Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Saturday, May 30, 2015

Mahu "lenjan" Kad Kredit tanpa membayar sesen pun kepada Bank?



Ya, anda boleh menggunakan kad kredit tanpa membayar sesen pun kepada bank. Apa tidaknya, bank mudah membuat untung menggunakan wang orang lain. Dia ambil duit kita pada kadar yang murah, kemudian bank akan bagi pinjam duit kita kepada orang lain pada harga yang mahal (sehingga 18% setahun bagi kad kredit!). Adalah lebih baik kita mempergunakan bank daripada bank menggunakan kita.

Disini saya sertakan serba-sedikit tip-tip bagi mengelakkan membayar duit kepada bank ketika menggunakan kad kredit.

  1. Bayar sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran. Biasanya disebut "due date" iaitu tempoh 20 hari selepas penyata dikeluarkan. Jika takut terlepas pandang, setkan tempoh bayaran secara auto menggunakan internet (Maybank2u, CIMB clicks dll).

p/s: Kita tak perlu bayar awal sebelum masanya kerana tiada faedah yg banyak kepada kita melainkan bank. Jika dikira, wang kita boleh disimpan dimana-mana tempat seperti pasaran wang, akaun semasa berdividen, saham dan kita boleh menerima faedah atau dividen atau untung dalam masa yang sama bank tolong bayarkan segala pembelian kita. Apabila kita bayar pada masanya, tiada caj boleh dikenakan kepada kita. Nah, inilah kelebihan kad kredit!

Sebenarnya, bank caj biasanya dalam 2% kepada penjual. Jadi, secara tak langsung kita telah bayar duit kepada bank ketika pembelian TETAPI kita tidak begitu terasa kerana; biasanya bayaran tunai dan kad kredit adalah sama. Jika kita membeli susu berharga RM100, harga tunai dan kad kredit adalah sama kecuali jika penjual mengenakan caj menggunakan kad kredit kepada kita (biasanya barangan elektrik). Ini bermakna bagi tunai, 2% itu pergi kepada penjual. Bagi kad kredit, 2% pergi kepada bank. Jadi, bank tolong bayar untuk kita, kita ambil duit kita untuk melabur dan bagi orang yang pandai mengurus wang, keadaan ini ada amat baik untuk mereka.

  1. Jika tetiba ada satu bulan kita terlupa membayar pada masanya, jangan risau. Ada juga cara untuk mengelak denda. Cubalah telefon bank untuk meminta pengecualian denda. Jika rekod bayaran kita adalah baik, bank pastinya akan memberi kelonggaran. Macam mat saleh kata "you got nothing to lose. What's the worst that can happen? Request denied or rejected. Jadi, cubala saja. Jika tidak berjaya kali pertama, cubalah untuk kali kedua, mungkin kita akan bernasib baik selepas itu.

Kita boleh cuba bertanya bank bagi sebarang denda atau yuran seperti denda lewat, caj finance, cukai kerajaan dan lain-lain!

  1. Jika bank masih berdegil, gunakan kuasa anda untuk MENUKAR/ batal kad kredit anda. Mana tahu, bank mungkin takut atau berasa rugi kehilangan anda lalu meluluskan permohonan anda. Ini tidak mustahil! Boleh juga cuba dengan menukar akaun bank gaji (terutamanya jika gaji anda tinggi), tutup akaun pinjaman, semasa, simpanan dll. Tak semua saya pernah cuba ini tetapi apa salahnya cuba jika tiada gangguan kepada kita).

Jika anda rasa kad itu terlalu baik untuk ditukar, cuba terangkan kelebihan yang bank dapat dengan menjadikan anda sebagai pelanggan.

Akhirnya, tiada kad yang sempurna, jika bank masih berdegil, tukarlah sahaja. Begitu banyak kad kredit di Malaysia dan masing-masing punyai kelebihan. Tiada gunanya kita setia kepada bank yang "sombong" atau tidak hargai kita. Macam Sarimah cakap kepada Abd Wahub, "sekali disini petik, 10 yang datang, tau!"

TIP UTAMA: pastikan ada berbelanja mengikut kemampuan. Jika tidak, tiada siapa boleh menolong anda kecuali anda sendiri. Melainkan anda tetiba ada duit "terpijak" atau tetiba merupakan pewaris harta Ismet Ulam Raja, biarlah berpijak di bumi nyata.

Silalah kongsi di sini jika anda tip-tip tambahan menggunakan kad kredit.

Saya terfikir untuk mengomel mengenai pinjaman ASB jika ada yang sudi mendengar. Hingga jumpa lagi.

Keywords: Kad Kredit, tips, travel, melancong

Tuesday, March 31, 2015

CONVERT MAYBANK TREATPOINTS UNTUK DAPAT 10% BONUS ENRICHMILES

Awal tahun 2015 ini, saya dan suami sudahpun convert hampir kesemua Maybank Treatpoints yang kitorang kumpul selama setahun kepada Enrich Miles, dan sudahpun redeem tiket kapal terbang kelas bisnes ke Italy pertengahan tahun ini. Saya ada update blog ini dengan entry pasal redemption yang dibuat itu di SINI.
 
Pagi tadi, masa sembang-sembang pasal GST di meja breakfast dengan suami, dia nampak ada email masuk dari maybank di smartphone. Dia terus tengok, dan dengan cerianya menunjukkan kepada saya yang Maybank dan Enrich membuat tawaran bonus. Dua tahun yang lepas kitorang dah pernah ambil peluang begini.. masa tu 15% bonus enrich. Kali ini 10%, but it is still worth it!
 

Sekarang ni, adalah sket2 belen berbaki dan hasil penggunaan kad kredit secara berhemah (cewahh!) 2-3 bulan yang lepas. Tak banyak, tapi demi mendapat tambahan 10% enrich, kami perlu ambil kesempatan ini. Caranya mudah, hanya call maybank customer service no. dan minta mereka tukarkan semua treatpoints yang ada kepada Enrich Miles. Nanti dalam 7 hari bekerja, Enrich Miles akan dikreditkan ke dalam akaun Enrich kita, plus 10% Enrich Miles bonus tu.
 
Katakan saya leh tukar treatpoints kepada 10,000 enrich, saya akan mendapat 10,000 + 1,000 bonus = 11,000. Hm, that is not bad! Bukan senang nak mendapat 1,000 enrich tau.
 
Promosi ini berlangsung dari hari ini 1 April 2015 sehingga 30 April 2015. So dalam masa sebulan ni, kumpullah treatpoints banyak-banyak. Dah nak hujung bulan nanti baru convert ke Enrich. Haa.. barulah banyak bonus leh dapat.
 
Perlu dinyatakan bahawa promosi ini diberikan kepada semua pemegang kad kredit Maybank 2 Cards Premier sahaja. So kalau korang belum memiliki kad ini, jangan lupa untuk memohon. Kad ini adalah kad kredit terbaik untuk Enrich Miles collector sebab ia memberikan 1.1 Enrich Miles untuk setiap RM1 perbelanjaan. Mana ada kad kredit lain boleh celen kad ini dalam conversion rate ke Enrich ini.  Bayangkan kita bayar RM100 untuk maxi, leh dapat 101 enrich miles, isi petrol sebulan dalam RM300, leh dapat 303 enrich miles. Senang citer, kalau sebulan kita berbelanja dalam RM1,000, kita leh collect 1,100 enrich miles!
 
Tips untuk collect Enrich Miles yang banyak? Senang jer... Gunakan kad kredit Maybank AMEX Reserve (1 daripada kad kredit Maybank 2 cards premier) ini di mana-mana sahaja, walaupun untuk makan sepotong kek RM10 di Secret Recipe pon saya bayar pakai kad kredit sebab saya leh dapat 11 enrich miles! Biarlah orang tengok saya macam teruk benor sket2 camtu pon pakai kad kredit. Nak kutuk ke ape ke saya tak kisah.. sebab saya  dan suami memang serious kumpul enrich miles ni. Disebabkan kesungguhan inilah saya dan suami dah bertahun-tahun berjaya terbang ke Eropah dengan kapal terbang MAS kelas bisnes! Kalau bayar sendiri tiket kelas bisnes ni, dalam RM20k sebenarnya.
 
SO guys, make good use of your credit card. Tapi make sure, lepas gunakan terus bayar! Install apps M2U kat henpon canggih korang. Anytime lepas buat bayaran di kaunter/internet pakai kad kredit, lepas tu terus transfer duit dari akaun kita ke kad kredit tu melalui M2U apps tu. Dengan cara ini kita takkan berhutang. Kita hanya jadikan kad kredit sebagai medium untuk membayar. It's a clean and easy transaction.

Thursday, February 19, 2015

KAD KREDIT : BEZA PENGGUNA BIASA DAN PENGGUNA BERADA

Baru-baru ini saya dan En. Suami kerap bersembang tentang kad kredit; kebaikan dan keburukan menggunakan kad plastik itu. Secara kesimpulannya, kami sama-sama setuju yang penggunaan kad kredit banyak membawa kebaikan jika kita pandai menggunakannya secara berhemat. Bila kita banyak berhutang, jangan salahkan kad kredit, tapi salahkan diri sendiri kerana tak boleh menahan nafsu daripada menggunakannya. Kami memperolehi banyak kelebihan daripada menggunakan kad kredit, seperti points yang ditukar kepada Enrich (a.k.a. free flight tickets), masuk airport lounge percuma, dapat diskaun di restoran-restoran terpilihn sehingga 50%, tengok wayang beli 1 percuma 1, dapat elite status hotel (last year kitorang dapat jadi Hilton HHonors Gold club members yang membolehkan dapat upgraded ke executive floor dan late check-out sehingga 3pm), dan sebagainya. Senarainya panjang. 

Tahukah anda yang bank banyak mendapat keuntungan dari pengguna kad kredit yang dari kalangan orang biasa-biasa macam saya dan anda. Sebab orang macam kita suka berhutang, bayar minimum dan bayar lewat. Bank susah nak dapat untung daripada orang berada sebab dorang bayar before due date, jadi mereka tak kena apa-apa caj, walaupun penggunaan mereka lebih tinggi daripada kita. So, sekali lagi kami menyimpulan bahawa kita kena ambil ikhtibar dari cara penggunaan berhemat orang berada.

Sebagai panduan kita bersama, En. Suami ada menulis perbezaan di antara penguna biasa dan pengguna berada.  



"Apakah bezanya di antara pengguna biasa dan berada? Saya telah membaca berdasarkan kajian seorang penulis, Tom Corley, yang telah mengakaji tabiat pengunaan kad kredit orang biasa dan berada. Berikut merupkan antara hasil kajiannya.

  1. Mereka guna sedikit kredit kad (biasanya 1 sahaja). Setiap kad yang digunakan mempunyai kelebihan. Walaubagaimanapun, jika kita menggunakan banyak kad, kelebihannya akan berkurangan. Ini kerana, kelebihan setiap kad biasanya bergantung kepada jumlah penggunaan. Maka, penggunaan pelbagai kad mengurangkan pengunaan setiap kad dan seterusnya kelebihannya.
  2. Mereka bayar baki penuh setiap bulan. Sebanyak mana baki yang perlu dibayar wajib dibayar. Jika tidak, faedah akan naik secara melampau. Perlu diingat, faedah biasanya 18% setahun berdasarkan rekod bayaran kita! Rekod bayaran yang baik mengurangkan faedah yang dikenakan kepada kita (biasanya 18% -> 17% -> 15%).
  3. Mereka bayar tepat pada masanya. Ini juga berkaitan dengan faedah 18% kerana bayaran lewat akan dikenakan faedah dan penalti yang pelbagai. Jika hutang telah tinggi, bayangkan jumlah faedah dan penalti yang bakal dikenakan. Bank sudah tentu menyayangi anda jika anda sentiasa memberi untung sebegini .
  4. Mereka menggunakan kelebihan kad sebaiknya. Jika kad anda memberi 5% "cashback" pada hujung minggu, maka manfaatkannya dengan membeli-belah pada hujung minggu. Jika kad stesen minyak, Petronas contohnya, maka gunakan untuk membeli minyak Petronas dan barang runcit pada hujung minggu. Jika kad anda kad "travel", maka manfaatkannya untuk dapat mata ganjaran percutian. Kesimpulannya, seperti juga hidup kita, manfaatkan kelebihan atau kekuatan kad kita untuk kebaikan kita. Cuma, pastikan kita berbelanja secara berhemah. Jangan terlebih belanja semata-mata untuk mata ganjaran.

Golongan berada sememangnya banyak duit. Bank juga biasanya akan memberi kad premium kepada mereka yang mempunya ganjaran lumayan seperti 5x mata ganjaran, airport lounge, golf, diskaun, penukaran mata ganjaran yang rendah dan lain-lain lagi. Mereka juga bijak berbelanja untuk kepentingan mereka. Maka, mereka boleh dikatakan sentiasa mendapat kelebihan berbanding orang kebanyakan. Jadi, kita jangan cemburu tetapi berusaha untuk menjadi seperti mereka kerana  Tom Corley juga mengatakan jika kita mahu berjaya dan gembira, amalkan tabiat orang kaya (seperti di atas, bukan tabiat berbelanja mewah!)"

Semoga membantu kita menjadi pengguna kredit kad yang hebat!


Thursday, July 14, 2011

Cloth Diapers a.k.a Lampin Kain

Assalamualikum,

Hari ni kita bercerita tentang bayi dan kaitan dengan selamatkan bumi.. Apa lagi kalau bukan mengenai lampin kain atau glamer dengan panggilan cloth diapers sekarang ini. Rasanya ramai dah tahu kot, penggunaan lampin kain yang cantik lagi menarik ni. Juga dah tahu tentang penjimatan jika lama memakaikan anak dengan pampers, biasanya paling kurang 3 tahun.

Sebenarnya hari ni baru je terima 5 lagi cloth diapers dari kenalan, menambah koleksi untuk penggunaan anak-anak. Si kakak dah perlahan-lahan balajar tak pakai pampers, sekarang ni nak tidur jer. Bila datang mood dia nak pakai je, pakaikan. Kalau tak, memang dah ok..

Ni gambar cloth diapers baru...
 Masih dalam bungkusan

Dah buka.. macam-macam warna

Dulu dah beli 5, satu hilang entah tidak dapat dikenal pasti. sekarang ni ada 9 dalam koleksi.. Bertekad nak pakaikan kat si adik, harap-harap dapat jimatkan kos beli lampin pakai buang. Apa kata anda? Apa pendapat korang pasal lampin ni, dan mana satu lagi korang suka?

admin: sesiapa berminat nak beli, boleh saja bagitau saya ye.. harga dalam RM23++ sehelai.. selagi stok masih ada...

Tuesday, August 25, 2009

membeli rumah subsale - bahagian 2

LANGKAH-LANGKAH MEMBELI RUMAH 'SUBSALE'
  1. Tetapkan minda & emosi bagi menghadapi cabaran membeli rumah.
    Ini kerana dalam urusan membeli rumah, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Tetapkan minda bahawa urusan yang bakal diharungi mungkin sedikit bermasalah/mengambil masa.
  2. Kira budget - semahal mana anda mampu bayar kepada bank.
    Kadang-kadang anda perlu berurusan sendiri dengan bank bagi mengetahui berapa banyak bayaran bulanan jika harga rumah itu agak tinggi. Juga berlainan jika faedah di bank tidak sama.
  3. Mula mencari rumah
    Anda boleh mulakan melihat rumah yang anda inginkan, sesuai dengan budget anda. Melalui internet, surat khabar, atau agen hartanah jika anda mengenali. Kadang-kadang ada juga iklan yang dikeluarkan sendiri oleh tuan rumah tanpa melalui agen/ surat khabar/ internet.
  4. Hubungi orang yang berkenaan (tuan rumah, agen) jika anda mahu melihat rumah tersebut.
    Anda perlu melihat rumah kerana di sini kadang-kadang perasaan kecil anda memainkan peranan, suka atau tidak.
  5. Tidak mengapa jika tidak berkenan. Cari lagi rumah lain. Jangan terburu-buru.
    Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih rumah:
    i. keluasan rumah, bilangan bilik & bilik air, perlukah pengubahsuaian
    ii. kawasan sekitar - kemudahan, lokasi (bencana alam / tidak)
    iii. Kejiranan - jika anda rasakan sesuai di situ, maka buatlah pilihan. -Di sinilah hati kecil anda memainkan peranan
  6. Jumpa rumah yang sesuai. Anda perlu membayar wang pendahuluan kepada agen sebagai tanda 'booking'. Ini dipanggil 'earnest deposit'. Bargantung kepada agen/ tuan rumah, selalunya 2 @ 3% dari harga rumah. Pastikan anda mendapatkan resit dari agen/tuan rumah.
  7. Semasa proses membayar deposit ini, bawa bersama dokumen seperti salinan kad pengenalan, transaksi bank, penyata gaji bulanan (selalunya 3 bulan), penyata kwsp & surat pengesahan berkerja (jika perlu). Ini semua untuk urusan pinjaman bank.
  8. Selepas 3 hari , tuan rumah akan menandatangani surat pada earnest deposit, menyatakan beliau setuju dengan terma-terma yang diminta. Perlu diingatkan jika tuan rumah tidak bersetuju pada peringkat ini, wang deposit anda bolah dikembalikan kepada anda. tetapi, jika pihak anda yang membatalkannya, deposit tersebut tidak akan dipulangkan. Jadi, sebelum langkah ini, fikir sebaik-baikya & sedalam-dalamnya.
  9. Adalah lebih baik jika permohonan pinjaman bank dilakukan ketika ini. Ini supaya anda dapat memastikan pinjaman bank anda diluluskan. Jika tidak, anda akan menghadapi masalah kemudian hari. Tetapi, jika anda 'bersih' (tiada hutang piutang) maka besar kemungkinan permohonan anda diluluskan.
  10. Dalam masa 14 hari bekerja, surat penjanjian jual beli (S&P) - sale & purchase agreement, akan ditandatangani di hadapan peguam.
    Ketika ini, baki daripada 10% deposit perlu dibayar. Walau bagaimana pun, bergantung kepada agen/ tuan rumah. Terdapat agen/ tuan rumah yang hanya mengambil 3% terlebih dahulu, manakala 5% lagi selepas pengeluaran kwsp (akaun 2 sahaja). Kadang -kadang terdapat juga agen/ tuan rumah yang tetap mahukan baki 10% itu dibayar ketika itu. Hal ini perlu ditanya dengan jelas pada awal urusan (memberi deposit). Bayaran ini perlu dijelaskan kepada peguam. Pastikan resit anda perolehi.
  11. Urusan bersama pihak bank.
    Wakil dari pihak bank akan bertemu anda untuk urusan dokumen bank - dipanggil 'offer letter' - setelah anda bersetuju untuk menerima perkhidmatan pinjaman dari bank tersebut.
  12. Pada ketika ini, pihak peguam akan menyiapkan dokumen-dokumen yang berkenaan dan menguruskan beberapa perkara; tuan rumah perlu menandatangi S&P yang berkenaan, S&P perlu dicop (stamping & CDC process), menyiapkan urusan pinjaman bank.
  13. Selepas anda menerima S&P yang siap dengan cop (stamping), hak milik sementara (tanah), anda bolehlah menguruskan urusan pengeluaran duit akaun dua di pejabat kwsp. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
    1. salinan stamping S&P
    2. surat fotokopi hak milik sementara (dari pejabat tanah)
    3. salinan i/c
    Pastikan dokumen-dokumen itu telah ditandatangani oleh peguam atau pihak yang berkenaan.
  14. Urusan pengeluaran kwsp mengambil masa 7-14 hari jika tiada sebarang masalah.
    Selepas anda mendapat duit tersebut, jelaskan baki deposit & bayaran peguam, dokumen pinjaman bank boleh ditandatangani. Setiap helaian kertas pinjaman perlu ditandatangani.. (Lenguh tangan... tapi memadai dengan hanya 'initial' - menunjukkan anda sudah membaca halaman itu.). Setuju atau tidak, anda perlu tandatangani kerana ia adalah dari pihak bank, jika tidak, mungkin anda perlu bayar 'cash'.
  15. Selepas ini, pihak peguam akan menjalankan urusan dengan pihak pejabat tanah bagi urusan menukar nama. ketika inilah kadang-kadang kesabaran anda akan teruji. Paling cepat, dalam masa sebulan anda akan mendapat maklum balas, jika tidak mungkin lebih dari waktu itu.
  16. Selepas proses ini selesai, pihak peguam akan menguruskan cukai pintu, di mana jika anda membeli pada pertengahan tahun, maka membayar cukai pintu selepas itu adalah tanggungjawab anda.
  17. Dapatkan kunci rumah.
    Kadang-kadang perkara ini bergantung kepada tuan rumah. Jika mereka jenis yang tidak kisah, mungkin selepas menandatangani S&P, anda akan terus mendapat kunci, jika tidak, mungkin selepas bank meluluskan duit kepada tuan asal, barulah anda boleh memegang kunci rumah baru anda.
  18. Selesaikan pertukaran nama pada bil-bil utiliti, indah water dan sebagainya. Proses pengubahsuaian jika ada boleh dilakukan.
  19. Basuh/ cat rumah jika perlu.
  20. Rumah sedia untuk didiami.

Monday, August 24, 2009

membeli rumah - kategori 'subsale'

Salam, ingat tak kengkawan saya janji nak kuarkan en3 pasal membeli rumah 'subsale' ni? Jadi , sesaper yang masih menyewa, tapi ada impian mahu membeli rumah sendiri, atau sudah mempunyai rumah sendiri atau masih dalam pencarian, atau yang berminat membeli rumah, (ye la, bagi yang menyewa, sampai bila mahu berikan duit tanpa mendapat pulangan), marilah baca sama-sama.. anda mungkin seperti saya, memikirkan jika menyewa tidak perlu membayar sebanyak jika membeli rumah. Namun, berbaloikah jika sudah 2 atau mungkin 5 tahun, tapi duit bulanan itu tidak nampak hasilnya? Kalau bernasib baik mendapat tuan rumah yang baik & prihatin. Bagaimana pula jika tuan rumah bila diberitahu masalah rumah itu, tapi masih buat endah tak endah? Menyakitkan hati saja kalau pun diberitahu.

Kali ini, saya ceritakan sedikit mengenai bagaimana langkah-langkah membeli rumah. Bagi tujuan pembelian rumah baru, mungkin kurang masalah kerana kebanyakannya peguam atau deposit tidak memerlukan anda menyediakan duit yang banyak, apatah lagi kebanyakan urusan diuruskan mereka yang berkenaan. Cerita kali ini adalah pengalaman saya sendiri, yang mencari dan membeli rumah dari tangan orang (atau rumah sudah siap & mahu dijual oleh tuan rumah) bersama-sama suami. Rumah jenis ini dalam terma perumahan adalah dikenali sebagai 'subsale'.

Bagaimana urusan ini perlu dijalankan? Apakah perkara yang perlu anda ketahui. Sebenarnya anda boleh menyerahkan segalan urusan kepada peguam/ agen dari mana anda dapatkan rumah, tetapi jika dibiarkan, kadang-kadang anda mungkin terpaksa tunggu masa yang lebih lama.

MENGAPA MEMILIH RUMAH 'SUBSALE'?
  1. Lebih mudah, kerana jika rumah baru yang belum siap, anda perlu membayar pada bank setiap kali fasa pembinaan berubah.
  2. Lebih terjamin, kerana rumah telah siap, tiada risiko pemaju gagal menyiapkan rumah.
  3. Lokasi yang anda mahukan sudah tiada projek perumahan yang baru
  4. Harga rumah baru kalau ada di kawasan itu, terlalu tinggi untuk anda biayai. (berlaku kepada saya..)
  5. Anda sudah serasi dengan rumah tersebut - kes jika anda mahu membeli rumah yang anda sewa.
MEMILIH RUMAH SELAIN 'SUBSALE'
  1. Ada rumah sedang dalam pembinaan yang baik, anda mampu, dan lokasi yang menarik
  2. Tidak mempunyai wang yang banyak kerana membeli 'subsale' perlukan 10% terlebih dahulu.
  3. 'Subsale' tidak menepati citarasa anda.
  4. Tidak boleh melakukan pengubahsuaian seperti mana yang anda mahukan
Samapi sini dulu ya.. nanti saya masukkan en3 cara/ langkah membeli rumah subsale ini..
Sehingga kita berjumpa lagi, fikirkan yang terbaik untuk anda dan keluarga.. InsyaAllah..

Thursday, June 25, 2009

ada apa dengan tayar kereta..

Salam.. selamat hari khamis.. sibuk bekerja kah...? kali ni saya nak tulis sesuatu berkenaan dengan permotoran.. xde lagi en3 pasal ni.. cuma tadi borak2 dgn rakan sekerja, pasal moto die yang pancit.. pas2 terkeluar plak citer pasal tayar.. tu yang datang idea nih..

Saya nih kategori suka bawak kereta, tapi semenjak ada baby nih, banyak jadi co-pilot yang berjaya berbanding pilot.. hahaaa.. tapi, sekali-sekala de gak bawak, & alhamdulillah, xde la tersemput-semput kat jalan tuh.. ni kete kecintaan saya...

Okey, berbalik pada topik.. Ada apa pada tayar kereta? Tanpa tayar, kereta xdapat bergerak.. sudah semestinya la bergantung pada enjin & komponen2 lain pada kereta tu.. (tapi, tanpa kunci & pemandu, lh x kereta jalan? kowang pikir2 le sendiri..). Tayar yang bersesuaian dengan kereta amat penting. Jika tidak, tahap pencapaian kereta anda mungkin tidak seoptima yang diharapkan.. (kereta aku kira optima ker....?Bukan Kia Optima ye...)..

Info selanjutnya..klik..
Selanjutnya
TAYAR KENDERAAN ANDA
  1. Pilihlah tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta anda. Contohnya, jika kenderaan anda berenjin 1.3, cukuplak sekadar tayar bersaiz 14''(inci).
    Jika tayar lebih besar digunakan, kekuatan pecutan kereta anda akan berkurangan.. (Cian keta aku.. xkena rupanye...). Alat penyentap hentakan (absorber) akan mudah rosak, speedometer tidak menunjukkan bacaan sebenar & kos penggunaan minyak akan bertambah.
  2. Jangka hayat tayar. Perhatikan pada bahagian tepi tayar kereta anda. Di situ akan terdapat rangkaian nombor yang dicetak. Nombor ini memberi maklumat bila tayar kereta itu dikilangkan. Ia berdasarkan minggu & tahun. Mengikut piawaian antarabangsa, tayar yang baik adalah dalam jangka masa 2 tahun selepas dikilangkan. Jika lebih had tersebut, penggunaan tayar pada kenderaan mungkin akan ada masalah.. Dengan iklim & cuaca panas, sejuk, tayar akan lebih mudah haus (tayar x minum air ye..), pecah & sebagainya.. Jadi, perhatikan tarikh tayar dikilangkan.. am gambar nih, maknanye dalam minggu ke 26 tahun 2007 (bulan 6).
  3. Jenis tayar. Ini bergantung kepada budget & kesukaan anda. Yang terbaik pilihlah tayar yang tidak terlalu lembut & tidak terlalu keras. (yang sedang-sedang saja..). Terdapat pelbagai jenis tayar di pasaran seperti Michelin, Good Year, Silverstone, Yokohama, Falken & sebagainya. Terdapat tayar yang agak mahal harganya. Namun, ia adalah berbaloi jika difikirkan tetang prestasi & keupayaan kenderaan anda. Dalam hal ini, andalah penentunya.
  4. Perhatikan juga nombor pada tayar anda. Pernah lihat nombor seperti ini? 205/45 R16 83W. Cetakan nombor ini membawa maksud tayar mempunyai 205mm, ketebalan tayar (jarak antara rim ke permukaan tayar) adalah 45% daripada kelebaran tayar dan ia untuk penggunaan rim bersaiz 16".
    83 pula membawa maksud indek keupayaan mengangkut yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Contohnya, 82 mampu memikul berat maksima 475kg bagi setiap tayar. Jadi keupayaan seluruh kereta memikul beban maksima adalah 1900kg (475kg x 4 tayar). W pula bermaksud tayar sesuai sehingga kelajuan 270 km/j tanpa menjejaskan kekuatan & ketahanan tayar.
    S - 180 km/j
    T - 190 km/j
    U - 200 km/j
    H - 210 km/j
    V - 240 km/j
    Z - melebihi had laju 240 km/j
    W - 270 km/j
    Y - 300 km/j
    melebihi 270 km/j, huruf ZR akan digunakan
  5. Adalah digalakkan untuk menukar kedudukan tayar kereta anda setiap 3 bulan. Ini bagi memastikan tidak hanya sesebuah tayar yang mengalami kecederaan yang melampau. Dengan menukar kedudukan tayar, keseimbangan tayar dapat dilakukan. Tukarlah tayar kiri hadapan ke kanan belakang dan sebaliknya.
  6. Perhatikan juga bunga pada tayar kereta anda (tayar pun nak cantik, pakai bunga...hehehe..). Jika bunga tayar sudah terlalu nipis, adalah dinasihatkan supaya anda menukar tayar kereta anda, bagi memastikan cengkaman tayar pada jalan pada paras optima (juga untuk keselamatan anda di jalan raya..)
    1) Bunga tayar pada bahagian tepi lebih cepat haus - tekanan udara dalam tayar rendah/membelok dgn keras (hard cornering).
    2) Bahagian luar tayar - keselarian tayar tidak bagus, perlu diperbetulkan.
    3) Bahagian tengah cepat haus - tekanan dalam tayar terlalu tinggi
    4) Bunga tayar haus secara tidak sekata - tukar absorber & tukar tayar.
Selain itu, pada tayar juga terdapat tulisan ini TREADWEAR 280 TRACTION A TEMPERATURE APetunjuk:
TREADWEAR 280 - ketahanan tayar daripada cepat haus. Semakin tinggi nilai treadwear, semakin lambat tayar haus. Pilihlah tayar yang treadwear lebih tinggi
TRACTION A - kadar kekuatan cengkaman tayar. AA adalah paling bagus, kemudian A, B dan C.
TEMPERATURE A - ketahanan tayar terhadap suhu. A- kawasan panas, B - kawasan normal, C - kawasan sejuk

Ok, sekarang baru jelas kan. Pe lagi, moh le kite praktikkan sambil dapat menambah ilmu pengetahuan...

Monday, June 15, 2009

phishing emel.. - emel jahat nih...

Salam.. apa khabar hari ni? Harap saya, semua ok. Oh ye, apsal tajuk en3 kali nih lain macam jer.. huhu.. bukan apa, kengkawan sekalian ada akaun maybank tak? Sebelum ni, sudah banyak kali saya dengar mengenai emel yang dikirimkan dari maybank kepada org ramai yang meminta supaya update profile atau login akaun maybank dari emel tersebut.

Mula-mula susah nak caya, tapi ia benar2 berlaku. Tapi, bila bukak website maybank, pihak maybank sendiri kata, mereka tidak pernah terlibat dalam mengirimkan SMS/emel yang meminta pengguna berbuat demikian. Jadi, anda kat luar sana, janganlah terpengaruh ye..

Berbalik kepada cerita. Pagi tadi saya online, jadi saya bukak le emel saya. Tiba2 saya dapat emel yang bertajuk Unblock Your Account dari incorporated maybank. Terkejut saya.. disebabkan saya pernah mdgr & mbaca mengenai perkara ini, saya tetapkan hati.. ini hanyalah niat jahat orang yang cuba berbuat jahat pada saya. Saya terus tutup dan laporkan pada pihak maybank, agar mereka dapat membuat langkah seterusnya. Inilah emel yang saya perolehi pagi tadi:Perasan tak, kat bawah tu Maybank Berhad tu alamatnya de https.. bukan http.. dan juga, jika bawak kursor tu ke link bawah tu, die tulis kat situ bukan maybank punyak site, tapi site pe tah.. adoi.. huhu.. nasib baikla saya pernah dengar pasal benda nih.. Bayangkan kalau saya percaya bulat-bulat perkara nih.. tak ke habis duit saya.. walau pun saya bukanlah banyak duit. huhu... tapi langkah pencengahan adalah paling baik... ini adalah 'phishing emel' atau saya gelar emel jahat..

Oh ye, anda diluar sana pernah mengalami perkara ini? Saya pun x tau dari mana dia dapat emel saya nih.. kebetulan pulak saya mmg pengguna maybank2u. Jadi, nasihat saya kepada anda..hati-hati lah.. banyak perkara yang dibuat dari org2 yang makin terdesak sekarang ini. Sila rujuk perbankan internet anda untuk ketahui senarai emel/url yang jahat ini..

Jika anda pernah menerima atau bakal menerima emel seperti ini, janganlah cuba untuk login ke akaun kewangan anda melalui emel ye. Di website perbankan internet sendiri ada mengatakan mereka tidak bertanggungjawab dalam memberi emel sedemikian kepada pengguna. Jadi, jangan terpengaruh!

Kepada org yang buat perkara nih, cukup2 la tu..henti-hentikanlah perangai & cara utk dapat duit dgn mudah nih.. Xde langkah mudah utk dapat duit selain berusaha. Ingatlah perit - jerih org lain mcari rezeki. Jangan lah dikaut dgn mudah sahaja.. Org lain pun ada anak bini & keluarga yang perlu dijaga.

mote:
  1. Jangan mudah percaya dengan apa yang ada di internet.
  2. Selidik sesuatu perkara sebelum anada yakin dengan perkara tersebut.
  3. Berusahalah mencari rezeki yang halal & bukan dengan cara yang mudah.
  4. Jangan jadi jahat..
Okey, setakat ini dulu, insyaAllah, jumpa lagi...

Thursday, May 28, 2009

go for cd..

Salam. Apa kabar semua? kali ni saya nak cerita pasal cd..cd yang de lagu tu ker? bukan..bukan.. cd yang saya maksudkan adalah cloth diaper (CD). Apakah itu cd? Berapa kos penggunaan CD? Apa kebaikan menggunakan CD? dan Bagaimana menggunakan & menguruskan CD? Semua ini akan kita sama-sama dalami..

Sebenarnya, saya mengetahui penggunaan cd daripada ratu hati. Ramai kawan2 di situ menyarankan menggunakan cd daripada diapers pakai buang yang terdapat di pasaran. Ketika itu, memandangkan baby kecil saya tidak menggunakan terlalu banyak diapers pakai buang, anak yang tidak mengalami rashes, dan harga diapers itu agak berpatutan, jadi saya tenggelamkan hasrat untuk menggunakan cd kepada baby kecil saya. Pada saya, saya masih mampu untuk membeli diapers pakai buang, apatah lagi lebih mudah - tanpa perlu dicuci..

Namun lama kelamaan, saya sering terfikirkan CD ini. Terfikirkan mengenai diapers pakai buang yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk didegredasi - untuk dimusnah & diuraikan. Tambahan pula, baby semakin banyak membuang air, maka semakin banyak juga penggunaan diapers pakai buang ini. Lebih menyakinkan saya untuk menggunakan cd ini, apabila anak kecil saya yang tidak pernah mengalami rashes pada pinggulnya, dengan tiba2 jua muncul dengan agak teruk. Pada saya tentu kerana di tempat pengasuh mereka membiarkan terlalu lama anak saya dengan bahan buangannya.

Ketika itulah saya berbincang dengan suami mengenai CD ini. Kami kemudian mengambil keputusan untuk mencuba CD kepada anak kecil kami. Walaupun permulaan harga yang agak tinggi, namun jika difikirkan, rasa-rasanya berbaloi (nanti saya tunjukkan cara pengiraannya). Kami mula membeli secara online dari satu laman web di Malaysia. Alhamdulillah, tidak perlu menunggu lama, kami berjaya mendapatkan produk CD ini. Jadi, sekarang saya menggunakan kedua-dua jenis diapers (kerana budget terhad; insyaAllah akan menambah bilangan CD nanti...). Sekarang, saya dan suami masih baru dengan CD, dan masih berjinak-jinak dgnnya..
masa mula-mula dapat parcel CD.. kanan, courier CD..kiri, CD warna hijau..

Mari kita lihat maklumat mengenai CD ini....

APA ITU KAIN LAMPIN (CLOTH DIAPERS - CD)?
  • Lampin bayi yang diperbuat daripada kain.
  • boleh dibasuh & diguna semula
  • 2 bahagian;
    1) dipanggil cover - de lapisan luar kalis air dari PUL (polyurethane laminate), bahagian dalam daripada bulu halus (custom micro fleece) spy baby berasa kering.
    2) insert - lapisan untk dimasukkan ke dalam cover, terdiri daripada bebrapa lapisan microfiber dijahit
  • boleh didapati dalam pelbagai warna
KOS PENGGUNAAN:
  1. Cloth Diapers (CD)
    1 pcs - more or less RM 50
    if 20 pcs, kos penggunaan utk 3-4 Tahun = 20 x RM 50
    = RM 1000.00
  2. Disposible Diapers (DD)
    1 pcs (jenama Fitti - yg biasa saya guna) - RM 0.40
    Dengan penggunaan yang betul = 9-12 pcs/day
    If 10 pcs/day, kos utk 4 tahun = 10pcs x RM0.40 x 30 hari x 12 bulan x 4 tahun
    = RM 5760.00
Lihatlah perbezaan harga untuk 4 tahun penggunaan...

KEBAIKAN CD
  1. CD boleh dibasuh & diguna semula
  2. boleh digunakan utk anak ke2, ke3... & selanjutnya (jika anda pandai mguna & mjaga)
  3. boleh mengelakkan rashes (ruam lampin) bagi sesetengah bayi yg kulitnya sensitif.. (banyak contoh di sini) - diamek dari puan penjual..
  4. jimat kos & berbaloi - lihat pengiraan seperti di atas.. oh..ye..itu utk sorang anak.. bayangkan lau ibu-ibu & ayah-ayah de 2 atau 3 anak yg pakai DD...
  5. Selamat - tiada bahan kimia seperti DD
  6. Juga boleh go green the world - 1 keping DD mengambil masa 500 tahun untuk terurai/degredasi - ciannye dunia kite.. Ketahuilah, 50% sampah domestik adalah dari DD
  7. bagus utk potty training - kerana CD akan berasa lebih cepat basah sekiranya buangan anak anda bayk bbanding DD. Jadi anak akan rasa basah & kurang selesa.. So, lebih cepat utk potty training.. (mengikut kajian dari Wall Street Journal - May 2000)
CARA PENGGUNAAN CD
  • 1 insert utk 1 CD sepanjang 3-4 jam (ikut tahap pembuangan anak anda - pee ye (air) bkn poo (najis). utk poo kena tukar setiap kali baby poo).
  • waktu malam - lebih baik masukkan 2 insert (spy anda xperlu bgn malam - lau rase mlas nk bangun)
  • Cara :
  1. basuh/rendam (tanpa sabun) selepas pertama kali mdapat CD (dipanggil prewash)- utk penyerapan max & buang residue semasa manufacturing process (baju baru pun rendam kan....). Ingat, JANGAN guna bahan peluntur. Prewash sebanyak 2/3 kali..
  2. Keringkan
  3. Masukkan insert ke dalam pocket pants
  4. boleh dipakai kepada baby





    CD yang sudah siap outk dipakaikan kepada baby...




    Jika menghantar baby kepada pengasuh:
  5. CD yang terkena pee/poo masukkan ke dalam plastik (xperlu dibasuh/dibasah)
  6. Balik rumah -
    - buang poo yang de,
    - siramkan air pada bekas poo,
    - rendam dalam air basuhan (beberapa jam),
    - boleh dicuci/disental - boleh guna tgn/washing machine (guna laundry bag utk ketahanan)
    - keringkan
  7. Pakaikan kepada baby/ dilipat utk ke nursery...
MAKLUMAT TAMBAHAN
Mitos mengenai CD
  1. mahal - hanya pada awal pembelian, tapi berbaloi utk penggunaannya.. - anda boleh beli secara sedikit demi sedikit..
  2. susah basuh - xperlu basuh setiap hari, ikut penggunaan, boleh basuh dgn washing machine.
  3. mudah bocor - PUL tidak bocor, hanya jika saiz xsesuai dgn baby, pemakaian yang salah & prewash tdk cukup utk CD baru
  4. Bulky - sedikit saje jika dbandingkan dgn DD, tapi nampak lebih selesa kpd baby.. Jika anda diberi pilihan, pakai plastik atau kain, mana satu pilihan anda?
  5. mudah bertahi lalat - material CD sukar bertahi lalat (lalat ber.. ke?..hehe..). lau baby on medication, CD akan kehilatan sedikit kehitaman - akan hilang slpas bbrapa kali cucian
  6. Bekas najis susah hilang - rendam dahulu baru basuh, jemur di bawah matahari, kesan akan hilang..
Bahan dalam Disposable Diapers (DD)
  1. Dioxin :
    Merupakan pencemar alam sekitar, juga didapati dlm bbrapa dairy products, bahan kimia yg berbahaya. Eksperimen ada menunjukkan penggunaan dioxin boleh mberi kesan kepada organ/sistem badan.
    Apabila memasuki badan, dioxin adlah bhan kimia yg stabil & disebabkan kebolehan tisu lemak menyerap dioxin, ianya akan disimpan dalam badan.
    Kestabilan hidup (shelf life) : 7-11 tahun.
    Memberi kesan kepada : kulit jadi luka (chloracne & patchy darkening) pada kulit, ubah fungsi hati, kesan kpda sistem imunisasi, saraf, endokrin & reproduktif. Terbukti kpd haiwan, penyebab beberapa jenis kanser.
    Dalam senarai EPA - dikategorikan sebagai PALING TOKSIK. maklumat lanjut
  2. Tributyl-tin (TBT) :
    Bahan kimia toksik, beri efek negatif kpd manusia, haiwan & alam sekitar
    Kajian pada anjing : sbbkan 'imposex' (female develop to male), boleh sebabkan infertiliti (kemandulan) atau kematian. maklumat lagi
  3. Sodium polyacrylate :
    Bahan kimia, dimasukkan dlm btk serbuk dalam DD
    Super-absorbent
    bila serbuk basah, ia btukar mjadi gel - boleh melekat pada genital bayi, hingga menyebabkan berlakunya tindak balas alergik
    Menyebabkan peradangan kulit, demam, muntah infeksi staph pada bayi
    Jika disuntik pada tikus, boleh berlaku kegagalan kardiovaskular, pendarahan & kematian
    Dilarang penggunaan dalam tampon wanita - nyebabkan Toxic Shock Syndrome klik sini
DD juga dikatakan antara punca penyakit asma (dari kajian ler..)

Jadi, kepada ibu dan ayah di luar sana, apa lagi yang kalian tunggu demi kebaikan anak, kesihatan anak anda, demi kewangan anda & demi alam sekitar?... Jadilah ibu bapa dan pengguna yang bijak.. Saya mesti pilih (tiru iklan Bank Rakyat...).. Sehingga berjumpa lagi..
Salam hormat..

p/s: kepada ibu2 dan ayah2 di luar sana, jika perlukan bantuan penulis utk membeli CD, bolehlah menghubungi penulis ye...

Saturday, May 9, 2009

mengurus kewangan anda...

Anda tidak ada simpanan setiap bulan?
Anda tidak cukup wang setiap akhir bulan?
Anda tidak mampu memberi wang kepada ibu bapa?
Anda ada hutang yang banyak?
Anda terpaksa meminjam wang dari keluarga/kawan?

Jika anda mempunyai pendapatan bulanan, dan semua jawapan di atas benar, kemungkinan besar anda mengalami masalah kewangan. Soal pendapatan yang kecil mungkon menjadi penyebab utama, namun jika penyebabnya adalah kerana anda tidak sedar bagaimana wang anda habis, bermakna anda tidak bijak menguruskan kewangan anda.

Sebagai individu yang sudah bekerja, tentu sahaja anda perlu bijak mengatur hidup anda, termasuk mengatur & menguruskan kewangan anda. Jika setiap akhir bulan, anda kehabisan wang sebelum tiba gaji baru, ini masalah besar bagi anda. Bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak?

Pertama sekali anda perlu menetapkan diri anda agar tidak goyah membuat keputusan. Jika anda sudah memutuskan untuk belajar menguruskan wang, jangan pula diubah apabila merasakan tidak perlu.
  1. Buat satu catatan mengenai keluar masuk wang dalam kehidupan anda. Buat satu catatan mengenai perbelanjaan yang wajib anda keluarkan.
  2. Tetapkan yang perlu dilakukan dahulu - bayar mana2 ansuran bulanan (kereta, rumah, pinjaman, insurans, bil-bil utiliti atau apa saja hutang yang perlu dibayar)
  3. Seterusnya tetapkan berapa jumlah yang mampu anda simpan tanpa mengganggu perbelanjaan bulanan anda.
  4. Jangan diusik simpanan tersebut. Biarpun simpanan itu hanya berjumlah RM50, tidak mengapa. Mulakan dari jumlah yang sedikit, kemudian bulan seterusnya boleh ditambah nilainya.
  5. Dalam kehidupan bulanan anda, berbelanjalah seadanya. Jangan terlebih dan tidak pula terlalu kurang.
  6. Sebelum keluar membeli barangan keperluan, buat senarai terlebih dahulu. Utamakan mana yang penting. Jika merasakan sesuatu barangan itu, tidak begitu penting, mungkin anda boleh membuangnya dari senarai tersebut.
  7. Bijaklah berbelanja. Buat tinjauan (survey) terlebih dahulu. Belilah barangan yang sama, tetapi di tempat yang lebih murah. Bagi yang tidak mementingkan jenama, mungkin anda mampu melakukan perkara ini.
  8. Sekiranya boleh membeli barang dengan harga tunai, lakukan. Sebaik-baiknya kurangkan amalan membeli barang (elektronik/perabot) secara ansuran. Di sini, anda perlu bijak memilih. Jika anda sedar anda bukanlah golongan mewah, maka belilah elektronik/perabot yang sesuai dengan pendapatan anda - ukur baju di badan sendiri. Dengan membeli secara tunai juga anda tidak perlu pening memikirkan mengenai bayaran ansuran setiap bulan.
  9. Untuk mengelakkan diri anda kerap ke mesin ATM, sebaiknya simpan wang lebihan anda di akaun yang tidak menggunakan kad ATM. (contoh: Tabung Haji, ASB, dsb...)
  10. Jika di akhir bulan, anda masih mempunyai lebihan wang, simpan juga wang tersebut untuk masa depan anda atau untuk sebarang kecemasan. Anda boleh menggunakan wang tersebut untuk kegunaan harian atau untuk kemahuan anda, tapi fikirlah, mungkin suatu ketika nanti anda memerlukan wang tersebut untuk keperluan yang lebih utama.
  11. Hadkan kehendak anda semasa membeli-belah. Jika dibiarkan, wang yang dibawa akan habis sekelip mata. Anda perlu buat pilihan yang bijak. Jangan terlalu ikutkan kehendak & perasaan anda. Fikir sebaik-baiknya.
KETAHUILAH, SEBANYAK MANA PUN WANG YANG ANDA PEROLEHI, AKAN HABIS DIGUNAKAN SEKIRANYA ANDA GAGAL MENGURUSKAN KEWANGAN ANDA DENGAN BAIK...

p/s: Penulis bukanlah penasihat professional, tetapi artikel ini untuk tatapan, renungan dan nasihat yang mungkin berguna untuk anda. Ini cuma amalan biasa yang dilakukan penulis.. dan setakat ini masih dimudahkan Allah dalam urusan kewangan. Alhamdulillah...

Thursday, April 16, 2009

membuka akaun semasa

Salam. Kali ni saya cuba berkongsi dengan anda mengenai cara membuka akaun semasa ('current acount') di bank. Apa keperluannya membuka akaun semasa ini. Akaun ini pada pendapat saya diperlukan apabila anda ingin membuat bayaran pada jumlah yang besar. Bayangkanlah, dengan nilai ribuan ringgit, untuk diberikan pada individu tertentu atas alasan tertentu.. tentu sukar untuk membawa wang tunai yang berjumlah ribuan ringgit itu. Perkara ini pernah terjadi pada saya. Pada ketika itu, pelbagai perkara bermain di fikiran. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, perlbagai perkara boleh berlaku. Saya bukanlah tergolong di antara mereka yang hidup mewah, jadi nilai wang yang ribuan itu, adalah satu perkara yang serius. Jadi pada pendapat saya, lebih baik saya membawa sehelai cek, berbanding membawa puluhan atau ratusan helai wang tunai untuk pelbagai urusan yang melibatkan nilai yang besar.
Semasa mengambil keputusan untuk membuat akaun semasa dan buku cek ini, saya telah pergi ke sebuah bank terkemuka, kerana semua urusan kewangan saya di lakukan di bank tersebut. Sangkaan saya dan suami, apabila kita sudah mempunyai akaun simpanan di bank tersebut, maka lebih mudah untuk urusan membuka akaun simpanan. Namun, telahan kami suami isteri ternyata salah. Kami diminta untuk mengisi borang permohonan lain, dan apa yang lebih penting, kami perlu mencari 'introducer'; yang mana introducer ini perlu mempunyai akaun semasa di bank tersebut, dan rekodnya adalah bersih. Berjauhan di negeri orang, tentulah agak sukar untuk kami mencari kenalan untuk dijadikan 'introducer' ini.
Hampir terputus niat untuk membuka akaun semasa. Tapi kami mencuba pula di sebuah bank yang berlainan. Sebuah bank yang sedang meningkat maju, terasa perbezaan ketika berurusan dengan kakitangan bank tersebut. Dengan layanan yang mesra, pertolongan yang diberi tanpa dipinta, terasa kami dilayan sebagai seorang pelanggan sebenar. Memang benar untuk membuka akaun semasa, perlu seorang 'introducer'. Namun yang bagusnya bank ini, pengurus bank itu sendiri boleh menjadi 'introducer'. Malah semasa kami dalam proses membuat akaun semasa itu, langsung perkara tersebut tidak ditanya.

Jika anda ingin mengetahui cara untuk membuka akaun semasa dan permohonan buku cek, sila klik
SYARAT MEMBUKA AKAUN SEMASA
  • 18 tahun ke atas
  • tidak bankrap
  • waras, mempunyai keupayaan mental dan fizikal untuk mengandalikan akaun
  • bagi pemilik perniagaan, perniagaan mereka perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa yang berkenaan.
  • perlu hadir sendiri ke bank
  • perlu ada pencadang ('introducer')
  • kad pengenalan
  • deposit - bank yang saya berurusan ini, perlu meletakkan RM1000 ke dalam akaun sendiri.
  • bagi perniagaan: perlu pendaftaran perniagaan, resolusi lembaga pengarah, dan lain2..(sila rujuk bank anda berurusan)
PROSEDUR
  • hadir sendiri ke bank
  • isi borang pembukaan akaun semasa dan permohonan buku cek
  • berjumpa dengan pegawai bank atau pihak berkenaan.
  • kad pengenalan perlu disahkan
  • tunggu sehingga akaun semasa diwujudkan
  • masukkan wang deposit ke akaun
  • selesai urusan
  • tunggu sehingga pihak bank telefon anda untuk mengambil buku cek. Tapi perlu diingatkan, anda perlu menelefon bank selepas 3 hari bekerja sekiranya masih belum menerima panggilan. Tanyakan jika buku cek telah siap atau belum.
  • pergi ambil sendiri buku cek tersebut
NASIHAT PENGGUNAAN
  • tulis cek dengan terang dan jelas, gunakan pen dakwat kekal (pena mata bulat)
  • pastikan tiada pindaan, pembetulan/ pemadaman di atas cek - jika tidak cek akan dikembalikan
  • tulis jumlah dalam perkataan berdekatan dengan "Ringgit" tanpa ada ruang di antara perkataan dan pastikan jumlah yang dibayar diakhiri dengan perkataan "sahaja". Jumlah dalam angka ditulis berdekatan dengan "RM" dan ditulis terang.
  • Pastikan tiada cek yang dikeluarkan tanpa pengetahuan anda, dan pastikan cek yang rosak, dimusnahkan sepenuhnya.
  • Simpan cek dengan selamat dan berkunci; jangan tinggalkan cek yang telah ditandatangani atau belum tanpa pengawasan
  • semak sekerap mungkin bilangan cek yang belum digunakan dan buat pelarasan amaun cek yang telah dikeluarkan dengan penyata akaun.
  • lapor segera kepada bank jika terdapat helaian yang hilang atau sebarang percanggahan dalam penyata
  • pastikan dana dalam akaun mencukupi sebelum membuat bayaran
  • jangan menandatangani sebarang cek kosong atau mengeluarkan cek kosong untuk pembayaran
  • jangan lipat, pin atau mengokot cek yang telah ditulis.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk bank tempat anda berurusan

sumber: info perbankan, akaun semasa , bank negara malaysia
layari: www.bankinginfo.com.my

Gambar Belangkas