Friday, August 28, 2015

5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar. Pernah berhadapan dengan pelanggan cerewet? Ianya sudah pasti bukanlah pengalaman yang mengembirakan untuk anda. Pernahkah anda dengar tentang istilah ini: Pelanggan adalah raja? Yang membawa maksud, pelanggan sentiasa berada di pihak yang benar. Salah satu cara meningkatkan penjualan produk adalah mencari pelanggan baru. Tetapi bagaimana jika anda berhadapan dengan pelanggan yang cerewet ini? Dalam siri motivasi di blog ceritaejoy, kami berkongsikan cara hebat berurusan dengan pelanggan ini. Ayuh teruskan bacaan anda!


Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


#1 Kesabaran.

Jangan sesekali biarkan kesabaran anda hilang. Bertenang dan beri tindak balas dengan cara terbaik kepada pelanggan anda. Ini akan menjadikan pelanggan anda lebih tenang. Berikan masa untuk mereka meluahkan perasaan mereka.

#2 Mendengar.

Sentiasa dengar apa yang pelanggan anda luahkan. Ini adalah 1 rahsia di dalam membantu anda berurusan dengan pelanggan yang sukar. Masalah atau soalan pelanggan adalah penting kepada mereka. Beri respon kepada mereka dan berusaha menyelesaikan masalah mereka.

#3 Merasai.

Letakkan diri anda di dalam diri pelanggan. Cuba fahami masalah mereka. Sentiasa beri respon, “saya faham masalah ini” atau “saya tahu apa yang kamu rasa”.

#4 Jangan ambil hati.

Di dalam keadaan marah, pelanggan lebih cenderung mengeluarkan kata-kata kesat atau emosi.  Jangan sesekali ambil hati. Ini adalah kerana, kita juga akan melakukan perkara yang sama jika berhadapan dengan perkara seperti ini. Cuba untuk bertenang dan bawa emosi pelanggan anda kepada keadaan yang lebih tenang.

#5 Cari penyelesaian.

Jangan hanya mendengar luahan pelanggan, sebaliknya cuba mencari apakah jalan terbaik di dalam menyelesaikan masalah pelanggan anda. Berikan jalan alternative atau maklumat berkaitan kepada pelanggan anda, bagaimana masalah mereka ini boleh diselesaikan.

Jadi inilah 5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar yang boleh anda praktikkan. Sentiasa ingat, pelanggan adalah penentu kepada masa depan perniagaan anda. Emosi mereka hanyalah bersifat sementara. Sebagai seorang yang professional, anda sudah pasti mampu menghadapi masalah ini dengan tenang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas