Showing posts with label My homemade chocs. Show all posts
Showing posts with label My homemade chocs. Show all posts
Sunday, July 3, 2011
My homemade chocs..
Semalam adalah hari yang memenatkan sbb buat pertama kalinyer deena try buat homemade coklat * klazz pandai gak akak buat sendiri.. :)* dari pagi menggodek membuat inti ( perasa stawberry), mencairkan (double boil), mewarna sampai ke malam baru settle :) Buat homemade coklat ni tak susah cuma yang rumit bab mewarna jer dan kena teliti jgn comot.
Memula buat terpikir gak jadi ker aku buat nih ?! dah siap bagai dan isi dalam kotak punya la syok tengok hasil buatan sendiri.. walau tak secantik tokey coklat buat tu, at least deena dah bleh buat sendiri.. so far alhamdulillah dari menjahit, memasak * mcm terror..huhu* dan yang terbaru nih buat cekelat haa.. bila dah pro pepandai sendiri nak olah rasa, rupa bentuk dan hiasan yer tak ? kita yang buat dia heee.. pasni nak buat lagi untuk anak2 kat klang, si danish sibuk nak lollichoc...
p/s: beza rupanyer kesedapan buatan sendiri ngan beli kat kedai...
Tuesday, June 21, 2011
Kedai Pastry Pro Langkawi...
tu dia compound coklat sblh bekas plastik tuh... |
Tak sangka jumpa gak kedai yang supply coklat homemade ni, tapi tak semua yang ada seperti kotak coklat, mold, dan paste haa.. kebanyakkan barang yg ada kat sini dorang supply untuk hotel. Takde hal la janji coklat compound ada, lain-lain kena order dari luar jer. Walaupun brand lain kita cer tengok dan rasa kalau okay semua deena beli kat sini jer.
ni white coklat sekilo dekat rm80 hengget..! |
Bagus tokey kedai ni, macam-macam tip dia kongsi cara pembuatan coklat homemade. kira ape yang dia bgtau tu sama macam cikgu yang ngajor deena buat coklat tempoh hari.. =) lama lak tu jual minyak sampai menggigil dibuek nyer duk dalam bilik stor tu, mana tak nyer coklat menimbun termasuk produk lain memang kena simpan dalam suhu dingin gitteww... ehhhh lupa plak mekasih bebanyak pada hasnita a.k.a casper cute yang bagi contact dan lokasi kedai ni. Ate nyer kome tunggu jer yeww, nanti teman antor cekelat kat taman dahlia nun...
p/s: orang kata klu tension makan cekelat... settle ;-)
Tuesday, June 14, 2011
Mana satu nak buat nih.. ?!
credit to pokcik google |
Hehe.... akhir2 ni makin bz la pulak, nak buat coklat, beli barang-barang coklat, reply email ada yang tanya jamu dan order jamu la, suh buatkan blog.. aiiiiii...! macam2 lagi nak dibuat haa.. skang ni mood nak buat coklat jer tapi ada lagi bahan tak cukup kena import dari luar hehe....
Minggu lepas sibuk ngan anak-anak, sian si danish pas antar balik ari tuh asyik la nangis teringat ibu dia kat sini haa... sib baik kakak2 dia ada tolong pujuk, 2-3 hari lagi okay la tu.. mungkin sebab tak pernah berjauhan dan jarang jumpa ngan deena tu yg dia terasa sangat.
Nampak gaya kena susun mana satu kerja yg perlu deena buat dulu, kalau tak nanti serabut pala dan tak terkejar-kejar yer tak.. skang tengah tunggu kotak coklat dan bahan lain sampai baru boleh mula projek coklat deena... tungguuuu... :-)
p/s: nak letak inti walnut, strawberry.. mango... bes nyerrr... !
Thursday, June 9, 2011
Mold dan coklat...
ada white dan dark coklat.... |
Tak pasti plak samada kat langkawi ni ada pembekal keperluan homemade coklat, deena tak survey lagi. malas nak pening-pening order jer melalui online. mekaseh pada teman fb nisa shoppe, lovely mold dan ayu. kalau di kl atau puchong berlambak pembekal kedai jual barang coklat ni. Esok deena turun kl bleh la singgah beli apa yang patut.
mcm-mcm bentuk ada haa... |
Abang yang paling banyak bagi sokongan dan kluarkan modal utk deena haa... dan kami pun dah sepakat untuk group budak sekolah atau anak-anak yatim yang abang uruskan pakej percutian dorang kesini akan diberi percuma dengan niat sedekah...insyaallah...
p/s: tak sabar nak buatkan coklat special utk besday abang bulan ni... tungguuuuu :)
Sunday, May 29, 2011
Homemade chocolate
Tercapai gak hasrat deena buat coklat buatan tangan di rumah haa.. xder la susah mana pun cuma perlu kesabaran dan teliti. bila dah mula melayan buat coklat ni ralit dibuatnya sampai tak sedar tau-tau dah petang.. ;-) banyak info dan tips yang deena dapat selepas hadiri kelas coklat buatan tangan dirumah ni. Antara jenis coklat yg deena belajar seperti coklat pralin, oreo berwarna, oreo edible, lolichoc, dan love box.
Buat coklat yang remeh skit tang warna yang nak di letak dalam setiap acuan, nak plak yang lebih dari satu warna dan bentuk acuan yang rumit, ibarat melukis lukisan kaedahnya haa.... :-) tapi enjoy la lebih-lebih lagi bila tengok hasil kerja tangan kita wlau tak secantik dan kemas mcm kak arah buat, hehe.. (cikgu yang ngajar dan pemilik Arahchocolate & Bakery)
Terima kasih yang tak terhingga pada kak arah dari Arahchocolate & Bakery yg sudi kongsi pengalaman beliau dan jugak tips-tips yang amat berguna dalam pembuatan coklat buatan tangan.
Buat coklat yang remeh skit tang warna yang nak di letak dalam setiap acuan, nak plak yang lebih dari satu warna dan bentuk acuan yang rumit, ibarat melukis lukisan kaedahnya haa.... :-) tapi enjoy la lebih-lebih lagi bila tengok hasil kerja tangan kita wlau tak secantik dan kemas mcm kak arah buat, hehe.. (cikgu yang ngajar dan pemilik Arahchocolate & Bakery)
Terima kasih yang tak terhingga pada kak arah dari Arahchocolate & Bakery yg sudi kongsi pengalaman beliau dan jugak tips-tips yang amat berguna dalam pembuatan coklat buatan tangan.
p/s: paling suka makan coklat oreo dan pralin ... sedappp... !
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...