Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Berani merubah kehidupan.


Berani merubah kehidupan. Semua orang pun ingin menjadi kaya. Tetapi berapa ramai yang berani mengubah hidup mereka? Kita lebih selesa berada di dalam zon selesa. Tidak perlu memikir bagaimana untuk mencari dan menambah pendapatan. Tetapi sedarkah kita, pendapatan yang terhasil daripada titik peluh kita itu bukanlah hak mutlak kita? Aku dah lama memikirkan akan hal ini. Dan ianya di tambah lagi selepas aku membaca artikel di blog top bloggers malaysia, Tuan denaihati.

Semua orang ada keinginan nak jadi kaya. Kalau di tanya pada aku, aku juga nak jadi kaya dan menjadi seorang jutawan. Tetapi adakah dengan bekerja dari jam 9 hingga ke lewat petang atau membawa hingga ke malam mampu menjadikan kita mencapai apa yang kita inginkan? Adalah suatu perkara gila jika kita mempunyai impian seperti itu.

Kita tak suka tapi kita tetap teruskan untuk bertahun lamanya. Malahan hingga ke hujung hayat kita. Inilah yang berlaku dalam kehidupan hari ini. Malah, tak terlalu keras kalau aku cakap, kehidupan kini semakin tertindas berbanding 5 atau 10 tahun lepas. Persoalan sekarang, siapa yang berani keluar daripada kehidupan selesa dan mula mencari kehidupan yang mereka inginkan?


Kalau di tanya pada 10 orang. Siapa yang dengan beraninya, berhenti kerja serta merta dan mula berniaga. Berkemungkinan hanya 1 daripada 10. Atau langsung tiada. Apa yang mereka fikirkan? Takut segalanya menjadi susah dan lebih teruk. Bayaran rumah, kereta, anak-anak, insurans, belanja harian, dan macam-macam lagi. Dan tahulah akan perkara inilah yang menghalang ramai orang daripada menjalani kehidupan yang mereka impikan.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa ramai yang merungut dengan kehidupan mereka tapi masih lagi berada dan melakukan perkara yang sama setiap hari, bulan, tahun dan selama-lamanya. Orang cakap dah tak boleh nak buat apa. Ini ketetapan. Sebenarnya salah! Ini bukan ketetapan. Ini adalah pilihan. Anda yang memilih untuk terus hidup seperti ini.


Tak siapa yang boleh mengubah kehidupan kita melainkan diri kita sendiri. Kita yang menentukan bagaimana jalan kehidupan kita. Pilihan di tangan kita. Jangan disebabkan kita tak mahu berubah, keluarga dan anak cucu kita terkesan. Jalan meniti kejayaan memang sukar dan banyak rintangannya. Tapi ketahuilah akan manisnya yang menanti.

Sunday, August 30, 2015

Teknik hebat menarik perhatian audiens


Teknik hebat menarik perhatian audiens. Bercakap dan mendengar adalah 2 perkara yang berlaku pada sesuatu perbualan. Namun, di dalam sesuatu kes, adalah amat sukar untuk menarik perhatian orang ramai bagi mendengar apa yang ingin kita sampaikan. Ini sedikit sebanyak menimbulkan perasaan kecewa kepada kita jika perkara yang ingin kita sampaikan itu sangat penting dan berguna untuk dikongsikan. Kami di sini menyediakan beberapa peraturan mudah, bagaimana anda mampu menarik perhatian orang ramai supaya fokus kepada apa yang ingin anda sampaikan.


#1 Memahami Audience anda.

Sebelum anda menyampaikan mesej anda, kenali dahulu siapakah orang atau kumpulan sasaran anda. Dengan cara ini, adalah sangat mudah untuk anda menarik perhatian mereka bagi mendengar mesej anda.


#2 Perkataan yang jelas.

Beri perhatian kepada perkataan yang anda ingin gunakan. Perkataan super kamus *hanya orang bijak pandai sahaja yang faham* hanya memberi kepuasaan kepada kamu dan tidak kepada mereka yang mendengar.  Oleh yang demikian, baca semula #1 dan pilih perkataan yang betul sebelum memulakan bicara anda.


#3 Panjang mesej.

Perbualan yang panjang boleh menyebabkan penonton hilang fokus dan tidak berminat dengan anda. Jadi lebih kreatif di dalam membina ayat ringkas tetapi penuh dengan maklumat.

#4 Kelajuan suara.

Bercakap terlalu cepat dan terlalu perlahan juga mampu menghancurkan kosentrasi pendengar anda. Jadi sentiasa awasi pertuturan anda.

#5 Bahasa tubuh.

Ini adalah perkara yang paling penting. Orang lebih mudah memberi perhatian kepada anda jika anda bersemangat dan penuh komitmen. Jika anda hanya berdiri tegak, peratusan mereka yang memberi tumpuan kepada anda juga rendah. Hubungan mata juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam Bahasa tubuh.

#6 Menjadi pendengar yang baik.

Jika anda ingin orang atau kumpulan anda memberi perhatian kepada apa yang anda ingin sampaikan, anda juga perlu membuat perkara yang sama. Sentiasa menunjukkan kesediaan anda untuk mendengar setiap daripada apa yang ingin disampaikan oleh penonton anda.



Selain daripada perkara yang disebutkan di atas, keyakinan dan penampilan juga memainkan peranan yang penting di dalam menarik perhatian audience anda. Sentiasa gunakan Bahasa yang tidak kuat dan juga tidak terlalu perlahan. Ulang semula pertuturan anda jika audience anda tidak jelas dengan apa yang anda ingin sampaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca.

Friday, August 28, 2015

5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar. Pernah berhadapan dengan pelanggan cerewet? Ianya sudah pasti bukanlah pengalaman yang mengembirakan untuk anda. Pernahkah anda dengar tentang istilah ini: Pelanggan adalah raja? Yang membawa maksud, pelanggan sentiasa berada di pihak yang benar. Salah satu cara meningkatkan penjualan produk adalah mencari pelanggan baru. Tetapi bagaimana jika anda berhadapan dengan pelanggan yang cerewet ini? Dalam siri motivasi di blog ceritaejoy, kami berkongsikan cara hebat berurusan dengan pelanggan ini. Ayuh teruskan bacaan anda!


Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


#1 Kesabaran.

Jangan sesekali biarkan kesabaran anda hilang. Bertenang dan beri tindak balas dengan cara terbaik kepada pelanggan anda. Ini akan menjadikan pelanggan anda lebih tenang. Berikan masa untuk mereka meluahkan perasaan mereka.

#2 Mendengar.

Sentiasa dengar apa yang pelanggan anda luahkan. Ini adalah 1 rahsia di dalam membantu anda berurusan dengan pelanggan yang sukar. Masalah atau soalan pelanggan adalah penting kepada mereka. Beri respon kepada mereka dan berusaha menyelesaikan masalah mereka.

#3 Merasai.

Letakkan diri anda di dalam diri pelanggan. Cuba fahami masalah mereka. Sentiasa beri respon, “saya faham masalah ini” atau “saya tahu apa yang kamu rasa”.

#4 Jangan ambil hati.

Di dalam keadaan marah, pelanggan lebih cenderung mengeluarkan kata-kata kesat atau emosi.  Jangan sesekali ambil hati. Ini adalah kerana, kita juga akan melakukan perkara yang sama jika berhadapan dengan perkara seperti ini. Cuba untuk bertenang dan bawa emosi pelanggan anda kepada keadaan yang lebih tenang.

#5 Cari penyelesaian.

Jangan hanya mendengar luahan pelanggan, sebaliknya cuba mencari apakah jalan terbaik di dalam menyelesaikan masalah pelanggan anda. Berikan jalan alternative atau maklumat berkaitan kepada pelanggan anda, bagaimana masalah mereka ini boleh diselesaikan.

Jadi inilah 5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar yang boleh anda praktikkan. Sentiasa ingat, pelanggan adalah penentu kepada masa depan perniagaan anda. Emosi mereka hanyalah bersifat sementara. Sebagai seorang yang professional, anda sudah pasti mampu menghadapi masalah ini dengan tenang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

Thursday, August 27, 2015

5 Tips Tingkatkan Tahap Keyakinan di Tempat Kerja


5 Tips Tingkatkan Tahap Keyakinan di Tempat Kerja. Jika di tanya, dimanakah ruang atau tempat, dimana kebanyakkan tahap keyakinan yang rendah, sudah pasti, kebanyakan jawapan adalah tempat kerja. Tetapi anda sangat bertuah, kerana di blog ceritaejoy hari ini, dalam siri motivasi, kami ingin kongsikan cara tingkatkan keyakinan diri di tempat kerja anda.


Tips Jadi hebat di dalam kerjaya.



#1 Etika kerja yang kuat.

Tingkatkan tahap keyakinan di tempat kerja dengan melakukan kerja dengan baik, mengikut masa rehat yang telah ditetapkan, menyiapkan kerja mengikut masa dan masuk/pulang kerja mengikut masa.

#2 Pakaian.

Pakaian yang baik akan memberi impak yang besar kepada keyakinan diri dan keseluruhan kerja anda. Jadi, sentiasalah berpakaian kemas ke tempat kerja.

#3 Pengetahuan yang luas di dalam bidang kerjaya anda.

Cara yang paling berkesan dalam meningkatkan tahap keyakinan anda di tempat kerja adalah mengetahui dengan semua yang berkaitan dengan profil kerja anda. 

#4 Suarakan pendapat anda.

Jika anda merasakan majikan anda membuat keputusan yang salah, suarakan! Dengan cara yang betul. Syarikat pasti menghargai anda di dalam menghasilkan keputusan yang baik dalam memberi keuntungan kepada syarikat.

#5 Sentiasa “update” diri.

Sentiasa tambah pengetahuan baru di dalam diri anda. Pengalaman dan pengetahuan adalah segala-galanya. Dengan cara itu, tahap keyakinan anda akan berada di tahap yang tertinggi.

Inilah 5 tips bagaimana anda mampu untuk tingkatkan keyakinan di tempat kerja. Dengan keyakinan yang tinggi, kerjaya anda juga akan lebih bersinar dan bermakna. Tips yang diberikan sebenarnya tersangatlah mudah tetapi kita sering terlepas pandang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Terima kasih sudi membaca dan singgah ke blog ceritaejoy.

Cara menghilangkan rasa takut bercakap.


Cara menghilangkan rasa takut bercakap. Perasaan takut dan gementar sebelum bercakap di khayalak ramai merupakan perkara biasa hampir kepada semua orang. Jika perasaan gementar itu sedikit, itu normal, tetapi jika ianya berlebihan, ia perlu di kawal dengan segera. Perasaan cemas ini perlu diberi perhatian. “Public speaking” adalah 1 kemahiran dan ianya boleh di pelajari. Ya! Disini! Di blog ceritaejoy ini, dalam siri motivasi, anda boleh mempelajari 8 cara yang boleh membantu anda menghilangkan rasa takut untuk bercakap di khalayak ramai.


Tips hilangkan rasa takut bercakap di khalayak ramai.


#1 Belajar dari mentor.

Salah satu cara untuk anda belajar adalah dengan menonton video mereka yang pakar di dalam bidang pengucapan umum (Public speaking).  Kerap menonton video mereka dan cuba ambil beberapa tips penting.

#2 Buat kajian mengenai topik anda.

Anda perlu menjadi teliti dan melakukan penyelidikan dengan topik yang ingin anda sampaikan. Apabila semua perkara di dalam gengaman anda, secara automatiknya, tahap keyakinan anda akan meningkat.

#3 Keyword utama topik.

Sediakan nota kecil dan tulis keyword utama topik anda. Ini sangat membantu anda di dalam memberi tumpuan kepada apa yang ingin anda sampaikan.

#4 Latihan yang berterusan

Latihan yang berterusan mampu memberi anda keyakinan yang tinggi di dalam menjadi penyampai/penceramah yang hebat.

#5 Bertenang dan sentiasa tersenyum.

Jangan biarkan ketakutan mengambil alih tubuh anda. Sentiasa mengukir senyuman. Jika anda sentiasa tersenyum, penonton juga akan melakukan perkara yang sama kepada anda.

#6 Hubungan mata.

Hubungan mata secara langsung dengan penonton adalah sangat penting. Jangan sesekali memandang ke bawah semasa bercakap dengan penonton kerana ini akan mengambarkan tahap keyakinan anda yang lemah.

#7 Tone suara yang kuat dan keyakinan.

Tone suara yang bertenaga juga mampu meningkatkan tahap keyakinan anda. Jadi pelajari teknik suara yang sesuai ketika berhubungan dengan orang ramai.

#8 Klimaks yang berkesan.

Pengakhiran pengucapan adalah sangat penting. Oleh itu, berikan klimaks yang besar dan berkuasa di akhir pengucapan anda!

Jadi inilah Cara menghilangkan rasa takut bercakap di khalayak ramai. Dengan mempraktikan 8 cara di atas, anda mampu menghilangkan rasa takut sekaligus boleh menjadikan anda antara yang terbaik daripada yang terbaik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke blog ceritaejoy.

Tercari-cari telekung selesa, mudah di pakai dan moden? Boleh cari di sini: Telekung reehans pilihan muslimah.

Monday, August 24, 2015

8 Teknik Tingkatkan Kemahiran Perbualan Anda.


8 Teknik Tingkatkan Kemahiran Perbualan Anda. Untuk menjadi cemerlang di dalam kehidupan, kita perlulah mempunyai kemahiran perbualan yang kuat. Kata-kata yang keluar dari mulut kita, mencerminkan keperibadian kita. Seringkali kita lihat, mereka yang berjaya di dalam bidang jualan, mempunyai kemahiran perbualan yang tinggi. Malah, untuk menjadi seorang motivator yang hebat, juga memerlukan kemahiran ini. Ada banyak cara untuk meningkatkan kemahiran berbicara anda, diantaranya ialah:

#1 pengetahuan mengenai sesuatu perkara/topic.

Ini adalah perkara yang paling utama. Dengan meningkatkan IQ kita melalui pembacaan, kita akan lebih yakin di dalam perbualan kita. Sentiasa ambil tahu isu semasa. Ini untuk mengelakkan diri kita tersisih jika topic perbualan utama adalah berkaitan dengannya.

#2 Jadi pendengar yang baik.

Dengar dan kemudiannya bercakap. Sebelum membangunkan kemahiran berbicara yang baik, anda perlulah menjadi pendengar yang baik. 

#3 Tunjukkan minat.

Tunjukkan minat apabila seseorang sedang bercakap dengan anda. Jangan sesekali melihat ke arah lain kerana ianya bertentangan dengan etika komunikasi. Tunjukkan minat anda di dalam topic perbualan akan membantu anda meningkatkan kemahiran mendengar anda.

#4 Adakan hubungan mata.

Apabila anda berbual, pastikan mata anda melihat mata atau wajah rakan anda. Ini membantu meningkatkan tahap keyakinan anda ketika bercakap. Senyum ketika bercakap. Ini akan membantu menjadikan perbualan anda menjadi lebih selesa. Apabila anda selesa, perbualan akan menjadi lebih mudah.

#5 Tanyakan soalan.

Perbualan yang baik tidak bergantung kepada seorang individu sahaja. Adalah penting untuk kerap bertanyakan soalan selepas setiap topic yang dituturkan. Ini juga membantu untuk menunjukkan minat di dalam perbualan anda.

#6 Bersikap positif.

Sentiasa bersikap positif ketika bercakap dengan seseorang. Jangan sesekali bersikap sombong. Jika anda optimis di dalam perbualan, ianya akan menjadi lebih menarik.

#7 Berikan pujian.

Beri pujian ketika bercakap. Ianya mungkin pujian pada gaya rambut, pakaian ataupun aksesori yang ada. Ini juga mampu mewujudkan suasana yang menarik di dalam perbualan anda.

#8 Sertai “public speaking”

Jika anda merasakan kemahiran berbual anda pada tahap yang rendah, cuba sertai kumpulan “public speaking”. Dalam masa yang singkat, anda akan mempelajari seni komunikasi. Ia juga akan meningkatkan keyakinan anda kepada tahap yang lebih tinggi.

6 Sebab kenapa anda perlu keluar daripada zon selesa.


6 Sebab kenapa anda perlu keluar daripada zon selesa. Ramai orang suka berada di dalam zon selesa (comfort zone) kerana tidak mahu berhadapan dengan masalah kehidupan. Mereka lebih suka melakukan perkara yang sama untuk bertahun lamanya. Tetapi tahukah anda, ada 6 kebaikan yang bakal anda perolehi jika keluar daripada zon selesa anda? Jom teruskan bacaan anda.

#1 Belajar mengambil risiko.

Jika anda terus kekal berada di dalam zon selesa, anda tidak akan pernah belajar berhadapan dengan risiko di dalam kehidupan. Risiko yang bakal dihadapi mungkin melibatkan keputusan penting atau risiko di dalam pelaburan. Apabila risiko yang kita terima kurang, itu menandakan pendapatan kita juga sebenarnya kurang.

*Keluar daripada kehidupan selesa anda sekarang dan berani lakukan sesuatu yang berbeza!

#2 Belajar mengendalikan sesuatu yang rumit.

Dengan hanya keluar daripada zon selesa, anda akan mempelajari ilmu ini. Situasi ini bersamaan dengan, anda sedang berhadapan dengan tayar kereta yang pancit, seorang diri dan di kawasan yang jauh daripada orang ramai.

#3 Mencapai kejayaan.

Orang yang berjaya biasanya mengambil keputusan yang berisiko, mengambil cabaran yang sukar dan mengatasi segala kebimbangan di dalam kehidupan mereka. 

#4 Mencuba sesuatu yang baru di dalam kehidupan.

Apabila anda memilih untuk keluar daripada zon selesa, anda akan beroleh kehidupan yang sebenar. Dan perkara ini hanya boleh diperolehi jika anda mencuba sesuatu yang baru di dalam kehidupan anda. Ianya samada mencuba pekerjaan baru atau berpindah ke kawasan baharu.

#5 Membangunkan bakat dan kemahiran baru.

Pembelajaran bakat atau kemahiran baharu menghendaki seseorang melakukan sesuatu yang dia tidak mungkin atau tidak selesa untuk melakukannya. Sebagai contoh, jika anda tidak selesa menyanyi di hadapan orang, anda sudah pasti tidak akan selesa menyanyi di atas pentas besar. 

Menerokai di luar zon selesa membolehkan bukan sahaja pembangunan hidup malah penemuan bakat dan kemahiran anda.

#6 Dapat melakukan perkara yang di idamkan di dalam kehidupan.

Memilih untuk berada di dalam zon selesa akan memaksa anda untuk melakukan perkara yang anda tidak suka. Sebagai contoh, anda benci akan pekerjaan anda sekarang tetapi tidak mahu berhenti kerana takut dengan persekitaran baru dan rakan-rakan baru. Oleh itu belajar untuk melihat di sebalik tembok kejayaan anda. Ambil peluang dan mula melangkah lebih jauh!

Wednesday, August 19, 2015

Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.


Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya. Perkataan miskin biasanya dikaitkan dengan status kewangan seseorang individu. Dan boleh dikatakan juga, individu miskin memiliki minda miskin yang menjadikan mereka kekal miskin. Inilah hakikat yang perlu di terima mereka.

Bagaimanapun, jika mereka yang tergolong mengelakkan 10 tabiat ini, mereka mampu mengubah sama sekali kehidupan mereka. Perlu sentiasa ingat, perkara yang paling utama dalam usaha mengubah kehidupan adalah mengubah cara kita berfikir.

 Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.

1. Melihat masalah tetapi tiada usaha menyelesaikannya.

Masalah berlaku pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Tetapi kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang miskin adalah, mereka lebih memberi tumpuan kepada masalah berbanding mencari jalan penyelesaiannya. Kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara yang telah berlaku, tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah, berfikir dengan pantas jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

2. Belajar daripada orang yang salah.

Ramai orang dengan mudahnya memberi nasihat kepada orang lain mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak pernah melakukan atau berhadapan dengannya. Orang miskin lebih gemar menerima nasihat daripada mereka yang sebenarnya dari kalangan mereka juga iaitu orang miskin. Ini adalah kesilapan terbesar dilakukan oleh mereka.

3. Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu.

Orang miskin lebih cenderung membelanjakan wang mereka untuk suatu perkara yang tidak bernilai. Sebagai contoh, mereka lebih gemar menggunakan wang bonus untuk membeli baju berjenama atau menaiktaraf kenderaan mereka sebagai hadiah di atas kepenatan mereka bekerja. Setelah kehabisan wang, mereka akan mula bekerja untuk mencari wang atau lebih buruknya kembali meminjam wang dari saudara atau rakan terdekat.

4. Fokus kepada apa yang mereka ingin beli,

Apabila orang miskin bekerja untuk mencari wang, mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, mereka memasang impian untuk memiliki rumah mewah, kereta mewah dan sebagainya. 

Hakikatnya, semua itu hanyalah impian kosong dan bukannya matlamat yang sebenar. Ayat yang berbunyi seperti "memiliki perniagaan sendiri" atau "memiliki jenama sendiri" adalah sesuatu yang salah!
Jawapan yang betul, yang akan membawa kepada kejayaan adalah, cuba untuk jadi yang terbaik di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Inilah sebenarnya target yang mereka perlu capai dalam usaha menjadi seorang jutawan.

5. Punya banyak alasan untuk mereka terus maju.

Suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara. Orang berjaya tidak menunggu untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu dan melihat hasilnya. Dengan alasan kurangnya pendidikan atau kesibukkan masa, hanya menyebabkan mereka terus kekal dalam kehidupan miskin.

6. Ada idea yang hebat tetapi hanya bermain di mulut sahaja.

Setiap kali orang kaya berkongsi idea atau cara bagaimana mereka mampu menjadi kaya, orang miskin juga mempunyai idea yang hebat di dalam minda mereka. Ini adalah suatu perkara yang salah! Jika hanya mempunyai idea yang hebat tetapi tidak bersedia untuk melakukan sesuatu, ia hanyalah sia-sia.

Orang yang berjaya, memulakan langkah dan meletakkan kesemua tenaga mereka di hadapan. Sekaligus menarik lebih ramai orang luar biasa untuk menyertai mereka. 

7. Dikelilingi oleh mereka yang lemah supaya mereka nampak hebat.

Pernah tak terfikir kenapa orang miskin berkawan dengan orang miskin? Banyak perkara yang boleh dikaitkan, antaranya, mereka lebih cenderung bergaul dengan mereka yang punya pemikiran yang sama dengan mereka. Ini adalah kerana, tekanan yang mereka hadapi adalah kurang dan memberi minda mereka ketenangan untuk menjawab soalan-soalan atau pendapat di dalam kalangan mereka.

8. Percaya bahawa orang lain akan membantu mereka ke puncak kejayaan.

Orang miskin mengharapkan ada bantuan dari pihak lain untuk mereka berjaya. Dan mereka tidak akan benar-benar berusaha untuk berjaya! Mereka bekerja keras dari jam 9 ke 5. Tetapi adalah tidak masuk akal jika mereka meminta bayaran yang mahal atas usaha mereka itu. 

Ia bukanlah bagaimana kita menghabiskan masa di tempat kerja, tetapi bagaimana kita memanfaatkan masa terluang kita!

9. Minta pandangan tetapi tiada tindak balas.

Orang miskin lebih gemar meminta pandangan dan kemudiannya di simpan menjadi kenangan. Ianya sama seperti menyimpan wang tunai di dalam kocek dan berharap wang itu akan berkembang. Biarlah berapa ramai pun jutawan yang berkongsi ilmu, jika ianya hanya dijadikan kenangan, maka hidup mereka hanyalah sia-sia.

Inilah 9 perkara yang perlu dihapuskan jika anda mahu berjaya dan kaya. Mungkin juga kita ada melakukan di antara 9 sebab ini. Berubahlah sekarang dan pilih jalan yang betul di dalam mengejar impian anda. Jangan pernah putus asa dan kembali bersemangat di dalam mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini.

Tuesday, August 11, 2015

3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.


3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya|Setiap dari kita perlu menjadi seorang jurujual. Ya! Ini kerana, walaupun anda tidak pernah terniat untuk menjadi seorang jurujual, anda sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan.

Jualan adalah sebahagian daripada aktiviti seharian kita. Tak percaya? Baik, apabila kita bercakap dengan rakan-rakan kita mengenai sesuatu rancangan atau perkara, kita sebenarnya sedang menjual idea kita. Apabila kita memilih di antara 2 perkara yang terbaik untuk diri kita *kedua-duanya melibatkan kos* secara automatiknya kita menjadi jurujual. Bidang jualan adalah universal. 

Jadi! Apa yang perlu kita tahu mengenai jualan dan bagaimana kita boleh menjadi lebih baik? Ha, itulah yang kalian perlu teruskan bacaan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Hehehe.

3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.

#1 Jualan adalah mengenai beberapa perkataan.

Bukan semua orang suka menjual, tetapi ramai orang suka membeli. Kata-kata ini perlu sentiasa bersama kita, terutamanya ketika kita memikirkan cara bagaimana ingin mewujudkan kepercayaan orang untuk membeli dengan kita.

Semua orang minat membeli dan apa yang mereka perlukan adalah "sebab" yang besar untuk berbuat demikian. Dan di antara salah satu sebabnya adalah "kepercayaan".

Ada 2 peranan kepercayaan di dalam jualan. 

i) Seseorang pembeli itu akan terus membeli produk kita jika produk kita berjaya menyelesaikan masalah mereka.

ii) Yang keduanya, syarikat atau penjual datang kepada pembeli dan memberikan mereka "harga istimewa".

"Nilai" dan "harga" adalah 2 perkataan yang berbeza. Pembeli mahukan sesuatu produk yang memberi nilai kepada mereka dan bukannya harga.

Walaupun harga produk daripada syarikat Apple boleh dikatakan mahal, tetapi ianya tetap menjadi pilihan. Ini adalah kerana Apple telah membina "kepercayaan" pembeli dengan menghasilkan produk yang bermutu dan memberi nilai kepada mereka.

#2 Jualan adalah mengenai keyakinan dalaman.

Jika anda tiada keyakinan, anda tidak akan mampu menjual. Idea jualan adalah mengenai penjual yang memiliki keyakinan yang tinggi kepada produk yang mereka jualkan. Jika anda tidak mampu menyakinkan orang membeli produk anda, anda haruslah pelajari ilmu ini terlebih dahulu.

Dalam proses jualan, penjual mestilah di dalam keadaan agresif! Pembeli akan merasakan keyakinan yang ada di dalam diri anda. Dan inilah juga di antara rahsia jualan. Pembeli akan turut merasai keghairahan ini dan akan membeli produk tanpa ada alasan yang kukuh. Hebat kan?

#3 Menjual cerita adalah lebih bernilai daripada jualan produk.

Mempunyai cerita yang hebat mengenai produk adalah sangat membantu di dalam proses jualan. Tumpuan pertama di dalam proses jualan adalah ketahui cerita di sebalik produk jualan, apabila anda tahu apakah kelebihan produk, tidak sukar bagi anda untuk menjual produk tersebut.

Anda mungkin bukan seorang penjual yang hebat. Dan tidak mustahil anda mampu menjadi begitu hebat jika mempraktikan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Ini adalah kunci kepada kejayaan jualan anda. Bila dah ada kunci, anda mampu memasuki apa sahaja pintu kejayaan. Semoga maju jaya dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

Monday, August 10, 2015

9 Teknik mencapai matlamat hidup!


9 Teknik mencapai matlamat hidup!|Entry ini khas untuk mereka yang punyai matlamat berjaya di dalam kehidupan. Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Jadi, jika anda tidak mempunyai apa-apa matlamat di dalam hidup, sila hentikan bacaan anda sekarang, dan beralih kepada bacaan buku #amranfans. Wahahahaha.

Aku lebih suka kongsikan di blog ceritaejoy ini, mana-mana tips atau teknik yang ada kaitan dengan diri aku. Sebagai contoh 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini. Ianya juga berkaitan dengan diri aku. Aku baca dari blog lain, aku fahamkan dan aku cuba kongsikan di blog ceritaejoy. Blog ini ibarat buku rujukan kepada aku 1 masa nanti *jika aku lupa apa yang perlu aku lakukan*.

Baik. Setiap dari kita ada yang telah menetapkan apakah matlamat hidup mereka. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar mencapai matlamat mereka? Ini mungkin kerana matlamat mereka tidak cukup mencabar. Atau mungkin juga matlamat mereka tidak selari dengan definasi kejayaan yang ingin mereka kecapi.

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Ini adalah kerana visi kita di dalam mencapai matlamat itu sendiri tidak jelas. Matlamat itu bukan bermaksud kita berjaya membina perniagaan sendiri atau berjaya membina rumah yang sempurna. Ia adalah lebih kepada perjalanan dan bukannya destinasi yang hendak kita tuju.

*Setakat ini ada yang tak faham tak? Jika ada, sila angkat tangan teruskan bacaan ya. hehehe

Ini adalah apa yang perlu anda, aku, #amranfans lakukan. 

9 Teknik mencapai matlamat hidup!

#1 Jangan melihat ke belakang.

Mungkin ada perkara yang pernah menjadi pengalaman hitam kita, yang mana ia menghalang kita dari terus bergerak ke hadapan. Kenal pasti apakah ia, dan mula berhenti memikirkannya! Anda perlu tetap dengan matlamat anda!

#2 Tetapkan matlamat BESAR.

Jika matlamat anda tidak cukup besar, anda tidak akan ada momentum untuk melakukannya! Serius! Jadi mula menetapkan matlamat yang cukup besar, secara automatiknya, cara anda berfikir juga akan berbeza.

#3 Terjemahkan ianya di dalam bentuk tulisan.

Kita tak mampu berfikir semua perkara dalam 1 masa. Jadi tuliskan setiap dari matlamat anda dan sentiasa berpegang dengannya. Tampalkan pada mana-mana tempat yang mudah di lihat. 

#4 Dateline.

Biasa tak kerja dengan dateline ni? Kalau tempoh dateline semakin dekat, dan segala urusan kerja masih belum sempurna, kita akan melakukan pelbagai perkara hanya untuk memastikan ianya siap dalam tempoh yang diberikan.

Jadi, mula tetapkan dateline pada matlamat anda.

#5 Tanyakan mengapa.

Tuliskan pada kertas. Kenapa anda perlu capai matlamat anda. Kenapa ianya sangat penting? Apa yang bakal anda perolehi jika anda berjaya mencapai matlamat yang telah di tetapkan.

9 Teknik mencapai matlamat hidup!

#6 Kenal pasti di mana permulaan langkah.

Matlamat dah ada, kejayaan dah nampak, tapi tak tahu mana nak mula. Pun tak jadi apa kan? Jadi kenal pasti di mana mahu mula. Fikirkan juga apakah langkah-langkah logik yang akan memberi lebih banyak kejayaan.

#7 "Reset" semula emosi.

Dalam usaha kita untuk mencapai matlamat kita, pasti kita akan kurang bersemangat jika ianya mengambil masa yang terlalu lama. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah, lihat semula matlamat anda. Kemudian fikir adakah ianya masih relevan dengan misi anda.

Jika tidak, fikirkan semula langkah-langkah yang perlu anda buat. Anda cuma perlu ubah langkah dan bukannya matlamat yang telah anda tetapkan.

#8 Biar orang terdekat tahu apakah matlamat anda.

Aku pernah di beritahu untuk merahsiakan apakah target dan matlamat aku kepada orang lain. Kerana takut kalau ianya tidak berhasil.

Yang sebenarnya ianya salah!

Anda perlu kongsikan matlamat anda kepada orang terdekat anda. Untuk apa? Kerana mereka akan membantu anda ketika anda berada di dalam keadaan yang sukar. Dan mereka juga akan menolong anda untuk sentiasa mengingatkan anda kepada matlamat anda!

#9 Ketahui dengan jelas rupa kejayaan yang sebenar.

Berikan diri anda penghargaan bagi setiap tangga kejayaan yang berjaya di capai sepanjang menuju kepada matlamat anda. Jika anda tidak bercita-cita tinggi, anda tidak akan kemana-mana.

Fuh! Penat sungguh aku bercerita. Impian dulu nak jadi pakar motivasi, tetapi memandang diri ini masih dalam proses pembelajaran, terpaksa la tangguhkan impian aku tu. Tapi lepas sahaja aku bercerita perihal 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini, aku kembali bersemangat di dalam mengejar matlamat hidup aku.

Apa yang penting kerjasama adalah praktikal. Bacalah 1000 buku sekalipun, jika tiada usaha ke arah itu, tiada maknanya. Kalau tak tahu, apakah kelebihan yang ada pada diri anda, bolehlah baca entry aku yang ini:


Gambar Belangkas