Showing posts with label Konspirasi Dunia. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi Dunia. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

Pemimpin utama IS adalah ejen Mossad

Baru-baru ini sebuah portal online Perancis pernah membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila mendakwa pemimpin utama IS, Abu Bakr Al-Baghdadi sebenarnya adalah seorang agen perisikan Israel Mossad.

Banyak pihak termasuk di dunia Arab dilaporkan terkejut dengan pendedahan tersebut apabila diketahui identiti sebenar Al-Baghdadi ialah seorang Yahudi yang dikenali sebagai Elliot Shimon.

Shimon atau Al-Baghdadi dilaporkan mendapat latihan perang psikologi di Israel dan diserap menyertai agensi perisikan Mossad selain turut menjalin kerjasama erat dengan perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat.

Menurut portal itu lagi, Al-Baghdadi telah ditugaskan menjayakan perancangan sulit agensi perisikan rahsia Amerika, British dan Israel untuk mewujudkan sebuah organisasi (‘Negara Islam’ atau IS) yang berupaya menarik perhatian pelampau dan pengganas dari seluruh dunia.

Serentak dengan perancangan itu Shimon melalui organisasi IS yang diketuainya akan berperanan mempengaruhi hati nurani rakyat awam di negara-negara yang dianggap boleh mengancam Israel seterusnya memusnahkannya dari dalam.

Portal yang sama turut memetik sumber lain yang mengesahkan Al-Baghdadi adalah agen risikan Israel yang turut memakai nama palsu Ibrahim ibn Awad ibn Ibrahim Al Al Badri Arradoui Hoseini.

Hal ini mengingatkan penulis kepada watak Mandarin dalam Iron Man 3. Mandarin adalah seorang pelakon yang diupah untuk memainkan peranan sebagai pengganas antarabangsa. Bersama-sama dengan konco-konconya dia telah merakamkan beberapa siri pembunuhan yang dilakukannya dalam bentuk video. Rakaman itu dilakukan di studio tertutup. Video tersebut disebarkan ke seluruh dunia menerusi media-media perdana. (realiti dunia media perdana - mereka hanya merujuk kepada berita dari Eropah dan Amerika seperti BBC, CNN dll)

Tahukah anda bahawa sebahagian daripada rakyat Amerika dan Eropah sendiri sebenarnya tidak mempercayai bahawa al-Qaeda dan IS itu adalah Islam. Hal ini bermula sejak terjadinya insiden 9/11, apabila 'nashkah' al-Qaeda yang diciptakan Mossad-CIA gagal menimbulkan kebencian terhadap Islam diseluruh dunia.  

Monday, September 15, 2014

Illuminati di dalam hadith?

Illuminati adalah sebuah organisasi (secret society) penyembahan syaitan terbesar didunia yang dibiayai Rothschild sejak tahun 1776.  Penubuhan Illuminati ini telah dinyatakan secara jelas oleh Rasulullah SAW dalam hadith ketika baginda bertanyakan tentang perkara ghaib yang dinampakkan Allah SWT kepada Ibn Sayyad. Berikut adalah hadith yang dimaksudkan:
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata; Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah  kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {1}

Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {2}

Perhatikan pada ayat yang dihitamkan. Dalam ayat berikut Ibnu Sayyad memberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa dia ternampak sebuah singgahsana di atas air. Kenyataan Ibnu Sayyad itu kemudiannya dijawap pula oleh Baginda SAW dengan menyatakan bahawa singgahsana yang dikatakan oleh Ibnu Sayyad itu sebenarnya adalah singgahsana iblis diatas laut. Dalam menyentuh soal Illuminati, kita semua sedia maklum mengenai simbol-simbol organisasi tersebut. Dan pastinya kita mengenali logo dibawah ini:
Kenyataan Baginda SAW yang menyebut singgahsana syaitan merujuk kepada organisasi Illuminati yang mana logonya jelas menunjukkan imej 'sebuah piramid dengan puncaknya bermata satu'. Piramid tersebut pula dikelilingi oleh lautan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Illuminati - sila rujuk buku Rahsia Simbol Yahudi.

Bagi melihat betapa dalamnya kebenaran hadith ini maka perlu untuk kita melihat kembali (secara ringkas) sejarah Ibnu Sayyad, Rothschild dan sedikit berkaitan Illuminati.

1. Ibnu Sayyad

Adapun Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal. Beliau adalah seorang Yahudi beragama Islam yang tinggal di Madinah. Ibn Sayyad memiliki nama ahli Shafi, ada yang menyebutnya Abdullah bin Sayyad (Shayyad) atau Shaid. Ia berasal dari kalangan Yahudi Madinah. Ada yang mengatakan dari kalangan Anshar, dan dia masih kecil ketika Nabi SAW tiba di Madinah.

Ibn Katsir menyebut bahawa Ibn Sayyad adalah Aslam, dan anaknya bernama Imarah, salah seorang pembuka tabi'in. Imam Malik dan lain-lainnya ada meriwayatkan hadith darinya. {3}

Adz Dzahabi mengenukakan biodatanya dalam kitab beliau Asmaush-Shahabah. Adz Dzhabi berkata, "Abdullah bin Sayyad dicatat oleh Ibn Syahin." Beliau berkata, "Dia adalah Ibn Shaaid. Ayahnya seorang Yahudi, lalu Abdullah dilahirkan dalam keadaan buta sebelah matanya dan sudah berkhitan. Dialah yang dikatakan orang sebagai Dajjal, lalu dia masuk Islam. Dan dia adalah seorang tabi'in. {4} Perkataan dari Adz Dzahabi ini kemudian dikutip oleh Al Hafidh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah, lalu beliau berkata, "Dia adalah orang yang punya putera Imarah bin Abdullah bin Shayyad, termasuk orang pilihan kaum Muslimin dan sahabat Sa'id bin Al-Musayyab. Imam Malik dan lain-lainnya meriwayatkan hadith dari beliau.

1.1 Bukti sahih Ibn Sayyad bukanlah Dajjal

1.1.1 Ibnu Sayyad menunaikan haji, memasuki kota Makkah dan Madinah, punya anak.
Dalam sebuah riwayat dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, ia bercerita, katanya, "Kami pernah melakukan haji atau umrah bersama Ibnu Shayyad (Ibnu Shaaid), lalu kami berhenti disuatu tempat dan orang-orang pun berpencar hingga tinggal saya dan Ibnu Shaaid. Saya merasa sangat ketakutan kepadanya, mengingat apa yang dikatakan orang tentang dia. Dia membawa perbekalannya dan meletakkannya bersama perbekalan saya. Lalu saya berkata, "Sesungguhnyahari sangat panas, sebaiknya engkau letakkan dibawah pokok itu."(.........) Ia berkata, "Wahai Abu Sa'id ingin rasanya aku mengambil tali lantas kugantungkan pada pohon, lalu ku cekik leherku kerana kekesalan hatiku terhadap apa yang dikatakan orang banyak mengenai diriku. Wahai Abu Sa'id kalau orang samar-samar terhadap hadith Rasulullah SAW maka tidaklah ada kesamaran atas kalian kaum Anshar. bukankah engkau termasuk orang yang paling tahu tentang hadith Rasulullah SAW? Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Dajjal itu mandul, tidak punya anak, sedangkan saya punya anak yang saya tinggalkan di Madinah? Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Dajjal itu tidak boleh memasuki kota Madinah dan Makkah, sedangkan saya datang dari Madinah dan hendak menuju ke kota Makkah?" {5}

Dan dalam satu riwayat lagi, Ibnu Sayyad berkata, "Ingatlah, demi Allah, sesungguhnya saya mengetahui di mana sekarang dia (Dajjal) berada, dan saya juga mengetahui tempat kelahirannya serta mengetahui di mana ia sekarang berada." "Apakah kau senang jika laki-laki itu adalah engkau?" Dia menjawap, "Kalau disindirkan kepadaku, maka aku tidak benci." {6} (Maksud kalau disindirkan kepadaku ini menunjukkan betapa besarnya kekecewaan ibnu sayyad terhadap anggapan orang disekelilingnya ketika itu.)

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal besar/sebenar yang akan keluar diakhir zaman nanti, tetapi ia adalah satu 'perlambangan' sifat Dajjal yang ditunjukkan oleh Allah SWT. {7}


2. Rothschild, Ibnu Sayyad dan Illuminati

Rothcshild adalah keluarga Yahudi yang paling misteri dalam dunia. Segala gerak-gerinya adalah bermotif meruntuhkan umat dunia khususnya umat Islam. Revolusi Perancis, Revolusi Bolshevik Rusia, kejatuhan Amerika Syarikat, NAZI dan Holocaust, kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah, penubuhan negara haram Israel, semuanya mempunyai kaitan dengan keluarga elit Yahudi ini. Penyiasat-penyiasat konspirasi Barat dan Muslim yang celik minda mereka sering mempersoalkan sebab mengapa keluarga elit Yahudi ini seringkali 'diketepikan' media arus perdana daripada menyiarkan berita-berita mengenai mereka di media. Seolah-olah, keluarga ini cuba untuk meletakkan mereka di posisi selamat dari tumpuan awam.

Rothschild adalah keluarga yang mengasaskan dan mengamalkan pemujaaan syaitan melalui organisasi Freemason dan Illuminati. Jika Rothschild adalah seteru/masalah utama penduduk dunia hari ini, adakah Islam tidak memberi amaran terlebih dahulu kepada umatnya melalui hadith-hadith Rasulullah SAW sepertimana amaran yang diberikan oleh Baginda berkaitan Dajjal dan Yajuj Majuj.? Jawapannya ya. Ada.

2.1 Ibnu Sayyad bakal memiliki harta dan anak yang sangat banyak

Hadith ini menjelaskan kepada kita beberapa perkara utama yang memungkinkan  bahawa Rothschild adalah dari susur galur keturunan Ibnu Sayyad yang tinggal di Madinah. Hadith berikut berbunyi:
Telah berkata Ibn Umar, "Aku pernah bertemu Ibn Sayyad dua kali. Aku bertemu dengannya kemudian aku bertanya kepada sebahagian sahabat, "Apakah kamu bercerita bahawa dia itu Dajjal?" Mereka berkata, "Tidak demi Allah." sebahagian dari kamu telah bercerita kepadaku bahawa dia (Ibn Sayyad) tidak akan mati sehinggalah ia menjadi orang paling banyak harta dan anaknya di antara kamu, demikian pula dugaanmu pada hari ini. Kami bercakap-cakap lalu aku meninggalkannya. Kemudian aku bertemua dengannya pada ketika yang lain, sedang matanya bengkak, maka aku bertanya, "Apa terjadi pada matamu seperti yang aku lihat?" Dia berkata, "Aku tidak tahu." Aku berkata, "Kamu tidak tahu sedangkan ia berada dikepalamu?" ia berkata, "Kalau Allah kehendaki, ia akan menciptakannya di tongkatmu ini." Kemudian dia mendengus sangat keras seperti dengusan keldai yang pernah aku dengar. maka sebahagian kawanku menyangka aku telah memukulnya dengan tongkat yang ku bawa sampai patah. Adapun aku, maka demi Allah aku tidak mengetahui keadaan tersebut."

Kemudian Ibn Umar datang ke rumah Ummul Mukminin (isteri nabi) lalu bercerita kepadanya, maka ia (Ummul Mukminin) berkata, "Apa yang kamu kehendaki darinya? Bukankah kamu tahu bahawa baginda telah bersabda, "sesungguhnya sesuatu yang pertama kali membangkitkannya terhadap manusia adalah kemarahan yang melandanya." {4}

Dua fakta penting yang boleh kita lihat di dalam hadith diatas, pertama (1) Ibn Sayyad bakal memiliki banyak harta dan, keturunan yang banyak melebihi para sahabat. Menjelaskan hal demikian rasulullah menggunakan kalimah ( أكتر ) bagi menerangkan ciri-ciri harta ( مال ) dan anak ( وَلَدًا ) yang membawa makna paling banyak. Dalam nahu Arab, aksara Isim Tafdil yang memberi makna terlebih banyak dari orang lain. Kalimah أكتر  berasal dari kalimah madhi  أكتر  bermaksud 'banyak atau melebihi.

Dalam penggunaan kalimat أكتر bagi menerangkan kekayaan yang melampau dan anak-beranak yang sangat ramai boleh dikaitakan dengan situasi keluarga Rothschild kini. Teori ini sangat rasional, tambahan pula pada zaman ini hanya keturunan Rothschild mempunyai kemewahan harta yang melampaui batas kemampuan manusia.

Imam Nawawi menjelaskan dalam syarahnya bahawa hal demikian (kekayaan dan anak) telahpun diperkatakan oleh ramai para sahabat. Ini bermakna sebahagian besar para sahabat mengetahui bahawa Ibnu Sayyad sememangnya akan ditakdirkan memiliki kekayaan dan keturunan yang banyak.  Menariknya disini jika diselidik kembali sejarah keluarga Rothschild, Amschel Moses juga menerima doa dari Rabbi Hershelle yang seakan-akan sama dengan hadith di atas.

Dalam sebuah artikel tulisan seorang penulis Yahudi, Nissan Mendel, Amschel Moses Rothschild telah dituduh mencuri wang kebajikan untuk anak-anak yatim. Rabbi Hershelle yang telah mendidik Amschel Moses dari kecil telah menuduh Amschel yang mencuri wang tersebut. Rabbi Hershelle pergi menemui Amshel bagi menceritakan hal sebenar. Amschel tidak menafikan hal tersebut malah menggantikan dengan wang simpanannya sendiri, walaupun sebenarnya bukan dia yang mencuri wang itu. Tidak lama selepas itu, rabbi hershelle mendapat khabar mengejutkan dari ketua Polis Daerah bahawa wang tersebut telah dicuri oleh seorang wanita. Dengan rasa bersalah, Rabbi Hershelle pergi menemui Amschel untuk meminta maaf. Bermula saat itulah Rabbi Hershelle mendoakan Amschel Moses dan anak-anaknya serta keturunan-keturunannya menjadi orang tyang berjaya di dalam dunia perniagaan. Amschel telah dikurniakan 8 orang anak dan salah seorangnya bakal penguasa dunia - Mayer Amschel de Rothschild. {8}

Perlu kita fahami disini, bahawa sejak kematian Mayer Amschel de Rothschild pada 1812, anak-anaknya mula mengaturkan perkahwinan sesama mereka dalam lingkungan keluarga-keluarga Yahudi saja. Keluarga Rothschild hanya menjodohkan anak-anak mereka dengan ahli-ahli perniagaan Yahudi yang kaya khususnya dalam bidang perbankan.
Keduanya (2), berkenaan kekayaan luar biasa Rothschild. Selain mempunyai rumah-rumah agam yang besar di Eropah, kemewahan melampau Rothschild boleh dilihat melalui barangan dirumahnya. Tidak cukup dengan itu, Rothschild juga menguasai bank-bank utama di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Dubai, Britain, Perancis, German, dan beberapa buah lagi di seluruh dunia. Kekayaan sebenar keluarga elit Yahudi ini membuatkan seorang penulis - St Berbe cenderung untuk menggelar keluarga Rothschild sebagai The Money's Prophets.

Sabda Rasulullah SAW itu benar bila mana kita melihat kekayaan Rothschild sekarang yang tiada bandingnya sehingga mampu menguasai seluruh dunia dengan mencetuskan kemelesetan ekonomi, mencetuskan revolusi-revolusi dunia, perang-perang dunia, menubuhkan PBB, NATO dan sebagainya. Allahuakbar. Rasulullah SAW sangat benar dalam sabdanya.

bersambung...

______________________________________
1. Lihat Kitabul Fitan Juz l: 102-103, Tahqiq : Muhammad Fahim Abu Ubayyah. Juga Kitabul Fitan oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir dalam bab Ibnu Sayyad.
2.Lihat Kitabul Fitan Wa Ashratul Sa'ah, 18:14-50.
3.An-Nahiyah Fil fitan 1: 128 dengan tahqiq dr Thaha Zaini
4. Tajridu Asmaish Shahabah 1:319 no 3366 karya Al Hafizh Adz Dzahabi, terbitan Darul Ma'rifah, Beirut.
Sahih Muslim Bisyarah An-Nawawi, Hadith No 2932, Vol 9, Darul Manar Kaherah, ms 372 
5. Sahih Muslim 18:51-52 Bahagian (........) adalah bahagian yang dipotong kerana terlalu panjang.
6. Sahih Muslim 18:51
7. Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal
8. Artikel tersebut bertajuk The First Rothschild

Sunday, August 18, 2013

Dajjal Di Segitiga Bermuda by Muhammad Isa Dawud free download


Buku ini sebenarnya telah berada dipasaran lama dahulu, iaitu kira-kira 15 tahun yang lalu. Namun setelah melihat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca, Hijjaz Records Publishing telah bertindak dengan mengedarkan semula buku tulisan Muhammad Isa Dawud ini. Versi lama buku ini menggunakan judul 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda' manakala versi baru, menampilkan judul yang lebih ringkas iaitu 'Dajjal Di Segitiga Bermuda.' Para pembaca Aku-Macjay Blogspot beruntung kerana kami menyediakan pautan muat turun percuma kepada para pembaca bersempena bulan Syawal ini. Diharapkan ianya akan memberi manfaat buat kita bersama.

ULASAN
MUAT TURUN
MEGA
(versi muat turun ini adalah dalam bahasa Indonesia, jika anda berminat dengan produk ini, sila dapatkannya dalam keluaran terbaru)

Tuesday, December 25, 2012

The Hobbit, The Lord of the Ring dan Kisah Akhir Zaman

Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Filem Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah. Mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Menurut Wes Penre, penyiasat konspirasi bidang hiburan, bagi melihat rahsia tersirat 'Illuminati' pada filem LOTR, haruslah terlebih dahulu kita melihat kepada latar belakang pencipta karya ini, iaitu J.R.R Tolkien. Menurut buku Rahsia Yahudi Dalam Filem Hollywood, J.R.R Tolkien merupakan seorang penulis novel sekaligus agen yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan konsep hidup Illuminati kepada masyarakat dunia. Huraian lanjut berhubung J.R.R Tolkien sebagai agen Illuminati bagi bidang hiburan boleh didapati didalam buku terbitan MoonMedia itu.

Mordor = Markas dajjal Laknatullah

Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia. 

Sauron = All Seeing Eyes = The False Messiah

The All of Seeing Eye

Dinding = Isengard

Witch king = Yajuj & Majuj

Gandalf = Imam Mahdi

Aragorn = Isa almasih

Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.
Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti. Mungkinkah ini strategi ATASBAWAH? Iaitu strategi dimana akan membuatkan penonton berfikir bahawa "semua ini hanyalah fiksyen semata-mata". Penonton perlu ingat bahawa agama Islam, Kristian dan bangsa Yahudi mempunyai sejarah yang sangat rapat. Justeru untuk mengatakan ia satu kebetulan sahaja, adalah satu mustahil.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Aragorn sebagai pemimpin yang berjuang menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Juga, terdapat seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran. Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahdi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.
Filem ini, bagi yang tahu kaitan antara kisah Yajuj Majuj dan suatu bangsa dari Tembok Darial pasti akan menyedari persamaan jalan cerita - Tema cerita "suatu kaum minoriti dari bawah tanah, yang cuba pulang ke tanah air mereka untuk memperoleh kemerdekaan" persis "minoriti Yahudi dari Eropah yang kembali ke The Holy Land untuk membentuk sebuah negara baru yang kononnya tanah asal mereka."

[via]

Saturday, October 13, 2012

Empayar Islam Turki Uthmaniyah yang dilaknat

Sejarah yang dibaca oleh kita tidak menghuraikan dengan teliti faktor utama yang mengakibatkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Fakta yang sering dikaitkan dengan sejarah Turki Uthmaniyah ialah penaklukan Konstantinople dan pentadbiran diktator Yahudi, Mustapa Kamal Atarturk. Sedangkan, dalam agenda untuk menjatuhkan Turki Uthmaniyah, Mustapa Kamal hanya berfungsi sebagai pemuka hadapan yang menggepalai pentadbiran moden selepas era Uthmaniyah. Dalam erti kata lain, kedatangannya adalah selepas WW1 yakni selepas kejatuhan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kejatuhan sebenar Turki Uthmaniyah bukanlah disebabkan oleh faktor Mustapa Kamal Atarturk tetapi adalah disebabkan oleh ekonomi dan sistem bank.

Tahukah anda ?!

Dalam buku Historic Crities of the Islamic World, karangan Clifford Edmond (2007) menyebut bahawa kerajaan Turki Uthmaniyah telah menjalinkan hubungan kewangan dengan satu keluarga elit Yahudi dalam urusan perbankan, iaitu keluarga Alvaro Mendez dari Sepanyol. Bank kepunyaan Mendes ini telah menaja banyak projek kerajaan Turki Uthmaniyah sejak 1588.

Edhem Eldem yakni seorang pensyarah Turki dari Universiti Bogazici, menyebut bahawa idea memodenkan empayar Turki melalui pinjaman kewangan datang dari desakan Gerakan Tanzimat pimpinan Mustapa Rashid Pasha, Ali Pasha, Fuad Pasha, Ahmet Pasha dan Midhat Pasha. Kesemua mereka dipercayai ahli birokrat berpendidikan Inggeris. Keturunan 'Pasha' ketika Turki Uthmaniyah berada dibawah kekuasaan Raja sebaik-baik Raja yakni Sultan Mehmet, pernah memainkan peranan penting untuk menakluk Konstantinople. Namun, ia berbeza sekali dengan Pasha didalam Gerakan Tanzimat.

Idea pemodenan yang dibawa oleh Gerakan Tanzimat ini telah berjaya mempengaruhi Sultan Mahmud II dan Sultan Abdul Mecid. Gerakan ini membawa slogan retorik perubahan baru iaitu kerajaan Turki pada masa hadapan adalah sebuah kerajaan yang mampu menyatupadukan orang Muslim dan bukan Muslim, orang Turki, Greek, Armenia, Yahudi, Kurdis dan Arab.

Khalifah Turki Uthmaniyah pada ketika itu merasakan pemodenan tanpa mengira bangsa seperti slogan ini adalah sesuatu yang boleh menaikkan kehebatan kerajaan Turki Uthmaniyah. Akibat terpesona dengan idea-idea kumpulan muslihat Ali Pasha, maka semua cadangan telah digunapakai.
Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan, pemberi, saksi dan penulis riba sebagaimana dalam sebuah hadis sahih, Jabir melaporkan bahawa: “Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memakan riba, memberi (membayar) riba, kedua- dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama”. (Muslim).
Pada 1854, khalifah Turki Uthmaniyah telah melakukan satulangkah yang paling tidak bermoral yang sekaligus telah melanggar syariat yang melarang urusniaga riba. Kerajaan Uthmaniyah secara rasminya telah membuat pinjaman sebanyak 3 juta pound sterling yang diurus syarikat Dent, Palmers & Co. Kemudian, pada 1855, pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki bertambah lagi sebanyak 5 juta pound sterling dan kali ini ia diruskan pula oleh bank Rothschild yang berpusat di London.
“Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggal sisa-sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya memerangimu…” (al-Baqarah, 2: 278-279).
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang berpegang kepada hukum syarak telah melakukan kesilapan pada 1854 dengan menerima pakai sistem riba. Pinjaman berjumlah 8 juta pound sterling itu mewajipkan kerajaan Turki Uthmaniyah membayar bunga sebanyak 10 peratus dalam tempoh setahun. Dengan ini, wajarlah Allah SWT memberikan bala dengan menjatuhkan empayar Islam Turki Uthmaniyah yang telah ingkar dengan ajaran Islam, ditangan diktator Yahudi (juga ahli Freemason) Mustapa Kamal Atarturk pada 1922.

Berikut adalah senarai pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki kepada bank Rothschild di London:
  1. 1854 - 3000000 pound sterling. Bunga 6%.
  2. 1855 - 8000000 pound sterling. Bunga 4%.
  3. 1858 - 5000000 pound sterling. Bunga 6%.
  4. 1862 - 8000000 pound sterling. Bunga 6%.
  5. 1863 - 8000000 pound sterling. Bunga 2%.
  6. 1865 - 6000000 pound sterling. Bunga 6%.
(Sumber: Edhem Eldem, 2005, Ottoman Financial Integration with Europe. Foreign Loans, the Ottoman Bank and the Ottoman Public Debt.) 

Senarai diatas hanyalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Hakikatnya, pinjaman berjumlah beratus-ratus juta pound terus-menerus dilakukan oleh kerajaan khalifah (hasil desakan ejen-ejen Yahudi didalam pentadbiran Turki) sejak 1854. Pinjaman ini berlaku sehinggalah pada tahun 1914, dan dianggarkan sebanyak lebih 30 pinjaman telah dilakukan. Jumlah ini sebenarnya sudah cukup membuatkan Turki Uthmaniyah jatuh bankrap sebelum WW1.

Sehingga kini, walaupun Turki sudah berubah kepimpinan daripada sekular kepada pro-Islamik, namun ekonominya tetap dipegang oleh Yahudi menerusi sistem riba yang mula digunapakai oleh khalifah Islam sejak zaman Uthmaniyah lagi.

Tuesday, July 10, 2012

Best Of The Best 2010-2012

Blockbuster :
1. Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun? (108277 paparan)
2. Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda (32843 paparan)
3. Menghampiri Kiamat - Paras Air Tasik Galilee 27.11.2011 (30634 paparan)
4. Muslihat Yahudi Dalam Earth Hour? (23373 paparan)
5. Senarai Game Menghina Islam (10406 paparan)

Curious :
1. Soekarno Ganyang Malaysia atau Ganyang Freemason? deleted
2. Illuminati Bunuh Michael Jackson? deleted
3. Imam Mahdi Syiah Adalah Dajjal?
4. Hakikat Akhir Zaman Yang Disebutkan Oleh Abu Hurairah
5. Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin
6. Harun Yahya Mengaku Sebagai Imam Mahdi
7. Hari Pengisytiharan Dajjal Sebagai Tuhan
8. Manusia Setelah Wafatnya Nabi Isa Di Akhir Zaman
9. Konspirasi Dunia - Penantian Raja Yahudi (Dajjal)
10. Bukti Penglibatan Manusia Disebalik Tsunami
11. Kajian Hadith Rasulullah SAW - A Days Of Dajjal
12. Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh as

Hot :
1. Atlantis Pernah Wujud Di Bumi Melayu?
2. Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi
3. Captain Jack Sparrow Lanun Melayu?
4. Konspirasi Dunia - Transformers Dark Of The Moon
5. Konspirasi Dunia - Harry Potter And The Deathly Hallows

Top 5 Notes from Macjay's Facebook fanpage
1. Baju Nabi Adam as
2. Kisah Nabi-nabi Allah Yang Tidak Disebut Secara Langsung Dalam Al-Quran
3. Sejarah Yang Terhapus - Kewujudan Islam Di Benua Amerika Sebelum Penemuan Columbus
4. 9 Mimpi Rasulullah SAW Mengenai Umat Baginda
5. Perang Akhir Zaman Menggunakan pedang, lembing, panah dan batu



Perhatian : Terdapat beberapa buah lagi artikel/nota dari blog ini, yang telah dipadam dan tidak disenaraikan diatas. Para pembaca adalah dibenarkan untuk berkongsi mana-mana sahaja artikel di atas.

Saturday, March 24, 2012

Revolusi Arab Terbukti Satu Konspirasi

Tidak lama dahulu, ketika tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudiannya menjalar hingga ke Mesir sebelum ke Libya, para pengkaji sosial politik berteraskan agama seperti Sheikh Imran N Hosein, telah menyebut, ia adalah salah satu daripada rancangan pihak Yahudi Zionis. Pandangan beliau juga pernah dikongsi oleh beberapa orang blogger di Malaysia. Namun, dek kerana terlampau taksub dengan al-kisah kebangkitan Islam diakhir zaman yang sememangnya akan berlaku suatu hari nanti, maka ramailah umat Islam yang terpengaruh dengan seni tipu-daya musuh-musuh Allah SWT ini. Mereka tidak sedar bahawa kesemua yang berlaku seperti kebangkitan kuasa rakyat hinggalah kepada kejatuhan para diktator telah terlebih dahulu dimaklumkan oleh kelompok secret society. Konspirasi Yahudi atau dalam makna kata lainnya, tipu muslihat Yahudi telah dinyatakan di dalam Al-Quran : 
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. {1} 

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. {2}
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran sendiri telah membuktikan betapa tidak akan redha bangsa Yahudi terhadap umat Islam. Beberapa hari yang lepas portal berita Islam terbesar Indonesia, Era Muslim telah menerbitkan satu artikel bertajuk Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah. Artikel tersebut adalah manifestasi daripada persoalan yang diutarakan oleh seorang individu bernama MuammarF berkaitan hujah ulama terkemuka dunia, Sheikh Imran N Hosein pada 2003!


Soalan : Apakah benar, jatuhnya para ditaktor di Timur Tengah dan kebangkitan Islam di Timur Tengah adalah sebahagian daripada sandiwara Zionis ?

Jawapan : Alasan Syeikh Imran Hossein mendakwa akan berlakunya revolusi Timur Tengah memang sangat wajar. Sejak lama dahulu, Rabbai Fischmann, anggota Jewish Agency for Palestine, di depan UN Special Committee of Enquiry pada 9 Julai 1947 sudah mengatakan bahawa The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Ia termasuk sebahagian dari Syria dan Lubnan. Wilayah itu mencakupi wilayah Timur Tengah, tidak terkecuali Arab Saudi.

Jika anda perhatikan, siapakah yang beruntung dari terbongkarnya kabel diplomatik yang dilancarkan wikileaks antara Amerika dengan Negara-negara sekutunya? Israel atau dunia Islam? Di tengah krisis yang menerpa hampir seluruh Negara Timur Tengah, menariknya hanya Israel negara yang relatif masih bertahan.

Sejak tahun 2006, seperti dilaporkan oleh The Armed Forces Journal, dalam sebuah laporan berjudul The New maps of muslim world and middle east tergambar jelas rencana perubahan peta dunia Islam dimana Amerika Syarikat akan memecah berbagai dunia Islam. Yang menariknya adalah Saudi yang akan dipecah menjadi tiga bagian: Sunni, Syiah, dan sacred state (seperti daerah istimewa).

Dan melihat kepada persitiwa akhir-akhir ini, bukan tidak mungkin rencana AS itu akan cepat terwujud. Kedudukan Arab Saudi sekarang diserang dari pelbagai sudut. Dari dalam, mereka dihentam liberalisme. Sedangkan di Selatan mereka akan dikikis oleh Syiah Yaman. Para ahli politik dunia Arab menyebut bahawa perang antara Arab Saudi dan Iran sudah berlangsung di sempadan Saudi-Yaman. Houthi yang lebih taat kepada Iran dan mempunyai persamaan ideologi dijangka akan menyebarkan mazhab Syiah di Jazirah. {3} 

Kita memang sangat setuju dengan kejatuhan para diktator Arab di berbagai negara Islam. Namun menggantikan Mubarak, Ben Ali, dan Gaddafi dengan sistem demokrasi juga adalah tidak bagus. Dimana ada demokrasi, pasti disana ada Yahudi. Sekarang kita boleh lihat dengan jelas adakah parti-parti Islam yang komitmen untuk menjadikan negarannya dengan konstitusi syariat pasca revolusi?

Di Tunisia, Abdul Hamid Jalashi dari Parti An Nahdhah, mengatakan, “Kami Akan Bekerja Untuk Membangun Masyarakat Sekuler Pluralistik.” Di Mesir, dalam pertemuan dengan senator Demokrat (10/12) dari Massachusetts, pejabat Ikhwanul berjanji untuk menghormati hak-hak sivil dan perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani pada masa lalu, termasuk mengkaji kembali perjanjian damai Mesir dengan Israel.

Di Maroko, lebih teruk. Dalam sebuah wawancara Al-Arabiya dengan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan Maroko, Abdullah bin Kiran, menegaskan bahawa akan memerintah sebagai parti politik dan bukan sebagai parti beragama. “Agama milik masjid dan kami tidak akan ikut campur dalam kehidupan peribadi warga,” ujarnya. Bin Kiran juga membantah bahawa partinya akan memaksakan jilbab pada perempuan Maroko.

Di Libya, kedutaan besar Israel akan berdiri disana pasca tumbangnya Gaddafi. Jurucakap pembangkang Libya, Ahmad Shabani yang juga merupakan orang yang rapat dengan Israel. Kepada Koran Hareetz Israel, (2/8/11), Shabani pernah meminta Israel untuk turun padang menengahi keadaan yang kacau bilau di Libya. “Kami meminta Israel menggunakan pengaruhnya di masyarakat internasional untuk mengakhiri rejim Gaddafi dan keluarganya,” katanya.

Kenapa Israel sangat berkepentingan terhadap isu Libya? Kerana dalam senarionya, Libya akan dijadikan penguat pangkalan pertahanan Israel untuk mematangkan rencana mereka menguasai pangkalan Geopolitik Timur Tengah. Dengan meletakkan kepentingan Zionis di Libya, Mesir, Tunisia, Al Jazair, Somalia, dan Sudan, ia akan mengukuhkan jalur kekuatan ekonomi Israel dan otomatis membentuk tatanan dunia baru yang semakin meng-hegemoni. Wallahua'lam. (Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi) {4} 
Semua yang berlaku di Timur Tengah kini adalah tipu muslihat Yahudi Zionis sebagai salah satu usaha mereka untuk menyambut Antichrist. Tidak percaya? Berikut adalah beberapa petikan menarik yang dipetik daripada buku-buku dan hujah beberapa tokoh Kristian dan Yahudi : 
Third World War, which will begin between Israel and her Arab neighbors and spread to the entire world. Literally, out of the smoke and destruction of this Third World War, Antichrist will come striding! {5}

"...secara keseluruhannya, secara rahsia pemuka Yahudi sedang menyediakan tempat kembalinya Raja mereka (dibaca Dajjal) dari jalur keturunan Nabi Daud untuk memimpin dunia dan gerakan Freemason yang bertindak sebagai jaringan dan objektif kita. Gerakan Freemason telah digunakan bagi memanipulasi masyarakat (dunia) ke arah pelan yang dipilih oleh pemuka Yahudi untuk menguasai dunia." {6} 
Dan dibawah adalah kenyataan rasmi daripada seorang cendiakawan Katholik Russia, Prof Sergei Nilus, yang dibunuh sebelum sempat melancarkan buku keduanya yang mendedahkan perancangan Yahudi Zionis dalam penantian kemunculan Raja mereka. Ia dipetik dari buku beliau bertajuk The Great Within The Small. 
….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh….."

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat."

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.” {7} 
Penguasaan anasir jahat untuk memanipulasikan gereja bukan sekadar satu plot cerita satu karya seni semata-mata seperti yang dipaparkan di dalam novel Dan Brown, Angle and Demons, tetapi ia juga adalah satu kebenaran yang telah lama terlepas dari pandangan kebanyakan pihak. Buktinya, pada awal tahun 1770-an, Adam Weishaupt sendiri telah memeluk agama Kristian Katholik hingga dilantik menjadi paderi di gereja besar Ingolstadt. {8}
p/s: Dan Brown sendiri dalam novelnya, menyebut "all rituals, science, artworks and monuments in this novel are real."
______________________________________________
1. QS Ali-Imran 3: 54
2. QS Ath-Thaariq ayat 86: 15-17
3. Jika benar Syiah akan menguasai Jazirah Arab suatu ketika nanti, maka merekalah yang akan menjadi golongan yang diperangi oleh Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadith sahih antaranya, Dari Jabir bin Samurah r.a dan dari Nafi' bin Atabah bin Abu Waqqash berkata : Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Kalian akan memerangi Jazirah Arab kemudian Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Persia dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Romawi dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Dajjal dan Allah menaklukkannya untuk kalian." Nafi' berkata; Jabir berkata; "Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan." [Hadith Riwayat Imam Ahmad: 1458] Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dari Nafi' bin Atabah. Rujukan lanjut - Amin Muhammad Jamaluddin, Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal, hlm 122
4. Petikan artikel terbitan EraMuslim.com, Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah, http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/imran-hosein-dan-konspirasi.html
5. http://www.cuttingedge.org/news/n1056.html
6. The Protocol of the Meetings of Elders of Zion, Protokol 4, 30. Buku Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 103.
7. Ibnu Yaacob, Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud, http://dajjal.wordpress.com/2007/12/08/teori-dajjal-sebagai-perancang-konspirasi-yahudi-sudah-lama-wujud/
8. Ibnu Yaacob, Rahsia Simbol Yahudi, Moon Media Enterprise, hlm 45

Friday, October 14, 2011

Konspirasi Dunia - Jarum Yahudi di Nusantara

Indonesia tidak akan bertoleransi (berhubung) tindakan negara lain yang mengancam kedaulatan, termasuk melanggar batas sempadan. ”Tidak ada kompromi soal kedaulatan,” menurut Jurucakap Presiden, Julian Aldrin Pasha, Selasa (11/10/2011).

Hubungan Indonesia (dan Malaysia) kembali panas. Setelah sekian lama, dua buah negara serumpun-seakidah ini kembali dihangatkan dengan isu nasionalisme yang sama sekali tidak ditekankan oleh  ulama-ulama Melayu dahulu. Kesnya perkara kecil, namun luar biasa bagi pihak nasionalis, yakni permasalahan sempadan Camar Bulan di Sambas yang didakwa telah diceroboh oleh Malaysia.

Kita harus membuka mata bahawa konflik antara Malaysia dan Indonesia ini tidak terjadi dengan sendirinya. Ada unsur-unsur pemicu api yang mengakibatkan asap (kebakaran) besar. Persoalannya siapakah pemetik api itu? Muslim? Tidak, kerana kita hanyalah korban.

Prof. Dr Dato’ Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju bahawa wujud campurtangan pihak luar dibalik perseteruan kedua-dua negara serumpun Muslim ini.

Dalam memoir buku Thomas Raffles dinyatakan, Barat harus memastikan bahawa alam Melayu ini lemah. Bagi melemahkannya, Raffles telah mengusul dua buah strategi.
  1. Imigran-imigran asing dibawa masuk ke alam Melayu (Nusantara) supaya wilayah ini tidak menjadi kawasan Melayu, melainkan (kawasan) majmuk (orang-orang China dan India dibawa masuk).
  2. Memastikan bahawa Raja-raja Melayu di Semenanjung Tanah (ﺕ) Melayu (ﻡ), Sumatera, Jawa dan sebagainya, tidak mengambil para ulama Arab menjadi penasihat mereka. Justeru, tujuan asal mereka sememangnya untuk memisahkan dunia Arab dengan Melayu.
Bersatunya antara Malaysia dan Indonesia membentuk Imperium Islam Melayu inilah yang sangat ditakuti oleh Zionisme. Mereka sedar bahawa bangsa Melayu berpotensi kuat dalam membangkitkan (semula) Islam dari tenggara Asia, maka oleh itu jalur ini harus dihabisi, walau dengan apajua caranya.

Pengalaman bangsa Indonesia yang begitu mudah diadu domba adalah kunci yang selalu mereka (zionisme) pegang sejak dari zaman devide et impera. Selain itu, kita juga harus faham bahawa Thomas Stamford Raffles sendiri adalah seorang ahli pertubuhan Freemason. Menurut Th Stevens dalam bukunya Gerakan Freemasory - Raffles pada tahun 1813 telah dilantik sebagai mason bebas di bantara “Virtutis et Artis Amici”. “Virtus” merupakan suatu bantara sementara di ladang Pondok Gede di Bogor.

Kawasan ladang tersebut dimiliki oleh Wakil Suhu Agung Nicolaas Engelhard. Di situ Raffles dinaikkan pangkat menjadi ahli (gezel), dan hanya sebulan kemudian dinaikkan menjadi meester di lodge “De Vriendschap” di Surabaya.
Raffles pula yang mendirikan Singapura moden yang kini menjadi pangkalan Israel di Asia Tenggara. Agen-agen Zionis melalui Singapura adalah penghasut sebenar dalam mengeruhkan hubungan sesama Muslim Melayu. Kebanyakan perasuah dari Indonesia juga menetap di Singapura setelah merompak wang rakyat Indonesia. Mereka tidak mahu memerterai perjanjian ektradisi dengan Indonesia semata-mata untuk melindungi golongan perasuah kerana golongan tersebutlah yang membawa banyak wang ke Singapura.

Singapura adalah sekutu Zionis. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew pada teman rapatnya diperingkat pimpinan kerajaan yang juga menteri pertahanan Dr Goh Keng Swee, ketika diperingkat awal pembentukan The Singapore Armed Forces (SAF) :
“Kita mesti memastikan kehadiran Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura”.
Sedikit terjemahan maklumat berkaitan penubuhan SAF yang dipetik daripada laman sesawang Indiadefence [http://www.indiadefence.com/SingAF.htm]  : 
14. Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

15.Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh, menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad. “Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik”, menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis “beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura”.

16.Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.

17.Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk melantik Major General Rehavam Ze’evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura. Ze’evi (digelar”Gandhi”) melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak buat disini”, menurut Carmel. “Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa”

18. Ze’evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan “menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera”, menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku “Brown Book,” berkatian doktrin peperangan, kemudian buku “Blue Book,” mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel.
Berbalik kepada isu sebenar yang dibincangkan - untuk mengalihkan isu ini dari perhatian rakyat Indonesia, mereka akan cuba mencari isu lain agar rakyat Indonesia lebih fokus pada isu yang mereka cipta. Maka dengan itu, wujudlah isu sekarang, konfrontasi Malaysia-Indonesia. Melalui media sekular di Indonesia, mereka terus berusaha agar rumpun Melayu berbangga dengan identiti negara masing-masing. (Hinggakan satey, lemang, batik dan ikan juga dijadikan isu hingga mahu berperang)
Penyusupan jarum-jarum Zionis di Malaysia juga bukanlah perkara baru. Tahun 2010, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah memdedahkan fakta tentang kewujudan agen Zionis di ibupejabat Perseketuan Polis Malaysia. Beliau bersama beberapa kelompok Muslim lain di Malaysia, telah mendakwa memiliki dokumen yang menunjukkan bahawa kemungkinan wujudnya agen Zionis di dalam strategi informasi negara lewat perusahaan kontraktor bernama "Osiassov", yang melaksanakan projek pengembangan sistem komunikasi dan teknologi di ibupejabat polis Malaysia. Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa perusahaan "Osiassov" berdaftar di Singapura tetapi berpangkalan di Israel. Menurut Anwar lagi, kehadiran dua bekas panglima tentera Zionis di perusahaan yang berkaitan, adalah dibawah pengetahuan petugas polis senior Malaysia dan Menteri Dalam Negeri Malaysia sejak zaman Syed Ahmad Albar.

Percayalah, jika Muslim Melayu tidak kembali ke ajaran Islam sejati, tidak akan ada ruang pada nasionalisme yang berkiblatkan bangsa, benih permusuhan itu akan selalu muncul, walau kedua-dua buah negara makmur dan sama-sama beragama Islam.

Maka dengan itu, bersatulah bangsa Melayu-Muslim. Bersatulah diatas Panji Islam yang akan membuka jalan tegaknya dienullah ini di tanah perjuangan kita, tanah Melayu Darussalam. (pz)

nota : Diterjemahkan dari artikel asal di EraMuslim.com dan Indiadefence.

Friday, September 16, 2011

Bukti Penglibatan Manusia Disebalik Tsunami

Ketika artikel Konspirasi Dunia Tsunami 2004 disiarkan {1}, ada segelintir pembaca yang mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah tertakluk dibawah kuasa Allah SWT. Tidak dinafikan, tanpa keredhaan-Nya, tidak akan bergerak walau setitik pun air dilaut. Tetapi lupakah anda (atau tidak tahu langsung) bahawa kerosakan di bumi akibat perbuatan tangan (kerja) manusia telah dinyatakan secara jelas dalam Surah ar-Rum ayat 41. Rasulullah SAW juga telah memaklumkan kepada kita mengenai insiden bencana dan petaka akhir zaman, lebih daripada 1400 tahun dahulu - (1000 tahun lebih awal).

Daripada Abdullah bin Hawalah :
"Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya diatas kepalaku lalu berkata; "Wahai Ibn Hawalah jika engkau melihat perselisihan telah turun di atas bumi yang telah disucikan (Palestin) maka dekatlah gempa, bencana dan masalah-masalah besar dan Hari Kiamat saat itu lebih dekat dengan manusia daripada dekatnya kedua tanganku ini dari kepalamu." {2}
Bencana dan genpa hari ini bukanlah satu fenomena semula jadi semata-mata. Ia juga sebenarnya adalah satu tindak balas alam terhadap sikap 'tidak peduli' manusia serta sikap rakus dan tenggelamnya manusia dalam ke'fasad'an dan maksiat. Allah SWT menyebut di dalam firma-Nya bahawa, berlakunya kerosakan itu adalah sebagai satu akibat daripada tindakan dan sikap manusia. 
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). {3}
Penulis buku Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik telah menemui beberapa maklumat bahawa bencana seperti gempa, ribut taufan, tsunami dan banjir besar berpunca daripada penemuan sejenis senjata berskala besar yang lebih hebat daripada 'mass destruction' yang kita ketahui seperti bom atom mahupun bom nuklear. Senjata yang dimaksudkan adalah berasaskan kepada sistem HAARP Technology. 
"The $30 million [Pentagon] project, euphemistically named HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program), is made to beam more than 1.7 gigawatts (billion watts) of radiated power into the ionosphere -- the electrically charged layer above Earth's atmosphere. Put simply, the apparatus is a reversal of a radio telescope -- just transmitting instead of receiving. It will 'boil the upper atmosphere'. After [heating] and disturbing the ionosphere, the radiations will bounce back onto the earth in for form of long waves which penetrate our bodies, the ground and the oceans."

Terjemahan : "Projek $30 juta [Pentagon], dinamakan HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program) dibuat untuk dipancar (dengan kekuatan) lebih 1.7 gigawatts (billion) dengan kuasa radiasi ke arah ionosfera - lapisan elektrik yang dicaj di atas atmosfera bumi. Untuk mudah difahami 'apparatus' adalah timbal balik daripada menerimanya. Ia akan menghangatkan lapisan atas atmosfera. Setelah (dipanaskan) dan mengubah (kestabilan) ionesfera, radiasi akan memantul balik ke arah bumi dalam bentuk gelombang yang tegar sehingga menghentam tubuh kita, tanah dan lautan." {4}
Keupayaan persenjataan HAARP ini boleh mengakibatkan kemusnahan total atmosfera bumi. Sekaligus ia juga mampu membawa kemusnahan dalam bentuk gempa bumi. Ia seumpama gelombang mikro yang dapat merobek objek tanpa dapat dikesan oleh penglihatan mata kasar.

Keterangan lanjut boleh di baca di laman web http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm iaitu sebuah laman web himpunan kajian para pastor yang dibuat berdasarkan fakta bagi menentang tumbuhnya gerakan 'pra-Illuminati' dan 'anti-Christ' yang kini sedang berusaha menguasai gereja di Amerika Syarikat. Oleh kerana artikel ini khusus untuk penganut Kristian, maka kata-kata Spiritual mereka mestilah di-abai-kan. Bagi tujuan membuktikan global warming adalah kerja manusia, lihat juga artikel bertajuk Final Proof Is Now Conclusive! dan Global Warming Is Now Proven To Be Caused by Human Being!. {5} 

Manusia yang rakus dan tamak untuk mendominasi dunia sanggup melakukan apa sahaja walaupun memusnahkan khazanah alam ini. Diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abdullah :
"Menjelang terjadinya kiamat akan terjadi perubahan (bentuk) rupa (bumi), penenggelaman bumi (gempa) dan hujan batu." {6}
Apa yang pasti, ada juga pihak yang sangsi tentang semua hal ini. bencana datang bersilih ganti, bahkan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Kita buntu mencari jawapan sehingga tergamak menyalahkan Tuhan. Mereka lupa bahawa Allah SWT telah memberi amaran awal bahawa bencana dan kemusnahan dunia adalah akibat daripada tangan-tangan manusia. Ia juga menjadi sebahagian daripada rancangan jahat para konspirator untuk menimbulkan rasa cemas dikalangan manusia.
"Can you imagine what will happen if Los Angeles is hit with a 9.0 quake, New York City is destroyed by a terrorist-planted atomic bomb, World War III breaks out in the Middle East, the banks and stock markets collapse, Extraterrestrials land on the White House lawn, food disappears from the markets, some people disappear, the Messiah presents himself to the world, and all in a very short period of time? Can you imagine? The world power structure can, and will if necessary, make some or all of these things happen to bring about the New World Order." ["Behold A Pale Horse"., p. 177-8] {7}

Terjemahan : "Dapatkah anda bayangkan apa akan terjadi jika Los Angeles dilanda gempa bumi berukuran 9.0, kota New York hancur akibat bom atom serangan pengganas, Perang Dunia Ketiga meletus di Timur Tengah, sistem perbankan dan pasaran saham merudum, makhluk angkasa mendarat di perkarangan Rumah Putih (Washington), bekalan makanan tidak dapat ditemui dipasar-pasar, ada dikalangan manusia yang hilang (diculik), penyelamat memunculkan dirinya di persada dunia dan semua ini akan terjadi (dalam tempoh terdekat) bagi menjayakan kemunculan Tata Dunia Baru."
Kata-kata ini ditulis pada 1995, manakala tarikh tragedi 9/11 (11 September) adalah pada tahun 2001. Maknanya sudah ada dikalangan orang tertentu yang telah terlebih dahulu tahu mengenai kejadian ini. Dalam lain kata, ia sudah dirancang bagi meletuskan huru-hara dan perang. Terbukti, sejurus selepas itu tentera Amerika dan sekutunya menyerang negara Islam Afghanistan dan Iraq. Lihat hadith-hadith Nabi SAW mengenai rancangan jahat Yahudi-Zionis disebalik kerahan tenaga tentera Amerika Syarikat dan sekutunya dalam memerangi dunia Islam.
"Saat (kami) sedang duduk-duduk bersama Abdullah bin Amru bin ash-Mustaurid al-Qurasyi, dia berkata ; "Penulis mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "(Menjelang) saat terjadinya kiamat, bangsa Romawi adalah bangsa yang paling besar jumlah penduduknya." Mendengar hal itu, Abdullah bin Amru mencelah "Apakah yang cuba engkau sampaikan ini?" Mustaurid menjawap, "Aku hanya mengatakan apa yang benar-benar aku dengar langsung daripada Rasulullah SAW." {8}
Rasulullah SAW bersabda :
"Hitunglah enam hal menjelang terjadinya kiamat..."(lantas Baginda menyebut antaranya): "Kemudian perdamaian antara kalian dengan Bani Ashfar (Romawi), lantas mereka mengkhianati kalian, mereka menyerang kalian di bawah 80 bendera, setiap bendera mengandungi 12000 tentera." {9}
Kronologi perang akhir zaman juga ada disebutkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalm bentuk atsar. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal." {10}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. {11}


_________________________________________
1. Lihat artikel MacJay.Net, Konspirasi Dunia - Tsunami 2004
2. Musnad Ahmad, Sunan Abi Daud dan Mustadrak al-Hakim
3. QS ar-Rum : 41
4. http://www.cuttingedge.org/news/N1624.cfm dan High Frequency Active Auroral Research Program Wikipedia
5. http://www.cuttingedge.org/news/N2011.cfm
6. Hadith Riwayat Ibn Majah (4059) dalam al-Fitan
7. http://www.cuttingedge.org/news/N1753.cfm
8. Hadith Muslim : Kitab al-Fitan wa Asyrat al-Sa'ah, no 2898
9. Hadith Bukhari
10. Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
11. Atsar ini diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. [baca]

Thursday, September 8, 2011

NASA Sangkal Teori Konspirasi Pendaratan Di Bulan

Pada 1979, ketika kali pertama teori ini muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan. Namun, dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi daif. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Penafian sejarah dunia sains AS ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.
“Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio,” kata Bill.
Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil. Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O’Leary berkata:
“Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan.”
Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.
Kini, setelah berabad-abad Teori Konspirasi Pendaratan Angkasawan NASA di Bulan {1} beredar, NASA mula menyiarkan gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk menghentikan pelbagai spekulasi mengenai sejarah terulung dunia sains Barat itu. {2} Namun, mengapakah begitu lama masa yang diambil oleh NASA?
Dakwaan penipuan pendaratan angkasawan NASA di bulan mungkin timbul setelah tayangan filem James Bond - Diamond Are Forever pada 1971 yang memaparkan satu adegan di mana James Bond (Sean Connery) menceroboh set pengambaran pendaratan angkasawan USA di bulan (milik kerajaan USA) di satu lokasi rahsia mirip Area 51. Ia mungkin menjadi titik tolak kepada kemusykilan terhadap projek NASA itu. Namun seperti yang dinyatakan di atas, beberapa kenyataan yang dikeluarkan daripada individu-individu berkaitan seperti menguatkan lagi teori penipuan ini. Berikut adalah gambar (bawah) petikan daripada filem James Bond.
PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAP NASA 
1. Mengapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tiada oksigen mahupun udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar.  Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi ia tidak pula dilengkapi dengan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran. Jika hanya diletakkan batang paip, maka bendera itu sepatutnya hanya tegak diam, bukan berkibar seperti ditiup angin. 

2. Tiada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.

3. Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat. Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?

4. Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan segala pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah disunting dengan teknik slow motion.
5. Batu-batu yang dibawa pulang adalah sama dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika.  Ada kemungkinan juga batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.
6. Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.
7. Seolah-seolah mengggunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.
8. Suasana angkasa ketika di permukaan bulan (seperti dakwaan NASA) adalah hitam gelap pekat. Tetapi mengapa tidak kelihatan langsung bintang? Sedangkan atmosferanya bukan seperti bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru. Tetapi alasan aperture kamera dan tetapan-tetapannya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.
9. Pencipta kamera untuk misi ke bulan itu, Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan NASA. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.
10. Bagaimana pula mereka boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul - video-video di bawah dan lain-lain yang membuktikan bahawa pendaratan manusia di bulan itu adalah satu hoax / penipuan?
________________________________________
2. Lihat video oleh NASAexplorer, NASA | Sharper Views of Apollo 12, 14, and 17 Sites

Gambar Belangkas