kaki lima tu biasa. Memang tak ayu langsung la. hehe..

Semua ni kenangan yang sangat best. Kakak pun sampai sekarang, kalau beli kasut kedai dia mesti bagi murah gila. Kadang-kadang tu kurang sampai RM10 tau! Walaupun saya kerja kejap je dengan dia, dia tetap ingat, tu yang best.

Semua ni kenangan yang sangat best. Tak kisah la apa bangsa kita, apa agama kita, yang penting kita hormat menghormati. Saya bekerja dengan dua majikan berbangsa cina tapi sorang beragama islam, sorang beragama ibunda dia la, tapi dua-dua baik, dua-dua tunjuk contoh yang baik kat saya, dua-dua sampai sekarang selalu je bagi diskaun kat saya. like! like!

Masa berhenti kerja, uncle bagi gaji lebih, dekat rm1,000 la.. Dia cakap buat belanja nak masuk belajar, jadi, saya terus gi kedai sebelah, buat spek.. hehe..

Last day kerja, sedih nak berhenti, tapi semangat nak sambung belajar. Apapun..ni cuma secubit je daripada  pengalaman saya bergelar budak kedai, ada banyak lagi yang pengalaman best! Kalau ada rekezi kita birak lagi la yek. okey..wassalam.. 







 

Tuesday, June 11, 2013

Arahan Majikan Vs Arahan Allah

Assalammualaikum....

Saya suka tempat kerja saya sekarang. Setiap Jumaat, akan ada Ustaz bagi tazkirah pagi. Ustaz yang bagi tazkirah pun ditukar-tukar. Tapi semua Ustaz yang mai tu, memang best. Masing-masing ada kekuatan dan tarikan tersendiri. Kalau dulu, hari Jumaat mesti rasa nak cuti.. Tapi sekarang ni, dah rasa rugi sangat kalau cuti hari Jumaat. Tazkirah tu buat saya suka hari Jumaat.

Setiap pagi pula, kami kat pejabat ni, diwajibkan membaca Al-quran. Kiranya sampai je kat pejabat ni, kul8-8.15 pagi tu semua akan berkumpul ikut unit masing-masing, pastu baca quran dan maksudnya. Ada juga yang lajak sampai kul 8.30-8.45 pagi. Ala...benda yang baik, apa salahnya kan..

Best kan kerja kat sini? Susah kot nak ada pejabat yang mementingkan hubungan staf dengan Allah.
Arahan majikan saya selaras dan selari dengan arahan Allah.

Masa mula-mula arahan baca Al-quran tu kan, saya terus kerdutkan dahi ni. 
Dalam hati ni, terus je rasa ' eh..tah apa-apa la, ikut suka la orang nak baca ke tak, ish..tak sesuai la!' Serius, tu yang terus terdetik dalam hati. Rasa macam tah apa-apa je, orang baca quran kat rumah, mana boleh paksa-paksa. Lagi satu, malu la.. saya ni bukannya pandai sangat membaca, tersekat-sekat je.. Malu!! Takmau!!

Tapi kan..bila dah lama-lama ni, rasa seronok pula baca quran ramai-ramai.... baca makna sama-sama.... Dah rasa selesa sangat. Kalau tak baca, mesti rasa kosong. Kalau cuti lama-lama mesti rasa ketinggalan. Dah boleh rasa hubungan rohani tu. Bukan saya sorang je tau! Tapi kami semua yang bekerja kat sini. 

Bila fikir balik, rasa bersyukur sangat dapat kerja kat sini. Sebabnya, saya terdedah dengan persekitaran yang sangai baik. Pergi unit ni baca quran, pergi unit tu baca quran. Bila hubungan dengan DIA baik, insyallah hubungan sesama manusia pun baik.

Yang terbaru sekali, kami diarahkan untuk membaca hadis setiap kali selesai mesyuarat. Tak kisah la mesyuarat apa pun, sorang, kena baca hadis untuk renungan. 

Best kan kat sini. Apa saya yang kami buat, kami akan diingatkan tentang akhirat. 

Saya tulis ni bukanlah bertujuan nak cakap saya  dan semua staf ni baik atau sempurna, tapi sekadar nak cerita persekitaran kat tempat kerja. Kami semua dalam usaha nak jadi manusia yang baik. Tau tak, bila baca quran dan maksud yang betul-betul kena kat batang hidung ni, rasa bersalah sangat-sangat tau!! Bila baca buku, rasa juga bersalah..tapi bila terjemahan quran ni, rasa tersusuk ni lagi dalam. Kalau tak percaya,cubalah. ;)

Geng mengaji saya dah sampai ayat 33 Surah Al-A'raf.. Saya terpanah dengan ayat 26nya yang bermaksud WAHAI ANAK ADAM! SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADAMU PAKAIAN UNTUK MENUTUPI AURATMU DAN PAKAIAN INDAH UNTUK PERHIASAN. DAN PAKAIAN TAKWA ITULAH YANG LEBIH BAIK. YANG DEMIKIAN ITULAH SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH, MUDAH MUDAHAN MEREKA SELALU INGAT.'


;)


 

 

Monday, June 10, 2013

DIY : Tempat sangkut kerongsang & jarum

Assalammualaikum..

Saya ni jenis tangan kayu. Apa sahaja benda-benda yang renyah ni memang saya tak suka & tak tahu. Tapi sejak dua menjak ni saya macam minat je.. Macam suka je dengan benda-benda yang penuh merapu ni. hehehehhee..

Projek DIY saya yang pertama. Tengok..dah tua camni baru la nak ber DIY kan..
Saya buat pun sebab benda ni perlu.


 PROJEK 1
 TEMPAT CUCUK JARUM
Saya pengguna jarum. Siapa pun yang pakai tudung akan guna jarum kan. So...kena la ada tempat cucuk jarum. Sebelum ni saya pakai bekas jarum yang beli kat kedai je. tapi sebab semangat,saya buat la tempat jarum ni. Sesaja je.

kain ikut saiz frame yang nak dibalut

budak jual tu cakap benda ni nama fiber, betul ke fiber?


gunting kain,gamkan macam gambar tu.

pastu masukan fiber. bagi gebu.

siap!! pastu hiasla ikut selera anda.
 
 Saya cari frame lain sebenarnya. Tapi tak jumpa. So...terpaksa tukar konsep! Takpe la.. okey la juga kan.. Insyallah nanti kalau jumpa frame macam yang sana nak,boleh la tukar.



PROJEK 2
TEMPAT SANGKUT KERONGSANG
Saya sangat suka kerongsang yang berjurai-jurai, yang besar, yang nampak tradisional. Sebelum ni simpan dalam kotak je. Bacam tak best pula simpan je dalam kotak, so sebab tu la saya buat tempat sangkut.


gunting kotak lama & tuala panjang ikut saiz frame.

susun macam gambar, lagi tebal lagi bagus. lagi nampak kemas.

balut. buat banyak2 sampai cukup untuk papan frame.gamkan sekali.

taraaa.....dah siap dah. ni la koleksi kerongsang kesayangan.

Best rupanya buat DIY ni kan. Rasa macam kewanitaan sangat.hahahhahaa.... 
Okey..wassalam... sehingga kita bertemu lagi..
;)

Saturday, January 12, 2013

Lantikan Jawatan Baru

Ya Allah Ya Tuhan, aku redho dengan takdirMu. jika ini sudah tersurat buatku, Engkau kurniakanlah kepadaku kekuatan iman dalam diriku, agarku dapat mengharungi tugasan yang diamanahkan kepadaku ini dengan cemerlang dan semoga Engkau ilhamkan kepadaku pilihan yang benar dalam membuat keputusan yang adil dan saksama.

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat bacul dan kikir. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang."

"Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badanku. Sejahterakanlah pendengaranku. Sejahterakanlah penglihatanku.

Friday, October 5, 2012

bz! bz! bz!


assalammualaikum..

minggu ni sangat sibuk. kejap saya kat pejabat, kejap saya kat padang, kejap saya kat kuala perlis, kejap saya kat arau! letih.

nama pun kerja kan. cari makan.

bak kata linda on, busy is good!

alhamdulilah la ada kerja kan.. :)


Gambar Belangkas