Benih kurma keluar pucuk , benih dari kurma mengeluarkan pucuk sementara yang berwarna putih bersih adalah akarnya. Kurma adalah pokok yang di sayangi oleh Nabi Muhammad, sejarah menceritakan batang pohon kurma menangis apabila Nabi Muhammad s.a.w hendak menukar tempat duduknya kepada pondok kayu yang baru.
POHON KURMA MENANGIS...
Ibnu Umar r.a berkata: “Dahulu Nabi SAW berkhuthbah pada sebatang kurma. Apabila baginda telah membuat mimbar, maka baginda berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi SAW mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) “. – HR Bukhari dan Tirmizi.
Rasulullah SAW pun bertanya kepada pohon kurma sama ada ia mahu menjadi pokok di dalam syurga dan berdamping dengan baginda SAW atau kekal di dunia untuk memberi makan buahnya pada orang beriman. Pokok kurma memilih untuk berdamping dengan Rasulullah SAW di syurga. Baginya jika memilih dunia, ia akan berpisah dengan Rasulullah SAW sesudah ia mati. Tetapi di syurga, ia tidak mati selama-lamanya dan tidak akan berpisah dari Rasulullah SAW.